Friday, December 12, 2008

Ogs '07


Thursday, August 30, 2007
Aku masih di sini
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Masih bekerja hingga saat ini. Tapi dah relax sikit dah, dari pagi sampai sekarang penat sungguh, entah dah berapa puluh kilometer saya berjalan agaknya.

Macam nilah kalau ada operasi. Tak tido malam dan tak dapat rehat. Patutnya yang incharge ni ketua cwgn PD tapi sebab dia ada appoinmnet di Kedah dan kebetulan dah janji dengan wife dia nak balik kg sana sekali tak dapat dia nak tangguh2kan.

macam bidan terjunlah saya dari semalam. Sebelum ni hanya keluarkan arahn untuk anak2 buah di sini bantu KCPD. Tapi bila saya dah incharge keseluruhan dari semalam terpaksalah all out!

Ramai gak dah saya lepaskan balik sebab esok nak mula kerja lagi, hanya yang tukang jaga lock-up jer ada di bawah dan masih ada beberapa pegawai masih merekod percakapan. Lambat rekod sebab kita ambik masa lama buat interrogation dan setup adhoc team kesan 'apa2' yang perlu...

Cuma perancangan esok jerlah saya dah buat dan pagi esok boleh terus brief dan gerakkan ke mana2 yg perlu. Malam tadi ada bola,kan? Seksa jugak nak suruh ada sorang dua yg kaki bola dah melekat punggung kat sofa...

Walaupun tak balik tapi sempat gak kirim kat Cik Mud yang rumah dekat rumah saya bila dia balik mandi, minta dia singgah ambik makanan dan pakaian dari Dewi untuk saya buka puasa dan bersihkan diri serta tukar pakaian. Dulu duduk di kuarters boleh gak lari balik kejap mandi-manda...sekarang tak sempat langsung...
Call Mr R di JB yang juga ada operasi, sama jer nasib kami, memang takde masa spend utk diri sendiri. Rupanya anak dia baru jer lari dari rumah...dengan gaduh dengan mak dia (bekas siteri Mr R) dia lagilah pulak, hari2 balik jam 11 sebab kena baca fail kuning dan minit ke luar....
Huissshhh tak teranagkat dah mata ni, nak rehat kat sofa bilik saya ni, subuh2 nanti baru baliklah...kesian pulak budak2 jaga lockup tu tak dapat tido jugak...
Suara hati dan pemikiran siti detik 8/30/2007 01:27:00 AM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi




Wednesday, August 29, 2007
Subuh yang hening...
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Ni baru jam 3.30 pagi, Sekarang rutin hidup saya sebelah malam berubah. Lepas isyak saya akan tidur dahulu dan awal pagi saya akan bangun. Semuanya sebab Suhailah. Dia lebih suka abiskan masa main games d komputer. Sambil ditemani Dewi, gelak sakan dua2 budak ni.

So, saya ambil kesempatan baring2 dulu lepas isya', tapi selalunya berakhir dengan tertidur. Selalunya hani akan datang sendiri tidur sebelah saya sambil cakap, "ammie nak peluk..", masa ni selalunya dia dah siap2 minta Dewi buat susu, dia dah pandai padam lampu, dan dia dah pandai ambil pampers (kadang2 dia terasa nak pakai dia pakailah sendiri, jarang sangat2 terkencing melainkan dia bangun pagi terlalu lewat-jam 10/11 maka dia akan terkencing). Hars dipujilah anak gadis saya ni, dia sangat2 berdikari sekarang terutama kalau ammie cakap ammie pening atau ammie letih sangat...

Awal pagi pasti saya pasti tersedar. Barulah ada kesempatan mengadap PC. Tujuan bangun ni sebab nak baca fail dan sediakan fakta kes... berapa hari dah tangguh buat fakta kes ni. Kalau kes sendiri takper kita tau a-Z, tapi ni kes orang lain jadi IO tapi lambat disiapkan, sayalah take over kena compile dan sediakan fact of case nya... tu yang takde mood tu...sebab kena baca balik dari kulit ke kulit baru boleh buat faktanya...

"takpe, i bagi u buat, malam2 u cuba buat ya....." ni dialog pengarah saya, pasal dia tau office hour memang tak boleh mengadap benda ni, banyak sangat urusan harian lain...terutama kejap2 dia panggil saya, mana nak baca fail ni dengan 100% tumpuan...

Agaknya dalam kepala dia tak terbayang ker yang orang perempuan ni ada tanggungjawab kat rumah, ada suami, ada anak, kena masak, kena kemas...peliklah orang lelaki ni, dia ingat perempuan ni balik rumah boleh rehat2... siap pesan suh buat kerja kat rumah. Maklumlah isteri dia surirumah sepenuh masa mungkin dia tak dapat bayangkan situasi isteri bekerja...

Mujur juga saya ni suami tak selalu ada kat rumah,kan? Tak ternayanglah kalau post saya sekarang dipegang oleh seorang isteri yang suaminya ada di rumah hari2...mesti tension giler dia...

Semalam akademi jabatan kami call saya untuk maklumkan minggu depan isnin hingga Jumaat ada Command course di Pulau Pangkor bagi gred 44, 40 orang termasuklah saya terpilih. Petang tu dalam perbincangan dengan pengarah saya maklumkan, cehhh ada ker dia tak bagi saya pergi!

Ingat boleh gak release tension lari dari mengadap fail kuning, tapi tak dia tak benarkan pergi pulak, sebab next week ada 3 kursus lain, 6 orang terlibat dah, kursus menembak, kursus teknik memberi keterangan di mahkamah dan Kursus pelaksanaan kes2 perangkap.

Alah seminggu jer, kalau saya takde takkanlah tutup pejabat? Bengang betullah...saya tau tu sebab minggu depan akan ada mesyuarat dengan HQ pasal perasmian 15/11/07 ni, saya JK Kerja Induk, tapi S/U jer bukan ada apa2 portfolio, menyelaras JK2 lain...susahlah pengarah baru ni...buat kerja jer...mau pengsan saya lah!!!

Dalam nada lembut sangat dia cakap "ok KUS yer...saya nak u make sure next week kita dah boleh kill IP ni dari dalam senarai ye, u monitor IO yer??? tapi kesannya fuuuh...tak tido malam, pagi2 nampak IO tanya progress IP... petang2 nampak IO tanya IP...mual budak2 tengok muka saya...tak cukup info sebab nak maklum pengarah hari2 saya call, sampai ada yang malas nak angkat muka nampak saya...hahahaaa

Tapi best friend saya tu, Cik Mud, pujilah pulak semalam..."Goodlah u sekarang, nampak terserlah dah minat u pada kerja yer...tak macam dulu, asyik nak mohon kerja lain jer... ?" bukan minat sangat pun, dia tak tau yang saya dah takde masa nak buat benda lain, nak keluar makan pun sekarang saya rasa buang masa....apatah lagi baca suratkhabar dan nak belek2 jawatan kosong...

Cuma memblog ni yang saya rajin...huhuuu...tu pun kat rumah, kadang2 selit2 waktu rehat lepas solat atau abis office hour...hal memblog ni macam peribahasa melayu tu saya buat "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih", jadik camana sibuk pun sebab saya hendak, saya selitkan juga membuat entry...sibuk tak jadi halangan saya buat posting baru sebab saya memang minat dan diasuh 4 tahun untuk jadi penulis (ijazah kewartawanan tu...cehhh!!!), tak dapat tulis berita untuk media massa tulis berita diri sendiri pun jadiklerr...
Suara hati dan pemikiran siti detik 8/29/2007 03:36:00 AM 5 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi




Tuesday, August 28, 2007
Kisah Angah yang belum selesai...
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Saya sebenarnya malu nak mengakui di sini. Tapi pada hari semalam dan hari ini saya mula bengang dengan masalah ni. Dah dua hari sakit kepala. Dengan urusan kerja dan "masalah angah". Tiada sesiapa saya berani dan sesuai untuk cerita. Dengan ahli keluarga saya kurang sesuai rasanya, dan dengan kawan2 pula, kawan2 baik semuanya jauh2 belaka.

Ia berkaitan masalah angah. Walaupun perit nak mengakuinya tetapi saya terpaksa nyatakan sebenarnya masalah pokok angah bukanlah kerana kesampukan atau kerasukan atau yang seangkatannya. Isu sebenar Angah adalah kerana "DADAH" (ice/syabu)!

Saya taupun kemudian kerana perkara ini dirahsiakan secara tak sengaja. Ayah sebenaranya malas nak bercerita sementelah masa dengan saya tidaklah sebanyak mana. Hal ni Iza yang cerita pada saya dalam siri-siri persinggahan Iza di rumah saya tumpang rehat dan tidur sekejap.

Mulanya terkejut yang amat sangat saya bila Iza kata angah ambil dadah. Hasil 'soal siasat' Iza saya simpulkan pastinya angah ambil dadah jenis ice/syabu. Terus saya search dalam internet apa itu syabu/ice... dan memang saya sahkan bahawa simtom pada angah adalah sama dengan simtom yang ada pada pengambil dadah sintetik ni.

Sungguh sedih rasanya melihat kemusnahan anak muda seperti angah dek kerana ice. Saya tak berpeluang langsung bertemu muka dengan angah sejak dia datang ke rumah saya sekali tu. Tapi hari ahad lepas saya dapat berjumpa dengan angah. Saya cungkil apa ada dalam isi hatinya. Kenapa pilih jalan begitu, apa yang boleh dibuat sekarang. Mujur juga dia boleh ebrterus terang...walaupun dalam gelak ketawa...;ucu dia melihat mak tiri dia sungguh2 bertanya...

Sepanjang minggu lepas memang ayah buat tak tau dengan angah. Sebabnya kan ayah tak jadi ke India dan ayah takde kenderaan. Jadi sepanjang minggu tu angah tinggal di rumah maknya. Macam biasa dia tetap terlepas ke kampung baru. Itu yang ayah tak suka dengar.

Hari Jumaat malam, angah call saya yang kata rindu tu, sebenarnya angah nak bagitau saya suh cakap dengan ayah ambil dia. Hari sabtu tu mak dia dah setuju nak hantar angah dan Iza ke rumah saya sebab sabtu malam ayah ada. Tapi petang tu masa mak dia nak hantar saya pulak masih di Melaka. Maka tak jadilah mak dia hantar. Malamnya Iza call dan cakap dengan ayah hal angah yang beriya2 nak datang jumpa ayah.

Esok paginya, ayah ambil angah. Masa ni ayah memang tak bercadang nak balik rumah saya sebab ayah nak terus ke Seri Petaling dan setyerusnya ke Miri. Tapi tengahari tu di markas takde air, ayah terpaksa balik nak qadha' hajat maklumlah ayah 'special case', terpaksa jugak balik rumah kerana nature called tu.

Masa ayah balik sekejap nilah Iza called dan tanya sungguh2 mana ayah letak angah? Dan masa ni baru saya tau yang ayah ada ambil angah pagi tu. Dalam sibuk ayah nak ke Miri tu pun ayah uruskan angah jugak. Rupanya ayah dah urus letakkan angah tolong berniaga di satu kedai buah kawannya yang juga 'karkun'. Ayah pesan dengan Iza suruh maknya ambil angah petang tu lepas asar.

Tapi nampaknya macam berat jer Iza nak cakap dengan mak dia 'arahan' ayah tu. Iza pun tengah pening sebab Isnin tu dah start trial SPM. Kesimpulannya takde orang nak ambil angah petang tu, Mak iza macam berat. Last2 ayah minta tolong saya ambil angah dan hantar ke rumah mak dia. Cadangan ayah nak letak angah di kedai tu sepanjang 40 hari ayah takde ni. Pagi dia minta mak angah ataucIza hantar angah dan petang ambil angah semula.

Lepas asar tu saya pergilah ke kedai tu sebab saya memang biasa ke kedai tu sebab isteri karkun tu, Kak Shah baik sangat dengan saya, kalau jumpa saya dipeluk2nya saya. Rumah kak Shah ni adalah rumah pertama yang saya keluar 3 hari pada 2001 dulu semasa baru-baru kawin. Seorang yang kuat dan tabah sebab dia berpenyakit tulang dan sendi dan lama telah memakai "beg kencing' yang diluar tu...apa ntah namanya, bekas nurse yang diarah berhenti kerana peyakit tulang dan sendi yang tak boleh hidup lama, tapi sampai sekarang berkat doa dan kuasa Allah masih bernafas dia di muka bumi ni, kes2 lain kalau diikutkan dah lama meninggal pesakitnya. Dengan sakit2 tu Kak Shah masih boleh berniaga buah2an.


Bila saya sampai tu, kak shah takde, hanya suami dia jer yanga ada. Terpaksa lah jugak saya cakap dengan suami kak shah ni, rupanya angah di surau sebelah kedai tu mengaji. Saya tunggu sekejap dan angah pun datang, angah minum petang dulu dan sambil tu suami kak shah, Che Noh tu cerita kat saya hal angah ni.

Bersungguh2 dia cerita dan berharap yang angah dapat terus berada di kedainya tu, membantu dia dan sekurang2nya dapat dia perhatikan Angah. Angah ni 'amanah' suami saya untuk dia jaga katanya. Saya mampu terdiam dan mendengar sahaja. Dia cerita yang dia dah belikan ubat untuk angah...pagi tadi semasa pak haji hantar angah katanya angah menggigil satu badan, terketar-ketar. Sekarang dah okay...

Pendekata macam2 Che Noh tau pasal sakit Angah dan pasal ubat. Bersemangat dia bercerita . Katanya Angah boleh solat berjemaah di surau sebelah, angah boleh bercakap2 dengan dia dan angah boleh bergaul dengan orang2 di situ...40 hari Angah duduk di situ insyallah dia boleh bantu angah...bila ayah balik nanti bolehlah ayah fikirkan sesuatu untuk Angah kalau dia dah okay skit!

Hati saya pun berbunga juga dengar macam tu. Takdelah Angah duduk terperuk rumah mak dia masa mak dia bekerja. Dan masa beginilah peluang dia 2/3 kali dia lari balik ke Kampung Baru, ada duit yang cukup jer dia larilah ke Kg baru. TU yang ayah risau tu, apa yang dicarinya di kg baru, bila tanya dia kata nak jumpa kawan, rindu...

Dalam kereta nak hantar Angah balik rumah mak dia tu, saya cerita2 dengan dia, tanya dia sapa yang dia kawan2...masa ni saya letakkan Angah betul2 macam anak saya, saya tanya dia betul2 macam seorang mak tanya anak. Serius! Dia mengaku ambil dadah dan dia kata dia jadik macam tu sebab mak dia kawin lain tahun lepas. Dia cerita nasib malang dia dari kecik. Dia kata tentang kurang kasih sayang. Dia salahkan penceraian mak dan ayah dia. Dia dah berhenti ambil dadah asalnya tapi ambil balik bila dia tau mak dia pulak kawin lain tahun lepas...


Saya nasihat dia macam2 apa yang saya termampu...sebagai ibu tiri. panjang kalau nak cerita...pendekata pandang muka Angah tu saya jadi simpati, empati dan terharu. Sampai rumah maknya saya borak2 dengan mak dia dan Iza hal angah ni. Arahan ayah untuk letak angah di kedai buah tu. Tapi mak Iza taknak bagi komitmen, katanya jauh jarak pejabat dia dengan lokasi kedai buah tu, Iza pulak takmau hantar angah guna motor atas alasan motor skuter dia tu tempat duduk belakang dengan orang yang bawa terlalu rapat, dia tak selesa nak bawa angah.

Mereka rela Angah duduk di rumah terperuk sepanjang siang. Untuk pengetahuan, Angah sekarang menjadi perokok tegar...yang sebelum ini kami sekeluarga tak pernah lihat dia merokok di depan kami. Hanya tau dia merokok melalui Along. Tapi sekarang sehari berkotak2 boleh habis! Sepanjang siang kalau mak dia takde itulah kerja dia dirumah agaknya! Merokok dan merokok, entah2 salah2 gaya kalau dia bawak dadah pun tak siapa tau agaknya????? Sebab dah 2/3 kali dia turun ke kg baru sepanjang duduk rumah mak dia.

Sifat Angah dari dulu memang tak suka menyusahkan orang. Memang jarang dia balik rumah mak dia, dengan ayah pun dia call ajer. Susah nak monitor dia dari dulu. Hanya along jer yang tau pergerakan dia. Nak tau pasal Angah tanya ajer pada Along. Selalu ayah call Along dulu untuk tanya hal Angah, dan Along kata dia tau sapa2 kawan Angah tapi kes Angah ambil dadah ni tak taulah camana boleh terlepas dari pengetahuan Along. Along cukup bengang dengan Angah bila Angah jadi macam ni, tapi Along tetap call jugak, masa dalam kereta saya tu pun Along ada call angah.


Semalam saya call ayah cerita hal angah, memang ayah sungguh2 nak letak angah kat kedai buah tu. Sebabnya Che Noh tu rupanya juga berpengalaman menjadi penagih dadah dulu (tak taulah bila) jadi memang dia tau apa yang angah rasa. Dan adik dia juga doktor, isteri dia pun kan bekas nurse, memang tau lah pasal2 berubat ni. Tambah pula, kedai buah sebelah surau, Angah boleh solat jemaah dan mengaji. Kecewa yang amat sangat ayah bila tau bekas isteri dan anak perempuannya taknak bagi komitmen dalam membantu angah.

Saya offer biar angah duduk di rumah saya dan saya boleh hantar dan ambil angah dari kedai buah tu sebab tak jauh manapun dari rumah saya. Tapi syaratnya Iza kenalah duduk sekali. Tak manis pula Angah yang bujang duduk dengan mak tiri yang masih muda,kan? Pelik dan janggal rasanya. Ayah setuju dan gembira bila saya kata camtu, dia minta saya bincang dengan Iza. Malam tadi saya call Iza, pendek cerita Iza pulak malas nak berulang ke rumah saya, aklau dari sekolahnya dekat tapi sebab hari2 dia akan pergi mengajar mengaji ke rumah2 orang, rumah saya jadi jauh kalu ia nak pusing balik. Alsan memanglah macam2 alasan kalau tak mau, kan?

Bila bagitau ayah, ayah kata, "takkan tak boleh nak korban sikit untuk abang sendiri?" Apa yang saya boleh katakan, lagi2 saya yang tergedi2 nak bantu, mak sendiri rela tengok anak jadi begitu, dan adik sendiri pulak berkira tulang empat kerat? Itulah yang saya pening kepala, kalau biar Angah 40 hari duduk rumah macam tu, tak taulah apa akan jadi...

Che NOh citer katanya pagi tu Angah datang dalam keadaan menggigil dan terketar2, bila Che Noh bagi sejenis ubat (beli di farmasi, bukan ubat yang menjadikan dia ketagih) barulah lega keadaab angah. Ayah pulak kata, pagi tu masa ambil angah di rumah maknya ayah kesian betul tengok angah, menggigil2....nampak sangat ketagihannya. Itu yang ayah usaha nak letak dia pada Che Noh, buakn senang nak carik orang yang boleh ambil tanggungjawab jaga dan perhati Angah ni...tambahan pulak Che Noh ni boleh dakwah angah sekaligus...tapi apakan daya, mak dia sanggup biarkan dia memerap di rumah...saya tak faham mana naluri keibuannya????

Saya meluahkan saja, untuk legakan fikiran...saya masih mencari apa jalan keluar terbaik...nak bincang dengan Kak A mungkin kurang sesuai rasanya...lagipun selalunya masa ayah takde/keluar kami macam terputus hubungan jer...yerlah kami ada hubungan pun sebab perantaranya ayah... ada. Kalau ayah takde saya dan Kak a dengan dunia masing2...

Saya tulis ni antara sebabnya ada e mail saya terima yg bagitau boleh ubatkan angah ke sana ke sini kerana terkena saka tu, tapi inilah keadaan sebenarnya, saka tu mungkin sampingan jer...
Suara hati dan pemikiran siti detik 8/28/2007 05:12:00 AM 4 cetusan hati
Cerita tentang; Anak tiri




Monday, August 27, 2007
40 hari tanpa suami...
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Bermula hari ini segalanya sendiri sama Hani. Pak hj sudah ke Miri untuk 40 hari. Moga-moga allah memelihara kami dua beranak sepanjang tempoh ini.

Hindarkanlah masalah2 yang tidak dijangka, peliharalah kesihatan kami berdua dan tambahkanlah iman kami dan syukur kami atas segala kurniaan selama ini.

Jumaat ini mak dah setuju nak datang ke rumah. Alhamdulillah, walaupun mungkin sebabnya adalah untuk ziarah suami kepada sepupu yang meninggal Jumaat lepas tapi itu satu permulaan yang baik.

Hani sukup suka bila dengar neneknya nak datang. Dewi pun saya akan cutikan untuk jumaat-ahad, berilah dia peluang lebih lama dengan suaminya.

Hal kerja semakin hari semakin baik dan bebanan makin kurang sebab saya dah boleh aturkan secara bersistem pergerakan semua IO, walaupun mula-mula hari tu banyak suara tak puas hati dan tension....dan semakin banyak fail kuning kita hantar ke HQ untuk arahan seterusnya!

Alhamdulillah...cuma urusan kewangan jer nak aturkan semula, sebab masa pak hj sakit ari tu saya ada beberapa hutang tertunggak saya tangguhkan, start bulan ni kena berjimat dan tak boleh beli benda bukan2 lagi. tambahan pula perbelanjaan dapur meningkat 200% sebab sebelum ni dapur jarang berasap!

Sekarang satu hari dua kali berasap, pagi2 Dewi masak untuk hani, petang saya balik kerja masak pulak untuk saya dan Dewi dan untuk hari berikutnya...stok makanan pun dah tak boleh putus...sebab dah ada orang kat rumah...itu tak masuk bil api/air/telefon yang juga saya lihat berganda 100% sejak dewi ada ni...

Kenalah mula ambil langkah berjimat tambah2 Hani akan mula bersekolah tahun depan, dan saya pun dah nak mula usaha penyimpanan secara tegas...segalanya dibahu ini, nampaknya kalau tak saya usahakan sungguh2 habis bulan habislah gaji, "dapat pangkal hujung lesap"...
Suara hati dan pemikiran siti detik 8/27/2007 03:22:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Keluarga






Sunday, August 26, 2007
Pengalaman Pertama
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Hasrat hati untuk pulang awal pada petang Jumaat kerana kenduri tahlil untuk abah tidak kesampaian. Apakala berbicara dengan pengarah permintaan saya untuk balik awal [untuk rekod:tak pernah sebelum2 ini saya pohon balik awal, lebih rela pohon cuti rehat] dalam perbincangan pagi yang memerangkap saya di bliknya dari jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi seoalh-olah tidak didengari.

Saya pohon juga mesyuarat pemantauan pergerakan IO dan KS yang biasa diadakan jam 4.00 petang diawalkan ke 3.00 petang. Beliau bersetuju, malangnya pada jam 3.00 saya dapati beliau masih di luar. BIla saya balik ke bilik saya, missed call bertubi2 dari "mak-kg", panggilan saya semula membuatkan saya terkejut, sepupu saya yang berada di sini rupanya baru sahaja meninggal jam 2 petang tadi.

Lantas saya menelefon pengarah dan memaklumkan saya perlu pergi menziarah. Apabila sampai ke rumah arwahnya, telah ada beberapa orang sedang membuat persiapan kain kafan. Saya membaca yasin dan kemudian apabila tiba masa memandikan jenazah saya turut hadir berdekatan sebagaimana amalan biasa saya.

Melihat jenazah dimandikan mendatangkan keinsafan yang cukup dalam. Memang saya paksakan diri saya menyaksikan upacara memandikan jenazah dalam setiap agenda menziarah orang meninggal jika saya ada kesempatan.

Tapi kali ini, saya diminta membantu, memandangkan si mati tidak ada anak perempuan, hanya seorang anak angkat lelaki dan menantunya pula beranak kecil maka kehadiran saudara diperlukan bagi memastikan ahli keluarga puas hati atas 'apa-apa' yang dibuat atas jenazah si mati.

Walaupun ada adik perempuannya di situ, memandangkan dia nampaknya 'takut2+malu2', kerana mereka sebenarnya berlainan ibu, maka sayalah yang hadir di situ sebagai ahli keluarga.

Air mata saya menitik tatkala jenazah telah siap dikafankan bilamana anak angkatnya yang seorang itu cukup2 terharu dengan pemergian maknya, hilanglah satu-satunya tempatnya bermanja, hanya pada ayahnya sahaja. 'Ijam' memang terkenal dengan kemanjaan dari kecil lagi sehingga tawaran masuk ke asrama penuh ditolak kerana tak sanggup berjauhan dengan ibu ayahnya. Tak cukup pipi dan dahi ibunya dicium dia bergerak ke tapak kaki pula. Berkali-kali dikucupnya tanda dia benar-benar kehilangan. 2 Anak kecil dan isterinya langsung tidak dihiraukan walhal isterinya bengkak2 muka dan matanya menangis, hanya ayah mertua (suami si mati) memujuk memantunya itu.

Begitulah nasib sebuah keluarga yang kecil, mujur juga tinggal di flat, maka ramailah jiran tetangga yang rapat-rapat membantu. Terbayang pula nasib saya bagaimana, kalau boleh saya terlalu menginginkan 4 anak lelaki yang boleh mengusung jenazah saya ke kuburan dan juga ada anak perempuan yang cukup untuk memandikan jenazah saya...tapi cukupkah masa untuk memiliki anak sebegitu banyak?

Begitulah kisahnya....

**************************

Saya tak dapat mengikut sampai ke tanah perkuburan, saya bergegas balik, jam 7 malam baru sampai ke rumah. Dewi dah ama bersipa menunggu saya untuk pulang ke kampung. Ikut pak hj katanya tak payahlah balik ke kampung. Tapi saya tetap nak balik juga dan saya tau dia takkan ikut saya. Takperlah..

Jam 8 malam kami bergerak ke PD ambil Hani. Sampai di sana, saya suruh Dewi masuk ambil Hani, saya bimbang klau saya masuk akan ambil masa yang lama kerana borak2 dengan kak A. Dan saya juga bimbang nak berhadapan suasana sekiranya Hani tetap tak mau balik. Saya tak bersedia nak berhadapan suasana macam tu sebab mesti saya akan sedih lagi!

Rupanya Hani sedang tidur. Lagi mudah kerja Dewi. Terus kami bergerak ke melaka. Walaupun dah malam dan badan penat saya teruskan juga perjalanan sebab kalau saya tak balik kg pun, bukannya pak hj nak balik rumah saya malam tu. Biarlah saya bawa diri ke kampung yang 2 bulan saya tak balik.

Sampai di rumah dah dekat jam 11 malam. Kenduri pun dah lama selesai tinggal pingan mangkuk ajer yang bersepah...terus mak saya hidangkan lauk kenduri tu. Sehingga esoknya pak hj masih tak hubungi saya...sampai petang juga...cuma kak Nani call saya bagitau angah rindu sangat dengan ayah dan nak datang rumah saya petang tu. Saya ok kan ajerlah bila kak nani kata dia nak hantar Iza dan Angah petang tu...beberapa kali call ayah minta izin tak berjawab panggilan saya...

Saya pulak bertolak dari rumah dah jam 3.30 lepas tu singgah ke 'Bintang' membeli keperluan rumah dan dapur. Gitu gini sampai rumah dah dekat jam 8 malam. Solat maghrib dan keluar semula hantar si Dewi balik pulak. Lepas tu saya dan hani ke bank selesaikan hutang2. Hani dari petang (semasa di bintang) merengek nak beg tangan kanak2 terpaksalah pulak saya ke Mydin semata2 nak belikan dia beg tu, kebetulan juga lalu ke di Mydin tu.

Sampai di rumah semula dalam jam 9.30. Terus masak2 dan panaskan lauk2 mak beri dan tunggu pak hj balik jam 11.00 malam. Ingatkan dia nak makan, tak mau pulak...jadi saya jerlah makan berdua dengan Hani...

Subuh2 ni pulak dah ke masjid dan akan terus ke Sri Petaling dan esok ke Miri untuk 40 hari...denfarnya 3 Oktober baru balik ke sini semula. Raya bila ya? Rasanya dah nak dekat2 raya tu tarikhnya tu. Malas nak fikir hal raya..sebab raya suatu keadaan yang 'sedih' bagi saya sebab tiap2 tahun kena berjuang untuk dapat giliran di pagi raya...kalau berjaya dapat pulak, harga yang perlu saya bayar ialah hanya sekejap sahaja dari malam raya, lepas solat raya, balik semula ke PD dan raya ke 4/5 baru jumpa semula...kalau tak dapat pagi raya pun begitu juga...sehari dua jer di kg...selebihnya rumah kak a....

Letihlah...jemu dan fed-up nak menghadap raya...kegembiraan hanyalah kerana hani sahaja...lebih baik saya beramal ibadah di bulan Ramadhan dengan sepenuhnya...nampaknya kami bertigalah tahun ni, sebab Dewi ada...s\bersemanagat sikit nak menyambut puasa sebab berteman semasa berbuka...selama ni sorang2 jer berbuka puasa...
Suara hati dan pemikiran siti detik 8/26/2007 07:39:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Keluarga, Poligami






Thursday, August 23, 2007
Berlapang dadalah...
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Entah apa horman semalam yang cukup menggila sampai saya rasa menganggu betul jiwa saya. Kacau sungguh. Malam sementara tunggu ayah sampai dari masjid yang biasanya 10.30 malam baru sampai, saya bermuzakarah dengan Dewi apa langkah2 perlu untuk 'pulihkan' emosi Hani.

~~~~~~~"KURANG KASIH SAYANG"~~~~~~~~~

Itu kesimpulan Dewi setelah duduk sama saya dua bulan, yang saya pun sebenarnya lama dah rasakan hal ni. Macam saya kata, kalau hari kerja malamnya keseluruhan masa saya, saya habiskan untuk dia kecuali hari rabu malamnya memang dia terpaksa berkongsi dengan ayah yang juga memerlukan saya. Tapi acapkali juga ayah akan mengalah demi Hani yang merengek dengan nada cukup syahdu kalau saya 'ugut' nak peluk ayah malam tu.

Yang masalahnya, selalu sebelum tidur tu saya akan habiskan masa lebih kurang sejam dengan ayah untuk urut ayah, pada masa2 nilah Hani akan 'buat hal' dan selalunya saya memang akan cuba terangkan pada dia yang dia perlu sabar dan korban sikit untuk ayah dan apa-apa kehendak dia maklumkan pada Dewi sahaja.

Sesekali memang saya marah dia, dan dia selalunya akan merajuk masuk ke bilik Dewi...tapi akhirnya dia akan datang semula ke bilik ayah dan kata pada saya, "ammie..pujuklah kakak". Selagi dia tak buat pengumuman janganlah pujuk sebab dia akan cakap dengan tegas, "jangan pujuk kakak lagi...".

kalau nak kata saya tak bertegas saya rasa saya dah macam mak tiri dah, dan kalau kata saya tak beri perhatian dan kasih sayang, rasanya banyak kali saya tangguh urut ayah dan dulukan Hani.

Masalah hani ni dia takmo tidur tempat lain melainkan dalam bilik master, sedang ayah pulak takmo tidur bilik master, nak tidur bilik tetamu. yang susahnya sayalah selalu tersepit di tengah2.

Masa saya dah nak mula mengurut masa nilah Hani berebut2 ajak masuk bilik 'ammie'(bilik master lah tu). kalau begitu keadaannya saya akan dulukan ayah...sebab ikut sunah...ikut kehendak suami dulu,kan? Dan masa macam nilah dia selalu terasa hati kalau saya tak layan dia...terus katanya "ammie tak sayang kakak, amie marah kakak...". menonong ke bilik Dewi...

kadang pak hj beralah, tidur jugak bilik master tu...ikut kehendak hani. Tapi kalau dah masuk bilik tu pun dia masih jugak nak layanan sepenuhnya dari saya, bahkan pandang ayah pun tak boleh...tulah labih baik ayah tidur jer bilik tetamu tu...saya dan hani tidur bilik master...

Pada masa ni, selalu sangat dah saya tertidur terus dengan hani hinggalah subuh2 dengar suara mengaji di surau, masa ni selalu pak hj dah masuk bilik air buat persiapan ke surau. walaupun sedih dan terkilan malam berlalu begitu sahaja dan demi hani saya ketepikan suami tapi demi hani saya tetap 'tak kisah' dan ayah pun faham juga. terutama dalam keadaan kerja yang letih dan penat saya tak ambil masa lama untuk terus tidur.

bagi Hani kegembiraan dia adalah selagi ammie ada di sebelahnya pada masa dia masih berjaga, malah tengah2 malam pun di mana arahnya dia tidur pasti dia akan bangun mencari saya dan memeluk saya. katil saiz super king tu memang seluruhnya untuk dia, saya sebahagian kecil sahaja...apa lagi saya tak lakukan untuk dia...

Mungkin hanya masa yang kurang banding dengan kak A yang 24 jam ada di rumah. Tapi saya tak juga salahkan kak A. Dia dapat menawarkan suasana yang kondusif untuk hani dan banyak kebaikan sebenranya bila Hani balik sini lepas lama duduk rumah kak A. Nampak perbezaannya.

Dia pandai bertolak ansur. Dan siaplah dia bila balik ni, macam2 pesan umi yang keluar dari mulut dia.

~ Umi kata, masuk bilik air kaki kiri dulu...
~ Umi kata pakai seluar kaki kanan dulu
~ Umi dah ajar kakak makan fishball
~ Umi dah ajar kakak makan carrot
~ Umi cakap kalau basuh tangan pakai sabun gosok2 macam ni...
~ Umi cakap kalau kakak kenc*ng/berak gigit baju, nanti basah...




2 cucu makros yang dia kawan hari2 tiba2 3 bulan lepas saya pisahkan terus, tak jumpa langsung...

Banyak lagi pesanan dari umi termasuklah macam2 doa...yang saya kadang2 rasa syukur dan terima kasih ada orang bantu didik anak saya...malahan dialog2 dia cakap tu rasa kadang2 macam terngiang2 dan terbayang2 muka kak a masa bercakap. Sementelah hani kalau orang tengok memang boleh dikatakan iras wajahnya sama dengan Kak a.

Dewi pula dah mengadu sakit2 dan lenguh2 badan sebab dah 4 hari rehat tak buat apa2 kerja sangat, katanya "macam orang gila saya bu', kedepan ke belakang tak tau mau buat apa". Terserlah kebosanan dan kerinduan dia pada Hani...tapi apa nak buat, dah hani pilih duduk di sana.

Mungkin esok petang saya akan ambil hani dan ayah terus bawa ke melaka balik kampung sebab esok malam mak saya buat kenduri tahlil. Pagi tadi mak call, terkejut jugak apahal orang tua ni tak pernah2 call pagi2 (malam pun tidak!) rupanya ada kenduri. Sebab ahad ayah ke Miri, sabtu petang tu saya baliklah sini semula, lagipun Dewi nak balik petang tu...


Jemu agaknya main dengan patung hari2...


Semakin hari semakin manja dengan ayah...


hari ni saya wakil jabatan hadir ke program lawatan kerja PM ke tapak rumah banglo peneroka Felda Sendayan...hujan menggila lebatnya...namun orang cukup ramai...untungnya mereka (rezeki Allah beri) dapat banglo yang cantik bernilai RM 240K, wang tunai lebih RM400K dengan tanah 2 ekar lagi...kalau saya dapat bestnya takpayah kerja lagi...
Suara hati dan pemikiran siti detik 8/23/2007 05:47:00 PM 6 cetusan hati
Cerita tentang; Hani





Wednesday, August 22, 2007
Naluri keibuanku dicabar!!!
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Meleleh air mata saya sungguh-sungguh petang tadi. Bimbang ada sesiapa masuk ke dalam bilik saya tiba-tiba, saya pun sambung menangis dalam bilik air. Dengan lebih syahdu lagi...

Dah lama dah tak nangis sungguh-sungguh macam petang tadi. Merah2 dan bengkak mata saya. Lepas tu balik rumah menangis lagi depan Dewi sambil cerita pada dia. Balik awal hari ni, tupun takdelah awal sangat sebab 5.30 baru abis mesyuarat menilai maklumat dan aduan. Jam 6.15 baru sampai rumah, Dewi sedang siram pokok dan nak tanam kacang botor tu.

Sepatutnya ada kawan office nak datang rumah belanja makan sate sebab menghargai saya memberi dia pinjam dan menggunakan car seat hani, dari anaknya umur berapa bulan ntah dah nak masuk 2 tahun dah sekarang....kebetulan Hani tak suka duduk dalam car seat tu, dan dia pun tak lasak duduk dalam kereta jadi takdelah saya guna sangat car seat tu walaupun belinya dekat2 RM300 (pak hj punya taste kalau beli memang agak suka yg mahal2 sket, ikut ammie yang murah2 kat macro/giant tu okay dah. Tapi membazir jer sebab tak pakai sangat pun...jadik konon dalam hati nak bagi terus jer kat kawan tu sebab ntah bilalah nak dapat baby agaknya..tapi semalam dia kata nak pulangkan pulak...hmmm ambik jerlah...

Dia call tadi nak confirmkan nak datang, terpaksalah cakap kat dia, Hani dan suami takde balik lagi..tu yang tambah sedih tu. Hajat dia memang nak belanja Hani sebab car seat Hani...tapi dah hani sendiri takde, tundalah malam esok...

Malam ni Iza call saya pun dah rasa macam nak nangis. Ingat apa hal yang penting sangat Iza nak bagitau rupanya hanya nak cakap yang Angah 'rindu' kat saya. Hahahaaa..kelakarnya anak bujang tu...anak sendiri tak rindu kat saya, anak tiri bujang pulak yang rinduuuu...

Kisah nangis saya tu bukannya sebab apapun..hanyalah sebab kata-kata anak gadis saya sorang tuuuu. Petang tadi pak hj call bagitau yang Hani taknak ikut pak hj balik sini. Saya mintalah nak cakap dengan Hani, tu pun payah sungguh, lama tu baru dia datang kat gagang phone tu.

Masa ni dah sedih dah..bila dapat cakap dengan dia, memang totally dialog dia langsung tak menunjukkan dia rindu saya. Bangga jer cakap dia suka duduk kat sana, taknak balik rumah ammie...

Memang tegas pendirian dia taknak balik. Nak suruh ayah balik sorang jer...kalau nak ambik kakak esok jerlah ammi datang...

Lepas cakap dengan hani, saya call pak hj pulak, dia tengah makan...saya sembur pak hj pulak, lepaskan eksedihan dan kegeraman. saya marah pak hj kenapa bawak hani ke PD isnin tu dan denga suara tinggi saya cakap kat pak hj;

"abang jangan harap saya nak lepsan Hani ke PD lagi..."

"Larr...dia yang nagis2 nak ikut abang, kau bukan tak kenal anak ko tu, kalau nak bukan boleh dihalang...takkan abang nak biarkan dia nangis dia yang nak ikut...."

"Abang biar jerlah...abih abang suka ke dia buat saya macam ni...seksa saya abang tau, tak?"

"Dahlah anak saya tu jer....abang ada 7 anak takperlah...dah 3 hari dah bang....telefon pun taknak cakap dengan saya..."

......saya terus bebel dan bebel dengan suara saya yang makin tinggi dan makin sedih via hp tu....tapi yang saya tambah geram, pak hj gelak2 jer macam pada dia saya ni main2 jer sedihnya! Eh ingat saya ni takde naluri keibuanker??? Boleh biarkan anak kat rumah orang sedang saya sorang2 kat rumah..dah 3 malam dah tau!

...dah tu masa saya bebel tu dia boleh serah pulak hp tu kat telinga kak a... walaupun tak nampak saya taulah...saya boleh bayangkan yang kak a duduk sebelh pk hj masa makan tu (berdua-duaan, kalau saya ada kami selalu makan bertiga, anak2 tak kacau ibu&ayah makan) Kak A pulak menyampuk gak cakap Hani nangis2 bila kak A pujuk2 suruh balik...

Sapa ibu tak sedih,kan? satu-satunya anak sendiri tak rindu pada ibunya lepas 3 hari tak jumpa?

Yang tambah sensitif tu bila saya dengar suara ramai2 (anak2 kak A) termasuklah pak hj dan kak A gelak2 bila dengar Hani cakap dia taknak balik...bukannya tolong pujukkan...saya jer yang pujuk macam2 pada dia nak suruh dia balik jugak malam ni...

Adalah kot 15 minit cakap dengan hani, macam2 'rasuah dan suapan' yang saya offer langsung tak jalan. Terpaksalah pulak guna style ugutan pun tak jalan jugak...lama2 guna semula kaedah pujukan (persuasive), pun tak dapat reaksi positif...

Apa lagi,ya? Apa lagi yang saya boleh buat....seabagi seorang ibu bekerja apalah daya saya untuk menambat hati dia, bila fikir singkat saya rasa puncanya satu jer..sebab kat rumah saya ni dia takde kawan...cuma dengan Dewi ajer. Sedangkan selama ni di rumah Mak ros memang ramai kawan dia, baru 3 bulan ni dia kena duduk rumah, kawan dengan Dewi, dengan Rabbit..malam2 barulah ammie ada. Dah tu ammie selalu balik lambat pulak...

Bila offer kata ammie belikan baju cantik..sebab dia memang suka baju barbie dan Cinderella, pun tak jalan juga, sebab katanya umi dah belikan dia baju...sakitnya hati saya...siap dia bercakap2 pulak dengan Hani Shakirah konon nak mengesahkan memang baru beli baju barulah tuuu, pak hj pulak alahaaai sukanya dia bila tengok saya susah payah pujuk Hani, bukannya nak tolong sama...

Eeeeeiiii menulis ni pun dah bergenang air mata saya...sedihnya...dan sakit hati jugak! walaupun tak wajar nak marah kak a tapi tetap saya rasa dia tak patut layan anak saya baik2 sangat. Kalau nak baik pun ala kadar jerlah jangan sampai melampaui batas sampai sebab manjakan sangat saya diketepikan...

Yang peliknya, anak kak A sendiri kalau datang rumah saya taknak balik jugak! Malah masa kak A mengandungkan Zubair dan sebab dia kerap masalah bleeding asyik keluar masuk hospital saya jaga anak2 dia, bila kerja saya hantar rumah mak ros, waaahhh masa tu masing2 tak suka bila dengar Umie dah boleh keluar hospital. Lagi haruuu anak2 dia... sebab kak a ni tersangatlah terkenal dengan 'garangnya' terhadap anak2...tapi kenapa dengan suhailah dia terlebih manjakan??? kenapa? kenapa? kenapa? musykil...musykil...

Agaknya sebab nak tambat hati suhailah ker? Atau saja nak tambat hati suami...tunjukkan boleh khidmat dengan suami tolong jaga anak tiri...saya ni mulalah kena hasut dengan makhluk 'bertanduk' ni... sebab saya pelik dengan anak sendiri kenapa anak dia tak suka umie dia tapi dengan Suhailah kenapa dia terlebih baik... saya dapat laporan ni dari pemerhatian Dewi sepanjang Dewi duduk seminggu di sana dulu...Dewi sendiri pun pelik jugak...napa Umie rajin sungguh layan suhailah sedangkan anak2nya kerap dimarah selalu...

Tapi kena fikir +ve jugak...fikir ke arah kebaikan dan demi kesejahteraan keluarga besar pak hj niii...



eh eh..tetap tak bolehlerrr...sakit hati jugak bila fikir ni...sebab malam ni pak hj tidur sini tapi suhailah kat sana...camana tu... tak suker... tak suker... bencii... benciii...ikutkan hati lepas ni takkan bagi ruang dan peluang Hani terlepas ke PD lagiii... ~~~~~~~~~~~~~~NO WAY ~~~~~~~~~~~~~~!!!!


**************

Bila fikir balik ni balasan saya tak balik 2 bulan ke kampung, kot? Camana agaknya mak saya rasa bila anak bongsu dia yang paling kerap balik tapi tak balik 2 bulan ni????

**************
Suara hati dan pemikiran siti detik 8/22/2007 08:33:00 PM 6 cetusan hati
Cerita tentang; Hani, Lepas geram






Dewi Vs hani
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
"Ibu dah lupa ya rumah sendiri?..sampe kerja tak mau blk.dah malam bu..balik dululah"


Itulah mesej yang dewi hantar bertubi2 dalam hp saya. Masa ni baru 10.15 malam. Terharu pulak rasanya. Saya call dia, katanya dia tunggu saya di depan, saya kata takperlah... tidur dulu, saya bawa kunci rumah, tak payah tunggu saya.

"Bila ibu nak balik ni?" risau nada suara dia...


"lambat sangat lagi...pagi kot baru saya dapat balik, dewi tidur jerlah dulu...rehat2..."


Saya sedih bukannya apa, ada juga orang yang ingat dan kasihan kat saya...nak harap orang kat PD tuuu (Hani dan ayahnya lah) nak call tanya hal saya memang payah. Sebab saya dah cakap dengan dia malam tadi ada kes, dia memang tau kalau ada kes tu kalau dia call saya, cepat2 saya cakap "nanti wa call back, eh?" Tu yang dia malas nak call saya tu...


Sedar2 dalam sibuk2 buat kerja dalam jam 11.30 baru teringat nak call Hani sebab masa sebelum maghrib saya call Pak hj nak cakap dengan dia, dia takmo cakap dengan saya....apalah anak saya nih, dapat berkepit dengan mak tiri dia, mak sendiri langsung tak ingat!


Pagi2 ni call lagi, dia tak bangun pulak. Apa nak buat dah dua hari tak dengar suara Hani ni. kalau mak lain dah rindu banget dah dengan anak tunggal ni. tapi saya relax jer... tengah2 sibuk2 ni kalau dia ada kat rumah pun saya tak dapat layan dia bercakap...letih.


Malam tadi jam 2.30 pagi baru sampai rumah, punyalah letih, masuk tu jer saya baring kat sofa depan, dengan lampu2 terbuka saya tertidur bila jam berbunyi 6 kali tanda dah jam 6 pagi baru saya tersedar. Mana taknya, tengah2 malam jam 12 tu saya ke satu rumah di Felda di jelebu, dahlah hujan lebat menggila dengan bengkang bengkok lalu bukit tangga, balik tu pulak hujan tambah lebat. Duduk2 kat pejabat pastu baru balik. Ikut hati nak baring jer kat sofa daam bilik ni tapi takut terlajak sampai ke siang...


Pagi2 tadi dewi dah tanya saya,


"Bu'....bila Hani nak balik..." dia dah rindulah tu...


"Petang ni kot..., sunyi rumahkan Hani takde.."


"Buat-buatlah apa kerja yang patut...takpun rehat2 jer..."


Memang takde kerja apapun kalau Hani takde, nak masak untuk dia jerlah, nak mengemas, kalau hani takde..memang takde sepah langsung. nak siram pokok dah musim hujan, nak basuh baju pun setakat baju dia sehelai dengan baju tidur saya....memang relaxlah dua tiga hari ni si Dewi, nonton TV ajerlah kerjanya kot...boring2 buka radio pulak takpun agaknya nonton CD...


Takperlah...saya dah anggap dia macam adik jer...dan dia pun dah nampak "sayang" kat saya...lagipun apa nak dera2 dia susah2 buat kerja kan, lagipun nak pakai dia untuk jangka panjang, mana tau lepas ni kalau dapat anak baru tentu penat dia, buat masa ni kasilah dia rehat dulu...


hari ni cuma suruh dia tanam benih kacang botor sepanjang pagar belakang tu, typist beri saya benih2 tu semalam...harap2 menjadilah tangan si Dewi ni...lagipun musim hujan kan? So sekarang dah ada cili padi, terung telunjuk, terung biasa, delima, kedondong dan kacang botor...semalam masa gi Jelebu tu 'pakcik' tu bagi kat saya 4 anak pokok salak, dua nak tanam kat rumah, dan dua nak tanam kat pejabat.


Pakcik tu kata, tak besar pokoknya, pokok 'salak madu'.... dan banyaknya anggerik hutan kat rumah dia, kalau siang dah tentu lagi banyak benda dia beri...tengah2 malam tu pun di jamunya kami bertiga (saya dan dua pegawai lelaki lain) dengan pisang rastali dan pulasan. tengah2 malam pun berlumba2 kami bertiga makan sebab memang lapar pun...tapi tu pun lepas selesai kerja...
Suara hati dan pemikiran siti detik 8/22/2007 10:38:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Dewi, Periuk nasi
Tuesday, August 21, 2007
......camana tu???
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Asyik citer hal2 negatif jer kan? Biasalah, 10 citer seronok, satu citer tak seronok tapi yang tak seronok tulah yang dok pusing2 dlm kepala. Terluah di blog....bagi yang datang membaca cerita saya ni sabar jerlah kan???


Hari ni seharian saya kena hadir persidangan dewan, wakil ketua jabatan. Dah biasa dah hadir sejak tahun 2001 sejak kerja di sini, masa di HQ dulu hadir ke parlimen. Sini setakat DUN jer...ok gak hadir ni sebab masa jadik wartawan dulu biasa hadir benda2 ni. Cuma kena pasang telinga dan bersedia kot2 ada isu berkaitan jabatan kita yang perlukan penjelasan.


Yang saya tak suka pergi salah satu sebabnya ialah sebab takde kawan, most of kehadiran ketua jabatan adalah lelaki. yang banyaknya baya2 pak hj lah....pompuan tak ramai dalam dewan tu adalah 10 orang kot....duduk sepah2 jer...walaupun banyak muka yang biasa tengok (apa lagi, kenal masa menyiasatlah) tapi malu gak nak tegur....


Tapi selalunya diorang bukan 'cam' kita pun...kalau cam pun buat2 tak kenal, sapa nak berbaik2 sangat dengan pegawai jabatan saya ni??? kalau boleh lari jauh lagi jauh diorang lariii...kalau pengarah @ timbln dia dah biasa hadir mesy peringkat negeri, memang setiap bulan jumpa ketua2 jabatan ni.


Tapi saya nak citer satu benda....tadi dari saya berbaris daftar nama... dari minum sampai masuk dewan saya duduk dan borak2 dengan satu ketua jabatan ni. oklah orangnya sebab ada topik maka boleh ngamlah... kebetulan ada banyak benda dia nak tanya saya pasal satu 'isu' pegawai dia. Oklah saya layan jerlah...dia ajak duduk sebelah dia...saya duduk jerlah...


TAPI, saya cam biasalah memang suka tengok MB negeri ni, selain mukanya 'good looking, suaranya macho' sangat. kalau dia bercakap tu memang khusyuk saya mendengarnya....malas nak bercakap2 lagipun tak sesuai bercakap....


Tapi orang kat sebelah saya ni, kejap2 cuit peha saya dengan tangan dia...nak bercakap dengan saya...tau2 jerlah kerusi dewan tu kan rapat2...geram jugak rasanya, macam cakap dengan bini2 dia jer dibuatnya saya...walaupun tak bersentuh (sebab ada lapisan kain) tapi bagi saya macam tak sopan bagi orang yang kali pertama berjumpa...nak cuit2 tepi peha, bukan cuit jer...dia kuit2 pulak tu...ada sekali dua tu belakang tapak tangan dia ditampar2nya peha saya....geram betullah...!!!!!


Camana nak buat tu...rasa macam nak cakap straight saya tak suka.... tapi takut dia malu pulak....lagipun kang orang depan dengan belakang dengar pulak...maka bila saya rasa macam dia nak cakap jer cepat2 saya beri perhatian takdelah saya tunggu sampai dia cuit2 saya baru saya menoleh....dah tu tambah tak selesa bila cakap (sebab kena cakap perlahan/separuh berbisik) dia dekat2kan kepala dia ke saya...tak selesa betullah....



Macam2 manusia ni kan? Itulah yang saya rasa pompuan ni tempatnya yang paling selamat di rumah di sisi anak dan suami..... selamat dan berkat.... terjamin keselamatan dan 'ketenteraman'... tapi apakan daya... rezeki di sini dan inipun satu ibadah kan?
Suara hati dan pemikiran siti detik 8/21/2007 01:24:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam
Monday, August 20, 2007
Kecil hati lagi....
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Agaknya memang ada orang yang lahir dengan jiwa yang kuat dan semangat yang hebat. Berkali2 dikecilkan hati pun masih sabar dan buat tak tau. Siapa lagi???? Sayalah!...... huuuu huhuhu......




Ingat tak hari tu saya kata pak hj offer saya nak pakai keter saya dan nak belikan keter 2nd hand? Masa dia cakap tu memang saya tak percaya pun.

Tapi tetap letak sedikit harapan. Mana tau betulkan? Tup-tup tengahari radi dia call saya tanya pasal buku bank dia yang saya simpan.

Dia kata nak datang ambil di pejabat saya. masa tu dia dah ada di PD. Saya kata datanglah...tak taulah apa yang urgent sangat nak buku bank tu?

Dalam 2.30 ptg dia sampai. Sebelum tu sebelah pagi dia ada call bagitau saya Hani ikut dia dan kak a balik PD. Dewi tinggal di rumah. Apa saya boleh kata lagi, dah Hani dibawa ke sana...hanya dapat cakap2 dengan Hani via phone sajer.

Tengok2 bila sampai tu bukannya naik Satria, tapi naik yang bawah ni......sekilas ikan di air saya dah tau...tak lain tak bukan orang tua ni punya kereta barulah ni... tengok2 kak a dengan Zubair dan Hani Suhaila dan Hani Shakira ada di belakang....


Keter lama jer pun, tak mahal mana saya rasa...tapi saya geram tu bukannya nak musyuwwarah dengan saya. Macam malukut jer rasanya saya ni.

Ni bukan kali pertama di ketepikan saya dalam buat apa-apa keputuasan. Dulu beli Serena macam tu jugak, last2 jual jugak kan? Keter ni nak buat berulang ke rumah saya, rasanya munyaknya boleh tahan jugak,kan?

saya ni jahil pasal keter2 ni..tak taulah keter ni makan minyak banyak ker? tapi saya tengok tadi pak hj senyum sampai ke telinga bawak keter baru tu....kak a duk sebelahnya....tergelak2 jugak dia kat saya sebab hani lari2 dari saya...

Yang tambah geramnya saya tu, hani yang duduk di belakang tu takmo cium saya. Eksyennya dia dapat naik kereta 'baru' ayah. Dia takut saya nak bawa dia balik agaknya....eiii 'kurang asam' betullah!!! macam saya plak mak tiri????

Saya tak call pun pak hj dan hani dari t.hari tadi...rasa macam tersisih jer duk sorang2 kat rumah ni (Dewi ada tengah nonton TV tu...tapi apa maknanya Dewi ada pun, laki dengan anak takde!)

Musykil saya...apa yang urgentnya ambik buku tu..nak call pun tak sedap ati sebab pak hj ada kat sana tentu kalau bercakap tak bebas sebab kak a memang ada jer duk situ dekat2 pak hj....yang Hani pulak sure 'lupa diri' jumpa adik beradik dia...yerlah cuti sekolah semua ada..

Nasiblah jadik bini ke 2 ni...apa2 hal semua tau kemudian...sib baik sibuk dengan dunia kerja saya...cuma kat rumah jer ni teringat kat Hani plak...mesti dia sedang seronok kat sana....


Sayalah monyok jer kat rumah takde kawan 'gaduh'.....
Suara hati dan pemikiran siti detik 8/20/2007 09:19:00 PM 5 cetusan hati
Cerita tentang; Poligami
Dua cerita tentang Saya & Dia
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Cerita 1.

Saya merajuk malam tadi. dengan pak hj. Balik solat isyak, dia cakap dengan saya nak makan. saya kata, makan kat luarlah, sebab nasi dah habis, mula tu hani kata makan mee (sebab tiba2 so bahan memang tak standby, kononnya nak masakkan maggie jerlah) tapi bila Dewi dah sampai dia minta terus dengan Dewi nak makan nasi.

Saya memang malas kalau nak masak dah malam2 ni. Pak hj pun setuju keluar. Hani dan Dewi tinggal. Dalam kereta tu dia kata,

"tadi wa kata tak nak makan,kan?" sambil senyum2 sinis tanya saya yang tengah nak start keter...

dalam hati saya macam dah kecik ati dah, (tapi buat tak tau) sebab memang mula tu rasa kenyang...terasa nak makan roti canai jer. tapi bila sampai kedai biasa tu (dlm 500 meter dr rumah)tutup pulak so kami pergi kedai sebelahnya...

Bila sampai encik yang nak ambil order tu, saya rasa macam nak teruskan merajuk pulak, nak tengok reaksi dia. Bila pak hj tanya nak makan apa? terus jawab;

"taknak makanlah..." buat muka sedih jer...

"aiii...nanti meneysal...mee sup taknak ker?" masa ni dia tersenyum sebab ingat saya bergurau

"tak nak...dah merajuk..., tadi abang kata saya tak nak makan..." saya cakap sambil senyum walhal dalam hati sedih dah niii

"Larrr abang gurau jer, takkan tu pun nak merajuk..." lembut jer dia cakap

"Yerlah..maklumlah saya takde duit. pakai duit abang...sensitif tau pasal makan2 ni...yerlah orang yang bayar...bukannya kita..." nada sedih....

"Betul2 ni, makanlah, nak sate ker...beehun gorengker...kang baliik rumah menyesal..." sungguh2 dia tanya kali ni

"takper...biar menyesal asalkan hati puas dapat tunjukkan saya pun pandai merajuk jugak" masa ni air mata dah nak bergenang dah cuma tak ditumpahkan...

"larrr...kaakaaahhhh...heeeee" tergelak sungguh2 dia gelakkan saya yang merajuk...
lepas tu kami berborak macam biasa, lupakan pasal merajuk tu...saya ni memang tak pernah kering modal nak bercerita, pak hj pulak tukang dengar jer...anggung2 geleng2..
Bila makanan sampai jer...

"Nak merajuk, merajuklerrr...nak sikit tak abang punya?"

"tak nak!"

"Nyesal nanti..."

"Tak per lapar asalkan ati puas...!"

Gituler citernya...so semalam pandang jer dia makan...lagipun takdelah lapar sangat sebab saya makan lewat siangnya...

masa dah nak bayar tu, dia tanya saya;

"gilah kedai tu, beli apa2 ker, mana tau balik nanti lapar..kan?" perli saya lagi tuuu sambil hulur duit...

"......hmmmmmm" ambil duit dan melangkah ke kedai beli roti dan biskut.

sampai kat keter tak abis lagi pak hj gelakkan saya yang merajuk...tapi takpelah kan nak merajuk saya buat pengumuman dulu, takdelah susah dia nak pujuk2.

Moralnya...kalau kita tak berduit memang sensitif hal makan2 ni. Setiap kali makan memang saya yang bayar, dari dulu lagi, sesekali jer pak hj bayar...dah tak terasa apa pun sebab saya yang selalu ajak makan luar sebab malas nak masak so rasa bersalah tu saya cover dgn bayar kos makan di luar.

Tapi kali ni, saya hanya ada RM10.00 ditangan dari Jumaat lagi, tolak bayar tol ke PD RM6.00 tulah jer baki tunai dlm beg tangan. Malas nak keluar pergi tekan duit. Jadik, kalau kita takde duit memang cepat kecik atikan? patutpun pak hj selalu kecik ati dengan saya, sebab selama ni saya kan selalu gurau dan dalam gurau tu memang pedas cakap saya tu....sekarang terasalah apa pak hj rasa selama ni...

****************************
Cerita 2

Pagi tadi dalam kecohnya saya bersiap sebab baju yang Dewi gosok tu dah nak siap baru perasan kat ketiaknya koyak, terpaksa gosok baju lain....dengar pak hj call Kak a dari dlm bilik (guna fix line) nak tanya nak ambil jam berapalah tu. Amboi bukan main lembut suara pak hj...siap gelak2 lagi...tu memang pantang saya tu....bukan marah tapi tak gemar...biasalah kan...cemburu tanda sayang,kan?

dia letak jer telefon, saya terus menyampuk;

"Ambooooi...romantiknya cakap...gelak2 lagi eh, macam cakap dengan bini muda, ha'ah eh..lupalah dia dulu kan bini muda abang,kan?..." saja saya cakap konon nak perli dia....

"hahahaaaa..." gelak besar diaaaa dr dlm bilik.

"kena belajar dengan dia teknik tu...yerlah... orang tu jawab telefon lembut... assalamualaikuuuum yaaaang, lainler saya ganasss jer....tu lah dengan saya abang takde pun cakap camtu...yer baaaaang????" saya cakap kuat2 dari luar masa tengah tengok cermin pakai tudung...

"camana nak romantik2 dengan orang tuuuuu, kalau call abang macam orang tak sempat nak cepat jer...macam tak cukup nafas...takde masa nak gurau pun..." dia cakap sambil gelak2 lagi...

"camana nak romantik2..." sambung dia

"Yerlah..." malas nak layan lerrr, kena cepat gi kerja hari nih...pengarah dan timbalan takde...saya chairkan meeting...
Suara hati dan pemikiran siti detik 8/20/2007 01:23:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Poligami
Sunday, August 19, 2007
Anak derhaka?
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Sebagai anak terakhir dari 5 beradik, seharusnya saya seorang anak yang manja dan mengada2 kerana begitulah adatnya, anak bongsu akan dibelai dan disayangi lebih dari anak-anak yang sedia ada.


Namun, dalam hal saya tidak pula jadi sebegitu rupa. Katalah saya berpergian setahun agaknya, setahun itulah saya tidak dicari atau dihubungi selagi khidmat saya tidak diperlukan.


Dari dulu begitu saya dididik. Kemana saya mau pergi, baik jam 12 malam atau 2/3 pagi, tak pernah jadi persoalan. Asalkan saya beritahu saya ada 'kerja'.


Samaada ia berpunca dari keyakinan melampau ibu bapa saya atau "ketidakambil beratnya" mereka terhadap saya, saya tak tau. bunyinya macam zalim tuduhan saya tu,kan?


Kalau anak gadis lain naik motor 2/3 pagi seorang diri, pasti ibu bapanya risau! Tapi dalam hal saya, banyak kali, bukan sekali saya balik sekitar waktu itu terutama ketila saya menjadi wartawan dulu. Dengan motor, seorang diri...


Semasa di USM, tak pernah ada yang menjenguk, dan saya juga tak pernah ambil pusing. Semua sendiri2, macam saya kata, saya jarang balik kampung masa cuti semester. Saya balik bila masa saya suka dan bila saya teringat keluarga. Biasa dalam bas tu sorang saya jer balik, sebab memang bukan musim cuti.


Balik Jumaat malam, isnin pagi dah sampai ke Penang semula. Kalau jam 4 pagi sampai, maka seorang dirilah saya naik teksi sapu di Butterworth. Selalu saya tertidur menyebabkan saya terlepas turun di Gelugor.


Dari dulu sendiri2, sebab dah biasa tambah pulak takde sapa (ahli keluarga) kisah pasal perjalanan hidup saya. Cukup masa saya pulang ke kg, dan sampai ketika saya balik semula ke destinasi saya.


Masa bekerja kilang selepas grad pun begitu juga. Saya kerja 7 am abis 7 pm. Tapi keluar rumah 5 am sampai jam 8 am. Setahun begitu. Takde sapa tegur atau halang saya, dan takde sapa marah saya walaupun hampir setiap hari rutin saya sama termasuk OT hari minggu. Sebab saya nak kumpul duit.


Bila bekerja di Jalan Duta lepas tu ke Putrajaya situasi sama berterusan. naik motor sorang diri dari Melaka ke KL dengan beg baju. Berulang hari2 dari Serdang ke Jalan Duta, duduk menyewa bilik dengan kawan, takde sapa tanya saya atau datang tengok saya duduk di mana. Cuma saya pastikan dua minggu sekali saya balik. kalau saya tak balik pun takde sapa call tanya.


Bila saya duduk di Seremban, dan nikah secara rahsia dan duduk di rumah sewa, juga takde sapa tau sebab keluarga saya ingat saya masih menyewa di Serdang. Bila saya pindah ke Kuarters Kerajaan negeri, pun masih takde sapa nak datang jenguk. Bila saya bertegas nak balik juga lepas 44 hari berpantang di kg pada 2003, dengan duduk sorang diri di Banglo besar tu, barulah mak saya ikut 5 hari dan itulah kali pertama dia datang tenguk mana tempat saya duduk sejak saya merantau 1994 di USM.


Bila saya pindah lagi ke kuarters jabatan saya bila siap, sekali saja mak saya datang itupun setelah dipaksa berkali2 oleh saya. Bila saya pindah ke rumah ini pun baru sekali mak saya datang, itupun masa tengah lintang pukang dan kelam kelibut sebab saya upah abang ipar saya cat rumah (siang dan malam) dan mak saya datang sebab nak tolong masakkan abang ipar sebab saya masih di hospital menjaga suami sakit pada Julai lepas. Masa tu barang tak susun pinggan tak keluar lagi. Saya pun tak duduk rumah 24 jam di hospital.


Selepas itu tidak ada hajat dia nak datang ke rumah. Mungkin abah sakit, tapi banyak kali saya pelawa nak jaga abah amsa sakit biar duduk dengan saya, tapi langsung tak dipertimbangkan. Sekarang..saya faham yang dia baru kematian abah tapi tak bolehkah setakat membuka mulut kata nak datang tinggal dengan saya. Sekurang2nya sedap hati saya.


Dua bulan lepas ketika saya berhadapan masalah dengan Suhailah bila ada isu 'abah' yang buat sesuatu pada Suhailah, saya letakkan 3 minggu di rumah kak A. lama sangat tak sedap hati pulak so...lepas tu saya berhajat nak letak seminggu dengan mak sebab saya kononnya nak suruh hani pujuk dan bagi dia sayang hani jadi bolehlah dia ikut saya dan tinggal dengan saya bulan puasa ni.


Tapi baru 3 hari saya letak, dia dah call saya suruh ambil Hani sebab dia nak hantar anak kakak saya ke UiTM Shah Alam untuk pendaftaran, dengan alsan tak prnah jejak kaki ke sana. Tapi saya ingatkan dia yang dia pernah hantar saya interview di sana. tapi dia bertegas nak hantar juga w.pun masa tu masih edah.


Takpelah dah dia nak pergi....mulanya dia ingin membawa Suhailah tapi kerana kakak saya yang juga punya anak sebaya Suhailah seakan2 mempengaruhi mak saya katanya, "susah nak bawa suhailah, dahlah saya anak sorang, apa2 berlaku susah nanti, nak layan berak kencing Hani dengan nak susu lagi..banyak masalah timbul nanti..." camtu lah lebih kurang mak saya cakap semula dengan saya. Yang sebenarnya saya kecik ati sangat kakak saya cakap macam tu dan mak saya pulak mengadu kat saya sebijik2...


Saya frust sangat sebab kakak saya yang ada anak sebaya anak saya, selama ni boleh suruh mak saya jaga anak lelaki dia (jauh lasak dari suhailah) sejak baby lagi, saya itulah pertama kali tinggalkan anak tupun dah umur 4 tahun, dia nafikan hak hani untuk bersama dengan neneknya. Menangis2 Hani taknak balik sebab nenek dia dah janji nak bawa ke UiTM. walhal dua2 kakak saya pernah tinggalkan anak untuk mak saya jaga, tapi saya sendiri tak pernah menyusahkan mak saya untuk jaga Hani... itulah sekali sebab masa tu masih tunggu orang gaji lagi...lagipun boleh temankan mak saya yang sunyi lepas abah meninggal...


Kerana kecik ati sangat disebabkan hal ni dan hal2 lain yang membuku dalam hati saya selama ni, sikap2 mereka- bila nak bantuan saya kewangan atau apa2 hal baru cari saya, kalau takde.... call tanya khabar atau kata nak datang rumahpun tak pernah....termasuklah mak saya...hidup ker mati ker saya kalau takde saya yang bagitau takdelah diorang tau.


Sejak saya ambil Hani dekat dua bulan lepas (awal Jun), sejak itulah saya takde call dan takde balik kampung. Saya ingat saya nak merajuk, mana tau mak saya call saya tanya bila nak balik ker atau tanya saya atau Hani sihat ker.....tapi hampa. Langsung takde khabar dari kampung. Saya pulak yang tertanya2...sampai saya call anak sedara saya kat UiTM semata-mata nak tanya kabar nenek dia.


Tapi minggu lepas sebab dah tak tahan saya call juga. Tapi saya tak cakap, saya bagi Hani jer cakap. Masa Hani cakap tu (lama dia borak dengan nenek), saya tunggu2 juga dia tanya saya. Tapi tak pulak. Lepas Hani letak tu, saya call balik, terpaksa pujuk hati sendiri. dah orang tak ambil tau pasal kita, apa nak buat kan. Walaupun sekarang saya dah menjadi ibu tapi saya tetap nak merajuk dengan mak saya. walaupun dia tak pernah sedar (agaknya) yang saya merajuk.


Dulu........ saya ingat lagi pada tarikh 5 Jun 2001, selepas saya merajuk tak balik kg lebih 1 bulan barulah mak saya call saya tanya kenapa saya tak balik.... saya ingat tarikh tu sebab masa mak saya call tu saya ada di Temerloh buat program jabatan di sana. Tapi mak dan abah saya sebelum tu dah lama macam tak ambil berat pada saya, sehinggalah saya ambil keputusan nikah secara rahsia - pada 2 Jun 2001. Masa mak saya tanya saya apa khabar tu, saya rasa bersalah yang amat sangat sebab itulah kali pertama saya tipu mak saya dan tak beritahu bahwa saya baru jer 3 hari menjadi isteri orang.


Balik pada isu saya merajuk kali ni, takde sapa peduli saya merajuk pun, pak hj pn tak sedar. Dia kalau saya tak ajak balik kg dia bukannya kesah dan dia sendiri pun tak pernah tanya kenapa dah 2 bulan saya tak balik kg. Biasanya tiap2 bulan saya balik.


ISUNYA yang saya nak bagitau adalah saya selalu terfikir takde orang dalam keluarga saya yang SAYANG&INGAT saya. Memang tak adil cakap begitu dalam usia begini. Tapi itulah hakikatnya. kalau saya kata nak balik kg, saya biasanya call dulu sebelum balik, bila saya kata saya akan sampia pagi...tapi bila saya terlewat sampai ke malam, pun amsih takde sapa call tanya apa berlaku.


Bila saya nak balik pun macam tu, kalau saya bertolak balik lepas maghrib, takde sapa halang saya, dan takde sapa call saya samaada saya selamat sampai ataupun tidak. Kalau sekarang saya sudah lali, tapi suatu masa dulu, dengan keadaan Hani masih berusia 4/5 bulan memang susah payah saya seorang membawa dia malam2 dengan meragam dan menangisnya. Walaupun jarak seremban-Melaka tak jauh mana tapi punyalah banyak kali berhenti pujuk dia pada masa tu...semuanya dah 4 tahun saya lalui dan saya simpan dalam hati sampai saya dah lali dan malas nak ambil hati...


Memang sedih kalau saya fikir apa saya lalui, adakah kerana saya berdikari dan tak pernah cerita masalah peribadi saya pada family menyebabkan mereka tak pernah ambil peduli. Mereka tau kalau ada apa masalah saya akan uruskan sendiri. dari dulu lagi saya begitu, apa masalah rumahtangga saya sepicing (sekelumit) pun keluarga saya tak tau. Saya pastikan bergaduh macamanapun degan pak hj, saya tetap balik tersenyum dan tunjukkan saya bahagia. Dan inilah harga yang saya terpaksa bayar kerana sikap saya agaknya....

Macamanapun sebelum ni saya tak pernah gagal telefon mak saya seminggu sekali tanya kabar. Baru nilah dua kali saya merajuk tak hubungi dia, sekali masa dia tak beri saya nikah tu dan ini kali kedua. Minggu depan saya akan balik juga, sebab saya tau kalau saya teruskan sikap saya ni macam saya anak derhaka...
Suara hati dan pemikiran siti detik 8/19/2007 08:09:00 PM 5 cetusan hati
Cerita tentang; Keluarga
Saturday, August 18, 2007
Sehari satu entry
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Saya kalau ada masa memang suka buat entry. Biar sehari satu entry. Sebab saya akan hargai setiap entry tu pada masa akan datang. catatan setahun lalu dalam entry2 sebelum ini bila ada masa saya selusuri terasa ada benda2 yang ada dalam kepala saya tak saya catitkan. Terasa ada ruang dan lubang di mana-mana.

Selain dapat mengingati sejarah ia buat saya rasa bersyukur atas apa yang saya telah lalui. Walaupun perit dan payah tapi saya telah menempuhnya. saya tak mau ketinggalan saat-saat berharga dalam kehidupan itu.

Cuma saya sedikit terkilan sebab saya jarang2 tulis berhubung kerenah hani Suhailah. Sebenarnya banyak sungguh sesuatu yang menarik tentang anak ini untuk dicatatkan. namun agaknya masa menaip entry tu apa yang terlintas terus ditaip tanpa berfikir dua kali, maka cerita hani selalu luput begitu sahaja.

Yang selalu timbul dalam kepala adalah cerita tentang kerja (periuk nasi) dan tentang pak haji (baiti jannati/rumah)dan tentang apa sahaja. Begitu juga tentang isu2 politik dan isu2 semasa. Saya suka tapi saya rasa dah ramai mengupasnya. saya tak mau tajuk2 ini membuatkan 'blog' saya lari tema.

Blog ini tentang saya dan tentang pentas hidup saya. Apa sahaja terlintas dan apa saya lalui yang paling 'dominan' menguasai fikiran ketika itu, maka itulah yang ditonjolkan. Sebenarnya banyak sangat peristiwa2 kecil2 dan aneh2 dan menarik2 dan mengesankan yang saya lalui hari2 tapi disebabkan kecepatan dan kepantasan saya meluah di entry tanpa berfikir banyak kali acapkali apa yang terlintas kali pertama itulah yang terluah.

Bila saya selusuri entry2 terdahulu banyak peristiwa dan pemikiran sebenar saya takde dicatatkan. Sebab pemikiran dan pengalaman yang terlekat difikiran saya itu adalah setelah ia diproses dan disimpan dalam memory. Tapi orang tua2 kata fikiran kali pertama itulah yang benar dan tepat.

malam tadi sebenarnya saya tak dapat tidur. Sungguh fikiran saya risau dan diamuk pelbagai persoalan periuk nasi. Yang tak terluah pada siapapun. Dan ketika itu menulis blog pun tak 'bernafsu'. Jam 12.30 malam saya terbangun dan terus berjaga. Entah jam berapa baru saya tertidur semula. Semuanya angkara kerja.

Subuh2 sebelum azan saya dah mengadap komputer semula sehinggalah terdengar Dewi bangun dan membuat kerja-kerjanya. Bukannya buat kerja apapun. Tapi saya membuat perancangan dan pemantauan terhadap kerja-kerja anak buah di tangan, siapa yang beban kerja banyak, siapa pula banyak goyang kaki dan siapa yang perlu dibimbing membuat siasatan.

Persoalan2 itulah yang ditekankan boss pada perjumpaan dengan dia semalam dari jam 2.45 hinggalah jam 7.15 malam. lebih 5 jam! Jangan tanya saya ada stop ker tidak untuk solat sebab saya memang tak boleh solat. Cuma dia, lah?

Agaknya dia memang menaruh harapan menggunung tinggi melatih saya memimpin yang dibawah. tak dilepaskan saya barang seketika untuk saya berfikir dan merancang sendiri. Setiap hari tak kurang 5 kali memanggil dan menelefon dan memantau saya agar memantau yang dibawah!

Kalau diikutkan teringin mengambil cuti sebab selepas abah meninggal takde bercuti lagi. Sejak bulan 5! tapi apakan daya, tak berdaya dan tak mampu nak bercuti kalau takde sebab musabab yang penting.

Minggu depan dua hari boss saya no.1 saya bercuti. dan 2 hari boss no 2 pergi court case, dan dua hari berikutnya dia juga bercuti. Isnin dan selasa sayalah jer yang ada. Banyak benda mendatang dalam tempoh itu perlu diselesaikan. Peningnya saya.

Ramai anggota tak boleh guna minggu depan, ada 'sesuatu' untuk diuruskan. Patah kaki unit saya. banyak saksi jauh2 dan mengambil masa nak uruskan. terutama ramai yang bercuti sepanjang minggu depan. memang dari dulu bermasalah nak menyiasat kalau musim cuti sekolah. Sebab ramai yang cuti!

Tapi isunya boss nak dalam dua hari semua settel! Mana boleh buat 'janji siap'? Keadilan mesti ditegakkan walaupun mengambil masa yang lama.... bukan siap cepat tapi hasil/output cikai jer. Menjadi perantara antara kehendak boss yang mengggunung tinggi dan keupayaan orang bawah yang terhad menjadikan saya serba salah dan terasa tak cukup dua kaki dan dua tangan.

Itu tidak termasuk aduan2 yang datang menerjah tiba2. yang perlu 'quick respond', sebab dah di 'sk' kepada orang2 di atas...kalau tak siasat duduk perkara sebenar, memang kena kejarlah saya dengan boss. Minggu depan dengan persidangan dewan nak kena hadir, perhimpunan khas di HQ pun nak kena pergi, mana nak monitor budak2 menyiasat, mana nak buat operasi yang ada 2/3 tertangguh tu...

Membebel di sini pun takdelah apa maknanya. Cuma saya rasa lega, sedikit cuma... bila fikir semua orang ada beban tugas masing2 dan ada masalah masing2 terasa lega juga, tapi saya tetap tak dapat nafikan acapkali saya melangkah menuju ke bilik boss (wing yang berbeza), maka acapkali itu juga, terasa sesuatu menunjal2 tekak saya untuk keluar. Ya...saya mula dan mahu termuntah!!!!

Dan mual saya bertambah2 bila ada ketua2 unit A, B dan C di bawah saya juga mengadu 'iklim panas' dengan situasi boss baru ni. Dia tak tau saya ni tak tau nak mengadu pada siapa? (Blog jerlah!) Itulah cabaran bagi saya, kalaulah saya baca entry ni pada bila2 masa akan datang mungkin bilamana saya pula dah jadik pengarah negeri (iyer ker ni?? hahaaaaa...doa jerlah kalau tak pencen awal) pasti saya akan hargai 'tekanan' yang dibuat oleh pengarah yang ini.

Walaupun hakikatnya masa saya lalui sekarang sangat2 perit dan menyesakkan pasti saya akan hargai kalau saya masih di jabatan ini.... dan harapnya cukup setahun lagi, minta2 tukarkanlah saya bahagian lain yang jauh lebih tenang dan bahagia, sepertimana masa mula2 masuk kerja dulu, saya di Unit Perhubungan Masyarakat, Bahagian Pendidikan Masyarakat sebab tu memang bidang saya (mass comm), saya buat dengan happy dan gembira...

***********************************



Hari ni, saya ke ceramah di PD, waaaah banyak soalan peserta yang ini, sebab saya cakap pasal Akta yang digunapakai jabatan saya. Saya tak pernah lagi ceramah pada peserta dari gred 1(jaga/driver) hingga gred 11, walaupun begitu mereka berminat dengar, sekurang2nya mereka tahu apa kesalahan 'memberi dan menerima suapan", "apa hukuman" dan "apa boleh/tak boleh dibuat penjawat awam".

Paling mereka suka bila saya nampak beberapa mata yang mengantuk saya persilakan mereka tidur! memang tu cara saya. Cakap pasal akta, sapa tak mengantuk, saya pun mengantuk! Cuma mereka celik dan suka bila dengar citer pasal pengalaman dan contoh2 kes yang disiasat dan di charge... berebut2 nak tanya...

Hani dan Dewi saya dah siapkan masak simple pagi ni, ikan selar masak tauchu, tenggiri goreng dan udang goreng sambal. Suruh Dewi masukkan dalam tupperware, bawak segala maknenek (baju/air dll) dan tikar, saya hantar barang2 tu tepi pantai, pastu tinggalkan dua budak tu belakang bayu beach. dari jam 2.30 sampai 5 ptg saya selesai minum dengan urusetia rupanya dua2 kat dalam air lagi. sampai kecut.

Ayah yang tak berkereta dah menunggu di rumah kak A, siap2 kan Hani terus pergi ambil ayah dan bawa balik s'ban dan hantar terus ke markaz. jam 10 nanti baru ambil dia. dewi dah saya hantar balik dan saya dan hani kat office ni sementara nak tunggu ayah.
Suara hati dan pemikiran siti detik 8/18/2007 08:15:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Lepas geram, Periuk nasi
Friday, August 17, 2007
rumahku syurgaku
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Hari ahad lepas, pagi lagi ada kawan pak hj call bertanya tentang jalan ke rumah saya. Dalam 2 jam lepas tu dia kata dah sampai. Tapi jenguk takde pulak. Rupanya dia pergi ke kuarters, dia tak tau dah setahun kami pindah. Akhirnya sampai juga dia dari melaka...


Saya pun tanyalah pak hj apa hajat kawannya datang.


Ringkas jawabnya....

"Nak ambil van tu".


"Larrr...nak jual ker?"


"Ha'ah...rasa dah tak sesuai...membazir jer.." katanya macam sedih..


"OOOOOOOOhhhhhhh...." panjang o saya sebab terkejut dia tak bincang langsung hal ni dengan saya.


Gitulah kesahnya. Serena tu dah dijual pada kawan pak Hj. Sekarang ada dua kereta jerlah. Saya pakai kembara dan kak a pakai Satria. Tapi pak hj tak boleh nak bawak Satria sebab manual, jadik kat sana dia tak berkeretalah, sana-sini kak a lah hantar kot?.


"Abih tu, lepas ni camana, abang nak naik apa?"


"sapa nak abang datanglah ambik"


"larrr..."


Jadik, sekarang ni pak hj yang OKU bertambahlah OKU pasal dah takde kenderaan nak bergerak.


Ikut plan asal, dia patut ke India semalam, tapi visa tak lepas. Pergi India dua minggu, pastu cadang balik 3 hari terus ke Miri 40 hari, balik sebelum raya. Jadik, dalam tempoh masa tu tak perlulah pak hj pakai kenderaan.


Tapi dah usaha macam2 semalam visa masih tak lepas, tak jadiklah pergi. Cuma seminggu dua lagilah baru ke Miri. Minggu ni dia dah 'patah kaki'.


Semalam dia hantar saya ke pejabat dan dia guna kereta saya. Mujur juga saya tak keluar ke mana-mana. kalau nak keluar pun takde masalah, kereta unit saya ada 2/3 biji boleh guna.


Dari rabu dia datang dengan tumpang kawan dari PD ke markaz, pastu tumpang kawan lain ke rumah saya pulak (jiran saya jer) sampailah hari ni dia ada lagi kat rumah..sama hani dan dewi.


Dengarnya pagi ni kak a datang ambil pak hj kat rumah saya. tapi tadi call pak hj masih ada di rumah. Sekarang dah balik kot? Kesian juga saya....tapi saya kerja, nak hantar dia pun tak sempat, takkan nak bagi naik bas kot?


Esok saya ada ceramah kat PD, 2.30 - 4.30 ptg, penginapan disediakan di bayu Beach tapi masalah nak berangkut macam2 nak ke sana, lagipun takkan pak hj nak duduk sekali pasal takkan pulak sampai 3 malam giliran dia dengan saya, rasa tak sedap pulak hati saya.


Malam tadi, pak hj cakap nak beli kancil jer nak buat 'berulang alik'. Sebab kos berulang dia tak tahan pakai serena, banyak sangat makan minyak. tambah bayaran bulanan serena agak tinggi bagi 'pesara' macam dia. Nak kata serena tu guna untuk berjalan2 sekeluarga, berapa kali berjalannya dalam setahun? terutama lepas pak hj kena stroke ni, dahlah tak bergaji macam dulu, tak sihat pulak....


Saya kata,


"kancil kecik sangatlah bang, carilah yang besar sikit, kurang2 kenari atau kelisa, tak selesa abang nak naik kancil dengan tongkat lagi...lepas tu katalah abang nak bawak anak2 jarak jauh sikit, kancil tu kecik sangat....takkan nak naik satria"


"Abih tu nak suruh abang ambik kereta besar ker?"


"takdelah...cuma rasa cam tak sesuailah abang ambik kancil.."


Tu lah antara perbualan dengan pak hj malam tadi lepas dia balik surau. Dan lagi...dia offer nak pakai kereta saya jer... dan dia belikan saya kereta lain, alaaah yang second hand murah2 jer, pasal patut saya dah lama dah layak claim kelas A tapi kembara tu 1.3 cc, so claim class B jer.


Tengoklah camana nanti, adaker agaknya kereta second hand yang okay lagi dalam RM 15,000 cash? Biasalah pak hj carik benda2 nak beli dlm internet jer, harap2 jumpalah kereta yang okay, usia lama takpe asalkan "HONDA"...nafsu besar tapi duit ciput...erkk...boleh dapat ker ni???


"hahaaaahaaaa..." pak hj gelakkan saya bila dia tanya nak keter apa, saya kata syaratnya kereta import jenis honda...macamlah saya yang nak bayar....


"honda apa?, yang jenis panjang 2000cc tu nak tak?"


"apa abang ni, tu taste orang tua punya tuuu..."


"yang lain mana ler dapat RM 15,000 kalau yang panjang lebar tu mungkin dapat ler"


Tak dapat takpe, tak kisahpun, tak jadik hal...asalkan cita2 ada... saja citer2 jer kat sini, kan kat sini tempat saya meluah apa2 sahaja benda dalam "pentas hidup saya"????


p/s : dah banyak perubahan pada pak hj sekarang, seminggu dua ni dia ajer ke pasar sama Hani dan Dewi masa saya kerja, beli lauk untuk seminggu dan lagi, beli susu hani dan bagi saya duit...sukernya, bukan sebab nilainya....tapi rasa duit tu macam ada "sentimental value"pada saya! camni baru saya boleh korban lagi dan lagi...tulah sifat isteri, bukannya tak nak jadik macam saidatina khadijah, nak!!! tapi suami kena tunjuk contoh dulu. kalau suami korban selangkah, seribu langkah pun saya sanggup korban demi kasih ini....Dia juga sudah rajin dari PD call hani borak2 ngan hani (yang memang kuat berborak) masa saya di pejabat...makin rapat hubungan ayah dan anak ni w.pun weekday kami jumpa khamis malam jer...
Suara hati dan pemikiran siti detik 8/17/2007 10:20:00 AM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati
Thursday, August 16, 2007
Bagaimana memberi arahan? Versi lepas geram!
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Dah lama hadapi masalah ni. Camana cara terbaik beri arahan. Rasa macam perlu pergi command course segeralah kalau tak mau saya jadik stress.

Macam2 kerenah budak2 ni. Geram sungguhlah. kadang bagi arahan macam ni, macam tu tapi tak dengar dan tak faham.

Susahnya nak mengurus manusia. Boss atas tau kerja beres. camana cara kita nak kerah orang bawah dia tak ambik tau.

Orang bawah pulak, dah tau kita makin garang + keras mulalah buat2 lari. pagi2 lesap...menyiasat ke menyesat ker nih....????

Senang cerita, sekarang saya kejar diorang via handphone. kalau perlu balik sekarang, balik...kalau nak pergi kerja tak rancang, balik buat planning dulu. Menyiasat kena dirancang. Bukan main terjah macam rancangan melodi tu. Pergi sorang dua konon nak tunjuk hero bawak pistol...eiiii bengangnya saya....balik hasil ciput!

Sakit ati tau, rasa nak menjerit jer...bila kita marah pandai menjawab. kalau jawab tu konkrit takper, ni membodohkan diri sendiri. nak tipu konon macam saya tak pernah buat kerja orang bawah...sorrylah....bukan saya orangnya!

kalau saya kena panggil tak kurang 5 kali sehari dengan big boss, siaplah korang saya panggil 10 x, lagi tak puas hati, lagi tu nampak kelibat jer, saya tanya...

Agaknya 5 atau 10 tahun lagi camana saya ni? Sekarang ni dalam usia 33 tahun dah macam singa lapar jer...kejap nak marah orang...kalau dia diam okaylah, saya pun diam takyah panjang citer...kalau menjawab mendidihnya darah saya! Hilang pertimbangan sekejap, sure suara naik tune paling tinggi....kalau pak hj nampak bini dia cenggitu harus dia terkejut!

hah....Lega sikit! tak tau dah nak ngadu kat sapa dah ni...ngadu kat blog takde sapa dengar kan? tak panas hati....tapi kalau ngadu kat pak hj, saya pulak kena hentam balik...susah...susah...sebab dia tak boleh letak diri dalam situasi kerja saya...biasalah dia kerja bidang teknikal main dengan mesin dan jentera, saya ni deal dengan manusia dapat pulak jenis payah nak dengar arahan ni...ke pasal saya ni pompuan?

Oklah...pokok pangkalnya doa jerlah,kan? Barulah Allah mudahkan urusan....kawan saya semalam yang kerja cikgu terkejut jugak bila dengar cara kerja saya gitu gini ..."kalau saya lah wa, tak tahan saya, mujur jugak awak isteri kedua eh, memang layaklah awak kerja camni..." dan lagi katanya..."patutlah anak awak satu jer eh....kalau ramai camana awak nak handle dengan kerja camni?, stress..tension...tak stabil hormon awak"

Kadang2 jer, bila datang masa2 dia...naik angin...biasalah pompuan...kejap kang redalah...
Suara hati dan pemikiran siti detik 8/16/2007 10:33:00 PM 4 cetusan hati
Cerita tentang; Lepas geram
Tetamu datang dan tetamu pergi
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t



Dua hari- Rabu dan Khamis rumah saya dikunjungi tetamu. Dua2 kawan saya. Satu Kak Nor, yang sama kerja di sini dulu, sekarang di Perak datang untuk perbicaraan 3 hari tapi malangnya kes ditangguhkan, maka semalam jerlah dia tidur di rumah saya.

Umurnya sebaya pak hj dan masih bujang...maklumlah anak mami...payah juga nak cari jodoh agaknya lepas dia frust dulu, dia terys senyap jer...dan saya selalu gaduh dengan dia tapi bila dia takde baru saya rasa ada satu ruang ksong dalam sudut hati saya.

Saya suka dia datang rumah saya. Sebab dia juga kaunselor saya. Katanya, dia happy tengok hidup saya sekarang. Happy dan terurus. Pesannya suruh saya jaga Dewi elok2 dan tumpu pada kerja sebab apa saya ada sekarang sudah oaky sangat2.

Alhamdulillah...pandangan dia boleh dipakai sebab dia pernah duduk sebumbung dengan saya lebih setahun. Dia tahu bila saya marah, benci, suka, geram dan waktu2 sedih saya.

Malam tadi, kawan belajar di U, sama2 persatuan PKPIM dulu. Sekarang mengajar di jempol, hari ni ada appoinment di klinik O&G, HUKM. Malam tadi citer panjang pasal IUI, IVF, GIFT. Dia kali kedua buat IUI masih gagal. Saya doakan kali ni IUI dia berjaya.

Lepas ni saya rasa saya tak boleh duduk diam lagi. kena jugak kot buat kaedah IUI ni. Sementara masih muda dan bertenaga. Dia kawan dulu setahun awal dari saya, tapi anak saya dah 4 tahun dia masih berdua. Rezeki masing-masing.

Itulah dua hari takde entry sebab PC kat dalam bilik tetamu, takkan nak kacau tetamu dan sibuk2 pula buat entry. Dan semalam keluar menyiasat, dari Putrajaya ke Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Pusat Bandar Damansara ke Serdang Raya dan terakhir ke Prima Saujana, Kajang. Dari jam 9 pagi ke jam 8.30 malam baru sampai pejabat!

Letihnya...kalau jalan2 mungkin tak seletih mana, tapi jalan2 buat kerja, rekod statement, bincang dengan DPP, kesan saksi, cari rumah/pejabat orang tengahhari buta tu yang buat badan dan otak sangat meletihkan.





Balik tu terus pergi kedai dekat2 area rumah nak beli lauk - siakap 3 rasa dan tomyam campur, balik duduk dua minit kawan saya u pun sampai..masa tunggu lauk sempat jugak sambar satu DVD untuk hani. hadiah (rasuah?) sebab kena tipu dengan ammie sebab amie janji nak baliik awal....sekarang pandai call tanya ammie balik jam berapa, jangan balik lambat sangat!

Apa benda yang boleh lekakan dia supaya dia tidaklah menanti saya hari2 sampai rosak emosi dia???? Dan saya pulak terasa sangat bersalah? Rabbit yang baru 2 minggu dia dah tak berkenan pulak...rasa cam nak bela ayam itik, kucing, tupai, hamster...pendekata semua2lah yang boleh bagi dia leka...takdelah hari2 call dia suh Dewi call saya minta balik cepat!

Kak Nor dan Cik Mud (yang tolong angkat hj masa kena stroke)....

Suara hati dan pemikiran siti detik 8/16/2007 08:48:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Hani, Sahabat
Tuesday, August 14, 2007
Marilah amalkan petua
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Saya seorang yang langsung tak taksub dengan perkakas kecantikan. Takdelah nak belanja2 duit ke arah membeli produk2 kecantikan. Yang paling asas jer saya beli, tu pun saya suka yang bersifat tradisional. Orang kata ketinggalan pun ketinggalanlah. Entah dari dulu tak didik ke arah tu dan lagi saya memang rasa macam tak dapat kepuasan selepas membeli produk2 ni, rasa macam tak berbaloi.


Tapi yang peliknya, kalau barang2 lain pandai pulak saya nak yang branded...keluar duit banyak pun tak kisah, puas hati dan kalau beli yang murah w.pun nampak ok mesti balik rumah tu macam terkilan jer...tapi kalau barang2 kecantikan ni...susahnya nak beli. belek berkali2 pun tak tentu jadik beli...


Lagipun dulu agaknya selalu sangat ikut program CAP Penang, terdedah tentang bahan itu, bahan ini dalam macam2 produk sampai penceramah (kawan saya) kata baik pakai sabun mandi dari syampu...sebab kesan penggunaan bahan dalam barang tu sendiri. Banyak yang datangkan kesan negatif dlm jangka masa panjang.


Justeru, kalau syampu rumah saya habis, pencuci muka habis, tak jadi soal bagi saya kalau sebulan tak membeli pun. Pelikker? Biasa jer kan? Lipstick dan make up lagilah...setahun beli tak abis-abis...mana nak abis, pakai masa nak gi mesyuarat, ceramah atau kursus ajer. Tu pun sebab taknak nampak pucat sangat....


Lipstick beli april 2006 kat Penang masa konvensyen pendakwaan sampai hari ni tak abis2 lagi...jemu pulak saya kaler tu...tu pun beli sebab kawan suh beli pasal malam tu ada dinner dan saya pulak takde lipstick...pucat jer...saya tengok kawan2 pej, macam2 kaler lipstick, saya tulah satu kaler lagi tak abis lagi tulah saya pakai....


Ada orang kata, untuk lawa dan cantik kena melabur...keluar modal...tapi bagi saya cantik fizikal pun dengan make up tebal dan kulit putih gebu kalau perangai tak cantik tetap nampak huduh di mata saya....apatah lagi kalau sombong dan bongkak...tapi kalau muka biasa jer, tapi berbudi bahasa dan ramah tamah serta sopan...manis jer saya pandang...sukalaaarrr.


Apapun...kita kena juga jaga kecantikan,kan? kalau cantik dan baik tu baru betul...kena ada dua2...TAPI saya tetap 'kedekut' nak melabur dalam hal2 kecantikan...w.pun pak hj cabar saya masa mula2 kawin dulu, katanya tengoklah 4/5 tahun lagi, kalau2 gaji saya dah 4/5 ribu...tentu gaya saya macam mak datin..tapi saya tetap saya...macam dulu....masih boleh pakai baju 6 tahun dulu dan masih pakai sandal hari2 gi pejabat...hahahaaaa TAPI duit ribu2 habis gak...tak tau pi manaaaa??? Tu yang pak hj lagi pelikkkk!!!


Tapi limau nipis, tomata, carrot selalu ada kat dalam peti ais. Seminggu sekali rajinlah jugak buat masker...bedak sejuk pun saya suka. Tu jerlah...
Kat bawah ni petua sama-samalah kita amalkan...kalau rajin lerrr...saya takdelah rajin mana, ada masa saya buat, tulah macam tak nampak hasil jer lagi setakat ni.... buat pun main-main.....kejap buat kejap tak.

Cerahkan kulit


Untuk mendapatkan kulit yang cerah sebenarnya mudah dan tidak perlu berbelanja mahal membeli barangan kecantikan berjenama. Petuanya: Buat campuran tepung kastad dan parutan mentimun (ambil bahagian pangkalnya saja). Selepas itu sapukan campuran tadi pada seluruh muka dan badan selama dua minggu. Insya Allah kulit akan bertambah cerah, malah kelihatan lebih halus dan berseri. Cubalah …

Lebatkan rambut

Keguguran rambut adalah masalah biasa dihadapi sekiranya anda menggunakan syampo yang tidak sesuai dengan rambut anda. Tetapi jangan bimbang! Cubalah petua ini. Petuanya: Ambil sedikit minyak sapi, cairkan ia dengan cara memanaskan seketika di atas api yang sederhana. Kemudian apabila ia sudah sejuk, sapukannya kerambut hingga kepangkalnya. Dengan menggunakan tuala yang bersih, bungkus kepala dan biarkan ia semalaman. Sebaik-baiknya sapu minyak sapi itu sebelum masuk tidur dan keesokan paginya bolehlah dicuci

Elak perut buncit


Pinggang ramping, perut kempis memang menjadi idaman lelaki dan wanita muda. Namun mereka yang mengalami masalah perut buncit, janganlah berasa kecewa. Memang ada beberapa petua, tapi cuba dulu petua ini: Ambil sedikit kapur sirih, sedikit minyak kayu putih dan beberapa titis perahan limau nipis. Gaulkan campuran tadi hingga rata, kemudian bolehlah lumurkan keseluruh bahagian perut dan pinggang. Biarkanlah ia kering dan pakailah bengkung selama beberapa jam sehari. Lakukan setiap pagi dan petang. Nanti pasti ramai yang mencemburui pinggang anda yang ramping itu.
Murah,mudah dan takde kesan sampingan...
Suara hati dan pemikiran siti detik 8/14/2007 06:33:00 AM 4 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam
Monday, August 13, 2007
sejahterakanlah keluarga ini
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Bila petang menjelang terasa kelegaan kerana harap2 esok ada sinar mentari harapan yang membawa kelegaan. satu hari yang meletihkan telah berlalu.

Sabtu, balik dari hantar Dewi, Pak hj called katanya Iza nak datang bermalam di rumah. Saya hubungi iza semula, sah katanya nak datang, dalam esak tangis suaranya saya dapat mengagak tentu ada masalah di rumahnya.

Ayah fikir mungkin dia bergaduh dengan angah yang 'selalu naik gila', lalu saya disuruhnya handle sebab dia telah ada dimasjid untuk maghrib. Dekat2 maghrib tu Iza sampai naik motornya.

Tak sampai 3 minit segalanya telah diluah. Maknya puncanya. Katanya mak tak memahami jiwa dia. Sedangkan dia sedang berhempas pulas nak menghadapi peperiksaan, macam2 gangguan dari maknya.

Jalan keluar lari ke rumah ayah. Rumah sayalah tu. Susah juga melayan jiwa remaja ni. Saya banyak mendengar tapi bila masuk hari ahad, saya masukkan sedikit demi sedikit kata-kata nasihat. Moga2 dia memahami syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

Along menyokong adiknya kerana dia memahami betapa adiknya perlu banyak belajar kerana dia tidak langsung sekolah (akademik) dari ting. 1. banyak sukatan dia perlu hadapi dan 11 kertas peperiksaan buat dia pening. Along call ayah bagitau pasal Iza yang gaduh dengan maknya.

Saya sebagai ibu tiri layan jerlah anak2 tiri ni. Bila saya call angah, angah kata, "makcik gulaikan jer adik tu buat masak tempoyak...malas sangat nak tolong mak". Sesedap mulut jer angah cakap dengan saya.

hani suka sangat kak Iza dia ada, asyik mengekor dan memujuk kak Iza ajak naik motor. kak Iza pun rajin layan. Malamnya kak Iza mengajar dia mengaji. malam pun tidur berdua. Sekali pandang Hani ni macam jadik anak Iza, sebab iza besar badannya dari saya...pagi tadi pun kak Iza lah garukan tangannya, takdelah menangis ammie nak pergi kerja.

bahagia saya tengok anak2 sebapa lain ibu ni boleh menjalin hubungan sebaik ini. Malangnya iza hanya mesra dengan anak saya, anak sebelah kak A langsung tak diberi peluang bermesra dengan dia. Mungkin dendam masih membara kesan penceraian ibu ayahnya.

pagi tadi Iza kata kak a datang jemput ayah, dan kak a dan anak2 tak keluar kereta, yang Iza pulak tak keluar dari bilik dengan Hani yang masih tidur.

Tadi mesyuarat ketua2 unit dari 8-10.30 am... sakit kepala, macam2 kena 'leter + syarah' dgn pengarah pasal isu siasatan 'janji siap' dan beza orang lama2 menyiasat dengan budak2 baru sekarang. sayalah yg jadik fokus sebab siasatan hard core business, lepas ni saya kena deliver arahan2 ni pada budak2 saya... tension ooooo, lepas tu as a normal person terpaksa meluah jugak kat pak hj sambil nangis2 lepas perasaan...konon nak berhenti...dia gelakkan saya, dia suh bela kambing!

tak cukup tu, pergi pulak discuss dengan budak satu batch dengan saya, Cik Mud kira best friendlah ni tapi dia bawah saya (dia gelar diri dia APR-anggota pangkat rendah) tanya camana kalau saya buat tegas dan monitor hari2 pagi petang pergerakan diorang disamping dapat menyelia semua statemet2 dan doc2 kes, supaya siasatan lengkap!

jawabnya...bersedialah untuk tidak popular dan bersedialah untuk berhadpan dengan macam2 kerenah...macam satu KUS kat satu negeri tu teruk anak2 buah kutuk dia...

Tak abis pening pasal camana nak bagi yang terbaik untuk pengarah, kak Nani pulak call tanya pasal angah. Manalah saya tau, pasal kak A datang ambik ayah pastu baru gi ambik angah kat umah mak dia...tulah pasal bila baik dah semua orang carik kita...dah saya pulak jadik orang tengah. sambil2 tu dia tanya jugak pasal anak buchuk dia (iza) yang merajuk tu, bila nak balik...

Entahlah bila keluarga besar semua2 anak2 ni dapat berkumpul... itulah azam saya kalau Allah izinkan...


P/s : bestkan kalau ura2 bagi kelonggaran pada wanita bekerja untuk kerja separuh hari atau cuti separuh gaji untuk jaga anak dilaksanakan....aduh indahnya hidup..
Suara hati dan pemikiran siti detik 8/13/2007 05:10:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Keluarga
Sunday, August 12, 2007
Setahun telah berlalu...
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Rupanya tak sedar dah setahun saya mendiami rumah saya ni. Bulan Julai tahun lalu saya berpindah, sekarang dah bulan ogos. Sekejap jer masa berlalu. Walaupun dah setahun tapi tak terasa berlalu masa kerana sibuknya saya dengan urusan dunia.

Apapun saya sangat bersenang hati kerana telah duduk di rumah sendiri. Takdelah nak kena patuh beberapa peraturan yang ditetapkan masa duduk di kuarters dulu. Hari raya wajib buat rumah terbuka, bulan kemerdekaan dapat memo kalau tak kibarkan bendera, dinding tak boleh diketuk paku, depan rumah mesti disapu (walaupun anak orang lain buat sepah) dan takdelah nak kena pekakkan telinga dengar budak2 membuat bising main gitarlah, lepak2lah. Paling menyampah...takdelah nak kena manapak jauh membuang sampah setiap dua hari.

Dan takdelah dipaksa menanam pokok demi keceriaan apartment tu (sampai saya mohon jasa baik mak ambik mak kg jer punya pokok...asalkan ada). Dan takdelah juga hari2 saya di rumah tetapi tak boleh lari daripada memandang pejabat yang letaknya betul2 bertentangan dengan unit rumah saya tu.


Basuh pinggan nampak pejabat, sidai baju nampak pejabat, duduk meja makan nampak pejabat pendekata, kalau ada orang turun dari pejabat bolehlah dilambai2 kita yang kat rumah ni...memang stress..kalau ada operasi boleh pandang rumah jer tapi tak boleh nak balik.... walaupun seberang jambatan jer rumah.

Dan juga...asyiklah kena buat gotong royong...kejap2 bersihkan sungai, kejap2 bersihkan blok, orang lain tak kunci pagar bila masuk pak haji yang kena tohmah sebab dia yang paling kerap keluar masuk sebab 5 waktu mesti keluar pergi masjid.

Dan takdelah jugak penat jerih saya nak bawak turun naik barang2 kalau membeli, maklumlah duduk tingkat 2...dengan Hani lagi yang masih kecil dan mengada2, dengan macam2 barang lagi...memang seksa dan menyeksakan, sehingga azam saya tak mau beli rumah jenis kodominium ataupun apartment walaupun pak hj berkali2 jugak pengaruh saya (memandangkan kononnya saya ni jenis duduk dlm rumah jer, tak guna ada rumah siap tanah2 ni).

Akhirnya berkat keputusan saya hormat dan patuh dengan permintaan suami untuk bersetuju membeli rumah yang ini walaupun saya tak tengok lagi saya dapat rasakan ada keserasian duduk di rumah saya ini. Bahagia dan tenang...itu yang saya rasa.

Setelah setahun juga barulah saya dapat berhajat menanam itu ini. Tahun lalu saya dah membeli beberapa jenis pokok akhirnya kerana asyik berkursus saya serahkan semua anak pokok tu pda mak saya dikampung.

Jumaat lepas saya membeli semula sebatang dua pokok yang sesuai dan telahpun saya tanam tadi dalam hujan renyai2 dan dalam remang senja. Puas hati saya melihat pokok tu telah tegak berdiri di tempat sepatutnya. Ada masa nanti saya ambil gambar pokok2 ni dan masukkan dalam blog sebagai kenangan.

Orang lain kalau masuk rumah baru siap renovation sana sini dan beli itu ini. Saya tak merasa buat tu semua sebab berpindah tergesa2 dan suami pulak sakit dan dalam keadaan kewangan yang sempit masa tu.. Jadi apa yang ada jerlah, takde menambah apapun...apa yang ada di rumah ni setelah setahun masih sama.


Cita-cita jerlah saya pendam, entah bilalah agaknya dapat dipenuhi. Semuanya dalam senarai kepala saya jer ni. Rasa-rasa nak buat kitchen kabinet, nak ubahsuai bath room, nak tukar plaster syiling, nak naikkan tembok keliling biar terjaga sikit batas aurat dari pandangan luar, nak tukar pintu2 bilik biar kayu yang mantap sikit, nak pasang build in cabinet kat master bedroom.


Entahlah...nafsu tu nampaknya memang besar, taknak kalah tapi modalnya takde. Tak pernah cakappun dengan pak hj nak buat semua ni. Takut kena sembur... mesti dia kata, sekarang ni benda2 tu semua takde pun takde apa yang kurang,kan?


Cuma kalau boleh yang utama, saya nak jugak kitchen kabinet serta hud dapur, sebab kalau masak terutama menumis, masyaallah...rasa macam suasana kat dapur tu berasap, Hani yang kat depan pun boleh terbersin...dulu jarang masak, seminggu dua kali masa pak hj ada, sekarang sejak dewi ada hari2 masak...baru terasa dapur macam tak complete...bila tengok rak pinggan pulak rasa semak jer tengok pinggan tu, kalau simpan dalam kabinet kan kemas...


Berangan jerlah...entah bilalah agaknya dapat kumpul duit. Pelan-pelanlah kan... sabarkan diri, takde benda tu semua pun hidup jugak...apapun HIDUP MESTI TERUS!
Suara hati dan pemikiran siti detik 8/12/2007 09:14:00 PM 3 cetusan hati
Cerita tentang; Rumah
Saturday, August 11, 2007
Pagi yang tenang dan kerja yang 'bengang'
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Dalam banyak-banyak malam, malam yang saya rasa fikiran saya cukup tenang dan lena tidur adalah pada malam sabtu dan pagi yang saya rasa cukup indah adalah pada pagi sabtu juga. Sebabnya?

Malamnya boleh tidur tenang tanpa fikir tentang kertas siasatan (memang cukup memeningkan kepala) untuk seketika dan paginya boleh bangun dan meninjau ke luar rumah dan melihat pokok2 yang membuat fikran saya terasa cukup indah.

Malamnya juga ada rehat yang cukup tanpa perlu mengurut ayah dan melayan keperluan ayah, walaupun ianya tidaklah membebankan tetapi pada malam dan pagi sabtu semua perhatian saya boleh tumpu pada diri sendiri.

Seperti biasa, Hani akan tidur lama pada pagi sabtu, sebab keadaan rumah sunyi, tak banyak kereta lalu lalang di depan dan takde suara orang bercakap dalam rumah. Hari biasa, kebarangkalian dia terbangun awal sangat besar kerana bunyi enjin kereta ayah balik surau atau saya start enjin kereta, bunyi Dewi buat kerja di dapur, bunyi saya dan ayah bercakap dll.

Itu yang saya cukup seronok tentang pagi sabtu. Juga saya boleh masak apa yang saya mau pada siangnya sesuka hati saya. melihat-lihat pokok membesar, sebenarnya... saya lebih banyak melihat pokok jiran sebelah berbanding pokok saya yang masih tak seberapa berbanding jiran sebab pokoknya cantik2 dan segar-segar. Dapatlah saya menjamu mata dan menghirup udara segar dari lamannya.

Malamnya juga indah sebab ayah ada cumanya ketenangan malam ahad itu tidaklah setenang malam sabtu sebab selain kena siapkan keperluan ayah, saya juga macam biasa malam dan pagi ahad kena 'serve' ayah dalam hal2 mengurut dan memberi makan ubat dan memasak ikut menu pilihan ayah. Kalau hari sabtu untuk diri saya sahaja, hari ahad pula sepenuhnya untuk diri ayah dan juga Hani, tepi ayahlah selalu dpaat perhatian lebih sebab Hani hari2 ada...

Hari ahad, kami bertiga sahaja di rumah, Dewi takde saya beri dia cuti berjumpa suaminya, walaupun penat sikit buat semua, tapi puas hati...

Hari ahad malamnya, fikiran saya bercelaru semula sebab pastinya esoknya saya dah mula fikir rutin kesibukan bermula semula, sebab isnin jam 8 pagi mesyuarat ketua2 unit diikuti pemantauan kertas siasatan dan hari2 berikutnya begitulah setiap pagi akan mesyuarat pemantauan pergerakan KS, tak dapat pagi petang pula jam 4.00.... akhir2 ini setiap hari saya rasa cukup mual, terutama bila dapat call dari PA pengarah bgtau pengarah panggil saya...bukan sekali panggil berkali2...

kalau mual petanda tambah ahli keluarga baru takperlah jugak, alhamdulillah sangat2 tapi ini mual petanda saya dalam stress! Tak sabar saya, nak sangat rasanya mengandung selain dapat anak dapatlah juga saya rehat dua bulan dari fikir fail kuning tuuu...dah 6 tahun dah otak ni tepu fikir pasal fail kuning ni...

Kadang2 terfikir bagusnya kalau semua orang baik tak ambil rasuah, salahguna kuasa, tak buat penyelewengan atau buat tuntutan palsu, tak langgar arahan perkhidmatan dan pekeliing perbendaharaan dll takdelah susah2 kami nak fikir carik salah mereka sampai tak tidur malam...yang buat salah dah tentu tak dapat tidur yang menyiasat pun sama teruknya jugak!

Saya ni jarang dapat rasa bebas dan tenang dari fikir pasal fail kuning hal masalah orang (yg disiasat) sampai agaknya hormon dan fikiran saya pun tak stabil dan agaknya (iye ker?) sampai susah saya nak dapat anak lagi kot?...sebab masa mula mengandungkan hani dulu tak kenal 'mesra sangat' dengan fail kuning ni...lepas2 tu yang hebat sangat bergelumang dengan fail kuning..sampaaaailah sekarang...

Bila Hani bangun sekejap lagi, kami akan bersarapan dan selepas itu saya akan bawa Hani dan Dewi ke Gym di pejabat nak excercise sedikit.... dan juga nak kena follow up dengan IO2 semua sebab minggu lepas sibuk pergi menyiasat sampai saya tak tau perkembangan KS dalam tangan diorang...apa jadi ntah? Isnin saya jugak kena jawab apa perkembangan 'fail kuning' tu......


Saya selalu kena marah dengan pak haji sebab fikir hal fail kuning tu sangat sampai cuti pun macam kerja jugak, badan jer kat rumah, otak kat office tapi apa nak buat, takkan nak lupa terus...kalau buat cincai siasatan macam satu jabatan tu kan dah kena taruk dengan hakim...banyak bukti tak dapat...siasatan cincai...iyaker tak cukup IO? kami ni lagi lah...berapa kerat sangat nak cover satu negeri...???
Suara hati dan pemikiran siti detik 8/11/2007 08:05:00 AM 5 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi
Friday, August 10, 2007
Rehatkanlah minda...
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Dah 6 tahun bekerja di sini... terasa letihnya dan terasa terikat sepanjang masa dengan kerja-kerja menyiasat dan sesekali 'menyesat'. Memang enjoy kerja menyiasat sebab kita bebas pergi ke sana ke sini tanpa batas. Apa kerja lain yang boleh jalan2...

Susah nak cari kerja yang sambil kerja sambil tu kita boleh jalan-jalan. lagi-lagi pulak kita buat kerja main terjah jer kat pejabat orang. Bukan pejabat jer, rumah orang malah bilik tidur dan almari dan meja solek semua kita periksa. lagi banyak dia sorok lagi dalam kita korek...

Sesekali ada juga dihidangkan makan minum kalau saksi2 tu orang kampung/felda/taman. Ada yang kita terpaksa berdepan dengan pekerja2 swasta/bank kalau nak dapatkan apa-apa dokumen yang mana kita kena menunggu lagi lama dari merekod statement dia...sibuk macam2 hallah pulak...

Pendekata, kerja kami ni banyak keluar jalan2, bagi yang muda2 suka dan sesuailah dengan kerja ni. duduk kat pejabat untuk compile hasil siasatan dan IP jer dan mesyuarat. Lain2 kerja di luar... sapa duk pejabat tu tak kerja lah tuuu...

Dalam satu hari selalu yang ada di pejabat pengarah, timbalan, saya dan pegawai bertugas hari tu (bahagian pentadbiran semua adalah...). Lain2 semua keluar...

Saya dah lama tak keluar menyiasat, baca IP dan minit ke pengarah dan monitor dari office jer. Terasa tensionnya duduk dipejabat mengadap IP. Tapi akhir2 ni sejak pengarah baru ni, saya terpaksa keluar menyiasat jugak. nak bagi Ip cepat siap. Minggu lepas hari-hari saya keluar.

Rupanya memang hilang stress dan tension, seronok dapat keluar walaupun penat. Minggu lepas saya keluar masuk kampung hantar barang kes dan juga keluar merekod statement jauh di daerah lain. Isnin dan selasa minggu ni pulak saya keluar lagi menyiasat juga. Semalam ke Nilai jadi hakim pertandingan Pidato...petang balik pejabat sempat juga ke Commerce Assurance merekod statement.

Pagi2 buka pintu office jer operaator (skrg peg khidmat plnggan) cakap kalau saya sampai jer pengarah suh mengadap dia. Mujur juga semalam dah sambung siasat yang dia suh tu, sebab dia nak suh saya ke HQ..

Tulah hari ni saya ke HQ Putrajaya, ke bahagian pendakwaan dan siasatan.,...baru jer balik ni...arahan pengarah bincang IP. Bestlah dah lama tak keluar 2 minggu ni keluar rasa dapat merehatkan minda...dan hilang tension.

Dan saya perasan, budak2 muda baru-baru ni tak boleh masuk dengan saya cara mereka pergi menyiasat, dan saya telah hilang ramai kawan2 yang bagus2 dan berpengalaman untuk pergi menyiasat sebab ramai dah tukar... sedihnya...mujur juga ada seorang lagi geng yang sesuai...

harap ketenangan buat kerja ni tak terganggu dengan arahan bukan2...dari nakhoda...
Suara hati dan pemikiran siti detik 8/10/2007 01:39:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi
Thursday, August 09, 2007
Berilah perhatian sepenuhnya pada isteri
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Tajuk agak kontroversi
Tapi itulah hakikatnya
Seorang suami perlu memberi perhatian kepada isteri
Dengan sepenuh hati TANPA gagal
TANPA mengira berapa bilangan isterinya.

Kalau tidak....
Kebarangkalian untuk isteri jatuh cinta sekali lagi....
Pada orang yang berbeza adalah besar

Oleh itu,
Berhati-hatilah sang suami, dan...
Berjaga-jagalah sang isteri.

Tohmahan merata-rata
Tiba-tiba
Bila-bila

Isteri kena duduk di rumah
Antara empat dinding
Itu hakikatnya

******************************************

Itu tulisan subuh tadi....ni sambung malamnya...

Luah di blog pagi2, macam didengar pula sang suami
Malam ini biasanya dia takde, giliran di 'sana'
tapi entah apa mimpinya pagi tadi tak mau pulang ke PD pulak pak hj
Pagi tadi siap hantarkan saya ke Akademi Audit Negara
Petang jemput saya di pejabat...
Pelik tuuuu....

Pagi2 juga bawa si Dewi dan Hani ke pasar..
Beli jagung, ikan, ayam dan sayur
Rupanya puasa...
Balik pejabat petang tadi minta saya siapkan semua...
Bubur jagung, sawi masak lemak putih, selar goreng berlada dan tempe goreng bersama kentang dipotong cili...

Wah...wah..berselera sungguh gamaknya...
Agaknya selepas seminggu menjaga Angah...
macam tak keruan hidup ayah...
Ke sana ke sini angah ekori
hari ni dia betul2 rehat di rumah...
Tidur tanpa gangguan...

Entahlah kan?
Seminggu giliran terhad sangat rasanya...
Pagi isnin berpisah,
Rabu jam 11 malam baru berjumpa....
Pagi2 khamis berpisah semula...
Sabtu jam 11 malam baru balik semula
Itupun pagi2 isnin dah ke sana semula...


Siang ahad jer ada masa bersama, malam pula kalau hari bekerja...
Letihnya tak terkata, nak buat apa pun tak terdaya...
Lagipun ayah jejak kaki ke rumah lewat jam 11 malam...
Hani pulak tidur mau cecah jam 1 pagi...aduuuhhhhh...
sebab sejak ada si dewi siang tidurnya 2 kali...
Layan anak jer dah ambil masa...
Mengada2 sungguh dengan maknya ni...
Macamana nak habiskan masa dengan ayahnya?

Itulah kalau dihitung2..masa saya habiskan untuk bekerja dan bersama-sama teman sepejabat pergi menyiasat dan bermesyuarat jauh sangat-sangat-sangat berbeza dengan masa yang dihabiskan untuk keluarga???
Suara hati dan pemikiran siti detik 8/09/2007 06:23:00 AM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Lepas geram
Wednesday, August 08, 2007
Siapalah saya?
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Dalam hal dan kes Angah nampaknya Ayah macam temui jalan buntu. Riak diwajahnya memang kita isteri2nya dapat membaca. Semacam dia letih dan tak 'berdaya' nak menguruskan angah dan kerenahnya.

Namun apalah daya kami sangat untuk membantu. Baik daya mahupun kak a kedua-dua kami punya daya terhad untuk membantu kerana bukanlah kami ini ibu kepada angah. Hanya ibu tiri sahaja.

Semalam berbual panjang dengan kak A via telefon perkembangan Angah. Nampaknya tak boleh tidak sesuatu mesti dibuat samaada oleh ayah atau kak Nani emak angah sendiri. Memandangkan konflik antara ayah dengan Kak Nani tidak pernah berkesdahan dan tidak ada ruang duduk berbincang semeja, kak A minta saya 'maklumkan' Kak Nani betapa angah perlu diubati segera.

Dan ayah memang tidak 'berdaya' membuat itu semua. Setakat boleh memandu kereta auto bukan bermakna dia boleh membuat segala-galanya. Mungkin Kak Nani (yang tidak pernah melihat ayah selepas diserang stroke) memikirkan ayahlah yang terbaik boleh menjaga angah disaat-saat begini.

Walhal dengan diri ayah yang masih tak berupaya ditambah beban Angah yang sentiasa 'membuntut' ayah, bertambahlah 'sakitnya' ayah. Terkeluar perkataan 'nak pulangkan angah' pada emaknya biar dia yang jaga terus bila saya cerita yang Kak Nani nak datang rumah hantar 'rendang ayam' kesukaan angah.

Ayah kata sambil melepas geram kat saya, "kenapa pentingkan kerja daripada anak", "dia tak tauker abang sakit, abang dah urus buat i/c, lesen dan urusan lain, setakat bawak hospital ambik cuti bawak angah pun tak bolehker?", "berapa hari yang dia cuti untuk jaga Angah?"

Siapalah saya, apalah yang saya boleh bantu? Memandangkan saya jer yang biasa dihubungi Kak Nani, nak harapkan Along, angah sendiri mahupun Iza untuk jadi perantara ibu dan ayah mereka memanglah mustahil. Dah lama dah 3 beradik ni 'tak masuk campur' langsung hal2 perpisahan dan persengketaan ibu ayah mereka. Semuanya mereka telan dan buat tak tau.

Kak A pun harap saya jadi pemudahcara untuk bincang hal Angah ni dengan maknya. Tak boleh dibiarkan Angah berlama-lama tidak diubati. Ayah 'mungkin' terpaksa surrender, ayah tak mampu, nak bawa Angah ke sana ke sini dengan ayah yang OkU, itu sesuatu yang berat untuk ayah.

Terdekat ni, ayah dah hubungi Along dan Jumaat ni Along akan tolong bawa Angah berubat. Itupun Along terpaksa korbankan kelas dia.

Jauh disudut hati saya merasa Kak Nani harus mengambil cuit separuh gaji untuk jaga anak yang sakit. Sebab Angah memang perlukan seorang mak ketika ni. Kami ibu tiri tidak dapat memberi tumpuan dan perhatian sbagaimana yang maknya sendiri boleh beri. Sedang angah memang perlu dijaga dan dibelai emosi dan perasaannya.

Setakat melayan cakap sahaja bolehlah. Nak lebih2 Angah pun dah 25 tahun dan sebelum2 ni tidak pernah dia bermesra dan bercakap dengan kami, semuanya tiba2. Daya saya dan Kak A terhad, maknya sendiri mungkin lebih mampu berbuat sesuatu dalam hal ini.

Hari ni ayah kata nak hantar Angah ke rumah mak dia, sedang saya tau kak nani cakap hari ni akan bermula sambutan hari peladang, penternak dan nelayan dan dia akan sibuk sangat bermula hari ni. Iza ke sekolah, takde sesiapa di rumah dia...

Entahlah saya pun kesian tengok Angah, ada mak sibuk dengan kerja, ada ayah sakit pulak.... harapkan along sibuk dengan kelas dan bawa teksi...ada adik sibuk nak ambil periksa...mak-mak tiri nak bawa berubat tak upaya...yang saya sibuk dengan kerja, Kak a anak2nya pulak bersekolah ditambah jaga ank orang....
Suara hati dan pemikiran siti detik 8/08/2007 05:45:00 AM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Anak tiri
Monday, August 06, 2007
Angah dan Dewi
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Lega rasanya mengadap PC takde gangguan. Dah lebih seminggu Pc di office dihantar untuk pembaikan. walaupun PC ni baru dah 3-4 kali betulkan. Masalah 'hang' masih berterusan. kali ni tak taulah berapa lama dia okay, harap2 berterusan.

Sementelah di pejabat sejak boss baru ni memang bz jadik takde masa mengadap blog. Cuba jugak sambungkan laptop pada connection internet apa masalahnya tak mau pulak! Kat rumah jerlah ada masa, tu pun tak lama sebab kena berebut dengan hani yang dah pandai main games sendiri dan beralah dengan pak hj kalau dia ada.

Weeekend baru ni pulak anak tiri, iza ada datang ke rumah dengan kawannya bermalam semalam pun terpaksa beri laluan pada dia mencari nota2 dan soalan2 SPM.

Sepanjang hari Jumaat lepas dan sepanjang hari ni saya keluar menyiasat. penatnya sebab dah agak lama tak keluar menyiasat ni, dapat pulak regu menyiasat yang memang jenis buat kerja cepat. 5 tempat saya pergi hari ni, selain menyiasat dan merekod statement, saya memulangkan barang kes jauh di hujung kampung. memang penat sampai ke malam baru balik ni.

Hal Angah


Tadi mak si Angah, kak Nani call panjang lebar citer hal angah, nak buat camana, tak taulah...just bagi sokongan dan layan perangai si angah jerlah... kasihan tak terhingga rasanya. Mujur juga amalan Al Quran dan solat2 sunat semua dia tak lupa, itulah pendinding dia buat jadik lebih kuat. kalau takde amalan apa pun tak taulah apa dah jadik dengan dia....menjadi2lah mencacau dia agaknya.

Malam tadi meracau kata 'jin' dah panggil balik Kg baru suruh pertahan kan Kg Baru dari rusuhan, terus ayah pujuk suruh solat hajat dan baca surah Al Jin. Alhamdulillah mengikut pulak dia, terus ambil wudhu' dan solat. Malam tadi ayah suruh dia baca 3 juz sebelum tidur tak taulah dapat abis ke tidak, sampai jam 3 pagi tengok dia tak tidur2 lagi...ke hulu ke hilir...saya pun dia tak panggil makcik lagi, dia tengok suhailah panggil ammie dia2 pun panggil ammie jugak!

semalam katanya,

"ammie, ammie pandai masak,kan, esok bolehtak masakkan angah ikan masak kari?"

Alahai..."boleh angah, cakap jer nak makan apa, nanti makcik masakkan..."

Nak tidur malam tadi, dia masuk bilik kami masa saya tengah urutkan kaki ayah, terkejut jugak saya....mujur bukan tengah buat apa2 ker, dia kata sambil tergelak2...

"Ohhh, rajinnya ammie, urutkan kaki ayah...baiklah ammie ni..."
Tengah makan malamnya, dia tanya saya,
"Makcik, makcik ada pistol tak?
Ada, kenapa?
Angah nak pinjamlah...
Angah nak tembak sapa
Adalah...
Pistol makcik kat pejabat mana boleh bawak balik rumah...
Iyer ke, makcik ni pandai ke menembak...
Saya gelak jer...
Makcik ada lesen menembak ker?
Saya gelak lagi....
Malam2 pulak asyik nak keluar rumah, siap saya ugut dia,
..."nanti makcik gari angah nak?"
"Eh...garangnya makcik ni"

Pendekkata sepanjang dua hari kat sini macam2 kerenah dan percakapan si Angah yang 'pelik2'. Ayah yang memang diri sendiri pun sakit, dah macam 'letih' melayan cakap Angah, sayalah yang terpaksa ikut rentak dan layan perbualan dengan dia. Mujur juga ada Hani yang memang becok, sesuai sangat berborak dengan Angah.

Hal Dewi


Sabtu lepas, pagi2 sebelum ayah balik saya bawak Hani dan Dewi pergi Nursery, dekat jer dengan rumah dalam 500 meter, cuma saya memang tak pernah ke sini. Pokoknya memanglah banyak sangat, seronoklah pergi. Jenuh saya merayau tapi tak dapat jugak habis sebab punyalah besar nursery tu. Hani dan Dewi saya biarkan kat area berbumbung dan saya dengan pekerja jer pusing2 situ tengpok pokok.
Tapi yang tak syoknya kerana peristiwa sabtu tu, Dewi dah mula buat hal pulak...masa saya tinggalkan dia dengan Hani, rupanya ada satu pekerja lelaki Indon namanya Hassan dari Jawa Timur dah mengurat dia. Saya nampak jugak cara hasan msa tu macam minta kat Dewi tapi ingat habis camtu jer.


Rupanya patang tu Hasan sms, dan jugak called Dewi. Dewilah yang cerita. Dia tak tau saya tak suka. Saya cakap dengan Dewi kenapa tak terus terang sudah berkahwin. Dewi kata, takper saja jer, dia nak simpan nombor tu dan nak tengok reaksi Ulum (suaminya) marah ker tidak.


Lantaklah ...mulanya tu saya fikir...tapi tengok2 rupanya malam2 sampai jam 12.30 macam tu si Dewi masih bergayut. Kalau dengan Ulum saya tau selalunya dia sms jer, kalau call pun sekejap. Tapi kali ni bukan main lama bercakap kat telefon dan Dewi bergolek2 atas katil, gelak2....dia cakap Jawa takdapatlah saya nak faham....ini sudah lebih. Berantakan rumahtangganya ker apa ker nanti ...susah saya...dan kesian juga pada Ulum.


Tak taulah nak buat apa. Si Dewi ni kecil orangnya, manis mukanya, kulitnya cerah juga tak macam rupa Indon. Pakaiannya pun macam gadis Malaysia. kalau saya bawa ke pejabat pun ada jugak yang meng'usha'nya sambil nyanyi2 lagu "dewi". Pergi pasar malam pun camtu, ada jer yang nak menjeling2 kat dia...nampaknya lepas ni kena simpan jerlah si Dewi ni kat rumah....hal si Hasan ni tak taulah patut ke saya ke nursery tu bagitau Hasan yang Dewi dah kawin???
Suara hati dan pemikiran siti detik 8/06/2007 08:24:00 PM 8 cetusan hati
Cerita tentang; Anak tiri, Dewi
Sunday, August 05, 2007
Angah lagi...
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Semalam selepas Zohor Angah datang ke rumah ikut ayah. Kebetulan Iza pun ada datang jugak bersama kawannya nak tumpang mandi dan rehat di rumah saya sebelum ke tuisyen. Maka takdelah panik saya nak berhadapan dengan Angah buat kali pertama.


Bila ayah sampai jer dan angah keluar kereta, terus dengan kuatnya dia memberi salam dan cakap "Boleh i masuk rumah u". Iza pun dengan gelak ketawanya menyambut salam abangnya dan kata, "Buat apa u nak masuk rumah i?"


Saya tak berani saya masuk bilik tengok dari tingkap bilik jer. Pastu angah jerit2 panggil "makcik... makcik.... suhailah... suhailah..." terpaksalah jugak saya keluar, dia tanya "bolehtak angah masuk rumah makcik?"


Kali pertama berhadapan dengan angah tu saya rasa cukup kelakar, tapi saya tak berani nak bertentang mata dengan dia, memang berbeza dengan angah yang asal. Bukan 100 % berbeza tetapi rasanya 200% berbeza dengan diri dia yang sebenar.


Matanya macam terbeliak, sekejap-sekejap dibesarkan mata dia, nampak kecik jer mata hitam, mata putih luas betul dibukanya. Tangan dia pun tegang semacam dan tak boleh lurus, bengkok jer ke depan. Jalan macam robot. tegak lurus badannya tengan ke depan langkah perlahan-lahan. Bila Iza sirih jalan betul2 katanya sendi dia sakit.


Saya tau tu punca ubat yang dia makan. Terbayang pulak Kopisuam cerita pasal adik ipar dia 'ajam'. Agaknya angah pun macam tu jugak. Angah jadi cukup ramah dan bercakap apa sahaja dalam kepala dia tanpa bertapis. dan cakapnya pulak tak berhenti-henti. Ada jer...


Dia jalan satu rumah dari depan ke belakang, luar ke dalam. Semuanya ditegur perbuatan saya. Macam2 dia suruh, buah mangga di luar disuruh balut. Bila saya suruh Dewi buat apa-apa, dia komplen, "Janganlah makcik suruh semua Dewi buat, kesian kat dia". Bila dia nak masuk bilik air saya pergilah cek dulu mana tau ada 'apa-apa' tertinggal, dia ketawakan saya, "hah...bersepahlah tu eh?"


Memang kelakar. Angah sebenarnya seorang yang serius. Tak pernah bergurau dengan saya, bertegur pun takde melainkan maklumkan dia nak balik ker apa ker...formal sungguh hubungan kami sebelum ni. Kalau datang dulu, dia masuk bilik yang saya dah sediakan, kalau cakap pun hanya tanya saya, mana saya letak itu ini sebab dia memang buat air dan ambil makanan sendiri.


Tapi kali ni, 'mesra' yang amat dengan saya, boleh dia tanya "makcik bagi tak kalau ayah nak kawin lagi?". "Boleh, kalau mampu apa salahnya...." saya jawab. "Umi tak bagi tau makcik, makcik ni memang baiklah...". Pastu tanya lagi, " "makcik carikanlah Angah isteri, takde ker kawan2 makcik yang boleh kawin dengan Angah, tak solehah pun takpe nanti angah bentuklah dia jadik solehah".


Kami bawak di keluar semalam, carik rabbit suhailah, beberapa 'pet shop' saya pergi dia ikut jer belakang saya, saya kata, "takpelah Angah, makcik boleh beli sendiri, angah duduk dalam kereta dengan ayah". Dia jawab, "mana boleh makcik, Angah kena jadi body guard makcik, nanti makcik kena rompak, sapa susah, biar Angah jaga makcik".


Dia jadik prihatin sungguh, sibuk saya ke dapur dengan Iza dia pun nak tolong sama. Siap dia nak masakkan pulak. malam balik masjid dia jadik lapar, saya masak lambat sikit, dia balik kata, "lar, makcik tak masak lagi, Ya Allah, laparnya Ya Allah nak makan..". Lepas makan pulak ucap terima kasih dan puji saya masak, sedap macam kat kedai katanya. Ingatkan makcik takpandai masak.


Bayangkan dari lepas zohor sampai jam 1 pagi dia bercakap tak henti2. Macam2 dicakapnya, siap dibelek2nya saya ni macamana janis orangnya. Mula tu takut2 dan malu jugak saya nak bercakap banyak dengan dia sebab tak biasa kan? rupanya, memang dia dah 'tak berapa betul'. Saya layan jer, kalau Iza rajin dibangkang kata angahnya tu. Kejap2 kalau Angah cakap tak berapa elok jer digertak, katanya, "tak boleh cakap macam tu Angah, kata tadi nak masuk Jannatul Firdaus".


Bila Iza tanya kenapa hari tu marah makcik?. Dia kata dia marah sebab makcik taknak jaga ayah. Saya kata, bukan taknak jaga, ayah yang taknak balik sini, asyik kat sana jer. Sungguh2 dia kata "sorry..sorry..sorry makcik angah tak tau"


Bila ayah tengok dia cakap merepek benda bukan2, macam orang kerdil, jin, makhluk halus, bunian...ayah suruh masuk bilik sembahyang mengaji. Dia ikut jer...dia pun masuklah bilik mengaji, sedap bukan main suara dia, nasib baik ayah kata hafalan dia masih okay...dalam kereta sebab nak elak dia bercakap jer, ayah suruh baca Yaasin, dia bacalah...sampai habis.


Ayah kata tu jer caranya, biar dia mengaji terus. Memang sedap suara dia, tulah pasal tiap2 tahun orang upah dia jadik imam sepanjang bulan Ramadhan, selain hafiz suaranya mengaji memang sedap. Bila ayat2 yang panjang tu cara dia lagukan memang syahdu saya dengar. Nak tidur pun Iza suruh dia ngaji Iza tolong cek hafalan dia. Pulak tu tak membantah mengikut jer dia. Jadik macam lurus bendul. Adalah sana sini salah sikit Iza betulkan. Bila Iza puji suara dia sedap, dia kata, 'tulah suara angah memang lebih sedap dari Along..."


Kalau dilayan angah mau tak tidur sepanjang malam. Banyak kali baca doa tidur kuat2 lepas tu dia bangun mundar mandir balik ke sana sini. Ayah pening kepala, bawak ke masjid (markaz) dia tak boleh duduk diam, dia boleh pergi mandi dan merayau luar2 masjid. Semua orang pelik tengok dia.


Nak tidur siap dipesan kat saya sorokkan kunci rumah takut nanti malam2 dia keluar sebab katanya jin memanggil2 dia suruh pergi kampung baru. Dia kata kalau dia takde di kampung baru, takde sapa nak pertahankan kampung baru. Iza suruh dia ngaji untuk halau jin tu dia ceritalah jin tu jin islam, tak takut pun kalau orang mengaji.


Malam tadi ayah cerita, katanya angah cerita kat dia, antara sebab dia jadik macam tu sebab tekanan bila ayah kawin lain dan bercerai dengan mak dia. Dia tak boleh terima. Ayah macam benganglah sebab benda dah lama (10 tahun) baru sekarang dia kata tekanan sedangkan along dengan Iza okay jer...ayah malas nak layan dia...


Pendekata meriahlah rumah dengan kehadiran Angah ni, Hani yang mula2 takut lama2 sesuai pulak dia main dengan Angah. Dah angah pun jadik macam budak2. Main rabbit sama-sama, Hani naik motor Angah kejar. Kesia saya tengok angah. Walaupun kemesraan dia sekarang saya suka, tapi saya tetap nak dia yang normal walaupun dia seorang yang serius. Kak A kata dia suka sikap Angah yang sekarang.


Kira sekarang Angah jadik baiklah, kejap2 cakap dia nak masuk Jannatul Firdaus, nak jadik Fisabilillah, taknak kejar dunia. Kejap2 ingat kat mak dia, sedih jer bila nak tidur dia cakap, "Angah rindu mak, mak sayang kat angah, mak baik". Iza memang nakal dan agresif, dia gertak abang dia, dia kata, "kalau sayang mak kenapa tinggalkan mak, ikut ayah?, mak tinggal sorang kat rumah, kesian mak...". Mulalah angah sedih macam nak nangis...


Kesian sungguh saya dengan Angah, ayah pun pening kepala tak tau nak buat apa dah...takkan nak membontot ayah ke mana-mana sedangkan ayah sendiri pun macam tu, masih tak sihat dan jalan pun bertongkat. Di rumah kak A, sampai jam 3 pagi Angah masih turun naik tangga, sedang Ayah dan kak A serta anak2 kecil tidur di ruang tamu bawah sebab ayah masih susah nak naik tangga ke bilik tingkat atas. Aurat nak jaga jugakkan? Di sini saya sediakan bilik tak mau pulak, nak tidur di ruang tamu, dipangginya Iza alihkan itu ini di ruang tamu saya...


Malam semalam di rumah kak A ayah kata masih meracau2 nak balik ke kampung Baru...ada yang memanggil suruh dia pertahankan kampung baru. Malam tadi alhamdulillah takde meracau cuma jam 3 pagi saya bangun juga cek dia tido ke tidak, rupanya tak tidur lagi, dia berjalan-jalan kat ruang tamu mundar mandir. Susah jugak macam ni...Anak dara duaorang (Iza dan Hani) saya suruh tidur bilik master, kunci pintu, mana tau Angah buat gila ker tengah2 malam...tapi so far masih okay...

Iza kata, ada ustaz tempat berubat kata, Angah ni ada buat benda2 yang bertentangan dengan apa yang ada dalam diri dia. Sebab dia hafiz Quran, bila buat sesuatu kemungkaran sedangkan dalam diri dia ada amalan baik, ada Quran....jadik akan berlaku pertentangan dan kesan dia dialah yang teruk jadik macam isim dan meracau-racau. Tulah sekarang asyik cakap nak masuk jannatul firdaus...nak sayang ayah, nak sayang mak...saya dengan Iza dimarahnya sebab solat lambat..."perempuan kena solat awal waktu", kata dia...

Tolonglah kawan2 doa biar dia cepat normal dan kalau sapa2 tau mana2 tempat berubat maklumkanlah...saya sendiri pun pertama kali berhadapan situasi macam ni...kalau ikut doktor katanya "skizofrenia", macam gilalah tu...tapi takkanlah kita keluarga dia nak pandang dan tengok jer dia macam ni..
Suara hati dan pemikiran siti detik 8/05/2007 06:24:00 AM 3 cetusan hati
Cerita tentang; Anak tiri
Thursday, August 02, 2007
Dua hari yang memualkan
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Semalam jam 10.30 pagi saya naik bas express Kl-Singapore. Sangka saya dia akan terus bawa (non-stop) saya ke stesyen bas Larkin, JB. Rupa-rupanya sangkaan saya meleset. 3 kali saya diarahkan tukar bas. apahalnya??? Macam kena tipu rasanya.

Saya naik bas sebab saya fikir dalam bas 3 jam lebih saya boleh relax dan sampai JB check in hotel saya boleh study kes (baca IP last minute punya pasallah ni). Tapi sudahnya dari Sban dia keluar di Tol Ayer Keroh dan pusing balik menghala tol dia parking dalam 15 minit.

Rupa-rupanya tunggu satu bas lain Kami semua satu bas pindah ke bas lain tu. Lepas tu ingat bas terus jalan sampai larkin. Nak masuk ke tol Skudai sekali lagi dia tanya siapa yang nak turun ke Larkin. Tengok2 saya sorang jer...dia tanya saya bolehtak dia nak hantar saya ke bandar baru UDA jer. Bengang jugak saya.

Tapi saya setuju jer malas nak bertekak. Sudahnya saya terpinga2 turun dan saya nampak seberang jalan yang sesak tu adalah stesyen bas BB UDA. Tengah dok perati tu, driver bas tu kata suh naik bas belakang bas yang saya baru turun tu. Lar, tadi kata suh naik bas sendiri? Agaknya dia tengok muka saya semacam dan saya tanya macam2 bila dia kata suh saya naik bas sendiri ke Larkin.

Dengan satu beg sandang belakang dan satu dokumen bag, saya naik pulak bas lain dan bas tu akhirnya bawak saya ke Larkin. Sampai di Larkin, saya singgah tapau McD dan carik teksi bawa ke hotel. Kali ni sebab sorang saya malas nak ke Puteri Pan. Ke Rasa Sayang jer. Rehat2 kat bilik lepas jamak/Qasar zohor/Asar saya ronda2 jalan kaki ke Plaza Kotaraya dan Pasaraya Uda Ocean.

Jarang dapat lepas jalan sorang2 dengan happynya petang tu saya jalan kaki sorang2 dengan satu beg sandang dengan misi membeli baju2 basahan hani dan baju2 basahan saya juga Dewi.

Juga tanpa tersedar saya telah tergoda dengan jurujual dan diskaun 'terbeli' juga jam tangan berjenama dan satu handphone baru. Ntah apa jadahnya hp saya Moto*ola rosak terus dah dua hari, yang jenis Norkia tu pulak soundnya rosak, boleh sms jer. Jenuh pulak nak tanya itu ini dengan IO pakai sms.

Niat asalnya keluar petang tu hanya nak carik kasut hitam. Sebab saya tak bawa kasut hitam untuk ke court sebab beg dah tak muat. Senang cerita beli baru, lagipun kasut hitam memang sangat2 berguna untuk ke court. Lagipun kan tengah mega sales.

Tapi bila balik ke bilik kira2 banyak gak duit kopak. Lantaklah...bukan selalu. Penat kerja sesekali berbelanja sakan untuk diri sendiri dan Hani dapat juga mengubat hati.

Balik bilik dah jam 8 malam, tengok2 TV, pastu terus study sampai jam 4 pagi, standy 4 saksi formal jer untuk hari ni. Pagi2 bangun terus breakfast dan naik teksi jer kali ni ke court pasal IO tu rupanya naik motor jer takkan nak suruh dia ambik,kot?

Sampai court, IO kata saksi dan standby 3 orang, lawyer datang discuss dengan dia. Larr minta tangguh pulak dia, sebab ta dapat percakapan beramaran OKt lagi...huwaaaa penatnya datang!!!

Alang2 tangguh cakap kat ;awyer, kita beraya dululah...bulan 11, boleyy??? Takde masalah! So gi minum2 dalam jam 12 dah naik bas semula di Larkin. Kali ni naik Bas Allson (kat badan bas tulis ni) juga non stop ke seremban. Bagus jugak cepat sampai.

Tengok2 dia singgah kat Yong Peng punyalah lama. Dahlah saya duduk belakang sekali dengan 4 kerusi sederet tu, kanan saya dua-dua lelaki Melayu (ntah M'sia ke Indon tak tau, slang macam M'sia jer) sorang tu rambut bukan main panjang dan ada tatu banyak di lengannya yang sorang lagi kuatnya bau rokok (sesekali rasa macam nak muntah pun ada)

Tapi sebab mata ngantuk sangat saya lantakkan jer, saya bantai tido, mujur jugak ada blazer boleh cover, sejuk bukan main. Dahlah tunggu lama, ingatkan dia nak jalan lepas 40 minit aupanya dia tunggu bas lain, bila bas sampai dia suruh yang nak ke Sban turun tukar bas. Bengangnya saya. Beg dahlah bertambah berat, turun2 tu saya tanya kat driver bas yang baru tu kenapa tu7kar bas, dia boleh tunjuk muka macam marah dan jawab, "u tanyalah driver bas tadikenapa tukar!"

Malas saya nak layan dengan cara jawapan dia tu pun dah tau dah...saya terus ambik nombor bas dua2 ni aad masa nak report kat LPKP kenapa cara macamni suka2 hati tukarkan kami bas.

Bia naik bas baru tu jer, lagu "T*mil" bukan main kuat lagi....pendekata dari datang sampai balik kesemua pemandu itu adalah orang "in*ia" . Bukan nak salahkan mereka tapi rasa macam tertipu betul senang2 diperkotak-katikkan penumpang. Bayangkan kalau aad penumpang anak kecil atau orang tua...

Ingatkan selesai rupanya bila sampai terminal 1, bas tu tak masuk dalam terminal , pemandu dia jerit2..."seremban2...turun2..."dia berhenti tepi jalan dalam 200 meter kena jalan pulak masuk ke terminal masa ni dahlah hujan rintik2. Sakit hati betul saya dengan dua beg yang berat!

Tulah pengalaman naik bas lepas 8 tahun tak naik bas. Bersyukurlah bagi kita yang ada kenderaan sendiri tak perlu setiap kali nak guna bas express. Entah saya salah pilih syarikat pengendali atau memang selama ni service diorang camtu tak taulah...

Lain kali biar saya penat bawak kereta sendiri takpalah daripada ambik masa tukar2 bas camni walaupun bayar tiket harga VIP.
Suara hati dan pemikiran siti detik 8/02/2007 08:37:00 PM 6 cetusan hati
Cerita tentang; Kembara

No comments: