Thursday, December 11, 2008

Nov '06

Wednesday, November 29, 2006
Anakku


Ini gambar semasa Hani baru pandai berjalan. Nampak tak lesung pipit kiri dan kanan, sampai sekarang kalau jalan mesti ada yang tegur lesung pipit dia cantilah, nak pinjamlah, macam anak cinalah, kata anak angkatlah...sebab saya ni hitam manis dan tak lawa orangnya, beza betul dengan anak ni.
Suara hati dan pemikiran siti detik 11/29/2006 11:02:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Hani
Anakku1


Ni gambar Hani tahun lepas, masa kami gi Cameron Highland. Sekarang ni dah besar sikit, nanti saya upload gambar dia hari raya. Saja suka-suka nak test posting gambar.
Suara hati dan pemikiran siti detik 11/29/2006 10:50:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Hani

****************************************

Gambar Hani


Ni gambar hani, lagi pandang wajah dia lagi tambah sayang...
Suara hati dan pemikiran siti detik 11/29/2006 10:26:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Hani


Ni gambar anak tiri saya, Hani Shakirah, ada tak rupa anak saya, Hani Suhailah yang posting atas tu?

Suara hati dan pemikiran siti detik 11/29/2006 10:21:00 PM 0 cetusan hati

****************************

Senario semasa

Bismillahhirrahmanirrahim

HAL KERJA

Minggu ini dari Isnin sehingga hari ini jadual kerjanya penuh, tak dapat nak mengulau langsung. Hari isnin, sepagi-pagi tu mesyuarat ketua unit, pengarah kami naik pangkat dan akan bertukar menjadi pengarah dinegeri Kelantan mulai 1/1/2007 tapi tangguh 1/2/2007 kerana pengarah di kelantan tu gi Mekah, jadi tak dpat nak serah menyerah tugas, jadi sekarang ni dah hujung2 lah dia, makin banyak pesanan dan makin galak mengadakan mesyuarat nak settlekan Kertas siasatan2 yang ada dan urusan nak rasmikan pejabat pulak pada Januari ni, jadi banyaklah benda yang nak dibincangkan dengan ketua2 unit. Petangnya pulak, saya dah sibuk buat persiapan untuk bicara esoknya, Selasa. Bicara di mahkamah Sesyen KP ni saya sebagai pegawai siasatan nya dan kes ni dibawa oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Peguam negara. BIla call DPP katanya esok nak panggil saksi utama dan nak mainkan tape rakaman dan dia dah bagitau plan saksi2 mana nak panggil. saya pun call saksi terbabit walaupun sebelum ni sapina semua dah di serve. Bila settle call saksi semua saya pun prepare barang2 kes pulak dan memandangkan DPP kata nak mainkan tape saya pun bukalah beg barang2 kes saya, punyalah kalut saya cari tape asal, cari punya cari tak jumpa. Bicara yang lepas 26/6/2006 saya tak dapat hadir sebab saya emergency leave sebab suami baru kena serang stroke, so saya serah untuk jaga kes pada pegawai lain yang dah pindak ke Perak, jadi saya call dia tanya pasal tape asal, dia pulak tak ingat. Punyalah kecut perut, kalau barang kes hilang memang kena tatatertiblah jawabnya. Saya pun call balik DPP, rupa-rupanya dia dah tender ke mahkamah tape dan transkripsi sekali. leganya hati lah hai...

Hari Selasa pulak pagi2 terus ke Mahkamah KP yang makan masa lebih setengah jam, nasib baik kali ni DPP pergi sendiri kalau tak setiap kali saya nak ambil dia di hotel dulu dan bawa ke KP. Masa tu pulak saya tak bawa duit langsung, ingat pagi tu sempat nak tekan duit, tapi sebab malas nak drive dan tumpang kereta jabatan yang officer lain yang terlibat sebagai saksi maka tak sempatlah nak tekan duit. Nasib baiklah masa minum pagi di gerai sebelah mahkamah- En R, pegawai yang sama rank dengan saya, dia ni Ketua Cawangan jabatan kami di PD keluarkan duit untuk bayar minum untuk semua. Apa nak buat kenalah tebal muka minta dia bayar dulu. Biasanya kalau ada bicara memang IO kena bayar dulu untuk saksi dan DPP lepas tu boleh claim dalam elaun keraian 5% dari gaji.

Hari tu sepatutnya panggil 4 saksi, tapi sebelah pagi lepas DPP panggil saksi utama bagi keterangan, lawyer OKT cross tapi sampai jam 1.00 tengahari selepas labih kurang sejam cross dia minta tangguh dengan hakim, hakim sound jugak dia kata bila kes nak habis kalau asyik tangguh je, tapi nak buat macamana dah lawyer dia minta tangguh. Sambung bicara 4 Januari, saya pulak sebagai IO akan kena panggil untuk bagi keterangan. Itulah yang PM komen hari ni dalam page depan paper nasihat peguam jangan tangguh kes. Kami pun sebenarnya menjadi mangsa sebab lawyer selalu minta tangguh sedangkan dipihak pendakwaan semuanya telah bersiap sedia. Kes banyak tangguh bukan kerana kita yang lemah dalam siasatan/pendakwaan semata-mata tapi banyak kerana faktor luaran. Dalam paper semalam dan hari ni ada juga kata nak tambah/tak perlu tambah kuasa B*R dalam pendakwaan, sebenarnya apa yang perlu ditambah adalah jumlah DPP yang ditempatkan di B*R, kerana banyak kes yang perlu dicharge tapi DPP tak cukup kita sebagai pegawai badan yang sepatutnya buat siasatan dan dapatkan maklumat pulak terpaksa jalankan pendakwaan. Macam saya ni,dahlah lead unit siasatan negeri nak cover satu negeri nak buat operasi, nak memantau KS, kena pulak bagi ceramah dan jalankan kerja2 pendidikan masyarakat, buat kerja2 pentadbiran, buat siasatan (ada KS sendiri), baca dan minit kertas siasatan pegawai di unit siasatan, buat pendakwaan pulak, dahtu kursus2 pun kena hadir jugak. Kadang-kadang rasa hidup ni takde masa nak buat benda lain, fikir pasal kerja je tak abis2, tension rasanya, dapat pulak pengarah gila kerja, hari Isnin tu dia ada mesyuarat dengan timbalan pengarah Kelantan yang dipanggil datang ke pejabat saya untuk mesyuarat perancangan pelan bangunan pejabat yang akan dibuat pada April depan, mereka start mesyuarat lepas kami abis mesyuarat ketua unit Isnin pagi tu, dan mesyuarat tu dengarnya berlanjutan sampai 1.30 pagi selasa tu, bayangkanlah, tadi mesyuarat Jawatan kuasa menilai Maklumat (JMM) dia citer dia sampai rumah 4.00 pagi Selasa tu siap kena saman polis speed trap lagi.

Nasiblah dapat pengarah yang terlalu rajin kerja, kami kalau mesyuarat bulanan dari 8.30 pagi Jumaat, dimulakan dengan baca Yasin dan tazkirah sikit, tapi sebelum tu kami akan nyanyi lagu jabatan, negaraku dan ikrar integriti dan ikrar penjawat awam. Pagi kami akan mesyuarat berkaitan dengan pentadbiran, kewangan dan hal-hal lain. Tengahari berhenti makan dan buat sambutan hari jadi untuk pegawai yang sambut bulan tu. Petang sambung pulak mesyuarat unit pendidikan masyarakat, pemeriksaan dan perundingan, dan yang paling penting prestasi unit siasatan dan perisikan, ketua unit semua kena present prestasi unit masing-masing dan perancangan. Lepas tu siaplah masing-masing kena bantai, mesti ada yang tak kena... yang pasti selalunya mesyuarat tu hanya akan berakhir jam 6.00 petang. Macamtulah bulan-bulan, tapi banyak bagusnya, kami semua bersedia setiap masa. Kadang-kadang kena main politik jugak.

Hari ni saya rekod stetement sorang timbalan pengarah satu jabatan di sini, gred M48 dan dari statementnya saya dapat tau dia ibu tunggal sejak 8 tahun lalu, dan ada juga risik2 dari dia macaman kehidupannya dulu dan sekarang, katanya lebih tenang hidup sendiri banding hidup masa berumahtangga. Ah... banyak pro dan kontra nya.

Tengah rekod statement dapat pulak Ks yang baru diminit oleh pengarah, Ks baru turun dari DPP, baca sekejap tengok satu lagi kes dapat CTP (consent to prosecute)dan saya dapat arahan untuk atur panggil OKT untuk buat tangkapan esok dan rekod percakapan beramaran, Jumaat pengarah arahkan saya tuduh di mahkamah. Petangnya selepas mesyuarat JMM saya call hp OKT, pendek saja saya cakap dan maklumkan minta datang esok ke pejabat saya, tapi reaksi nya (prempuan,37 tahun) macam dah tau kes dia nak kena tuduh, dan dia tanya apa jadi dengan OKT yang lain (kami buka 6 KS di jabatan tempatnya bekerja) kerana kesalahan yang lebih kurang sama.Tapi KS yang lain tak turun lagi. Saya cuma dapat kata, "datanglah ke pejabat esok, kita boleh cerita panjang". Dari nada suaranya saya dapat agak suaranya bergetar seperti mahu menangis. Bila dia tanya, "saya akan kena hukum ke?". Saya jawab,"puan, tu mahkamah akan putuskan". lagi dia terkejut, kes ni akan kena bicara ke? Puan banyak2kanlah doa dan solat hajat. Tu je yang saya boleh cakap. dan saya terus letak telefon. kesian memanglah kesian, dahlah dia baru habis pantang, masa siasat dulu dia tengah mengandung. Tapi apa nak buat, masa buat kesalahan tak ingat dan sedar, dapat duit rasu*h ni memang seronok sebab tak keluar setitik peluhpun.

HAL RUMAHTANGGA

Minggu depan dari Isnin hingga Khamis saya kena ke seminar Siasatan berkaitan Anti Money Laundering Act (AMLA) di JB, Mak ROs pulak sabtu ni nak ke Kedah bawa pengantin sebelah pihak lelaki pulak, anak buah suami dia, dengarnya hari Isnin pagi tu baru sampai sini semula. Mak Ros pulak sejak buat rumah terbuka besar-besaran sehingga sate pun 1400 cucuk, badannya demam macam bentan urat, tak baik2 lagi sampai hari ni masuk 2 minggu dah, mukapun cengkung. Dengarnya dia taknak pergi ke kedah tapi dah semua orang dalam rumah tu pergi, dia terpaksalah pergi. Saya pulak nak ke JB Isnin tu, MAk Ros kata takpelah Hani boleh tinggalkan kat rumah dia tapi saya pulak kesian, nak bagi dia rest rasanya, walaupun Juli naka dia 15 tahun ada untuk perhatikan dan buat susu, mandikan hani tapi rasanya saya nak bagi hani kat ayah dia. tapi sebab dah gaduh ni, malas pulak nak call ayah dia. Tak salah saya pulak ayah dia ada cakap Isnin, 4/11 ni dia kena gi medical board di hospital sebelum perkeso luluskan permohonan pencen Ilat (hilang upaya)dia jadi malas nak bagi dia kat ayah dia. Nak hantar balik kg pulak hani tak biasa dengan nenek kat kg dia tak nak tinggal sana. Serba salah pulak rasanya. Petang tadi saya call ayah dia, nasib baik dia jawab terus saya cakap nak tinggalkan Hani dan dia kata ok. Selesai satu masalah...

Sebenarnya sejak gaduh Jumaat malam hari tu, hp saya tertinggal dalam serena suami, dan saya terus buat tak tau je, takde hp lagi senang cuma orang pejabat je bising call hari ahad nak suruh bagi ceramah hari tu hp saya tak jawab, saksi2 dan DPP pun tertanya2 kenapa call tak dapat tapi saya senang ati sebab kalau hp ada mesti ada je benda saya akan mesej kat best friend saya mengadu masalah rumahtangga tapi kali ni saya cool dan diam serta simpan sorang je ... tenang hati dan perasaan. kalau tak bila gaduh saya cenderung send sms pada suami dan masa tulah selalunya saya akan untuk pujuk dia "maafkan" saya. Kali ni takde hp saya pun okay je. Tunggulah sikit masa lagi saya akan beli hp baru, dan bagitau simcard lama tu hilang dan minta pegawai teknik pejabat dapatkan simcard baru dari CELCOM. Kami pegawai kumpl A dapat hp dan talian dibawah pendaftaran jabatan dan kami diberi kadar panggilan rasmi RM200 sebulan, nak taknak kena on hp 24 hours. Tapi saya tak pernah salahguna hp tu, panggilan personal saya tandakan pada bill dan bayar sendiri.

banyaknya pulak saya menulis kali ni, penatlah pulak...
Suara hati dan pemikiran siti detik 11/29/2006 09:00:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam

****************************

Tuesday, November 28, 2006

"Entah kenapa?"
Bismillahhirrahmanirrahim

Entah kenapa kali ini saya tidak sedih!
Entah kenapa juga kali ini saya langsung tidak terharu!
Dan entah kenapa kerna itulah kali ini tiada setitis air mata pun yang tumpah!

Adakah itu tanda tiada lagi kasih antara saya dan suami?
Adakah itu petanda saya sudah sampai tahap berputus asa?
Adakah itu petunjuk sampainya masa untuk saya terima cabarannya?

Entahlah...
Biarlah masa tentukannya...
Apapun Hani tetap anaknya juga...
Tiap malam saya akan hubungi ayahnya dan terus serahkan gagang kepada Hani
Saya tiada nafsu dengar suaranya!
Saya juga tidak mahu dikata apa-apa olehnya!
Biarlah ia berlalu sendiri sehingga dia putuskannya sendiri...
Lagi cepat lagi bagus...
sebelum saya berubah hati...untuk kembali seperti sebelum-sebelum ini!
Suara hati dan pemikiran siti detik 11/28/2006 08:54:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati


*********************************

Monday, November 27, 2006

Saya bukan siapa-siapa
Bismillahhirrahmanirrahim

Andai saya tdak punya kerjaya seperti hari ini, tidak kahwin dengan manusia ini, dan tidak punya zuriat secantik ini, saya pasti bukan siapa-siapa...

Tapi 1 September 2000 saya memilih kerjaya ini, bertukar dari seorang wartawan penyiaran menjadi pegawai siasatan, pada 6 Jun 2001 dari rancak bercinta dengan suami orang tiba-tiba saya memilih menjadi isteri kedua suami orang yang lain.

Natijahnya, pada 5 Jun 2003 saya melahirkan seorang puteri yang saling tak tumpah seperti ayahnya. malangnya panas ditengahari yang disangka hingga ke petang rupa-rupanya bukan sahaja mendung yang datang dipetang hari bahkan ditengahari lagi mendung telah menjengah sesekali petir dan guruh juga singgah dan bah besar juga telah melanda. Dari sebelum mengandung, mengandung melahirkan dan tempoh membesarkan anak saya tetap sendiri-sendiri walaupun adakalanya suami ada disisi. jarang benar ada rasa dalam hati bahawa hidup ini dikongsi.

Kerap saya disalahkan apa-apa sahaja... malas mahu bercerita, hanya memburukkan apa yang sedia buruk. Salah saya sememenagnya ada, namun bukan saya pinta untuk mendapat layanan sempurna tetapi saya tak pernah mendapat yang seadilnya. Tak pernah dapat bersuara, sekiranya "berani mati" bersuara ancaman cerai sahaja modalnya. Cuma saya sahaja belum berani menyahut cabaran itu. Terbaru, "kalau kau nak cerai balik ni pun aku boleh ceraikan"!. "Apa abang cakap ni?" Itu sahaja soalan yang mampu sya keluarkan. Sudah biasa sebenarnya sudah terlalu biasa dengan ancaman itu.

"Kau tau tak aku korbankan perasaan dia, pecahkan hati dia semata-mata nak kawin dengan engkau", itulah alasannya lagi dan lagi... perasaan isterinya yang satau itulah yang dipentingkannya. Korban perasaan saya, ibu bapa saya dan korban perasaan hani yang jarang dapat bersamanya tidak pernah difikirkannya. Kali ini nekad, sekiranya diizinkan Allah, biarlah saya hidup berdua sahaja dengan Hani, tidak ada apa-apa yang rugi, melainkan Hani akan kurang masa dengan ayahnya, itu saya akan uruskan. Kiranya ada masa yang sesuai dia akan saya titipkan pad ayahnya.

HAL KERJA

Balik ke pejabat hari ini, telah tertulis di white board saya perlu hadir seminar siasatan di JB pada 4-7 Dis ini, walaupun penat tapi dalam tempoh berkrisis ini ada baiknya sya menjauhkan diri dari dia. hani juga akan saya terus hantar ke rumah Mak Ros. Andai dalam hati dia tiada saya, saya juga malas ingin maklumkan dia saya akan ke JB minggu depan. Saya tahu dia takkan mencari saya selagi saya tidak mencari/memujuk/marayu dia. Sekali ini saya tawar benar-benar tawar hati untuk memujuk. BUkan selamanya salah saya. saya bukan boneka, tidak boleh bersuara kalau ada yang tidak kena, sya ada hati dan perasaan, bukan barang mainan seks yang boleh disuruh datang dan pergi sesuka hati.

Biar..biar..biar segalanya Allah tentukan.
Suara hati dan pemikiran siti detik 11/27/2006 10:27:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati

************************************************

Sunday, November 26, 2006

Perasaan
Bismillahhirrahmanirrahim

HAL KERJA

Lebuhraya Utara Selatan,menuju JB, 22/11/2006

Saya bersama suami bertolak jam lebih kurang 2.00 petang tanpa membawa Hani. Hotel Puteri Pacific JB telah pun saya booking semalamnya. Paginya jam 9.00 hingga 11.00 pagi saya memberikan ceramah di Stesyen Janakuasa Tuanku Jaafar, PD dihadapan engineer, manager dan lebihkurang 30-40 kakitangan TNB di situ. Kali kedua memberi ceramah membuatkan saya biasa-biasa saja, tanpa rasa gusar. Namun, sangkaan saya meleset, 30 minit pertama sahaja saya dihujani seribu satu pertanyaan yang membuatkan saya mula berasa saya perlu kawal keadaan sebelum mereka mencari kelemahan saya. Semua soalan sebenarnya dapat saya jawab dengan jawapan berasaskan peruntukan undang-undang dan peraturan cuma audien ini semacam tidak puas hati. Mungkin kerana kurang faham atau kerana sengaja mahu melihat reaksi saya. yang bertanya itu bukannya manager, engineer sebaliknya saya melihat mereka yang duduk di belakang dan berumur sekitar 40 an. Ceramah saya yang sepatutnya habis 10.45 pagi dan 15 minit diperuntukkan bertanya soalan menjadi meleret2 kerana bukan sahaja mereka sering mengangkat tangan bertanya soalan semasa saya berceramah malahan sessi soal jawab juga hampir 5-6 orang dibarisan belakang berdiri sekaligus ingin bertanya soalan. Apapun saya mengambil pengajaran bahawa sekiranya begini situasinya saya akan menyediakan slide power point yang lebih banyak beserta contoh kes yang lebih. Selepas habis ceramah semasa sessi minum pagi bersama urusetia barulah saya difahamkan bahawa yang bertanya soalan itu adalah ahli kesatuan sekerja (union) TNB. Mereka memang suka menimbulkan isu, kata urusetia itu. memangnya benar kerana soalan yang dikemukakan itu bukan level saya yang patut menjawab, banyak yang menyentuh dasar/polisi negara.

23/11/2006, Mahkamah Sesyen 3, JB, 9.00 pagi-5.00 petang

Sebelah pagi, debaran saya yang sepatutnya peringkat maksimum untuk membawa kes yang julung2 kali saya bawa menjadi biasa-biasa sahaja kerana malamnya IO memaklumkan bahawa peguam OKT (Orang Kena Tuduh)telah memohon tangguh kes untuk hari ni sebaliknya meminta kes jalan hari Jumaat sahaja. Bagaimanapun apabil sya bertanya soalan kepada jurubahasa mahkamah, mereka tidak ada menerima apa-apa suratpun dari peguam OKT. Maknanya kes akan jalan seperti biasa, bagaimanapun debaran saya yang meningkat awalnya menurun kembali apabila peguam OKT memaklumkan kepada hakim bahwa dia terpaksa meminta tangguh kerana ada kes di Mahkamah tinggi dan bicara jalan sebelah petang sahaja. Petangnya jam 2.00 ptg debaran saya yang memuncak menemui titik klimaksnya apabila saya berjaya memulakan perbicaraan tanpa sebarang masalah dan untuk hari pertama saya telah memanggil 3 saksi untuk memberi keterangan dan dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang dengan kasut tinggi saya berdiri bertanya saksi solan demi soalan. Pinggang yang sakit bertambah lah sakit. nampaknya hari pertama peguam OKT tidak banyak mengemukakan bantahan dan juga semasa cross examination. Bagaimanapun Saksi Pendakwaan (SP)ke 3, hanya sempat membuat pemeriksaan utama, bagi pemeriksaan balas akan disambung hari Jumaat.

Pada hari Jumaat pula, saya mohon izin dengan tuan hakim untuk menambah beberapa soalan kepada SP3 dan juga ada 2 dokumen yang sepatutnya saya tender semalam tidak ditender kerana semasa saya mohon izin penangguhan sebentar nak ambil dokumen asal dari IO hakim tidak benarkan penangguhan dan akhirnya saya terpaksa tender dokumen tu pada pagi Jumaat. Hari Jumaat tu rupanya tidak menjanjikan langit selalunya cerah. Selepas saya menyoal beberapa soalan kepada SP 3 dan tender dokumen, peguam OKT, En R yang sebelumnya dalam perbualan dengan lawyer2 lain yang ada dalam mahkamah tu dikatakan lawyer gila, telah menunjukkan kegilaannya semasa menyoal balas saksi sehingga saksi saya dah hilang pertimbangan dan menjeling2 ke arah saya minta bantuan tapi saya hanya jari telunjuk dan bagi sokongan pada dia untuk terus jawab dengan jujur. nasib baik juga saksi saya wanita 40 an tu pandai jawab dan apa yang dia tak faham terus dia kata tak tau. Ada juga ketika dimana hakim sendiri tak faham soalan dari defence council. Nampak gayanya lawyer dia ni macam pelakon, dengan memek muka dan intonasi suaranya yang begitu bernada sesekali begitu keras dan sesekali seperti memujuk dan memaksa. patutlah pun dikatakan gila dan lawyer sebelah saya kata kalau dia terpaksa lawan dengan En R dia pasti tarik diri, tak sanggup katanya. maklumlah En R ni tebal muka dan sanggup berlakun dan kelihatan macam over acting pulak saya tengok ala-ala pelakon Jalaludin Hasan pun ada. Dia pula bekas Timbalan Pendakwaraya Negeri tentu pengalamannya luas.Apapun nampaknya saya telah memulakan langkah pertama sebagai pegawai pendakwa dan selepas ini saya perlu belajar banyak lagi seni kepeguaman apatah lagi selepas ini saya perlu pula membuat submission bagi membuktikan kes ini ada prima facie. Bicara akan disambung pada 19 dan 20 Mac 2007.

HAL RUMAHTANGGA

Saya sebenarnya sudah tidak meletakkan apa-apa harapan pada masa depan rumahtangga saya. Sudah tidak ada persefahaman dan antara kami saling bertengkar dan setiap apa yang saya buat ada saja yang tidak kena pada mata suami. Saya sering berasa serba salah untuk membuat sesuatu malahan untuk berkata sesuatu jga amat memerlukan ketelitian. Sensitivitunya sudah tidak ada batas lagi, luahan kata-katanya langsung tidak memikirkan kedudukan dan perasaan saya, kata-katanya banyak bersifat tohmahan tanpa ada asas dan berbaur syak wasangka yang tinggi. Saya puas meletakkan dan membina rasa hormat padanya walaupun tiada apa tanggungjawabnya sebagai suami yang ditunaikan terhadap saya dan anaknya, Hani. Hanya tanggungjawab yang satu (batin)itulah yanga ada. Memang dari suami sihat dulu dia tak rasa bahawa Hani dan saya ini tanggungjawabnya, makan atau tidak, sihat atau sakit, suka atau duka saya semasa dia tiada disisi pandai-pandailah urus sendiri.

Rupa-rupanya membawa di ke JB satu kesilapan. Perjalanan balik menjadi medan pertengkaran sehingga membuatkan dia hilang pertimbangan dan berkata, "Balik ni pun aku boleh ceraikan kau kalau kau nak". Saya tiada jawapan kerana sebagai isteri saya bimbang tidak mencium bau syurga jika saya yang meminta cerai. Sampai di rumah dari JB jam lebih kurang hampir 9.00 malam dia terus pulang tanpa dapat dihalang. Banyak dialog dan tohmahan pada saya dimalam itu seperti drama semasa di tempat letak kereta. Saya malas mahu mengingati kata-katanya pada malam itu. Dua memang tidak rugi apa-apa meninggalkan saya dan Hani, kerana memang dia tak pernah ada apa-apa komitmen pada kami melainkan datang apabila gilirannya yang sebenarnya utamanya adalah dia datang untuk mesyuarat tabligh yang disekalikan dengan giliran saya iaitu hari rabu (malam mesyuarat) dan hari Sabtu (malam markaz). selain itu, untungnya dia selepas ini ialah saya dan Hani tidak akan menuntut apa-apa kerana memang saya tidak pernah diberi wang belanja untuk diri dan anak, seleaps bercerai (sekiranya pasti) saya telah maklumkan dia bahawa saya tidak akan menuntut apa-apa. Cukuplah rumahtangga yang saya bina selama ini, saya seakan serik untuk menjadi isteri kedua lagi, biarlah saya membujang terus tambahan pula hani ada buat menjadi teman suka dan duka.
Suara hati dan pemikiran siti detik 11/26/2006 07:53:00 AM 1 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam

**********************************

Tuesday, November 21, 2006

pening...

Bismillahhirrahmanirrahim

Dalam keadaan sakit pinggang masih terasa minggu ni, banyak pula kerja semasa nak disettlekan. Cuma semalam, Isnin je ada rehat sikit. Selain OC (pengarah) takde, AOC (Timbalan) pun cuti, so semalam sayalah, boss kecik jadik boss. Pagi saya buat mesyuarat ringkas unit sisatan tengok balik IP2(Investigation paper) kat tangan IO semua. Bincang operasi minggu lepas, apa tindakan yang dah diambil dan perancangan IO dan jugak merancang operasi untuk minggu depan. Minggu ni tarik hand break, sebab banyak sangat kes kat tangan IO tak selesai lagi, OC pulak dari KL 2 hari terus gi KK pulak sampai weekend minggu ni, next week baru dia ada. Minggu ni dah maklum IO semua masing-masing settlekan IP kat tangan sebab 1.1.07 dapat OC baru, kalau boleh IP buat sehabis dapat. OC baru biar kes dan IP baru. Tapi ada jugak amsalah, satu IO ada 2 kes aktif kat tangan, cuti tanpa rekod sambung belajar di USM, sian pulak nak push suruh siap cepat, yelah nak exam kan, sorang lagi pulak dah 16 hari bersalin, balik ke Raub, ada 2 IP kat tangan, tercepat bersalin 3 minggu tak sempat serah tugas. Saya call kata tak balik sini sampai abis pantang pulak... nampaknya bawa IP ke pengarah barulah...

Hari ni pulak ganti OC ceramah di PD, audien dari Perbadanan Putrajaya. Ikutkan malas nak beri ceramah hujung tahun ni. Tapi sebab dah takde orang sangat dah, penceramah tegar sorang gi exam di USM (2 org peg sini sambung belajar di USM) dan sorang lagi 1.12.2006 ni kena tukar ke Melaka, hari ni pun dia ceramah di Kolej Jururawat KP, yang Ketua Cawangan PD pulak mesyuarat di KL 2 hari. Tak bleh nak taichi dah, kena jugak pi bagi ceramah, asalnya 4 jam, 2 tajuk pulak tu tapi semalam call jugak AOC (Timbalan pengarah yang tengah cuti tu) minta jasa baik dia ambil satu slot sib baik dia setuju. Sedangkan petang tu, ada pulak 2 jam lagi ceramah di Felda S yang AOC akan bagi jugak, nun jauh perjalanan je makan 2 jam. lagi saya awal2 cakap tak larat walaupun tau kalau bagi ceramah sana pengurusan/peneroka tak bagi duit tapi akan bagi cadar/comforter hand made yang lawa, tapi kenang sakit pinggang nak drive jauh, sorry jelah.

Nilah bangun subuh2 saja masuk laman web perbadanan Putrajaya tengok2 apa maklumat yang ada... kang nak bagi ceramah blurr pulak dengan kerja diorang. Mesti buat extra homework jugak walaupun slide semua dah siap. Esok punya hal pun pening jugak ni, esok pagi satu ceramah lagi untuk TNB, lepas tu dari PD nak terus ke JB sebab Khamis&Jumaat ada bicara di mahkamah Sesyen JB. Kali ni gi bawa kereta je, malas nak naik flight, sama je masanya.. lagi leceh naik flight sebab susah nak suruh orang datang ambil/hantar, dan nak bergerak kat sana pun terhad takde transport. IO kes yang sya akan bawa ni pulak lelaki, baru dapat anak dan kerja pulak di cawangan Kluang. Malas nak susah2kan dia. Last2 pujuk husband temankan, bukan apa takut nak drive jauh sorang2 apa2 hal bukan ada sapa2 yang saya kenal baik kat sana nak minta tolong. walaupun hubby dalam keadaan tak sihat dan bertongkat, tapi boleh bagi kuat semangat kalau dia ada, Katanya kakak dia lain ibu pun ada di JB, bolehlah ziarah. saya pun ada pak sedara dan sepupu kat sana tapi takle biasa sangat dengan diorang. Lagipun hari bekerja kan, takkan nak menumpang rumah diorang. Tapi kali ni sebab suami masih tak sihat lagi, tak dapatlah bawa Hani, kenalah dia tinggal rumah Mak Ros 3 hari tu, mungkin Sabtu baru balik sebab on the way balik tu nak singgah Melaka rumah mak dan nak ke Jasin bawa berurut sekali lagi. Banyak tugas ni, kalau bawa Hani kesian kat dia, yelah kanak2 kan nak minta dilayan sentiasa, dahlah saya sakit pinggang nak drive jauh pulak tu, sian pulak ayah kena layan dia nanti mana nak susu, nak mandi pakai baju semua, dua hari suntuk duduk kat hotel mesti dia jemu...

Kali ni bicara mesti tak semangat sangat, dahlah kali pertama bawa fresh case, mesti teringatkan suami duduk kat hotel sorang2, pastu datanglah rasa bersalah. tapi kalau tak bawa dia, terkilan jugak... sebab last pergi hari tu ada driver teksi yang bawa ke senai tu cakap kat Pontian ada tukang urut bagus, teksi ni standby je kat depan Puteri Pacific tu tunggu passenger, kalau ada rezeki kali ni nak cari dia buat tunjuk jalan. Harap kes jalan hari Khamis je, Jumaat tu biarlah tangguh... lagipun defence Council nak gi haji.. takpun harap dia minta tangguh sebab tak prepare, ataupun jalan panggil satu saksi pun cukuplah. Lagipun Jumaat tu saya dah fikir dah macamana hubby nak gi sembahyang Jumaat, dia memang kalau boleh nak gi masjid jugak walaupun sakit. Di sana dia dah tau dah masjid mana nak pergi sembahyang JUmaat, yang user friendly untuk orang-orang istimewa (kurang upaya?) macam dia. Di JB ni mana pulak saya nak bawa dia ke masjid... harap kes abis awal lah.

Satu lagi problem, RM cukup2 je. Hari khamis baru gaji, tak taulah dalam poket ni stand by RM 400 je untuk belanja dan makan, hotel dan minyak jawabnya kad kreditlah. Duit tu pun keluarkan T. Haji, bukan tak cuba save kan duit bonus ari tu, tapi rupa2nya insurans/road tax mampuih 29 Okt, dah tu raya tengok kat rumah mak takde persiapan apa-apa, anak-anak sedara semua nak aksi duit, mak abah pun nak jugak kasi angpau, pas tu bermalam kat hotel PD 2 malam kopak RM 200, tak masuk belanja makan lagi, beli keperluan rumah kg last minit, lepas tu belanja hari2 leps raya ni, dengan belanja dapur, susu anak lagi (malas nak ke shopping centre pakai kad mesti kena belanja lebih RM50) so gi Family store je bayar pakai cash... tulah yang duit kat susut tu. tapi kalau tak gi JB ni kira bujet cukup.

Malam tadi call Zah, my best friend yang buat kuih raya sama2 tu, konon nak ajak dia lah ke JB, rupa2nya husband dia balik dari Labuan Khamis malam, saya pulak abis court case jumaat siang, camno. Dia nak ikut tapi tentulah suami kena utamakan yelah bukan selalu jumpa suami, kan. tak daya dah nak fikir, ikut jelah... semoga Allah beri kelapangan dan kelaratan pada saya handle benda2 ni. makan suami 2 hari tu pening saya nak fikir, takkan nak suruh dia turun cari makan dalam keadaan bertongkat tu pulak, kan... sian kat dia, tengoklah macamana nanti saya minta tolong sapa-sapa pegawai sini belikan makan untuk dia.

Dah nak siap gi kerjalah....
Suara hati dan pemikiran siti detik 11/21/2006 06:05:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi

**********************************

Sunday, November 19, 2006

Penat...
Bismillahhirrahmanirrahim

Bagaimana agaknya rasa menjadi surirumah sepenuh masa? Saya yang duduk dua hari penuh di rumah pun rasa sungguh letih dan penat. Pagi-pagi dah ke dapur siapkan sarapan, sambil-sambil tu basuh/sidai baju. Sekejap-sekejap keluar siram pokok bungalah, sidai baju tu, basuh pulak baju ni, siap yang tu basuh comforter lah, selimutlah... macam-macam. Memandangkan hujan sebelah petang, maka kenalah settlekan baju-baju tu semua, yang kering kena cepat-cepat angkat untuk sidai yang lain. Sedar-sedar dah tengahari, nak kena masak makan tengahari pulak. Walaupun ikan semua dah dibeli tapi menunya yang pening kepala. Bukan boleh masak sebarang, yelah orang stroke kan , garam dan minyak kena kurangkan.

Hari jumaat lepas saya MC pinggang ni teramat sakit, tak boleh nak drive, membongkok malahan berjalan pun sakitnya terasa. Duduk depan komputer ni pun sakit. Minggu lepas minggu yang sibuk. Dari mula kerja selepas cuti hari raya, team siasatan tak pernah rest, dari satu operasi ke satu operasi sehinggalah isnin lepas. Hari selasa jabatan kami buat sambutan hari raya dan deepavali serta majlis perpisahan bagi 2 pegawai yanh akan berpindah Disember ni, jadi saya kena handle dua benda, satu menyambut tetamu yang datang dan pada masa sama kena handle team siasatan jugak, sebab pada hari berkenaan kami memanggil lebih 5 saksi untuk diambil keterangan.

Menyambut tetamu ni, terpaksalah juga sebab saya je pegawai perempuan yang ada (senior) yang lain bantu di dapur, ada di office rekod stetement yang lain-lain tu muda sangat (awal 20 an) dan mereka ni kerani-kerani... tak boleh diharap, ada yang tidur di surau masa hari tu (dah kemudian baru saya tau). Memandangkan ramai juga tetamu perempuan maka sayalah yang kena ke depan, maklumlah ramai juga tetamu VIP yang hadir, ADUN2, Datuk Setiausaha kerajaan Negeri, ketua-ketua Jabatan... last-last saya yang menanggung sakit pinggang. dalam pasa tu kenalah pulak berulang alik dari blok pejabat ke blok sokongan tempat kami buat majlis ni.

Hal rumahtangga (gaduh) saya anggap selesai, bilamana saya call suami dia jawab seperti biasa dan memandangkan Jumaat saya MC, suami balik Jumaat petang tu sampailah ke hari ni, esok pagi baru balik ke PD semula. Dari Jumaat sampai hari ni tulah yang rasa penat tu, selain layan keperluan suami, kerenah Hani juga buat pinggang saya bertambah sakit. Dari pagi dia tak tidur lagi ni dah hampir jam 5 petang dan lebih satu jam cuba tidurkan dia tak juga tidur2, akhirnya baik saya update blog. Sementara suami ke surau solat Asar, saya nak melipat baju yang bertimbun ni, maklumlah seminggu tak berlipat, baju kerja je saya gantungkan.

Semalam ada salesman apartmen di PD SMS saya bagitau ada apartment 3 bedrooms nak dijual pada harga RM 90K, suami ajak tengok pulak petang ni, nanti tak pergi dia kecil ati pulak, sya bukan apa takut naik kereta tu lagi sakit pinggang dibuatnya. Tak taulah katanya lepas asar nak pergi. Oklah.....
Suara hati dan pemikiran siti detik 11/19/2006 04:28:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati

************************************

Tuesday, November 14, 2006

Yang ini agaknya kifarah Allah...
Bismillahhirrahmanirrahim

Saya baru sahaja kembali ke rumah dari pejabat sedari jam 7.30 pagi keluar rumah. Walaupun menjangkau 11.30 malam tapi mood tengah baik untuk tulis entry maka saya sempatkanlah diri meng'on'kan komputer ni. Anak sibuk tengok CD, ntah-ntah dah tidur agaknya. TV untuk dia saya letak di dining hall dan komputer ni di Master bedroom. Dalam kereta tadi dia dah minta kebenaran untuk tengok cd, "Ammie, kakak nak tengok cd kejaaaaaap je, boleh tak?". "Boleh, tapi kejap je tau, kan kakak kata kakak dah menguap, nak tido'. MAsuk rumah terus dia ke dapur dan on kan TV, dia buka CD Mr Bean, ingatkan dah setengah jam menonton dia dah tido, baru sekejap ni dengar suara pingu pulak, dah tukar CD lah tu.

Hari ni, malang bagi saya sebab dalam lebih kurang 9.45 malam setelah kerja-kerja rasmi selesai, saya cuba burnkan gambar-gambar dalam laptop pejabat (dulu saya diberi laptop ni untuk kegunaan saya sendiri, tapi sejak dah ramai pegawai baru dibawah saya dalam unit siasatan ni, saya wakafkan aje untuk diguna ramai, jadi banyaklah gambar-gambar personal saya masih dalam tu, tak sempat burn lagi. Jadi sementara burnkan gambar, saya ke rumah Mak Ros ambil Hani, terlama lah pulak kat rumah Mak Ros sebab cadangnya nak tungu tengok NAsir Bilal Khan, Sapura, Jasmin Hamid yang khabarnya ada berlakun dirumah sebelah rumah Mak ros. Tunggu punya tunggu tak keluar-keluar pelakon tu, hanya lampu je yang baru siap stand by dipasang, jadi saya pun bergegas balik ke Off dengan hani, dalam keadaan hujan renyai-renyai tu saya terus membelok masuk ke pintu pejabat. Pintu yang automatik tu dibuka muat-muat kereta masuk je, rupanya ruang yang pengawal buka agak kecil, saya pulak tak berapa nampak sebab dalam hujan renyai-renyai tu saya tak berapa jelas sebab dahlah agak gelap lepas tu side mirror kabur sebab ada titisan air hujan dan wiper depan saya tak buka sebab sejak 2-3 hari ni ada bunyi yang menyakitkan telinga, ada yang tak kenalah tu. Jadinya bumper belakang tak lepas pagar tu, makanya jatuhlah dan tanggallah sikit komponen besi di atas bahagian tayar. habis... keluar duit lagi...dahlah hujung hulan lambat lagi.

Sejurus lepas kenan kemalangan tu, saya terus terfikir apalah agaknya dosa saya hari ni yang Allah nak kifarah agaknya. Yang pertama terlintas adalah peristiwa semalam. Apa lagi... saya bergaduh lagi dengan suamilah. Bukan gaduh isu besar pun. Isu kecil, isu yang ranting bukan pokok. Tapi bagi suami isu tu sangat penting agaknya. Entahlah makin sakit ni makin sensitif tak bertempat dia ni.

Sejak Sabtu lagi, selepas balik dari mesyaurat di markas jam lebih kurang 10 malam dia bertanya saya samada esok ni ada program tak. Saya senyap je, tanya kenapa? Dia nak minta saya tolong ambil dia di PD. Kenapa, saya tanya? Jawabnya, dia nak ikut lori angkut barang di KP bawa ke PD, lepas tu nak tinggalkan keta kat sini dan minta petang saya datang ambil dia. Tak ke kerja yang berulang-ulang? Saya kata, ikut jelah lori tu dengan kereta dari belakang, abang balik PD je terus tak payah datang sini pun takpe. Dia terus marah, tak nak tolong cakaplah tak nak, janganlah menjawab macam-macam, kata dia. Saya yang agak geram masa tu sebab dia dahlah sakit, sibuk pulak nak pergi tengok orang angkat barang bukannya dekat KP dengan PD tu. Saya cakap dengan dia, saya pindah dulu sorang je, macam nak patah pinggang, semua saya urus sorang, ni pun tak hilang lagi penat dia, takde orang tolongpun...ni bagilah Kak A uruskan, abang ada duit bayar jelah upah orang, tak payah susah-susah nak ikut sekali orang angkat. Agaknya dia berang masa tu, terus dia tengking saya. Lepas tu terus ambil kunci kereta nak balik PD, tulah yang dia tau kalau gaduh sikit lari balik rumah isteri tua...saya terus ambil kunci rumah dan saya kunci grill. Dia duduk senyap je. Bayangkanlah dalam keadaan sakit jalan bertongkat dengan tangan kiri tak boleh nak gerak dia masih nak merajuk jugak. tengah-tengah malam tu nak balik. Nasi saya dah isi pun tak dijamah. Saya bagi ubat pun tak nak ambil, last-last saya letak kat tapak tangan dia. Saya tak faham orang laki-laki dalam keadaan macam tu pun nak ego?

Pagi tu subuh-subuh dah nak keluar siap dengan terkial-kial dia nak bawa beg ubat dia, dengan tongkat lagi... mana nak buka grill lagi, tupun semua saya tolong, lepas tu saya kata biarlah saya hantar dia ke markas dan petang nanti saya ambil di PD, dia tak nak langsung pandang muka saya. Tak payah, dia warning saya, lain kali janganlah buat suami marah, lepas ni kalau nak jumpa datang PD, tak payahlah balik sini kalau orang tak suka, nak minta tolong sikit pun tak boleh.

Sebenarnya saya kalau boleh malas nak jejak kaki rumah Kak A lagi...lagipun senangnya dia semuanya suami yang sakit uruskan, sedang saya semua buat sendiri. Dahlah dia sekarang 5 hari penuh suami ada depan mata, dengan giliran malam 4 malam, sedang saya 3 malam sahaja, dan dua malam tu suami ada program mesyuarat di markas. Ahad siang pula suami balik lambat dari markas. Macam minggu ni, ada jorr sabtu lepas di PD, jam 6.30 petang baru datang ke rumah saya, ke bilik air lepas tu terus ke markas lagi. malam balik dah gaduh.

Lepas raya ni terlalu banyak benda saya kecil hati dengan dia. Pada raya ke 3, saya, suami dan anak balik ke PD sebab saya dah booking 2 malam hotel sebab semata-mata nak spend masa dengan suami, bukan senang dapat cuti, tapi rupanya perjalanan balik lagi kami dah gaduh. Semasa perjalanan dia ada minta saya tolong tekankan duit di ATM, saya pula macam dah habit kalau nak tekan duit mesti check balance dulu, jadi akaun dia pun saya ter check dan rupanya ada baki lebih RM 5 ribu, saya pun terus agak, mesti ni duit KWSP yang dia layak keluarkan sebab dah menjangkau 50 tahun. Saya langsung tak tau, tak diberitahu dan sedikit pun dia tak ada beri saya duit, saya pun tak ambil kisah. Walhal tentulah dia tahu bahawa saya perlu keluarkan duit untuk persiapan raya anak, rumah dan nak beri emak di kampung lagi. Bahkan minyak Serena hampir RM 200 saya yang isikan bagi perjalanan ulang alik balik ke Malaka masa hari raya tu. Langsung tidak ada menghulur kepada saya sedikit belanja. Zakat saya dan anak pun dibayar sendiri.

Bila masuk kereta semula, saya cakaplah dalam nada bergurau perli dia dan kata dengan anak, rupanya ayah dah jadi OKB (org kaya baru) patutlah dia gaduh nak tinggalkan ibu" Tak sangka rupa-rupanya itu satu kemarahan besar dia pada saya, dia kata saya tak jujur sebab check baki akaun saya tanpa kebenaran dia, sedang selama ni, ked kredit dan kad gaji saya semuanya dia yang pegang. Tak sampai setahun ni sahaja baru saya control sendiri kewangan saya, ketika saya dapat duit RM 15 ribu KWSP dia juga yang putuskan untuk beli itu ini, dan ketika saya buat personal loan untuk deposit beli rumah, semua perbelnjaan saya dimaklumkan terlebih dahulu pada dia. Sekarang saya takde hak langsung bukan untuk dapat duit itupun tapi saya langsung tak berhak untuk tau bahawa dia sebenarnya ada duit. Siapa saya. Sedang Kak A yang kawal semua kewangan dia sekarang, saya langsung tak dibenarkan ambil tau. Yang dia tau, bila dia datang, lauk mesti tersaji, beras, minyak, susu anak, pampers anak, bil apai/air settle. makan pakai semua dah siap. Bahkan raya ni, saya belikan dia 3 seluar dan 2 helai baju yang branded. Sedang dia tidak pernah belikan saya dan anak sehelai bajupun semasa raya atau pada bila-bila masa. Hanya tahun lepas sahaja saya tak belikan dia, hanya belikan abah saya dan suami mak ros, itupun dia ungkit sepanjang tahun...sedang saya yang tanggung segala-galanya tak ada ruang langsung nak luah perasaan, sedikit saya terluah pun boleh jadi gaduh besar pada dia.

Kalau difikirkan dari dulu, saya sendiri gagal mencari sebab kukuh kenapa saya perlu bertahan sejauh ini. Dari dia sihat sehingga sakit, saya tak pernah diberi wang belanja, makan pakai, sewa rumah, duit poket. Tapi yang saya tau sayalah yang belikan pakaian dia dan anak, bayar bil api/air/telefon/sewa rumah, sayalah juga keluar duit lauk, minyak kereta, beri dia duit sekali sekala, sementelah dialah juga yang control semua kewangan saya, dua kad kredit juga satu diguna dia, satu diguna saya tapi kedua-duanya saya yang bayar. Kalau dulu sebelum kahwin setiap bulan saya berikan emak RM500 dan boleh balik setiap dua minggu tapi selepas kahwin saya hanya buat tolakan gaji RM 100 ke T.haji dan kalau balik barulah beri Rm 200-Rm 300. Tapi kerapnya saya hanya dapat balik sekali dalam dua bulan. BIla ditanya dahulu adakah saya tidak perlu diberi nafkah, katanya dengan izin dialah yang membenarkan saya kerja, katanya kalau ikutkan jika dia tak benarkan/izinkan saya beri duit pada emak saya pun saya tak boleh beri. Boleh jadika macam tu kata dia?

Tapi sekali lagi mampukah saya hidup sendiri... walaupun kini sudah ada kekuatan mental, tapi dari segi emosi saya masih lemah...apatah lagi kini Hani sudah pandai ungkap dialog, kakak rindu ayahlah dan bila kena marah sikit mulalah memanggil-manggil ayah... ayah...ayah...

Pada masa ini pun kerja sangat sibuk, hari-hari balik malam lepas satu operasi, satu lagi pula, tak berhenti-henti, nampaknya terisilah jugak masa saya dengan kerja. takdelah asyik pikir masalah rumahtangga. Agaknya apalah hikmah Allah uji saya dengan rumahtangga seperti ini? Agaknya kalaulah saya boleh tau adakah akan ada sinar bahagia di depan sana, tentu saya boleh bersabar dan bertenang dengan semua ujian ini. Dari segi kerja walaupun sibuk, tapi saya bleh buat dengan tenang, maklumlah dulu kalau hari bekerja dan hari giliran saya ada kerja sebelah malam, sya pasti bersalah yang amat sanagt tinggalkan suami di rumah, tapi kini saya tenang jalankan kerja pada sebalah malam kerana tidak ada hati yang saya sakiti kalau balik lambat. Lagipun kini ada 13 pegawai bawah saya dan kami ada team work yang sangat bagus sekarang. Hari-hari balik malam pun hati girang. Tapi masih ada orang lama yang saya masih gagal kontrol sikap mereka. 1.1.2007 kami akan dapat pengarah baru yang postnya sekarang adalah ketua cawangan tatatertib. Tak taulah nanti orangnya macamana.
Suara hati dan pemikiran siti detik 11/14/2006 01:30:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Introspeksi

**********************************
Saturday, November 11, 2006

Yang terindah hanya sementara

Bismillahhirrahmanirrahim

Sakit pinggang yang amat sangat... itulah akibatnya mengangkat benda berat tanpa mengira kesihatan diri. Sejak darjah enam iaitu selepas peristiwa jatuh tangga dan juga kerana kekerapan pada usia sekolah menengah melakukan kerja-kerja mengapak kayu yang besar sekarang baru terasa kesannya. Kisahnya selepas menziarah jiran sebelah rumah ahad lepas yang membuat rumah terbuka, selepas melihat susunan perabut ruang tamunya, berhajat pulalah saya nak menukar gaya susunan perabut ruang tamu saya. Akibat mengalih-alihkan sofa dan ruang tamu sekarang satu kerja pun tak boleh nak buat. Pinggang dah sakit. duduk pun tak selesa.

Malasnya nak masak hari ni, tekak ni teringin pulak nak makan nasi himpit dengan rendang dan kari ayam. Sekejap lagi cadang nak pergi ke Family store dekat dengan rumah ni beli ayam sekor, separuh masaka rendang dan malam atau esok masak kari pulak. Kalau dapat ikan terubuk pun okay jugak boleh bakar untuk abang balik petang ni. Goreng dengan kangkung goreng berlada. Beli buah mempelam 3/4 biji buat jus buah. Untuk abang epal hijau buat jus. Malam ni pulak cadang nak buat kek ringkas. Hari tu ada kawan, Kak Hajar kata nak datang ziarah suami. Kalu datang adalah sesuatu boleh dihidangkan.
Suara hati dan pemikiran siti detik 11/11/2006 10:24:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam

***************************************
Thursday, November 09, 2006

Yang?

Bismillahhirrahmanirrahim

Salam Eid Al Mubarak. Terasa berat sungguh nak update blog. Begitu tebal kemalasan dan sementelah pula keletihan yang amat sejak balik dari bercuti raya. Kerja terus-terusan sibuk sehingga ada hari dimana saya terpaksa balik ke rumah jam 11 malam malahan ada juga sehari tu saya hanya dapat sampai ke rumah jam 5 pagi... keesokannya pula keluar seperti biasa.

PERKEMBANGAN SEMASA

Hujung minggu pula seperti biasa suami akan ada dan sepenuh masa khidmat untuk suami dan anak yang mana seminggu penuh masa diguna untuk bekerja semata-mata. Hari raya lalu seperti tahun-tahun sebelumnya, sederhana dan tiada apa yang menceriakan. Memang dari dulu sambutan hari raya saya bukanlah sesuatu yang menjadi agenda penting dalam hidup saya. Pernah tidak membeli walau sehelai baju sekalipun dan pernah juga tidak membuat sejenis kuihpun. Tidak ada apa yang perlu dibesar-besarkan sambutannya kalau tahap iman dan malan di bulan ramadhan tidaklah semeningkat mana. Itu pandangan saya...

Hari ini tadi saya ke PICC Putrajaya sebagai wakil jabatan ada sambutan Hari Integriti nasional. Dari pagi ke petang. Balik pejabat, solat dan terus ambil anak dan kebetulan anak tiri saya (female, 20 yrs) ada menumpang seminggu di rumah saya mengambilnya balik dari kerja di stesyen bas dan lepas tu kami ronda-ronda ke pusat beli belah. Tenangnya je suasana lepas-lepas raya ni tak ramai orang bershopping.

HAL KELUARGA

Banyak nak dicatat di sini tapi bak belajar cerita yang baik-baik walaupun kadang-kadang terasa nak pecah kepala dan dada bila fikir masalah hidup ni. Semalam ada kawan masturat yang dah duduk di doha Qatar send mesej. Antaranya katanya dia kagum dengan ketabahan dan kecekalan saya sejak saya berumahtangga. Dia yang kebetulan pernah berjiran dengan suami semasa masih dengan isteri pertama dulu banyak tahu kisah saya dan suami serta isteri pertama dan madu saya sekarang. Tadi juga kawan baik saya, Zah yang confirm akan pindah ke Labuan Awal tahun depan call dan citer sikit perkembangan sekarang turut kata betapa dia kagum dengan ujian yang saya lalui sedang saya masih mampu berdiri gagah.


HAL RUMAH

Kelulusan pinjaman perumahan saya sebanyak RM160,000 telah diperolehi pada masa ini cuma perlu melalui proses cagaran pmilik lama kepada kerajaan. Namun ada masalah di mana orang yang duduk di sini dahulu tanpa sewa dan dengan janji untuk bayar cukai pintu/rumah dsbg gagal melunaskannnya. Masalah timbul bila keseluruhan jumlahnya mencecah 4K. Owner lama mahu saya tolong membayarnya dengan alasan dia membenarkan saya duduk di rumah ini tanpa sewa. Apabila saya tak mahu bayar, dia mula meminta sewa dengan kadar RM400 sebulan. mana saya nak cari duit, saya masuk dari bulan JUlai lagi, maksudnya RM2,000 saya kena bayar. Sedang bayaran peguam ada lagi masih berbaki dan perlui dibayar RM1,800 awal disember ni. Saya pula yang memang sedia dengan masalah sendiri mula mengugut untuk keluar dari rumah ni daripada saya membayar sewa sebanyak itu, lepas tu lawyer pun takde call2 saya, tak taulah apa ceritanya. Macam-macam masalahlah...

Sebenarnya saya tak kisah untuk bayar kalau dari awal saya tandatangan S&P dulu dia beritahu yang dia nak sewakan rumah tu, tapi dia yang minta saya duduk rumah tu dulu, dengan alasan untuk jaga rumah tu. Yang peliknya, semua potogan yang dia buat untuk bayar rumah ni sehingga semua proses selesai akan dibayar semula oleh kerajaan kepada dia. Maksudnya dia tak rugi apa-apa dengan tolakan dari gaji untuk bayaran rumah ni malahan dia akan dapat duit tambahan bila proses menukar kepada potongan saya bermula. Sekiranya dia membuat perjanjian dengan saya untuk sewa beli pasti saya akan kenakan syarat sebagai tunaikan hak penyewa. Pada masa saya masuk rumah ni dulu, semua tandas flush tak berfungsi, 4-5 lampu terbakar, dinding penuh contengan dan macam-macam lagi. Semua tu saya sorang yang selsaikan. Udahlah penat menyusun barang, bayar upah mengecat rumah, segala macam dengan suami amsih dibosptal lagi pada masa tu. Bila ingat2 kan yang dia nak minta sewa, saya cadang nak duduk balik kuarters je. Lagipun tiada sebab kuat saya beli rumah dan duduk di sini memandangkan suami dah tak bekerja lagi. Saya telah buat kesilapan beli rumah ni.
Suara hati dan pemikiran siti detik 11/09/2006 11:28:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam

No comments: