Thursday, December 11, 2008

Apr '07


Monday, April 30, 2007
Delegasi Korea
Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

hari ni jam 1.00 petang, seramai 13 orang delegasi Korea (semua lelaki) dan 3 orang pegawai pengiring dari HQ akan tiba di kompleks pejabat kami. saya sebagai ketua penyelaras bagi lawatan belajar ini. sebelum ni delegasi2 luar datang saya terlibat gitu2 jer, sebab ramai orang kuat masa tu, tapi skang ni ramai yg kuat2 dah tukar pulak! pagi2 datang tadi saya dah round satu kompleks, dah ke bilik mesyuarat, dah ke blok sokongan, dah meninjau kuarters, dah meninjau toliet lelaki, dah mengatur itu dan ini, nampaknya hampir 90% persiapan dah okay.Ada beberapa perkara jer lagi, antaranya, saya dah minta CC pergi cari bendera kecil Korea, dah minta team persiapan stand by muzik iringan (kaset jer) muzik caklempong sebab nak panggil team caklempong main depan mata dia nak RM 1,900, tak mampulah.


Sebab makan jer dah RM 19.00 sekepala. buku lawatan jer belum diisi, nak tunggu saya penuhkan juga, sebab katanya tulisan saya 'lawa' (oii! perasanlah pulak). Susunatur kerusi untuk bilik mesyuarat dan dibetulkan, susun atur untuk sessi bergambar sat lagi atur balik. jap lagi nak rehearsal presentation sebab nak set time. tak mau terlebih masa lari program pulak.Cuma pameran di foyer depan jer diorang tengah susun tu. Lain-lain rasanya takder apa-apa sangat. rasa-rasanya lepas taklimat kepada delegasi ni, pengarah dan timbalan akan balik sebab diorang dua tu abis exam jam 1.00 petang, by 2.30 dah boleh ada kat sini.


Sempatlah ambik gambar dan tea time.saya memang berdebar nak hadapi semua ni walaupun sebelum ni dah ramai delegasi datangh sebab ni kali pertama saya in charge keseluruhan lawatan ni. Apa2 kepincangan sayalah kena jawab. tambah kronik lagi, pegawai pengiring HQ tu gred 54, dah tu memang terkenal dengan garangnya masyaallah....bukan sahaja garang, cerewet tapi laser mulutnya dan tindakannya sungguh di luar jangkaan. saya takut didepan2 delegasi nanti alau ada kesilapan, kena dengan dia. Dia pulak tak kenal saya sebelum ni, lagi payahlah... doalah semua okay...

Suara hati dan pemikiran siti detik 4/30/2007 09:34:00 AM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi



Saturday, April 28, 2007


Mengharap pengertian dari anda semua


Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Perlu saya jelaskan di sini, saya menulis bukan kerana nama dan bukan kerana mengharap simpati dan bukan juga meminta kaunseling. saya lebih tahu apa yang saya lalui.Sepatutnya dari dulu saya dah membuat blog, citerkan semua, saat-saat gembira, saat-saat bahagia. saat-saat yang saya lalui semuanya.Kerana banyak saat2 bahagia tidak terakam disini kerana blog ini lahir hanya seketika sebelum saat-saat derita bertandang. Tak perlu saya nobatkan sayalah yang paling bahagia!Cuma luahan saya di sini, saya lebih tahu semua yang saya lalui lebih dari orang lain tau, dan anda yang membaca kena hormat apa yg saya tulis.


Cukup penghormatan sebagai kawan dan teman di alam maya.Walaupun dalam hati anda ada bermacam2 gerak rasa yang kontradict dgn apa yg saya tulis. walaupun anda rasa jejak dan langkah saya silap dan tempang disana sini, anda hanya boleh membaca dengan sabar sebagaimana saya yang sabar menempuhnya.Cukup! Yang rasa, yang terima padahnya, yang melalui kepedihannya, mahupun meraikan kegembiraannya saya sahaja. Anda tidak ada kena mengena kalau saya ingin juga memilih jalan ini dengan sabar dan redha walau sepahit dan sejerih manapun.Kerana dia suami saya dan kerana dia anak saya dan kerana ini hidup dan mati saya.


Kerana Allah saya lalui semua ini walaupun saya bukanlah sebaik mana, dan suami saya di pandangan mata anda bukanlah suami yang patut dijunjung. Saya lebih tahu, saya melaluinya dengan sepenuh hati dan jiwa saya. kalau ada tertulis yang tidak kena di mata anda itu tandanya kelemahan saya, dosa saya kerana sanggup memaparkan di sini. Itu pandangan nafsu saya yang terlupa dosa dan pahala tentang nikmat dan pembalasan Allah.


Selebihnya terpulang kepada anda mahu berkunjung ke mari atau mahu melupakannya (mungkin itu lebih baik), saya masih waras dan saya tau sejauh mana saya baleh bertahan kerana Allah bersama2 dengan hambaNya yang sabar. Nota kaki : Ini jawapan saya atas komen2 yang kalau boleh saya tak mau membacanya lagi....
Suara hati dan pemikiran siti detik 4/28/2007 03:20:00 PM 7 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam




Wednesday, April 25, 2007
Kursus lagi...

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


hari ni baru habis kursus 3 hari. Kursus Kemahiran pendakwaan, teknik mencabar kebolehpercayaan saksi dan tertuduh. maklumlah kami bukan DPP yang buat kerja pendakwaan sepanjang masa. macam saya baru nak belajar, sumer kena pergi kursus, walaupun penat jugak tapi ilmu tu semua sangat berguna di mahkamah bila berdepan saksi/tertuduh yang turn hostile.

Sepanjang kursus tu boringnya duduk hotel sorang2, pak hj dan hani tak ikut, ayah taknak, dia kata boring. Bilik pulak ada dua katil satu q dan satu single. Saya pulak buru2 siapkan baju, satu bahan bacaan pun tak bawak. Quran pun tertinggal.
Saya check in ahad, saya macam biasa subuh isnin baru bertolak dr rumah, petang abis kelas tu baru check in dan dua malam keseorangan. Mujur juga ada astro TV kat hotel Putra (depan IJN, sebelah HKL dan Hospital Pusrawi), shopping kompleks semua jauh, kereta pulak saya tinggalkan kat akademi latihan, jalan Duta. Saya ikut bas pergi balik hotel.

Hari ni, separuh hari dah habis, pagi tadi buat mock trial, jam 12 abis. jam 3 saya dah minta org kat off atur mesy utk tengok persiapan delegasi korea. Alhamdulillah ni baru abis mesyuarat. Adalah sikit2 tambahan, kami nak panggil orang main caklempong buat persembahan masa makan. Lain2 tu biasa2 jer, yang nak datang ni dari polis, audit, Ministry of Defence, Korea Independent Commision againts Corruption dan Supreme Prosecutors'.

harap semua berjalan lancar. Sepanjang 3 hari ni hani ayah bawak balik ke rumah kak A. Gembira jer dia kalau saya telefon. langsung tak ingat kat ammie. maklumlah ada kakak Shakira, Zubir, ada elyas, tambah pulak ada baby Sarah (yg Kak A jaga tu). Ayah pun sukalah hani ada depan mata. kalau Hani kat rumah Mak Ros tu dia selalu cuak.


kadang2 dia persoal saya, kewajaran saya tggalkan Hani rumah mak ros kalau saya kursus. Logik ke dia tanya saya, kalau hani lepas mandi macamana? Hubungan hani dengan abah macamana?

Dia bimbang anak perempuan terdedah macam tu jer depan lelaki bukan muhrim. Saya tanya juga pada Hani lepas mandi "Bog*l ker?", hani jawab "Tak...kakak pakai towel". tapi yang ayah tak suka dengar, hani pagi2 datang rumah mak ros tu rajin pergi cium abah sebab nak tunjuk dia wangi sebab nak bagitau dia dah mandi.


Ayah bimbang dah besar nanti takut terikut2. maklumlah anak yang lain takde hantar rumah orang untuk jaga. hanilah anaknya yang pertama dihantar ke rumah orang. Anak perempuan 3 orang jer, yang besar dah 21 tahun (dulu orang gaji jaga), Hani Shakira pulak kak A jaga sendiri. hani Suhaila jer lah anak perempuannya yang orang jaga.
jadik, minggu depan insyaallah kami akan dapat orang gaji yang saya citer kata kawan hj pergi Indon ambil tu. dah nak balik dah! Phobia jugak dengar nak dapat orang gaji ni. tapi kawan suami tu memang ada agensi bawa masuk pekerja asing. Dia dah pesan siap2 kat suami orang gaji ni jangan beri langsung dia guna telefon/ berhubung dgn telefon, apa2 hal suh tulis surat jer. lagi satu jangan bagi berkawan dengan orang luar. Biar dengan kita jer. Mula2 dua benda tu kena jaga.


saya ni hati lembut dan penyabar, tak taulah takut2 saya kesian tengok dia. yang dulu tu pasal kesianlah saya dipijak kepala. last2 habis cincin berlian kahwin saya lesap termasuk jugak rantai kaki Hani pun lesap masa dia ada kat rumah saya. Sebelum tu tak pernah hilang. saya memang cincin tak suka pakai letak merata-rata rupanya habis dikebasnya. last day dia ada kat rumah duit tunai atas TV saya umpan letak pun dia kebas jugak. puas hati saya hantar dia balik Indon. Cuma saya tak check beg dia, sebab sakit ati sangat pandang muka si CINTA tu. Saya tak tuduh dia tapi mana pergi 2 benda tu???

Saya doa moga2 yang ini baik dan beriman. kali ni saya perlu bertegas, bukan sebagai kawan tapi sebagai majikan.

malam ni ada jemputan ganti pengarah hadir ke majlis Anugerah Kewartawanan, jam 8 malam, MB ada, nak pergi ker? hani balik petang ni dengan ayah, pastu ayah ada mesy malam ni, sapa pulak nak jaga Hani? takkan nak bawak pulak? Dengar kat radio tadi ada Hattan, Ziana Zain dan ntah sapa lagilah...kalau pergi pun mesti abis lambat. Sure kena marah dengan hj...dahlah 3 hari takde kat rumah....
kalau ada orang gaji kan senang????

Suara hati dan pemikiran siti detik 4/25/2007 04:36:00 PM 4 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam



Saturday, April 21, 2007
Pentas sandiwarakah dunia ini?

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t


Serba salah juga saya dari semalam ke hari ini. Citer kerja lagi??? lagi-lagi kerja???Biasanya kalau nak perangkap orang untuk tujuan tangkap orang, memang saya bersemangat. tangkap orang salahkan? Dapat kepuasan kalau kerja/operasi berhasil.Tapi kali ni problem, sungguh2 problem! Sebab nak tangkap orang yang saya kenal. Cukup kenal. Dan cukup serba salah. Rasa bersalah pada keluarganya akan timbul nanti. Keluarganya cukup rapat dengan saya.Puas fikir, puas resah dan puas bimbang. Nampaknya kerja kena utama, apa-apapun kena diteruskan.betullah dunia ini pentas sandiwara. Dia yang saya dan anggota keluarganya kenal sebelum ini mungkin berbeza. Mungkin sikapnya itu hanyalah lakonan dipentas sandiwara. Belangnya mungkin akan terpecah!


Suara hati dan pemikiran siti detik 4/21/2007 05:11:00 PM 11 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi



Friday, April 20, 2007
Baru ku tahu...
Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t


Dulu saya baca entry orang yang kata bahawa mereka tidak ada idea untuk menulis saya jadi pelik dan hairan. kan macam2 yang kita lalui hari2 takkan takde benda yang boleh ditulis?Masa dan hidup kita sentiasa terus dan terus bergerak ke hadapan dan setiap masa itu perlu diisi. dan setiap apa yang diisi itu boleh diceritakan. Jadi mana mungkin takde idea nak menulis?Itu dulu, rupanya hari ni saya pun dah jadi takde benda nak ditulis, tak tahu! dari pagi tadi rasa cam takde apa boleh dikongsi di sini.Hidup berumahtangga berjalan lancar.


Suami balik macam biasa.Takde apa nak digaduhkan.Kerja semuanya macam biasa.Hani pun dah okay.Abah pun makin sihat.Boss okay.Anak buah okay.cuma kerja tertunggak jer tak habis2....Jadi cuma tinggal nak buat kerja jerlah...nak citer hal orang lain saya tak bape pandai/tahu sangat...Oh ya, cuma malam tadi hani dah pandai mintak baby pada saya,sebelum2 ni kalau tanya nak baby tak, tak pernah jawabnya ya, jeleslah tuuu....bila saya kata "nanti ammie carik kat kedai yer?'Dia balas " Ammi ni, mana ada baby orang letak kat kedai!"Pastu citer2 ngan dia siap janji ngan ammie kalau dapat baby nanti kakak tolong jaga!Begitu ya, sudah pandai mintak baby....Bila saya kata, doalah dengan Allah...Dan-dan doa "Ya Allah, kakak nak baby..."Apa-apalah hani..... asalkan jangan mengamuk!


Suara hati dan pemikiran siti detik 4/20/2007 02:02:00 PM 7 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam



Thursday, April 19, 2007
Lagi-lagi masalah...
Bismillahhirrahmanirrahim


Assalamualaikum w.b.t


jemulah...saya ni tade citer lain, asyik2 kerja dan rumahtangga, bilalah nak citer hal lain, kan? Nak buat camane, nilah jer duania saya...antara dua dunia ~kerja dan rumahtangga~27 dan 30 April saya mohon cuti sebab suami dah azam nak keluar masturat. malangnya datang pejabat jer pagi ni lepas 5 hari tak masuk pejabat dimaklumkan cuti saya dibekukan! bengang, sebabnya pengarah dan timbalan takde sepanjang minggu depan!Walhal saya pun takde jugak, dari Ahad hingga rabu saya kursus. Khamis pulak cuti,kan?Rupanya pada 30 April tu ada delegasi seramai 13 orang dari Korea nak datang melawat pejabat kami.


Ni ntah delegasi yang keberapa saya pun tak ingat.Sebelum2 ni macam orang datang, yang last hari tu delegasi dari Swaziland, seorang putera Raja dan penasihat Undang2 negara dia dan pegawai2nya. sebelum tu Indon, sebelum tu Brunei, Hong Kong, Taiwan, Vietnam, macam2 lagilah, lebih 10 negara dah datang sini.Menyampah betul, bukan apa, sebab dah pengarah dan timbalan takde sapa lagi kena layan dan buat sumer tu? SAYALAH! dan juga lain2 pegawai, sebelum2 ni pengarah lama, dia memang aktif, macam2 dia dah plan kalau delegasi luar datang.


tak penah terjadi pengarah dan timbalan takde...nilah first time!Sekarang masalah sikit sebab banyak pegawai baru, muda2 belaka, yang lama dan tegar dalam melayan delegasi asing semua dah kena tukar. harap yang datang ni takdelah tanya bukan2, dulu dari Vietnam fuuuyooo sessi q&A jer lebih sejam, macam2 dia tanya....sebab dia baru tubuh jer jabatan yang kerja cam kami ni.Pagi tadi mesyuarat kewangan pasal dapat peruntukan baru, tupun dari pagi sampai 11 , petang mesyuarat lantik J/K, alhamdulillah menu dan slide powerpoint dua2 dah settled! Jk dan dibentuk.


Cuma keceriaan dan kebersihan nak kena tambah lagi...Cuma tinggal nak perhalusi jadual lawatan, group photograph session, susunatur untuk lunch dan tea break, cenderahati, buku program dan mc....eiii tiba2 rasa banyak lagila pulak kerjanya. masa singkat, tinggal jumaat jer kalau nak monitor. Aduuuhhhh...kepala sedia pening tambah peninglah weiiii! fail banyak nak minit ni...kalau minit tak baca oklerrr..ni nak baca satu2...penatnya rasa....malasnya nak gi kursus....tanya pengarah nak mintak cancel dah dia kata tak apa...dia takpelah dah takde exam PTK...kita2lerrr yang pening kat sini...timbalan pun sukanya dia tadi borak2 ngan saya, sedap jer cakap ..."buatlah yer....saya takde..." sambil sengih2 cakap....gerram jer dalam hati....Apapun, saya anggap ni sebagai dugaan dan cabaran buat saya utuk maju ke depan, bila tanggungjawab dah terbentang depan mata nak atau taknak saya tetap kena pikul juga. Selama ni asyik dibelakang pengarah dan timbalan, mals nak ke depan, saya suka low profile, tapi kali ni terpaksalah jugak.....


Suara hati dan pemikiran siti detik 4/19/2007 05:36:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi
Wednesday, April 18, 2007
maraton...
BismillahhirrahmanirrahimAssalamualaikum w.b.tSabtu :Ke kuala Selangor, abang ipar suami saya meninggal dunia, dari jam 12.00 t.hari, jam 1200 malam kembali ke rumahAhad :Jam 10 pagi ke tampin, terus ke gemas ke segamat ke pagoh dan terus ke Jb 4.30 petang baru sampai! malam pusing2 JB, bawa hani dan ayah.Isnin :Jam 6.45 turun breakfast, terus ke court, 1.00 petang tangguh, 2.30 check out dan ke Danga bay terus ke Simpang Renggam, Pontian, Batu Pahat, muar dan melaka. Jam 8.00 malam sampai ke rumah.Selasa :Dari Umbai ke Hospital terendak Kem, balik ke Umbai semula terus ke Air Merbau, jasin terus ke Alor Gajah, Kolam Air Panas Gadek terus ke Tampin singgah di Kolam Air panas Rembau dan balik ke Seremban.Rabu : 10 pagi ke lembaga hasil settle urusan cukai suami...petang tido setido2nya.Kesimpulan:kerana taknak mengantuk masa drive saya ikut jalan dalam untuk menikmati pemandangan...hasilnya dekat 1000 km saya memandu...penat weiiiii......maraton drive dari sabtu sampai selasa + layan Hani (kerenah cam layan 10 kanak2 dan layan keperluan ayah yang seumpama layan 5 orang...) tapi hati senang dua2 orang penting ada depan mata!.Kadang2 bersusah payah itu buat kita gembira daripada duduk sahaja tak buat apa-apa...
Suara hati dan pemikiran siti detik 4/18/2007 09:43:00 PM 5 cetusan hati
Cerita tentang; Keluarga
Sunday, April 15, 2007
Puteri Pacific JB
BismillahhirrahmanirrahimAssalamualaikum w.b.tKami sampai jam 4 petang di sini. Ingatkan dah tak berkemsempatan memblog rupanya cik abang ada bawak laptop sebab dia dah tau kat sini ada WIFI, walaupun ada High Speed Internet Access tapi chargenya 1.90 seminit kalau tak silap saya.Kejap lagi keluar makan. adalah masa mengadap PC ni. Dari S'ban ssuamia da hal sikit di tampin, kami ke Tampin, dari Tamin kami ikut Gemas dan trus masuk ke Segamat, lalu Labis, Chaah dan ingat nak masuk Highway di Labis terlepas pulak. Jadi hanya dapat masuk higway bila sampia di YongPeng.Saya kalau memandu jalan dalam ok, takdelah mengantuk, tapi kalau masuk highway memang dan-dan tu mengantuk. Cik abang banyak kali sebelum tu kalau nak tukar drive. Jual mahal kata okay, tapi masuk highway terpaksa surrender tak tahan sungguh mata saya.R&R simpang renggam dia bawa sampailah ke JB. Jem sungguh laluan nak masuk hotel ni sebab hujan tersangatlah lebatnya. Kesian orang sebelah tangan drive, tapi takpelah dia tak kisah. Sampai hotel cek in rupanya bilik dia beri baru jer orang lain cek in.Terkejut cina muda yang dah berseluar katok (kecik) bila saya masuk lepas kad clear, Aiyoo sib baik bukan tengah buat 'apa-apa' ker? turun balik tukar bilik. Kami rehat2 jer, Hani pulak tak mau tido2. Malam ni nak study sikit lagi kes, sebelum tu kami nak kelar makan, tak tau lagi mna tempat nak pergi ni..Semalam 12.00 tengahari kak a terima panggilan dari Kuala Selangor kakak kepada suami saya, suaminya meninggal. Abang seman namanya, kakak ipar saya tu namanya Zabedah kalau tak salahlah, panggil kak jabid) jarang jumpa rasanya raya dua tahun lepas saya ada pergi ke rumahnya.Suami yang ada di tampin bergegas balik ke seremban lepas Zohor, kononnya nak ambik Kak A dulu baru ke Kuala Selangor. tapi bila sampai ke rumah saya, suami kata tak sempat dah nak balik ke PD ambik kak A. Sekejap jer lepas tu Along datang dengan teksinya. Kami berempat bertolak jam 2 petang ke Kuala Selangor. Kebetulan Along ada balik ke rumah maknya di sini jugak.Alhamdulillah along ada, satu dapat jimat tenaga sebab dia drive, jimat kos (teksi along guna NGV). Cuma sebagai pemandu teksi along sangat berhati-hati bawa teksinya. Jam 6.30 macam tu baru sampai ke kampung Kuantan. Yerlah along sangat bersopan memandu tak macam ibu tirinya! Hahahaaa....malam jam 11.30 baru sampai ke rumah semula. along balik ke Kl semula, agaknya esok pagi2 nak sambung cari rezeki. Maklumlah UIA cuti 2 minggu, dapatlah dia carik duit lebih sikit. Ayah pelawa ajak tidur di rumah, taknak dia.Citer setakat ni dulu, kena layan hani pulak tengah mandi-manda dalam tab. Esok pagi baru ayah nak bawak gi swimming pool, tak taulah boleh idak ayah handle hani esok...emmm pandai-pandailah ayah ambik ati dia pasal ammi berjuang di court esok...
Suara hati dan pemikiran siti detik 4/15/2007 06:01:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Kembara
Friday, April 13, 2007
di petang ini aku sendiri
BismillahhirrahmanirrahimAssalamualaikum w.b.tMasih di pejabat. Bukan taknak balik. nak balik tapi tadi bila pergi rumah Mak Ros nak ambil hani, satu rumah kosong. Kereta di temat parking takde. selipar hani dan semua takde, SAH mereka keluar kawasan. kemana? tak tau. selalu begitu. Call hp diluar kawasan!kadang2 ke KL, kadang2 ke KLIA, kadang ke melaka. kadang hanta/ambil anak mak ros di asrama, macam2. Banyak tempat Hani pergi dengan mereka. Pernah juga seminggu ke Kuala Kangsar. Sebab saya tak boleh cuti. terpaksa juga beri dia pergi sebab takde orang nak jaga Hani di sini.Lepas maghrib saya akan pergi sekali lagi. sebelum tu call rumah dulu. mujur juga pejabat dan rumah mak ros jaraknya adalah 500 meter. So sekarang duduk lepak kat pejabat tunggu hani baliklah ni.hari ni sibuk. Adakala sibuk adakala tenang. Bergantung, kalau OC ada sibuk banyak kalau dia takde macam semalam, banyaaak senang, takde orang kacau! hari ni pagi2 macam biasa mengaji, kelas tajwid. hari ni rasa cam nak perdengarkan suara, hilangkan malu mengaji depan khalayak. biasa ngaji depan pompuan jer kalau keluar masturat (jemaah wanita).Biasa jer rupanya, lainkali bolehlah cuba lagi. saya nak cuba sebab saya ni nak hilangkan sifat suka ketawakan orang tanpa boleh dikawal. terukkan? memang begitu dari dulu. tapi kalau orang ketawakan saya, saya tak kesahpun, ketawalah lagi...ketawalah lagi...saya kata!taulah kan, bila dah lama tak mengaji agaknya yang usia 50 an tu, bila mengaji lidah tu kan keras, tambah pulak kena ngaji kuat2 depan sumer dekat 40 orang bertambahlah keras lidah tu. Bila nampak bunyi pelik mulalah saya nak tersenyum. kena menyorokkan senyuman saya tu di balik tudung.Pengarah (merangkap guru tajwid kami) tak pernah paksa sumer sukarela sapa nak baca, tapi bila dia pandang seseorang tu, maknanya dia nak orang tu baca..terpaksalah! hari tu dia feveret kat sorang officer tu, start 1/4 dah kena tukar selangor, kalau dia baca sure saya lagi gelak...(semua pun gelak!) maklumlah bekas polis..bila baca tu macam bagi command, keras tinggi suaranya!Tak baikkan saya citer...hahahaaa, tulah hari ni saya pulak baca depan semua, suarh al Mauun, nak belajar didik hati jangan ketawa kat orang...sendiri rasa baru tau! tapi alhamdulillah kelas ni bagi kami tambah ilmu, bukan senang nak cari masa nak belajar tajwid ni.hari ni boss bincang ngan saya macam2 hal kerja tapi satu saya nak citer, dia lontarkan idea nak tubuhkan kumpulan nasyid/koir. bagus jugakkan? sibuk kerja jer, sesekali nak berhibur juga, katanya bercadang nak panggil guru vokal (ntahlah?) dari uiTM. Dahsyat tuuu! semua sebagai persediaan untuk malam persembahan semasa Konvensyen Jabatan kami bulan Julai nanti.tahun dulu kami main cak lempong, guna tenaga pensyarah dari maktab perguruan, dapat pujian dari KP. tahun ni nasyidlah pulak...takpelah apa-apa pun. Duduk2 petang ni teringat banyak lagi kerja sampingan saya kena buat ni.Mesyuarat PUSPANITA kena buat sebab dah tukar pengerusi, isteri pengarah yang baru. saya setiausaha PUSPANITA, bilalah agaknya nak buat? Mesyuarat kelab sukan pun s/u jugak, nak kena buat sebab dah ramai pegawai bertukar, lepas tu pengarah dah suruh saya recce tempat untuk buat hari keluarga.Pening jugak nak fikir ni...tahun lepas cadangan saya kena tolak pengarah lama...penat2 jer pi hotel2 kat PD ambik quatation, dia x setuju tak buat time cuti sekolah. tahun ni harap jadilah..ramai dah menaruh harapan nak jalan2. dah 2 tahun tak buat hari keluarga.Ni entry saya last, sampai hari Khamis minggu depan baru buat lagi. Ahad saya ke JB, isnin bicara di JB, selasa di melaka. selasa dan rabu cuti rehat. Khamis naik kerja.Pergi JB hj setuju ikut bawak hani. Penat tapi kena juga, dah booking hotel Puteri Pacific JB, napa pulak harganya sampai RM 195.00, dulu rasa cam RM 160. 00 jer. pelik2...takpelah bagi hani dan pak hj selesa dan yang penting dekat dengan masjid an nur, hj boleh gi berjemaah jalan kaki jer pelan2.sakit kepala bicara, IO degil suh sapina saksi saya nak panggil asyik bagi alasan saksi taknak hadir! saksi jauh, saksi taknak terima sapina, saksi out station! Bengong tul! sakit ati lah kes ni...saksi putar alam, belum abis kes macam rasa takde panggil defence call...saksi penting pulak hilangkan diri...keterangan sokongan pulak maoriti kawan sekerja OKT.Kalahpun saya anggap kes pertama untuk belajar. kalau menang bonus! Buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan, Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan! Mujur jugak hakim ok takde nak marah2....defence councul jer nampak cam nak torture saya...budak barulah katakan? Bukan baru apa, baru appear kat court!Merepek sebelum balik
Suara hati dan pemikiran siti detik 4/13/2007 07:07:00 PM 7 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi
Thursday, April 12, 2007
Betapa selama ini aku tidak diuji begini!
BismillahhirrahmanirrahimAssalamualaikum w.b.tSekadar luahan fikiran dalam kesibukan dan kekusutan fikiran….tiada kaitan dengan orang lain hanya berkisar tentang diri dan keluarga. Sebagai muhasabah diri…Tadi saya ada terbaca di blog kopisuam tentang citer2 hal suami dan queen control, alhamdulilah saya tak pernah hadapi masalah suami yang sebegitu. Entahlah adakah besar sungguh masalah isteri kalau berhadapan dengan suami yang perangainya begitu.Saya tak pernah berhadapan dengan suami yang punya sikap yang mana kita tak boleh nak halang dia buat benda yang dia suka. Suami saya tak pernah pula membuat benda atau hobi yang dia suka tapi saya tak suka.Paling-paling hebat aktiviti dia ialah buat usaha (dakwah). Banyak masa dihabiskan untuk buat usaha agama. Saya tak pernah halang sebab kalau saya galakkan dia maka pahalanya akan berbalik kepada saya. ganjaran di sana nanti.Dia juga tak pernah kemana-mana atau pergi berpoya-poya dengan aktiviti tak berfaedah. Hidupnya hanyalah pejabat (masa kerja dulu, kalau out station pun mesti bagitau saya takut2 saya call takde line), selain tu dia akan ke masjid, surau dan keluar 3 hari dalam sebulan. Selain itu, dia mesti berada di rumah saya atau madu saya.Tak pernah saya tak tahu pergerakan dia dan tak pernah pula dia tak telefon saya dalam sehari melapor kemana dia pergi (kecuali masa bergaduh).Tapi dulu zaman mudanya, isteri pertamanya pernah cerita pada saya yang dia sangat gemar ke laut, sap ada speed boat lagi, memancing kegemaran utamanya. Kos pengendalian boat/enjin/alat2 memancing jer beribu2. Itu dulu, zaman mudanya…Tapi bila dia menjadi suami saya dalam umurnya 44 tahun dia cukup matang, takde aktiviti2 yang menyakitkan kepala saya untuk memikirkannya dan saya pada masa itu 26 tahun cukup bahagia mendapat suami yang boleh menyokong kerjaya dan membimbing saya dan bukan saya pening kepala nak jaga perangai dia.Hal perempuan juga, dia tak pernah terlibat. Kerjanya juga hanya melibatkan lelaki, takde komunikasi langsung dengan wanita, melainkan kerani2 dan beberapa technician dibawah seliannya. 2/3 orang tu pun saya tahu namanya (cek kat hp dia).Walaupun saya isterinya yang dikahwininya buat kali ketiga, saya tau dia bukan jenis gatal, jauh sekali jenis menggoda wanita. Dah jodoh agaknya dia kahwin 3 kali, ataupun genetic kot, sebab bapa mertua saya ada 4 isteri….. tapi yang menurun sifat dia dalam 28 adik beradik suami, suami saya jer…Saya langsung tak hadapi masalah dengan dia berkaitan hal berpoya2 dengan perempuan, minum kopi, pergi main bola, sport, jalan2 dengan kawan2, belanja tak tentu pasal, merokok, keluar malam, membazir beli bukan2, bergayut telefon (walaupun telefon free) dll.Jauh sekali fikir pasal dia tak bantu jaga anak, tak tolong kerja rumah, kalau dia ada, apa hal berkaitan anak semua dia sanggup buat, Cuma anak jer taknak kat dia (Hani terutamanya), anak2 kak a semua manja terlebih dengan dia.Masa Hani kecik dulu, kuat menangis, ayah boleh pangku Hani atas pangku berjam-jam sampai Hani tido dan dia pun tertido juga sambil duduk. Hani jugak jenis ber*k sembelit, saya pulak penggeli nak korek dub*r dia, bagi jer kat ayah, semua dia sanggup buat. Pandai pulak kalau dia nangis sembelit, mesti carik ayah. Kalau selesema pun saya penggeli nak sedut nose anak, ayah tak pernah berkira. Masa kecik dulu, kalau anak nangis tengah malam, saya buat matikan diri (penat!), dia tak berkira bangun buat susu.Kalau hal layan anak makan pulak, saya sendiri tak sanggup layan kerenah anak, dia boleh sabar sampai anak kenyang. Jaga anak pun dia sanggup, bawak kehulu kehilir, Cuma saya tak sanggup bagi, masa kerja dulu mungkin sibuk, tapi sekarang dia dah sakit pulak…hal masak-memasak lagilah, berikan apa sahaja menu, semua dia turuti dan masakkan ikut kehendak saya.Sekali fikir masa baca entry tu rasa alangkah bertuahnya. Sebab saya rasa kalau saya berhadapan dengan situasi dimana isteri kena berhadapan dengan suami macam tu tak taulah saya boleh tahan ke tidak. Sebab saya pun tak pernah diuji masalah begini.Apalah yang saya nak berkira sangat dengan suami setakat tak bagi nafkah yang cukup. Makan, pakai, tempat tinggal, sedang semua tu saya boleh adakan lebih dari apa yang saya mampu.Baru ni kan saya kata saya pergi nusrah (joint program isteri2 karkun) di sebuah rumah, ada 4 isteri jemaah datang dari Sri Lanka. Salah seorang tu bagi tasykil (macam ceramah utk galak kita buat dakwah) yang menceritakan saat2 isteri rasulullah s.a.w, Siti Khadijah pun semasa nazaknya tiada apa yang tinggal semua dikorbankan untuk rasulullah menegakkan agama Allah. Saidatina Khadijah melihat rasulullah menangis, katanya, (lebih kurang, tolong betulkan kalau salah)“kenapa abang menangis, tak cukupkah lagi apa yang saya telah korbankan?”, dan juga katanya, “adakah abang menangis kerana selepas kewafatan saya tiada lagi orang yang akan menjadi pendorong untuk abang terus membuat usaha…’Siti Khadijah juga mewasiatkan kalaulah tulang belulangnya boleh dibuat jambatan untuk membolehkan sahabat keluar ke jalan Allah (fisabillillah ) maka binalah jambatan menggunakan tulang belulangnya.Sedang Siti Khadijah dari seorang hartawan semasa hayatnya, namun bila wafat tiada apa yang ditinggalkan untuk dirinya sendiri. Semua dikorbankan untuk rasulullah dan juga untuk agama Allah.Apalah yang saya mampu dan telah buat, betapa mewahnya kita Allah bagi rezeki, dan berapa pula sumbangan kita untuk agama Allah. Yang saya mampu buat adalah menydiakan suami saya untuk korban ke jalan Allah dengan tidak membebankan dia, agar dia ada keperluan untuk keluar ke jalan Allah.Memang bukan senang untuk kita ikhlas, sebab ikhlas itu seumpama semut hitam dimalam yang gelap didalam gua yang kelam. Hanya Allah mengetahui. Kalau difikir dunia kesenangan dunia tidak akan berkurang hanya ia bertambah lagi dikejar lagilah jauh. Nikmat dunia sesuatu yang indah, takut bila kita dapat kita lupa Allah.Jika kita diuji tandanya Allah sayangkan kita, mahu meningkatkan darjat kita disisinya. Mahu tengok adakah kita ingat kepadaNya, ataupun kita kufur. Benda dan perkara2 inilah yang jadi basahan mulut suami kepada saya setiap kali sebelum tidur, walaupun kadang belum habis dia cakap saya dah menguap, namun saya bersyukur sangat2 sentiasa da orang Tanya saya dah solat ke belum, mengaji ke tidak?Juga ada orang yang peringatkan saya aurat perlu dijaga penuh (walaupun saya masih juga degil), ada yang marah saya kalau tahu saya tergedik2 dengan lelaki, ada yang jaga saya kalau saya tak ikut syariat. Saya rasa nikmat itu semua lebih besar dari dia memberi saya duit, membelikan baju, hadiah2 yang besar dan bernilai, mahupun menyediakan penginapan yang selesa. Sebab semua benda tu saya boleh dapatkan sendiri.Allah beri saya suami apa yang saya mahu (dari dulu) tapi pada masa sama Allah beri saya suami yang tak menjanjikan kemewahan untuk saya, kenapa saya perlu mengeluh. Allah beri saya satu anak (sendiri) tapi enam (anak tiri), untuk saya rasa macamana mendidiknya, kalau Allah beri banyak anak mungkin saya bersungut (agaknya), sebab satu kerja saya teruk tuntut banyak masa dan curahan fikiran, dan lagi ayah tak mampu beri nafkah, kalau ramai lagilah saya terbeban. Madu saya juga tak pernah sekalipun serang saya, malahan tak pernah ambil tahu tentang apa saya dan suami buat..…semua ada hikmahnya.Saya perlu bersyukur lagi dan lagi…kira campur tolah darab bahagi, agaknya inilah yang TERBAIK buat saya pada masa ini.
Suara hati dan pemikiran siti detik 4/12/2007 01:37:00 PM 14 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati
Wednesday, April 11, 2007
Malam ini jangan pulang
BismillahhirrahmanirrahimAssalamualaikum w.b.tPagi tadi hj call, minta bantuan saya faxkan sesuatu berkaitan permohonan pencennya ke Jabatan Pencen, JPA. Adalah dapat sedikit pencen kerana pernah berkhidmat dalam kerajaan, dulu TM kan di bawah kerajaan, Jabatan Telekom Malaysia.Sementara dah bercakap tu terkeluarlah pulak ayat saya pada hj, "abang, malam ni tak payah baliklah yer....". Malam ini malam khamis, malam mesyuarat, dia akan datang ke sini. Agaknya sebab penat dan kepala yang masih pusing2 ni saya rasa malas nak masak dan malas juga nak buat apa-apa bila balik rumah nanti. Nak berehat sahaja. Hani ada pun dah cukup meletihkan melayan kerenahnya."kenapa?, ada kerja ke, sibuk lagi, eh?" dia tanya dan dia jawab sekaligus..."Ha'ahlah bang...letih, malas nak masak...lagipun isnin depan nak gi JB, weekend jerlah abang balik....abang nak ikut tak gi JB?""Tak taulah lagi...tengoklah macamana nanti....""bagitau awal eh...kalau tak ikut wa naik kereta jabatan jer...kalau ikut kita naik van lah""haaaa.....tengoklah"Camtulah...pening nak fikir, asyik out station jer...kena jugak carik orang gaji, kawan suami yang pergi Indon untuk carik orang gaji tu tak balik lagi...nak bawa ke JB tu pun masalah jugak, penatnya nak drive...belum drive dah rasa tak larat. Sebab nak drive + layan suami + layan hani + prepare kes utk bicara + bawak beg besar (baju + beg barang kes dan fail) + kepala pusing...= Tak laaarrrrraaaatttttnyerrrrrrrrrrr!17/4 dan 18/4 cuti rehat, bukan cuti untuk berehat pun, nak kena bawak abah gi Hospital Terendak Kem untuk Dialysis....minggu depan patut ada operasi, nampaknya buat meeting Jumaat Isnin petang tu bagilah SIO lain handle...Satu lagi masalah pulak, minggu depan 22- 25 kursus lagi....balik2 nama saya naik, balik2 nama saya...macam takde orang lain dah? Sumer pun pelik...apasal asyik2 nama KUS naik, asyik2 nama KUS naik?Sapa mau jawap? HQ yang hantar nama, bukan saya yang minta? Kali ni kursus untuk Kemahiran skill Pendakwaan siri ll, khas untuk mencabarkebolehpercayaan saksi, impeachment. tak nak pergi rasa rugilah pulak....kalau pergi Hani tinggal lagi...Hj kata biar Hani tinggal PD, Kak A jaga..., serba salahlah. Sebab Kak A dah start jaga anak orang sekarang, baby 5 bulan, alah anak kawan saya jugak, suami dia kawan suami saya , sama2 buat usaha. Takut dia tambah penat dengan nak mandikan, layan, buat susu si hani...dengan anak dua orang sekolah....sumer nak fikirlah....Tak taulah lagi....pening, pening....sungguhpun anak seorang suami pun seorang dan madupun seorang, tapi macam2 benda jugak nak difikirkan... Mujurlah Jalan duta tu dekat, bolehlah jugak saya ulang-alik kot2 ada apa2 yang tak kena. Kali ni penginapan di Hotel Putra...dekat dengan PUSRAWi,kan?
Suara hati dan pemikiran siti detik 4/11/2007 01:16:00 PM 3 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi
Tuesday, April 10, 2007
Simtom apakah ini?/cik mud
BismillahhirrahmanirrahimAssalamualaikum w.b.tSejak minggu lalu, kepala saya ke'pening'an tapi bukanlah sakit kepala yang teruk seperti migrain tu, cuma terasa bengong, terasa macam berat di tengkuk dan terasa mual di tekak. Terasa macam mahu berehat dan berguling di atas katil sahaja. kalau anda fikir ini simtom saya mengandung terang-terang saya jawab, TIDAK!Sejak minggu lalu! pada hari sabtu 2 minggu lalu (31 Mac), semasa perbarisan maulidur rasul saya dah alami simtom ini. Sepatutnya saya bercadang pergi menghantar rombongan menikah Cik Mud petang tu dan esoknya pergi ke rumah pengantin perempuan di Johol tapi tak dapat saya pergi kerana 2 hari tu saya berbaringan sahaja. Dua2 hari kami dua beranak makan bubur sahaja. Ayah kan tak balik masa tu, saya pun tak call/sms...kan gaduh kecik masa tu...???Cik Mud orang Sarawak, sepatutnya kami2 di pejabat nilah yang jadi keluarga dia. Tapi ramai pegawai kecik ati dengan Cik Mud sebab tak jemput mulut hanya tampal card jemputan di white board. Natijahnya ramai yang tidak hadir ke majlisnya tapi ramai juga yang hadir.Yang cik mud kecik ati masa dia citer semalam dia kata orang admin (bukan kami, kami pegawai badan) takde sorang pun datang. Semalam dalam perjalanan ke Jempol Cik Mud citer dengan saya susah payah dia tempuhi seorang diri untuk uruskan segala-galanya. 2 hari lagi nak nikah member kena sakit pinggang kronik masa nak rukuk ketika solat.Saya tak tau semua tu, rupanya Jang, pengawal keselamatan kami tolong bawa ke klinik. saya marah jugak Cik mud napa tak bagitau saya, saya assignlah mana2 pegawai sisatan untuk tolong nanti...kenapa diam2 jer...Dia kata patut kami lebih tau dia merantau, patut sapa nak tolong automaticlah tolong...tak payah nak bagitau...saya satu batch dengan Cik Mud, apa-apa hal kerja saya selalu ngadu kat dia walaupun saya gred 44, dia 17, kadang2 dia boleh fikir jauh dari apa yang saya jangka. Selalu dia nasihat saya hal kerja ataupun hal rumahtangga. Saya selesa citer dengan dia, kadang2 saya marah jugak kat dia, sebab dia terlalu sensitif. Selalu merajuk, ada beberapa kali saya marah dia terus 2-3 hari tak tegur dan buat tak tau kat saya.Bawah saya ada 4 SIO (gred 41), dan 3 SIO pernah mengadu kat saya tak boleh handle Cik Mud, sebab sukar nak ikut arahan pegawai kanan. jalan keluar mereka mintak saya jumpa pengarah (ni masa awal tahun dulu, masa baru2 tukar pengarah) dan cadang tukarkan dia ke perisikan, ambik satu budak perisikan serap masuk siasatan. Saya tak setuju sebenarnya, sebab Cik Mud setakat ni pegawai yang pro active, bagilah apa kerja kat dia, dia akan lapor balik dalam masa singkat!tapi kalau dia taknak buat, tengah sibuk, masa nilah dia tak hiraukan arahan saya, dia akan dulukan kerja peribadi dia banding kerja2 team work...dulu saya pernah sakit ati kat dia sampai saya jumpa pengarah (yang dulu) dan cakap saya tak boleh handle dia...mintak pengarah bagi arahan. tapi pengarah marah saya balik dia akta, "awak penguasa ke dia penguasa?, ....awak bagi arahan dia kena dengar, kalau tak dengan suh dia jadik penguasa". Tulah saya malas nak layan cik mud ni, saya dah faham sangat cara dia. Kerja dia tip top...bagi lah apa kes untuk siasat, atau sahkan..sampai lubang cacing dia siasat. saya fikir rugi kalau lepaskan dia dari unit saya.balik citer Cik mud kawin, sian dia... dia bercinta bagai nak rak dengan budak satu batch dengan kami, tapi cinta tak kesampaian. Entah mana silapnya peringkat awal tu dia pun tak tau...saya sendiri pun tertanya2 pada dia...kemuian baru kami tau rupa2nya ada udang sebalik batu. Ada orang ketiga di pihak sana, bukan calang2 orang...biasalah orang lawa adalah mata yang berkenan, dapat pulak makwe dia psting ke HQ, kami 2 orang ke sini! kalau sama gred dengan cik mud gred 17 takper, cik mud boleh bersaing masalahnya yang nak disaingi tu gred 54...cik mud mengalah jerlah...walaupun orang tu suami orang...Tapi saya kata kat cik mud, takpe mud, u lepaskan ni, u akan dapat orang yang lebih baik, percayalah! Saya kenal rapat dengan makwe cik mud ni pasal kami (4 orang) serumah masa kursus asas 6 bulan dulu. taulah serba sedikit pasal makwenya ni. Dan saya pulak kenal Cik Mud dari 2001 sampai sekarang dan saya tau cik mud layak dapat wanita lebih baik...Sebab cik mud ni, jaga solat, mesti pergi masjid apabila azan, bukan senang anak muda zaman sekarang nak jaga benda ni, tapi dia ok..tulah saya kagum jugak kat dia ni dalam diam2...dahtu pandai pulak jaga hati orang tua, semua orang dia boleh masuk....insyaallah dia jaga solat allah jaga dia. Dia macam frust jugak lepas putus dengan makwe dia tu, lama dia single, jenuh jugak saya kenalkan 2-3 orang kawan saya tapi cik mud ni taknak, sebab saya kenalkan semua degree holder (yg ada master pun ada), so tak jadiklah semua, tambah dia ni high taste, nak yang lawa, tinggi dan kurus...jenuh saya nak carik last2 saya pun diamkan jerlah..Saya cukup suka pergi menyiasat dengan dia...satu sebab dia tak pandai nak menyesat...betul2 buat kerja punya orang, cepat dia fikir dan bertindak, tapi selera besar, siap2kanlah duit, tang makan dia kena jaga...kami pernah pergi menyiasat sama2 sampai ke KK, tawau, Batu Pahat, KL/Putrajaya lagi selalulah...macam dah serasi gitu...lagipun dia pangkat adik2 pada saya walaupun beza kami 3 tahun jer...malahan saya pernah bawak dia datang rumah saya di kampung...makan tengahari...singgah semasa menyiasat di melaka.Eh....melalutlah pulak ni...saya nak tunggu jugak kot2 cik mud ni happy semacam lepas dapat bini ni, nak jugak menyakat dia sebab saya ni satu batch kan? tapi nampak dia serius jer...isteri dia ni diperkenalkan oleh Ila, kerani perkhidmatan kat sini...tadi solat Zohor kami dua dok bincang pasal cik mudlah...ila kata dia baru cakap dengan kawan dia (isteri cik mud)...."tak dapat lagi katanya"...hahahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kami dua2 ketawa besar......rupa2nya ada masalah sakit puan cik puan tu...alaaaah masalah kecik jer...masa nikah hari tu bendera merah pulak...patutlah cik mud serius jer...Pala 'miong' lagi ni...nak makan pnadol rasa cam tak kronik jer...minggu lepas dah telah 4 bijik dah...mana taknya dan masuk 2 minggu macam pusing2 jer...rasa cam nak makan gula2 yang masam...rasa tekak cam berlendir jer...simptom apa sakit ni yer...(selain mengandung)????
Suara hati dan pemikiran siti detik 4/10/2007 03:20:00 PM 6 cetusan hati
Cerita tentang; Sahabat
Monday, April 09, 2007
Kembali ke akar...
BismillahhirrahmanirrahimAssalamualaikum w.b.tSejak menjadi ketua unit 2/3 tahun kebelakang ini saya sudah tidak keluar menyiasat. Tapi seminggu lalu, ketua unit Pelucuthakan Harta di HQ turun ke sini on the way ke JB, berbincang dengan saya dan pengarah, dapat pulak tugas baru untuk saya. Walhalnya saya tak perlu SKT kertas siasatan sebagai IO.Mungkin agaknya mahu memberi saya pengalaman baru menyiasat seksyen yang kami baru meneroka lebih 'ganas' ini iaitu melucuthak harta/duit yang kita syak diperolehi secara haram (macam2 aktiviti salahguna kuasa, penyelewengan, rasuah, melanggar prosedur kewangan dll) maka saya sebagai ketua unit diamanahkan untuk merintis menjadi pegawai penyiasat kes ini.Maka hari ini saya terpaksalah out station ke satu daerah...malas nak drive sebenarnya. Mujurlah regu menyiasat saya masa mula2 dulu, Cik Mud dah naik kerja lepas cuti 2 minggu kawin...so pagi2 dah booking dia...sib baik pengantin baru ni setuju. Seronok kerja ngan dia ni, cepat dan pantas, tapi bersedialah kerana bergerak dengan dia bersedialah untuk kita merendah diri kerana penampilannya menunjukkan dia macam BOSS, kemas dan segak, tambah good looking, sapa2 tengok sure ingat dia boss saya....Jam 1.30 kami dah balik ke pejabat semula selepas sita sejumlah wang tunai, banyak jugak kira boleh beli sebijik kereta buatan tempatanlah. Sebab dah lama tak kuar menyiasat ni, balik2 tu peningnya kepala. Baru terasa badan dah tak fit dan dah lama tak exercise.Tambah minggu lepas 4 malam berturut2 balik lewat. Sabtu/Ahad tak dapat nak bayar balik hutang tidur tak cukup tu, almaklumlah suami ada, sibuk mengalahkan pak menteri!Semalam, suami saya tu menegur saya katanya....Wa....umur wa berapa, tahun ni?ni ada apa-apa ni saja2 pulak buat2 lupa umur bini...Dah tua dah baaang...Ngaku siap2 sebelum dia kutuk ke apa ker....Tu hah...cuba tengok tuuu....Tunjuk tang perut!Napa, buncit eh? Ha'ahlah bang, pertama kali berat naik macam ni.....Ngaku siap2, tapi dah kecik ati dah ni....walaupun itu kebenarannyaMacam orang mengandung....Terus buat cat walk pompuan ngandung jalan....Ha'ah memang dah ada...NapanyaSambil pandang kat perut...sedih + malu nyerrrBuncitlaarr..exerciselah...Sampai ati abang....abang tu dah jadik OKU wa tak pernah pun kutuk....dah sedih + kecik ati...Takdelah...kalau gemuk tak sakit takper...Biarlah bukan sakit pun...asalkan performance ok....Eiii...abang ni sedih tau....takpelah lepas ni wa exercise...Tulah citernya pagi semalam, dah kena tegur perut buncit! Geramkan? Saya taulah memang berat badan ni dah naik tapi bila suami tegur rasa macam rendah diri pulak. Dan-dan lepas tu on PC terus search petua kempiskan perut. Siaplah, lepas ni kalau dah kempis...taulah saya nak pulangkan paku buah keras!Tapi takpelah, bukan selalu dia tegur kekurangan fizikal saya, nilah baru sekali...memang berat badan dah naik pun sebab sebelum ni turun mendadak lebih 10 kilo lepas dia kena stroke tu, masa dia keluar 40 hari tu, hari2 makan luar (selalu makan fast food) dan tak masak langsung...tu yang naik mendadak berat ni.Sehari dua ni start nak gi gymlah...abis off hour, ambik Hani & start excercise kat gym pulak... harap takdelah hangat2 tahik ayam...
Suara hati dan pemikiran siti detik 4/09/2007 09:31:00 PM 5 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam
Saya cepat jemu
BismillahhirrahmanirrahimAssalamualaikum w.b.t
Saya jemu tengok blog saya kalau ia masih dengan entry lama. Saya suka sesuatu yang baru pada hari yang baru. Saya suka berhijrah, bertukar suasana. Cuma dalam keadaan tertentu saya perlu bersabar dengan yang lama. Suami pastinya tak boleh bertukarkan?
Kerja pun saya suka pindah ke tempat baru, mujur juga walaupun dah 6 tahun di sini tak tukar, tapi orang lain bertukar, pegawai2 yg ada majoriti semua baru, saya pun dah berpindah dari kuarters ke rumah sendiri, hijrah juga,kan?
Itu sebabnya saya akan perbaharui entry saya pada setiap hari yang baru. Di rumah, sebelah malam atau sabtu ahad tak banyak kerja jadi masih boleh menghadap komputer sesuka hati, melainkan suami ada, jeling2 jerlah PC tu sebab selalunya dia jer mengadap PC...
So, saya buat juga entry baru ni sebab saya tak suka entry lama (lebih 24 jam tu dikira sebagai lama-pada saya)...itu jer...merapu jer ni...tambah2 kederasan menaip saya mengalahkan typist (perasan... ooooh!) ....tinggal tak test kelajuan jer!...kejap jer menaip entry2 baru...
Suara hati dan pemikiran siti detik 4/09/2007 01:55:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam
Sunday, April 08, 2007
Main buaian di kampung







Suara hati dan pemikiran siti detik 4/08/2007 12:34:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Hani
Saturday, April 07, 2007
Marathon...
BismillahhirrahmanirrahimAssalamualaikum w.b.tKhamis tu, pagi saya ke pejabat, kan saya dah siapkan masak untuk hj, dan saya jangka saya akan dapat balik sekurang-kurangnya selepas isyak dan bolehlah saya singgah mana-mana kedai untuk belikan hj makanan. Rupanya dekat jam 2 pagi baru dapt balik. Sebenarnya saya sangat2 hargai kalau hj buat keputusan balik ke rumah kak A petang tu, tapi dia pulak masih setia menunggu saya.Hal Hani langsung saya tak fikir walaupun dah sampai tengah malam saya terlupa nak call rumah mak ros bagitau tak ambik hani, kalau kerja banyak memang lupalah terus kat anak gadis saya tu, sebab dia memang takde masalah kat sana, cuma ayah jer saya risau.Hj buat masa ni memang tak sesuai ke kedai makan kecuali dengan saya, dengan sebelah tangan jer berfungsi dan bertongkat pula dengan jalan yang amat perlahan, sukar bagi mencari kedai yang benar2 kondusif untuk dia. kalau kedai tengahari yang jual nasik campur layan diri memang terus tak bolehlah...mana nak pegang tongkat mana nak pegang pinggan.Lagipun apalah rupanya dalam keadaan dia begitu ke kedai, semua orang akan pandang, saya sendiri pun kalau dalam keadaan begitu saya tak sanggup. Kalau ke surau/masjid (solat Jumaat) pun hanya surau/masjid terpilih jer sekarang, yang mana tak user friendly untuk OKU dia tak pergilah jawabnya....kalau banyak tangga, seberang jalan atau jauh jarak parking dengan masjid memang tak sesuai.Saya pun sesekali terlupa dia dah jadik OKU, hari tu masa gi Johor singgah R&R, saya menonong ke gerai pilihan saya dan dia pulak dah berdiri kat gerai nasi campur, saya perasan pelayan tu tolong isikan nasi untuk dia, so saya biar jelah...Saya pulak jalan dari satu gerai ke gerai seterusnya sampai habis hujung sekali, bila dah beli makanan saya pusing balik, rupanya hj duk bediri jer kat gerai yang tadi sebab nasik dia ada kat situ dia tak boleh nak bawak...sebelah tangan dan pegang tongkat(badan dia masih tak balance lagi, tak boleh lepaskan tongkat tu). Muka pun dah macam marah sebab lama tunggu saya...saya sampai jer..."alaaahhh bang soorrry tak perasanlah...". Dia jawab perlahan macam bersungut (dan jugak sedih)..."bukan tak tau abang camni..." ramai pulak orang pandang kami masa tu, sebab hani pun ada teman ayah...saya pulak kehujung sana.Sejak ayah sakit ni, ramai pandang kami macam pelik...sebabnya, ada yang ingat saya ni anak kepada hj tu, lagi pelik pulak bila dia tengok Hani ada pasal Hani ngan saya berlain rupanya...sebab ada dua tiga kali orang tanya saya, ayah tu kenapa, stroke ker? Lepas tu bila jawab suami mesti pulak tanya tentang Hani....eh anak sorang jer?Bukanlah nak kata saya ni muda tapi sejak sakit ni...camtulah nampak hj tu kurus dan muka pun masam jer..takde cakap2 sangat, saya plak selalu teman dia ke klinik ke, berubat ker ramah dengan orang dekat2 kami duduk. Masa beli minyak hitam utk kereta pun tokei kedai tu tanya saya ayah awak kenapa tu? hj duk jauh sikit masa tu. Bayak kalilah saya berdepan suasana tu...tapi saya tak kesah pun...So khamis tu dekat jam 2 pagi saya balik saya tengok hj rupanya tak tido lagi, tunggu saya sambil tu dia menghadap komputer, tak tau apalah laman web yang dibukanya. Tapi selalu pasal berita dan pasal bisnes dia dan wajib dia cek email dan akaun bank dia. hj ni apa2 urusan jual beli dan ntah apa2 banyak melalui internet jer...Saya tanya dia tunggu saya ker...senyap jer...rupanya dah tido awal, baru bangun jer tengok saya tak balik2 lagi. Sib baik lepas isyak dia dah makan capati dengan jemaah di surau, tanay nak air horlicks pun dia kata takper...so kami pun tidolah dengan amannya sebab sikecik takde nak kacau...best jugakkan?Pagi Jumaat pulak, jam 7 pagi dia balik dari surau, saya dah siap dah nak gi kerja Hani takde dpt cepat sikit, sambung operasi lagi...banyak kerja lagi nih...tapi pandang dia yang sedang rehat atas kerusi urut rasa kesian pulak. Apalah orang tua ni nak makan pagi ni, sebab dia kena makan jugak sebelum makan ubat. Saya memang jenis jaga time masuk office, tak kiralah balik 6 pagi pun saya mesti datang sebelum jam 8 pagi jugak...hj memang tau saya jenis gini...so dia diam jer, cuma suh saya buat air horlicks.Sambil tu saya fikir zalimnya saya nih, kejap sangat jumpa dia, antara 2 pagi - 7 pagi. Siangnya dahlah bontang saya tinggalkan dia takde call tanya kabarpun. Hj pulak kalau tau saya ada ops dia memang takkan kacau saya pasal tau saya sibuk. So saya ajaklah dia sarapan dulu, serbasalah dia nak ikut sebab takut saya tak sempat masuk office.Saya kata, takpelah bang...ramai dah kat office tu, wa masuk lambat sikit pun takpe, bukan pernah lambat pun...last2 dia setuju pi minum...saya hantar dia balik rumah, saya pecut ke pej, sampai jam 8.15 pg, first time punch card merah! Cam biasa pagi jumaat kelas tajwid pengarah sendiri ajar...masuk kelas tajwid sampai jam 9, semua anggota unit saya kumpulkan terus laksana plan of action utk hari ni...Sampailah dekat2 jam 2 petang baru saya teringat kat hj...aduh risau apa hal lah pulak laki aku ni...call2 tak jawab...lambat baru jawab dengar suara Zubair, 3 tahun anak kak a, alhamdulillah dah sampai PD rupanya. Lepas tu baru teringat kat anak gadis pulak, call2 mak ros kata tengah nangis rebut bedak Barbie (Disney), takmo cakap ngan ammie...takpelah dengar suara dia nangis pun cukuplah.Hati dah lega, bolehlah start tumpu kerja semula, settle semua untuk hari ni jam 8.00 malam. OKT dah release dengan jaminan RM 3K, saksi2 dan dokumen penting sumer dah dapat....barulah saya call off jam 8 malam tu...sambung isnin, saksi2 teknikal and corroboration evidence jer...Ops kali ni BRAVO...best! Saya kagum sangat dengan team saya yang ada sekarang ni. The best team yang saya ada setakat nih...tak tau nak cakap kat sapa luah kat blog jerlah...dengan 4 senior lebih 40 an, 3 orang 30 an termasuk saya dan 10 yang lain 20 an, saya cukup senang hati handle mereka. Arahan bagi sumer ikut dan tak mengeluh dan persoal walaupun ada yang tak tido langsung malam tadi. Maklumlah masing baru & tak confirm pun lagi, semua tengah semangat nak kerja, semangat nak tangkap orang semangat nak introgate orang...last2 sumer saksi kita dapat break, walaupun peringkat awal sumer keras kepala....Sukalah kerja camni takdelah pening...yerlah mungkin saya punya pengalaman, skill management dan Pr pun dah ok kot, dulu baru2 nak belajar handle orang2 bawah, umur pun lebih kurang so depan kita ok tapi kerja tak jalan...skang ni ramai naik pangkat kena transfer, line up baru ni sangat2 menyenangkan saya. Garapan pengalaman senior pasal kes dan undang2 + dengan tenaga dan inspirasi jiwa orang2 muda yang bersemangat ni semua kerja jadik lancar. walaupun saya wanita, saya hargai mereka ini sebab semua nak buat mintak greenlight saya dan line up kali ni takde yang nampak nak rampas kuasa saya....dulu2 ada yang talam dua muka, sikit2 lapor kat OC, Ketua unit siasatan dia bypass jer...kali ni apa2 hal saya gi brief OC dulu...lepas kami bincang antara kami dan kami capai kata putus apa perlu buat seterusnya, saya naik mengadap boss...Bukan senang pompuan nak handle anak2 buah lelaki ni...4 org jer pompuan, tambah pulak badan penguatkuasa cam kami ni...dapat saya ni pulak kecik jer orangnya anak2 buah sumer besar2 belaka...nak deal ngan orang yang ditangkap dan saksi2 yang kepala putar alam dan ada jugak kaki belit, kaki pompuan...tu tak campur lagi nak handle waris orang ditangkap yang call bertalu2 dan ada datang pejabat marah2 pasal tangkap ayah/abang/adik/kawan/sedara mereka yang disangka 'baik'. Sumer tu saya perlu uruskan...sebaik2nya,... kena jelaskan yang kami menjalankan tugas dengan suci hati tanpa ada niat jahat, dendam atau aniaya.So far...saya boleh katakan everythings under control...adalah sikit2 masalah titik bengik, kena ambik masa baiki...masayarakat sekarang raami dah ada pengetahuan undang2. Kena tangkap atau kena panggil dengan kami jer dah call lawyer masing2 datang pejabat...jenuh plak nak kena soal jawab...hari pun dlm sibuk2 tu ada saksi kes lain sibuk tu datang pejabat jumpa saya kata kalau lambat kami bertindak dalam kes dia, dia ugut nak saman malu pulak... tapi tu cabaran buat saya...benda2 ni buat saya lagi cepat belajar...Bila berdepan dengan keadaan kerja ni baru saya rasa saya ni Allah tempatkan sesuai dengan kerjaya ni...tak taulah kalau saya ni jadik surirumah ker apa ker...sebab kerja ni banyak cabaran yang buat saya jadi kuat dalaman dalam hal rumahtangga dan seperkara lagi bila dah sibuk gini hal rumahtangga dah ketepi. Nak build up setiap kes dari '0' sampai complete bukan senang....Hj tau sangat dah, kalau ada buat ops atau tangkapan janganlah kacau saya, selagi tak release orang kena tangkap(OKT) selagi tulah dunia saya sekitar hal kerja jer...rumah belakang office pun saya tak balik.... siap2 jerlah balik rumah kak a...mak ros pun tau...tak pernah sepanjang 4 tahun jaga Hani dia call saya kat pejabat berkaitan hani, kalau hani demam pun dia pandai2 bagi ubat makan...saya sendri pun kadang tak sedar anak gadis saya demam, tulah pasal fikir banyak kali nak ambik orang gaji, sian kat mak ros sayang kat hani sangat2...Jumaat pulak saya hanya dapat sampai ke rumah mak ros ambil hani dekat jam 9 malam. terus bawak dia pergi makan, sempat gak singgah beli CD 2, pas tu lalu kat Marrybrown ada group buat hari jadi, dia pun nangis2 nak sumer barang2 yang kanak2 tu dapat, ada belon panjang, topi kertas tu, sib baik mak birtday boy tu baik ati bagi kat dia. Belon tu saya tanya kaunter boleh beli tak? Dia bagi jer...hani hani...sampai balik tu nangis pasal isu lain pulak....nak tapak tangan yang boleh tepuk2 tu...sayunya lah anak gadis ni...kedai mainan dah tutup pulak...Hasil tangisan Hani berjaya jugak dapat 2 benda tu...tunpang sekaki orang buat hari jadi...Nampak tak background belakang hani tu...tulah meja birthday boy tuSedih ...nak 'tapak tangan' percuma yang kanak2 lain dapat...awak tumpang sekaki jer...Lama dia nangis sambil sebut..."nak tapak tangan...nak tapak tangan ammie..."Sian kan, sesekali tumpang kegembiraan orang, 2 hari tak jumpa ammie...
Suara hati dan pemikiran siti detik 4/07/2007 01:12:00 AM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Hani, Periuk nasi
Friday, April 06, 2007
Orang gaji...
BismillahhirrahmanirrahimAssalamualaikum w.b.tPernah tak saya cerita saya pernah ambil orang gaji?Entahlah saya pun lupa, nak cek entry2 lepas malaslah pulak, tapi bila Mutiara dalam komen entry sebelum ni cadangkan saya ambil maid benda tu memang ada dalam kepala sejak hj sakit nih. Sebelum ni saya macam frust dan serik nak ambik orang gaji...dan kami pun masih dalam usaha nak dapatkan orang gaji nih...Citernya begini....Tahun 2005, saya rasa beban kerja saya dan sikap Hani yang selalu taknak balik rumah buat saya tension dan rasa cam nak marah mak ros, dan kadang saya fikir jugak apa ilmu mak ros pakai sampai anak saya sendiri pun naik muak ngan saya dan asyik nak dia jer...Jalan keluarnya saya bincang ngan suami nak mabik orang gaji. tapi saya tak berani nak ambik guna agensi, dan suami pun tak cadangkan cara tu...asalnya suami nak ajak saya pergi Indonesia carik sendiri, passport antarabangsa pun kami dua2 ada. tapi asyik tertangguh sebab saya banyak kerja.Dipendekkan cerita, adalah staff kat sini ramai sedara mara kat sana (dia orang minang, selalu ulang alik sana), dia pun cadangkan nak kenalkan saya pada mereka yang minat nak kerja. Akhirnya adalah sorang, umur 35 tahun, janda anak 3, so saya pergilah rumah kakak kepada staff kat sini tu dan adalah wanita tu, namanya Cinta...sedapkan nama dia?saya ingat perangai dia sesedap dan seindah namanya, rupanya meleset. masa baru tengok dia mula2 tu saya rasa bagus kakak ni, pendiam dan macam dengar cakap jer...tak melawan. So dalam seminggu saya ambiklah dia untuk test kalau setuju saya akan keluarkan kos untuk dia balik semula ke Indon dan uruskan permit/visa dia untuk jadik pembantu rumah asing...dalam seminggu dua tu saya tengok yang asas nya dia okay jer...saya bincang laki bini setuju nak ambik dia. So saya bagilah duit kat dia ntah berapa ratus agaknya tak ingat dah...lepas 2-3 minggu gitu dia pun baliklah semula ke Indon. Dia buat medical checkup kat sana dan kirim kat saya, saya pulak gilah uruskan kat Imigresen sini, buat permohonan. Semua saya buat sendiri. Kira permohonan saya secara individulah ni...masa ni rasa cam dah boleh bukak agensi sendiri jer...sumer dah tau...Banyk jugak songehnya si cinta ni, asyik call saya jer dari sana suh cepat...bengang jugak...pendek citer kira settellah jugak, keluarlah modal lebih Rm 2K, tak kisahlah tu...masih dikira jimat banding guna agensi tambah walaupun keluar modal tambahan untuk ambik ati si cinta nih.Masa kedatangan dia kali pertama tu sebenarnya banyak jugak benda2 yang dia buat saya tak suka tapi ntah kenapa saya pejam mata jer, saya ingat dia balik sini semula nanti saya barulah nak buat betul2 jadual dan tegur mana-mana yang patut. Bila dia balik semula, kami ambik dia kat jeti Syahbandar, bandar Hilir melaka, amboooi buakan main bergaya lagi dia...Masa nak balik mula tu dia ada cakap dengan saya nak pinjam beg baju yanag jenis beroda tu, ambik jerlah saya kata, tapi rupanya beg tangan hantaran saya CARLO RINO pun dia sapu jugak.Kebetulan beg tu letak dalam build in kabinet kat bilik dia duduk tu, so dia taulah saya banyak jugak hand beg yang tak guna, so pandai pulak dia pilih yang branded. So saya tengok dia dah pakai masa nak balik, tak terkata apalah...walaupun saya sangat sayang beg tu sebab beg hantaran, kasut hantaran sepsang ngan beg tu dahlah hilang kat rumah lama kena curik ngan drug addict.Saya cuma pesan kat dia jaga elok2 beg tu...balik tu dia bergayalah dengan hand beg dan beg baju saya. Tu tak temasuk baju2 dan seluar saya beri kat dia yang saya punya tapi jarang pakai. Kesian kat dia kan, tapi dia ni ada taste jugak, yang lawa/mahal jer dia pilih.So bermulalah kehidupan dia sebagai orang gaji saya yang sah...dan passport dia dia pegang sendiri. Ni saya nak citer rutin dia...masa mula datang ke kali kedua ke saya tak ingat dah (memang nak lupakan pun! panas hati saya kalau ingat!). saya memang jenis bangun awal, time suami saya pergi bangun solat subuh ke masjid time tulah jugak saya bangun...tapi si Cinta ni boleh buat tak tau...pintu bilik siap kunci lagi...saya tak letak dia kat bilik orang gaji yang kecik kat belakang tu (sebelah stor)...sebab kesian, so saya bagi dia kat bilik sebelah bilik saya, bilik tetamu.saya tengok dalam seminggu kotlah dia dengar saya dah bangun dia nak bangun jugak, rupanya langsung tak pedulik! Last2 saya ketuk bilik dia, terpisat2 bangun...buat muka blurr. saya nih jenis hormat kat orang lebih tua, sebab saya awal2 dah cakap kat dia, saya ambik dia bukan pasal nak tolong buat kerja sangat, sikit2 jer cuma nak suruh jaga hani dan buat teman saya masa suami takde. So nak kejut dia pun saya serba salah...Dia boleh panggil saya nama saya jer..."Salma...salma"(ni bukan nama sebenar saya yer) walhal akak yang kenalka saya dengan dia dah suh dia panggil saya puan, yang saya pulak panggil dia "kak cinta...kak cinta...". Ingatkan dia hargai saya sebab saya tak kisah, rupanya dia tak boleh baca apa saya fikir.masuk minggu kedua, saya buat jadual, saya panggil dia saya trangkan satu persatu apa saya nak. Saya tengok ok jugak...pagi dia bangun awal, sapu dan mop lantai...hari2, jerang air dan masa ni masak saya tak suruh dia, masak untuk diri dia jer. Hj takmo dia masak, buat air pun dia takmau..ntahlah katanya tak sanggup nak minum kak cinta buat. So kerja layan suami dan anak saya yang buat.Masa dia datang kali pertama 2 mminggu tu, Hani saya masih hantar ke rumah mak ros sebab saya tak confident langsung nak tinggalkan dengan dia, Hani langsung taknak kat dia dan dia pulak tak usaha nak ambik hati Hani. Lagipun saya tak sampai hati nak bagitau mak ros yg saya takkan hantar hani lagi sebab dah ada orang gaji...saya kesian nak pisahkan hani dengan mak Ros....Tapi kali kedua datang tu saya kuatkan semangat minggu pertama tu saya terus tinggalkan dengan kak Cinta, menangis melolong menjerit2 Hani, boleh dengar sampai office suara dia...saya kuatkan semangat. Tapi kadang saya jengah jugak time rehat. Setiap kali itulah majoritinya Hani duduk dalam buayan tidur...Cinta baring atas sofa sambil mata tengok TV (citer Indon-Cinta Berkalang Noda, saya ingat lagi tajuk dia!)Saya tak marah sangat asalnya, tapi hari2 tulah pemandangannya, senangnya hati baring2 bawah kipas pusing2 sambil tengok TV....pelik jugak saya napa yang Hani ni asyik tido jer...rupanya dia memang lebih suka tidokan Hani dan sesekali Hani jagapun dia masih dok baring atas sofa tengok TV dan Hani main2 sendiri....kat depan TV jugak...petang pun kalau saya balik Hani masih lagi dalam buai...lama2 saya fikir tak berkembang otak anak aku ni...kalau camni caranya...susah pulak hati saya...dia pulak asyik makan ikan kering jer, camnatuh? tenpat dia jauh dari laut, so dia biasa makan ikan kering dengan ikan darat jer...sayur2 tak biasa, ikan laut pun banyak tak makan. jenuh pulak saya nak penuhi permintaan dia untuk gi pasar malam carik ikan darat...tapi saya ikutkan jugak...kesian.Kalau gi pasar malam tu, saya pulak siap awal, puas dok tunggu dia bersiap, bila keluar aduiii bergaya sakan, dengan lipstik merah menyala...pandai bergaya si cinta ni. Kat Indon dulu ada bisnis kecik2 gunting rambut.Yang saya bengang tu dia sikit2 masuk bilik. kejap2 masuk bilik time saya ada rumah (cuti), malam pun camtu, sesekali pintu dia tak rapat, ada ruang renggang sikit, barulah terpecah rahsianya dia selalu belek muka, macam2 krim ada, yang saya punay dia tengok tak pakai pun dia sapu jugak! tak mintak kebenaran langsung...ambik dari master bedroom lagi!lagi satu dia cukup2 suka belek kening, cukur kening cabut kening, kening dia sentiasa macam artis...muka sentiasa berbdak/sapu krim satu hari saya cakap dengan dia, tanya dia lebih kuranglah soalan2 saya, kak...tempat akak tu ramai ker yang cukur keningnya? Macamana akak pandai cukur ni, kan kat tempat akak takde TV sumer tu, (dia datang dr kampung yang susah kat Padang/bukit tinggi), rumah pun lantai tak bersimen. Dia kata kadang2 artis ada buat konsert kat situ, so dia orang terdedah jugak dengan sumer tu...panjanglah dia citer.So saya katalah kat dia sambil gurau2, kat rumah saya ni, saya dengan hani jer tengok akak, takde sapa, saya tak sukalah tengok kening akak ni...lainlah artis kak, nak lawa, banyak peminat, kalau akak tak cukur kening akak tu lagi lawa...Tu satu hal...(jangan marah eh sapa yg rajin cukur kening tu....), satu hal yang suami saya suh saya perhatikan si Cinta ni...hal solat. Mula datang tu saya bersangka baik ngan dia...kali kedua tu saya dah mula ambik berat hal solat ni...saya perhati dia ni tak solat...ada jer kerja dia buat time subuh/maghrib. So saya tegur dia, saya tanya ada telekung tak? Dia kata, ada, napa tak solat? uzur kata dia! Oklah.....lepas dua minggu camtu jugak, saya tanya dia kata uzur lagi...aikkk, camno nih?Ceramahlah sikit kat dia...saya kata solatlah, kalau dah bersih, saya sampaikan amanah suami saya, dia taknak dalam rumah saya ni ada orang tak solat...tak berkat rumah ni nanti. Dia diam jer. Fahamlah agaknya tu. Kemudian, saya gi kursus saya hantar dia dan Hani duk rumah kak A, kak A pulak ngadu kat saya yang dia solat kejap jer, kadang tu bila suh solat dia masuk bilik tutup pintu, ntah solat ntahkan tidak...bila dia balik saya tanya dia, akak tau solat ke tidak, dia kata dia tau...sekolah agama lagi, mengaji dah lama katam. Baguslah...saya kata. Tapi akhirnya saya pasti yang dia sebenarnya tak solat, tak tau atau tak mau saya tak tau, saya offer nak ajar dia kaat dia tau...camana tu? hj dah mula tak suka dah kat dia....Sambung lagi...dah start office hour ni....
Suara hati dan pemikiran siti detik 4/06/2007 01:44:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Rumah
Thursday, April 05, 2007
Suami pulang
BismillahhirrahmanirrahimAssalamualaikum w.b.tPetang semalam dekat2 maghrib saya singgahlah di family Store dekat rumah beli ikan, disebabkan kejahilan saya tentang jenis2 ikan ditambah pula nak cepat, saya belilah ikan tenggiri seekor kononnya nak masak asam pedas. tapi sampai ke rumah saya perasan kenapa uzur sangat ikan ni, isi dia pun nampak lain bila dipotong, akhirnya saya goreng 3 ketul isinya buat sambal dan masukkan terung.Bila makan malam tu, hj kata ni ikan tongkol...larr malunya tak kenal ikan. Sebab saya jarang2 beli tenggiri, sebab abah saya kat kampung pun tak suka ikan ni, jadi saya tak pernah beli tenggiri, kalau kat shopping tu saya beli yang dah siap potong2 tu. kalau mak saya tau saya tak kenal ikan tenggiri, matilah...camana boleh kawin anak aku ni? Mak saya selalu cakap dulu nasib saya baik dapat hj sebab tak kisah pasal masak2 sumer ni, sebab dia yang lebih banyak memasak banding saya (masa sihat). Nasib saya baik dapat laki tak macam abah saya...cerewet hal2 makan.Saya sebenarnya leka jer masa balik rumah tu, lambat masak. Tup2 tengok jam dah lebih 9 malam, line personal saya ada baki lagi dekat RM3.00, so saya nak call hj tanya nak ambik ke balik sendiri (bawak kereta), rupa2nya tak boleh call dah expired baki tu. So saya terus ajak Hani gi masjid (markas) ambik ayah.Sampai sana jam 9.54 saya tengok dah tak ramai orang, dah abis mesyuarat pun. Aduuh, nak tanya sapa pulak, dahlah togel jer saya datang, dengan tak berpurdah, mujur ada karkun saya kenal sebab dia pasangkan water hitter kat bilik air masa pindah tu, saya gamit jer tanya Hj ada tak?Dia tanya2 kat orang, pas tu dia kata kat saya, "hj takdelah...dah baliklah, dik...telefonlah dia!" saya angguk2 jer...ayyoooo dia panggil saya adik, muda lagilah tuuu...hahaahaaa. hani pun kata, "ammie ayah takdelah, ayah dah balik umah ummie agaknya?" cakap bukan main kuat lagi...sumer orang dengar. Saya terus pecut balik rumah dengan harapan dia balik ke rumah saya.Sampai jer saya tengok dari jauh dia dah parking Serena betul2 depan pagar...senang ati saya. Hani pun punyalah suka...terjerit2 dia bila nampak ayah...Beginilah keadaan Hani bila jumpa ayah...manja jer bergantung kat tangan kiri ayah yang kaku tu...Masuk jer, cepat2 saya bagitau saya baru nak masak ni..(mana laki tak marah,kan?), malas betul masak lah tak masuk langsung agenda masak-memasak ni dalam kamus hidup saya! Tapi terpaks jugaklah, cumanya tinggal nak goreng dan tumis sambal jer. Rasa cam cili blender ada dalam peti ais rupanya tinggal sikit tak cukup. So saya terpaksa lah pulak blend lain. Goreng ikan selar minggu lepas punya dan ikan tongkol buat sambal...nasik saya dah masak awal tadi dah.Dekat jam 11 baru kami mengahdap sedulang nasi makan sama2. cam biasa, Hani cuma nak ayah suapkan nasik ngan saya cam dia tak suka. lagipun saya ni kurang sabar sikit suap-menyuap ni, ayah expert dia boleh tunggu suapkan anak jer..pastu baru dia pulak makan, kalau saya mulut /perut saya tak sabar2. Kat situlah kelebihan hj...sabar layan anak...anak pun suka kalau dia suap...ntahlah setiap suapan tu dia pandai adunkan ikut selera anak. Kalau saya gaul nasik tu untuk suap ada jer tak kena kat mata/selera hani...fed up saya.so malam tadi sessi merebut saya...hani nak saya tido ngan dia, saya pulak nak tido ngan ayah(nak urut dia)...biasalah...hani ni memang tak suka tido berhimpit2..dari kecik lagi, ruang dia mesti luas. tu sebabnya saya beli katil size 'super king' dari dia kecik lagi...untuk keselesaan kami. sudahnya nak carik cadar size super king ni kat sogo jer ada..mahal giler plak tu. bila dia 2 tahun lebih kami dah siapkan dia bilik, dia tido sorang...takde masalah pun...tapi bila pindah rumah sendiri ni, sebab ayah dah jarang balik sini, dia tido kat bilik master ngan saya, ayah tido bilik tetamu.Bila tanya kenapa tak nak tido bilik dia atau bilik ayah dia kata takde aircondlah..takde Tvlah..macam2 alasan dia...kadang dia sanggup ulang-alik bilik ayah bilik master sebab saya ada kat bilik ayah, tapi nak tido bilik ayah taknak sama sekali. malam atdi dia kata camni bila saya pujuk2 dia nak gi temankan ayah," mehlah ammie, kakak hantarkan ammie kat bilik ayah, ammie tidokan ayah dulu, pastu ammie masuk bilik kakak tidokan kakak pulak...". last2 dia duduk kat karper jer bersimpuh tunggu saya dan cakap...ammie tidokan kakak dululah..mehlah balik bilik kakak...". dah macam bola saya ni kejap ke sana kejap ke sini...last2 tidokan Hani jugak dulu...mujur tido cepat...balik bilik tengok ayah pun dah tido...lega dua2 dah tido...Pagi ni....ingat ayah nak balik PD tapi nak stay sini lagi...nak joint jemaah Sri Lanka, so saya panaskan sambal dan masak nasik siap2 untuk ayah...hani mulanya ayah nak jaga tapi saya kata biar rumah mak ros jerlah...petang ni pulak dia tanya saya balik lambat tak? Saya jawab cam baisa...ntahlah walhal tau petang ni sure lambatnye sebab ops yg saya citer semalam tu kan buat hr ni...Ni dah 5.30 saya ciluk2 keluar masuk bilik taip entry nih...ni sambung balik 6.30 plak dah...baru jap call hj, sib baik dia duk dgn jemaah takdelah lapar laki saya tuh...tapi bila dia tanya pukul bape nak balik...hanay mampu jawab..."balik tetap balik...cuma tak tau jam berapa jer bang...". Nasiblah....camnalah nak ambik ati suami dan anak kalau hari2 balik lambat...
Suara hati dan pemikiran siti detik 4/05/2007 04:52:00 PM 5 cetusan hati
Cerita tentang; Keluarga
Wednesday, April 04, 2007
Mutakhir
BismillahhirrahmanirrahimAssalamualaikum w.b.t
Semalam dan hari ni penat sangat badan saya. Semalam dan hari ni berlangsung acara menembak tahunan pejabat kami. Saya ketua AJK makan, sebab banyak kali makan, maka penatlah nak uruskan. Semalam minum pagi dan makan tengahari, hari ni camtu jugak, tapi hari ni setup untuk VIP sebab banyak ketua jabatan dan ada yang bergelar Datuk...yang penatnya sebab kita buat kat lapang sasar Majlis Sukan maka kita pakai caterer dekat2 situ, pinggan mangkuk plak saya pinjam dari caterer kat sini yang dah biasa, tulah penat nak kena basuh dan susun sendiri. Sebenarnya saya ketua, yang banyak buat kerja anak-anak buah bawah saya, tapi entahlah penat jugaklah rasanya...mengada2, dah lama tak kerja teruk agaknya!
Hari selasa tu, peringkat dalaman kami, untuk memilih wakil untuk hari rabu yang mana jemput jabatan-jabatan lain seperti PDRM, Imegresen, KPDNHEP, Bomba, Kelab Akhbar, Kastam, Mahkamah, Majlis2 Daerah dan ramai lagi. keputusannya team PDRM lah no.1, team kami yang cawangan PD no 2 dan kastam tak salah no 3....
Yang sangat2 mengecewakan saya, saya tak dapat hadiah apa pun walaupun banyak hadiah disediakan. Yang semalam tu ada 15 hadiah untuk kedudukan terbaik malangnya saya ranking keberapa malas nak tengok, peserta semua lebih 40 orang. Tahun lepas tak menembak, tahun 2005 ada juga dapat tempat, tahun ni hampeh sungguh. Prestasi merudum tambah pertambahan pegawai baru yang rupa-rupanya sharp shooter belaka. Frust nyerrr...
Yang menang lelaki terbaik, En Sharif, alaaah bekas pegawai polis masuk jabatan kami memanglah bagus,kan? untuk 9mm, dia score 180/200...banyak yang bull eye! yang pompuan tu plak Cik Nab, dahsyat jugak, haiiii tiba2 tahun ni menjadik plak dia, dah jumpa 'art' dia lah tuuu...
hari ni patut tak masuk dah, tapi sebab ada jabatan yang pi hantar orang lain dari senarai awal, dah tak boleh menembak, pasal takde lesen sementara (yang kami pohon awal2), so dapatlah saya menempel menembak lagi, pakai 9 mm jugak, kalau pakai .38 tu saya ok sikit...hampeh jugak hari ni...dah kalah tu takdelah harapan nak wakil acara falling plate...keciwa lagi.
tau tak, menembak ni dapat lepas geram, 3 tahun lepas saya menembak masa tengah gaduh ngan hubby....uiiii masa ni bayangkan papan target tu macam.....(sendiri agaklah...) dapat gak tempat...tahun ni tengah gaduh gak, tapi happy jer...tak menjadik langsung menembak semalam dan tadi....
Tu citer menembak, hari isnin tu pulak malamnya ada operasi tapi tak jadik plak, tapi balik dekat jam 10 malam jugak lepas confirm mmg betul2 tak jadik, "call off" jer. semalam plak ada rekod statement dari 3 petang lepas balik dari menembak non stop sampai dekat2 jam 8 malam sebab nak solat maghrib (lambatnya...), balik umah dekat jam 10 malam jugak...penatnya otak...5 jam bertanya soalan, memikir, menaip, tanya lagi....taip lagi...last2 sib baik dia nampak cam blur tak dapat buktikan sesuatu tu, saya suh balik cari dokumen, cakap jer mana boleh caya, nanti dah dapat bukti saya akan panggil balik. Tu pun dia cam nak abihkan jugak, walhal mau sampai tengah malam kalau nak rekod lagi tu, akaun bayak bank, ratus2 ribu duit, nak jelaskan transaksi satu persatu.....berpinar mata!
Balik tu ambik hani, angin perut dah naik ke ulu hati pedihnya, tak makan, dahlah hujan, singgah kedai makan tepi jalan makan nasi goreng kampung. Rupanya si hani ni dah pandai tengok natasha kat Tv tu, agaknya masa ia tido umah mak ros saya kursus mggu lepas, sebab sebelum ni jarang nonton tv kat rumah citer ni...dia taknak balik nak tengok TV kat kedai tu, so tunggulah sampai abis...
Sampai rumah, tak turun keter dia dah buat angin dia, nak ajak gi kedai tak nak turun...sabar...sabar..sabar...pujuk baik2 gurau2 sikit last2 ok jer...masuk dalam buat susu dia, saya mandi, dia tengok CD (susah nak pisahkan CD dengan dia, camana yer?), pastu kami tido...
Dua tiga hari ni asyik tanya ammie, bila ammie nak cuti, bawak kakak jalan2...sedih plak dengarnya...saya bagitau kan ammie dah bawak jalan selalu, kakak dah gi Johor, Kuching, Langkawi, Penang, gi hotel kat Kl, balik kampung....? Dia bleh jawab plak, ammie tak bawak kakak gi giant lagi..... Ni mestu mak ros bawak gi giant ni, sebab saya jarang bawak dia gi giant...selalu gi store jer....
Tadi bahagian Pendakwaan call saya bagitau nak bawak family tak masa konvensyen pendakwaan 4-8 Jun ni di Kota Bahru, larr ingatkan ke Kota Kinabalu, tak jadik rupanya. Biasalah diorang ni selalu konvensyen jauh2, biasalah Timbalan pendakwaraya2 ni semua sibuk belaka, setahun sekali buat konvensyen/hari keluarga tempat jauh sikit, kita ni pegawai pendakwa tumpang sekaki jer... tahun lepas kat penang sebelum tu kat Cherating. saya baru joint konvensyen ni tahun lepas sebab baru start tahun lepas jadik pegawai Pendakwa bawak kes kat court.
Masalahnya dari Jumaat yang saya berselisih faham dengan hj tu sampai hari ni dia tak call/tak sms saya. Fikir2 pendek rasa cam nak biarkan jer, kalau ada jodoh adalah, takde lantaklah...syaitan dok cucuk2 saya suh cepat jadik janda! lagipun tengah banyak kerja ni, senang jugak kalau jadik janda, tumpu hal kerja, tip top kerja, sempat jugak saya jadik JUSA gamaknya kalau tumpu kerja jer service ada 25 tahun lagi! ramai cakap, "Puan, sempat puan jadik JUSA ni...cepat naik pangkat!" saya jawab, alah takdelah 40 tahun saya opsyenlah, bela kambing!
Takde niat saya nak call hj sebab sibuk dan malas nak gaduh2 dan masam muka dengan dia, kalau dia balik tapi saya asyik kerja jer, so diam2 kan ajerlah. Dia tak balik pun takde rugi apa2 pun...rugi yang 'itu' jerlah. Setakat ni hani pun takde tanya2 pasal ayah. so saya pun taknak bagi dia ingat kat ayah, adalah 2/3 kali sebut ayah tu pun dia ngadu masa saya sakat dia, "ayah, tengoklah ammie buat kakak". Tu jerlah...so keadaan terkawal, saya pun takdelah sedih sangat kali ni, ntah rasa cam tak mampu nak handle dah kerja dengan rumahtangga (sebab nak layan dia sakit, kalau masa dia ok takde masalah)
Jadik, tadi bila DPP HQ tanya nak bawak family ke tidak, serba salah pulak, nak bawak ke tidak? Bila fikir sekali rasa taknak bawak. Bila fikir dua kali (pasal Hani) rasa cam nak bawak pulak. hj suka betul masa sihat dulu gi kelantan ni, masa sakit ni tak taulah pulak. So saya katakan ajer nak bawak. Tulah tiba2 petang ni rasa nak call dia tanya nak ikut tak? Tapi sebab ada kerja urgent plak balik jer menembak, ada benda baru plak, operasi lagi...bincang2 ngan pegawai2 kanan, brief oc, dapat green light buat ops esok. 3.30 mesyuarat ops, semua unit saya + intelligence unit jam 5 abis...esok 9.30 gerak! harap berjaya. Susah gak kali ni, nak citer sini tak boleh RAHSIA, saya terpaksa call Mr R di JB mintak bantuan dari aspek law, seksyen mana nak siasat ni?
Jam 5.30 saya call hj, spontan jer saya dail, tak sempat fikir apa2pun, lambat dia jawab, saya buat biasa jer, tanya abang balik tak malam ni? malam nikan malam mesy dia kat sban ni, so dia tanya plak saya kenapa? Saya jawab, takdelah...kalau balik nak prepare beli lauk....emmmmm, oklah..." camtulah kisahnya, tak taulah sampai bila keadaan ni, malam ni jumpa malas nak bangkitkan hal duit, dan hal2 masalah lain, nak diam jer dan tanya nak ikut gi KB tak? 16 April ni nak gi JB dia kata nak ikut tapi saya rasa cam nak naik flight atau naik ekspress jer, atau bawak keter jabatan. Ntahlah bicara sehari bazir masa tul! Bawak hj gi jalan jauh ni selalu dalam tempoh tu kami akan berselisih faham ntah apa2 isulah, tu yang suka gi sorang2...tak pening kepala.
Ada tak pandangan anda yang baca blog ni, kalau sudi bagi pandangan, saya ni elok hidup sendiri ngan hani jer ker atau elok teruskan kehidupan sekarang. Masalah kewangan agak ok, income sebulan dekat RM 4 k, takde masalah besar, ceramah pun sebulan boleh dapat Rm 500. Keter, rumah dah ada, cuma macam rasa takde maknalah hidup berdua, ada duit pun cam tak guna, agaknya hujung minggu balik kampung jerlah... sunyi, takde orang nak mengadu, takde teman nak makan, nak jalan..bla2 (tapi sejak dia sakit ni memang pun semua dah jadi lain, sumer buat sendiri). zalim tak saya kalau saya berpisah time2 dia sakit ni? Saya takutlah fitnah masyarakat, dan saya takut jugak terjebak dengan apa2 masalah perasaan ngan sapa2 plak nanti...sejarah akan berulang...tu yg saya fikir elok bertahan jer... Hani pun saya fikir jugak, jauh ngan ayah nanti...camana eh? Nak istikharah benda2 cam ni tak sedap atilah...
nota tambahan : Merapu sket entry ni, kadang2 'jiwa kacau' saat2 begini...sekadar luahan jer, esok tukar fikiran plak...tulah susahnya fikir sorang2 ni, nak mintak nasihat orang sekeliling hal2 rumahtangga ni malaslah, pusing2 dalam kepala jer benda2 ni sumer, yang membaca ni janganlah pakai sangat apa yg saya tulih nih!
Ni sessi kedua, yang mula2 guna .38mm (lupa ambik gambar), yang ni .9mm, masukkan kelopak dia pastu terus tembak...22 peluruJarak tempat berdiri ke papan target, 15 meterPeserta lain, satu detail 10 orang...Kertas target yang mengecewakan, tapi ada gak 7-8 bjik masuk dalam area hitam tuh...tengok betul2 yer...Para juri bertungkus lumus mengira markah yang berdiri keliling tuh menyibuk jer...Hadiah-hadiah yang semuanya terlepas ke tangan orang lain...huwaaa sodihnya... (sila abaikan wanita mengandung itu kerana pastinya ia bukan saya)
Suara hati dan pemikiran siti detik 4/04/2007 05:24:00 PM 8 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi, Poligami
Tuesday, April 03, 2007
hani
Malam-malam sedang golek-golek, Hani ni payah benar nak tido, dah tido petang rumah Mak Ros agaknya...saya dah ngantuk dan letih plak tu...dia tak bagi saya tido dulu...haaah tulah dia snap gambar dia dari pelbagai sudut...kualiti gambar mengecewakan hanya guna handphone cikai....









Suara hati dan pemikiran siti detik 4/03/2007 06:18:00 AM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Hani
Monday, April 02, 2007
Kalau ini takdirnya, aku redha...
BismillahhirrahmanirrahimAssalamualaikum w.b.tTentu ramai tertanya-tanya, bukan sahaja di blog ini malahan diluar alam cyber ini!Mengapa saya perlu bertahan sejauh ini? Mengapa saya boleh sesabar ini?Apa yang saya tunggu sejauh ini?Kenapa saya mahu bertahan hingga tahap ini?Apa yang saya tunggu pada pak hj?Apa yang saya dapat sebagai isteri?Apa lagi yang saya tidak korbankan?Adakah kebahagiaan akan jadi milik saya kalau saya terus bertahan? Adakah korban saya menerima penghargaan suami?Adakah saya terlalu naif dan bodoh?Adakah saya tak boleh teruskan hidup sendiri?Apa kelebihan suami dimata saya?Apa kekurangan saya sehingga saya sanggup berpoligami?Mengapa saya tak pernah menuntut hak/nafkah saya sebagai isteri?Kenapa saya sanggup berhabisan demi perkahwinan ini?Kenapa dan kenapa dan mengapa dan bila dan siapa dan bagaimana, semuanya persoalan bermain diminda yang membaca....juga difikiran saya.TAPI...Jawapannya...biarlah rahsia...yang saya simpan sendiri-sendiri saja, sampai masa saya dedahkan juga...tunggu masa dan ketika, dimana minda dan kesedaran saya bertaut...untuk memperjuangkan hak saya sebagai seorang isteri dan wanita yang punya harga diri dan punya hak untuk mengecap kebahagian dalam rumahtangga....semoga Allah redha dengan saya dan memberi ruang untuk saya memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri...kearah hidup yang bererti di SANA nanti...
Suara hati dan pemikiran siti detik 4/02/2007 04:46:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Introspeksi
Sunday, April 01, 2007
Cakap-cakap biasa..
BismillahhirrahmanirrahimAssalamualaikum w.b.tApril menjelang, suku tahun pertama tahun 2007 telah berlalu. Amalan masih kurang, dosa pula yang bertambah. Entahlah, apa nak jadi dengan SAYA ini?Akhir-akhir ini macam satu beban difikiran saya bila mengingatkan tentang mati. Baru-baru ini semasa abah dimasukkan ke hospital, hari-hari ada kematian di ward itu. Macam-macam cara dan macam-macam puncanya...Walaupun pelbagai bangsa dan agama, namun setiap kematian itu meninggalkan kesan mendalam di hati saya. Pagi saya datang saya pasti tanya pada emak, si polan, sipolan tu mana? Begitu juga kalau saya telefon mak, tak lupa saya tanya pesakit2 yang tenat sekeliling abah. Bila jawapannya mati, tersentak juga saya...walaupun saya tahu keadaannya pesakit itu sebelumnya memang tenat.Agaknya sepanjang 16 hari abah di ward, antara 5-10 pesakit di situ yang meninggal dunia. Mak lebih tahu, tapi mak nampak tenang saja. Dulu semasa saya jaga suami 10 hari di wad pun hari-hari ada kematian. Saya pun turut sama saksikan kematian salah seorang di situ kerana mengingati mati itu kan tanda orang2 yang bijak?Saat kematian dimana malaikat pencabut nyawa menarik nyawa adalah saat yang paling menyakitkan. Kes yang saya perhatikan betul-betul didepan mata saya masa suami diwad dulu adalah begini....mulanya nafas berombak laju, makin lama makin perlahan, pesakit akan berpeluh dalam keadaan yang sungguh banyak, matanya akan semakin layu, tapak kakinya akan rata dan telinganya dan hidungnya akan jatuh. Saya perhatikan satu-satu tanda-tanda itu.Saya pesankan pada kakaknya, jangan putus sebutkan kalimah betul2 ditelinga adiknya itu, kerana pada masa inilah bisikan syaitan yang paling hebat mengajak anak2 adam mengikut jejak mereka. Akhirnya berjaya juga sikakak yang kebetulannya sakit lutut sekejap duduk sekejap bangun lafazkan kalimah, tapi pada akhir kalam adiknya dia diberi kekuatan berdiri berterusan lafazkan kalimah taiyyibah pada adiknya...Saya risau betul bagaimanakah caranya kita diakhir kalam nanti, mampukah kita mengucap kalimah syahadah? Adakah kita akan diseksa dengan pelbagai penyakit sebelum dicabut nyawa? Atau mudahkan kita berdepan dengan sakaratulmaut? Sungguh, sungguh saya takut bila memikirkannya.Itu cerita mati. Ini pula cerita yang hidup. Bila saya keluar berjalan atau kemana-mana, melihat pelbagai manusia, alangkah insafnya saya, melihat contoh tauladan yang negatif buat saya lebih mengingati mati.Sungguh saya rasa ramai lagi di luar sana yang perlu didakwah. Ramai anak gadis yang bertudung tapi bila angkat tangan sedikit, maka akan nampaklah perut atupun alur bo*totnya. Itu tak termasuk lagi anak dara yang cukup besar tapi bert-shirt saiz budak sekolah rendah. Aduh sakit mata saya...Kalau berjalan ke pusat membeli belah sekali sekala pada rehat Jumaat saya lihat yang lelaki rupanya seperti kita tanpa segan silu turut sama merayau-rayau. Tidak solat Jumaat kah? Yang anak gadis pula seolah tak kisah keluar berdua dengan pakwenya yang sah-sah tinggalkan solat jumaat. tak taulah kalau mereka pun uzur.Kalau dihari lain pula, ramainya yang berpasang-pasang, nampaknya macam pakwe makwe, bukan nak berburuk sangka tapi dah agak lama juga berumahtangga taulah juga saya membeza mana satu dah halal dan mana satu pula masih belum "merasa". Sedihnya kan?Saya ni kalau diikutkan memanglah macam anti sosial. Orang lain berbondong-bondong menonton wayang, tengok konsert, berdatinglah, pakai ikut aliran semasa, saya jangan haraplah...tak pernah terikut arus. Pemikiran saya masih macam orang dulu2, tambah bila dah berumahtangga, lagilah saya tak terlibat semua tu...Hal makan pun camtu jugak, fast food ni kurang juga saya menjengah, terutama bila ada kempen boikot israel...tak nak terlibat dengan yang 'syubhah'. Ayah pun banyak kali ingatkan. kalau barang makan takde halal jangan sesekali beli! Ada jugak yang dah famous dalam iklan saya terbeli dulu2, bila balik rumah terperasan takde logo halal buangkan ajer.Fesyen dan hiburan pun gitu jugak, banyak sangat yang melekakan, anak mudalah yang banyak terpengaruh. Macamanalah suasana yang akan datang ni? Bercambah pula rancangan Realiti televisyenlah, ramai sungguh yang terpesona, ntahlah nak komen pun saya tak tau, tak pernah lagi setakat ni AF saya tonton, dengar dan baca di media massa jer. Orang nak kata ketinggalan, katalah.Bagi saya, takde ruginya saya tak tau tu semua, Sayapun bukan ada bergaul dengan masyarakat sangat, kerja macam saya ni, benda2 tu semua tak tau pun takpe, banyak benda lagi kena tau. Rasanya benda2 tu kalau taupun mematikan hati lagi agaknya, sekarang ni pun tak banyak tau hal dunia yang 'lagha' pun cepat lupa juga.Esok dan lusa ni ada jemaah wanita dari Sri Lanka nak datang dekat rumah jiran saya ni, harap diizinkan Allah lah saya dapat menghadirkan diri ke majlis ilmu tu. Selasa dan rabu nak berjuang menembak pula. Doalah saya dapat menang salah satu kedudukan 1-10, dapat juga hadiah.Tahun lepas masa acara ni, 26 Jun hj baru jer kena stroke, saya ada dihospital tak dapatlah menembak. Saya ni bukanlah sharp shooter, tapi bolehlah tahan kalau tembak orang tu kenalah kaki walaupun tak kena kepala. Saya suka acara falling plate banding acara tembak papan target! Dan saya suka tembak pakai revolver banding pakai .38...Hani makin okay seminggu ni, ada banyak perubahan. Betullah dia memang perlukan sangat perhatian saya, saya ni yang tak betah melayan anak kecil, cepat jemu! tapi semalam dan hari ni full time melayan dia, dia pun serba salah nak mengamuk dan melawan saya. Syukurlah. Ayah amsih protes, takde apa-apa berita, saya pun camtu jugak, berdiam-diam tu lebih baik. Nak tunggu siapa yang mengalah dulu, atau siapa yang insaf dulu. Adakerrr????
Suara hati dan pemikiran siti detik 4/01/2007 08:33:00 PM 5 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam

No comments: