Thursday, December 11, 2008

Feb '07

Wednesday, February 28, 2007

Realitinya...

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Cerita Kerja

Semalam langsung tak boleh buat apa. Saya memaksa diri lagi! Saya tahu dalaman saya sudah tak tertahan lagi walaupun saya cuba bertahan seboleh mungkin. Terus diterjemah kepada kesan pada fizikal. Semalam, saya pening seharian, di pejabat saya cuba bertahan, duduk di bilik mesyuarat...melaksanakan tugas semasa yang semakin banyak dari sehari ke sehari.

Perjalanan balik kepala pening tak boleh dibendung lagi, tekak terasa tersekat oleh sesuatu yang seolah-olah mahu dikeluarkan waktu itu juga tetapi tersangkut...saya harap sangat dari solat zohor yang isi perut saya akan keluar sendiri tapi semasa memandu kereta dengan keletah Hani yang tak terhenti-henti memaklumkan yang dia tak mahu pulamg ke rumah tetapi mahu ke kedai membeli CD sehingga darjah kemarahan saya naik ke kepala sekaligus membuat isi perut saya keluar semuanya. Bergegas saya berhenti kereta di tepi jalan, segala isi perut terburai keluar (sorry...kalau geli tapi itu realitynya).

Selepas perut kosong terasa mahu makan benda masam dan saya singgah di kedai makan nasi kosong dan tomyam campur. Rupanya hanya lapar di mata, tekak masih tak boleh terima. Makan juga sambil memaksa diri dan hani untuk makan juga. Sampai di rumah Hani mengamuk lagi sebab tak dapat beli CD sebagaimana kehendaknya. Saya terus masuk ke bilik air untuk wudhu' rupanya sedikit makanan yang masuk tadi keluar lagi. Sedang Hani pula masih di kereta tak mahu keluar, saya biarkan sahaja, tidak mampu, melayan diri yang tak tentu hala sambil melayan Hani yang makin menggila mengamuknya. Terus solat maghrib sambil Hani menangis sayu dalam kereta.

Tak mampu..memang betul-betul tak mampu handle perkara ini seorang diri tapi pengalaman sebelum-sebelum ini banyak mengajar saya. Dulu2 lagi sakit/demam teruk, sedang Hani masih baby, saya gagahkan diri juga...seorang diri dan sekarang dalam sakit masih tetap saya Allah takdirkan seorang diri juga seperti dulu-dulu. Usai solat saya kembali ke kereta terus pujuk dan bawa Hani ke bilik, mujur cepat baiknya, bukakan CD dan saya ambil minyak cap kapak dan dengan baju-baju kerja (sesungguhnya saya memang tak upaya lagi...) terus baring dan tidur kerana tidurlah yang paling menenangkan diri pada masa ini.

Sambil melelapkan mata saya sempat SMS suami..."wa sungguh2 sakit sekarang, muntah melambak2". Selepas beberapa minit saya menerima panggilan suami, berpesan apa yang patut. Syukur, ada juga yang mengambil berat. Seketika kemudian terima panggilan dari rakan setugas di pejabat, hal kerja lagi...kerana sakit yang amat sangat dan tahap tugas tidaklah urgent saya jawab pendek dan matikan telefon terus...sambung tidur lagi.

Bangun selepas itu saya nampak dalam kesamaran jam menunjukkan ke angka 6, sangka saya sudah pagi, rupa-rupanya saya tersilap kerana baru 12.30 malam dimana jarum jam 12 dan jarum jam 6 itu seperti satu jarum yang panjang, sudah lama benar saya tidur serasanya. Hani tidur jam berapa pun saya tidak sedar hanya yang saya tahu beberapa kali dia menyondol kepalanya di bawah ketiak saya kerana memang itu amalannya seperti anak koala yang melekat di tubuh ibunya. Bukan anak yang naif ini tahu saya sakit atau sihat yang dia tahu saya mesti sentiasa berada di sisinya. Menyayangi dan memeluknya setiap masa TANPA gagal.

Pagi ini, saya bangun dengan harapan pening yang masih bersisa, rupanya tidak, bahkan pening yang semakin menggila! dengan perut yang lapar (semalam isi nasi dan tomyam semua telah keluar) saya gagahkan diri ke pejabat juga. Memang bukan amalan saya untuk MC atau cuti kecemasan. Apatah lagi hari ini mesyuarat bulanan pertama pengarah baru. Rombakan 'kabinet' dan kehadiran saya sesuatu yang perlu. Singgah ke kedai dan membeli sebotol mineral, roti Gardenia 50 sen itu dan sepapan panadol. Dalam kereta sumbat roti itu sebagai alas perut sampai ke pejabat terus menelan 2 biji panadol.

Sesampai2nya terus menghadiri mesyuarat sambil sempat sebelum tu mengatur pegawai untuk kes baru hari ini dan urus pegawai untuk operasi petang ini...mesyuarat sehingga jam 1 dan sekarang hampir maghrib saya masih di pejabat dan ambil sedikit masa untuk update entry. Tak tertahan rasanya, komitmen mengupdate entry pun sudah jadi disiplin saya sejak akhir-akhir ini.

Itulah cerita saya dari semalam hingga hari ini, kira cukup lama lah tuh saya tak menjengah blog.

Cerita suami.

Semalam pagi saya sempat call suami bertanya kenapa dari Rabu hingga Sabtu nak ada di rumah saya? Rupanya realiti sebenarnya dia menghadapi masalah kewangan. Bukan semata-mata berdasarkan tafsiran saya yang dia sebenarnya mahu berdekatan Hani. Kasih dan kasihan saya sungguh padanya. Tak berkemampuan rupanya nak berulang sendiri dengan kereta 2000 CC dan tol lagi. Hari rabu dia menumpang orang ke mari dan hari sabtu juga akan menumpang orang balik ke PD. Sebagai langkah berjimat cermat katanya. Saya mahu juga membantu, tetapi masih berkira-kira juga... bukan tidak kasihan ...sungguh-sungguh kasihan tapi apa kan daya saya.

Dia minta bantuan saya untuk mencari orang dalam (saya kenal satu orang boss besar di TM) untuk mempercepatkan permohonan pencen hilang upaya. Dari bulan 10 perkeso medical board dah luluskan dia untuk pencen Ilat malangnya TM taknak lepaskan dia dan nak minta dia kekal bertugas (dioffer untuk dipindahkan ke cawangan dekat rumah saya) dan akan diberi tugas-tugas ringan tapi Pak haji tak mahu langsung bekerja lagi. TM mahu skill yang pak haji ada tu digunakan sebab bukan senang mereka nak latih orang baru dengan skill yang suami dah ada. Itulah semata-mata alasan mereka menurut Pak haji! Sekarang bukan separuh gaji lagi tapi suku gaji agaknya yang diberi, itupun entahkan sampai entahkan tidak.
Saya serba salah nak call boss besar takut dikatakan saya menggunakan pengaruh dan jawatan saya pula...kalau tak dinyatakan dari mana saya entah2 tak dilayan pula...

Realitinya pada masa ini saya sendiri tak mampu nak khidmat pak haji sebagaimana sepatutnya terutama sewaktu dia sakit sebegini. saya kena akui hakikat ini. Otak saya sangat serabut dengan kerja, memang saya tak boleh balik awal, tak larat nak masak, takde tenaga nak khidmat sepenuh masa siang dan malam! Saya takut saya yang give up dan kecewa kerana ketidakmampuan saya handle dua perkara dalam satu masa . Bahkan semalam baru saya berbicara dengannya via telefon mengatakan allah s.w.t bagi dia sakit tepat pada masanya! Dikala saya sibuk begini dengan pengarah yang baru dan saya dengan jawatan dan tugas baru. Dan Pak Haji ketawa besar sambil tanya saya secara berseloroh , "ooohhh selama ni wa yang doakan abang biar sakit yer?"


Tidak sama sekali, tapi Allah memberi memang ikut kemampuan kami seperti entry saya sebelum ini, saya tak boleh main2 lagi, saya tak mahu orang kata makan gaji buta, buat kerja tak sepadan gaji dan kredibiliti saya dimata orang bawah jadi goyah. Saya tidak bercita-cita tinggi tapi realitinya saya kena ikut arus kerjaya saya, suka atau tidak! Sebagai penguatkuasa saya tak boleh biar anak buah buat kerja sedang saya goyang kaki di rumah, dengan alasan suami ada di rumah. Macam2 dilemma saya, cuma malas nak cerita, orang bukan faham, sedang suami saya yang 6 tahun kahwin pun adakalanya masih tak faham-faham kerja saya...

Kesimpulan :

Dulu saya juga alami pening berpanjangan dan muntah2 begini terutama bila ada di pejabat. masuk ke pintu pejabat saya akan meloya. dari dapur rumah (kuarters) pandang ke pejabat pun saya boleh pening + loya2. Bila ke klinik, doktor tak dapat mengesan penyakit saya, kerana semuanya normal! Tapi hasil temubual doktor terhadap background saya, doktor minta saya belajar kontrol tekanan kerana saya rupanya "stress" dengan kerja + rumahtangga. Dulu, tahun 2002-2004, saya juga kerap menghadapi masalah ini semuanya kerana tekanan kerja + rumahtangga, hanya ubat vitamin + ntah apa2 ubat agaknya serta MC dan rehat secukupnya serta kekuatan dalaman saya menyerap tekanan berupaya menghilangkan penyakit ini. Kali ini stress ini berulang lagi agaknya...
Suara hati dan pemikiran siti detik 2/28/2007 03:21:00 PM 6 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi

*****************************

Tuesday, February 27, 2007

Demi Hani

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Rupanya kita tak boleh memaksa diri, letih jadinya. Saya fikir saya mahu menghadap PC balik ke rumah semalam, tidak mampu rupanya, letih yang amat otak saya agaknya menjangkit ke badan, walaupun saya tidak ke mana-mana, terperap sahaja antara bilik saya dan bilik mesyuarat, lagi letih badan, mengadap manusia dan dokumen dan fail dan laptop dan fakta dan akta menyababkan mata saya menjadi merah pagi ini dan kepala saya sedikit pening menyebabkan jam 10 malam saya terpaksa melayan keperluan mata.


Balik jam 8.00 malam dengan perut yang lapar menyebabkan saya terbayang2 masak asam pedas ikan dalam peti ais tu, jadi singgahlah kami berdua ke pasar malam depan rumah jer, beli terung dan tomato, tapi sampai ke rumah dah tak berdaya nak masak pulak. Perut pulak dah terisi dengan keropok lekor dan kuih wade sudah terasa kenyang...


Hari inilah agaknya menu asam pedas baru dapat di masak, dalam sibuk2 kerja, suami telefon dan entah dari mana dia dapat ilham agaknya tiba-tiba katanya dia akan bermalam di rumah saya dari Rabu berterusan higgalah ke hujung minggu. Apa yang saya boleh ucapkan? Alhamdulillah...


Dia kata dia kasihan pada Hani bila saya mengadu sebulan dua ini yang Hani langsung tak beri saya buat kerja lain selain mengadap dan duduk bersama-sama dia~ baik makan, main, menonton cd/tv dan apa sekalipun sehingga menyebabkan kami berdua selalu 'perang". Bayangkan saya mengadap PC pun dia mahu duduk di atas pangku saya...panas hati juga kalau lama-lama,kan? Agaknya ayah dapat rasa betapa Hani takde tempat bermanja selain saya...


Lantas...itu yang buat ayah berfikir jalan keluarnya dan itulah datangnya hasrat dia mahu duduk lebih lama di rumah saya. Cuma saya yang risau bagaimana agaknya mereka berdua di rumah sedang saya pula bekerja. Kenalah saya masak awal pagi dan siapkan segala untuk mereka berdua. Hani sudah pandai mandi sendiri, pakai baju sendiri, buka cd sendiri dan boleh juga jadi teman bicara. Ayah juga memang lama dah boleh mandi dan pakai baju sendiri cuma saya kena siapkan awal semua tu. nantilah saya fikirkan untuk mengubah apa2 yang sesuai supaya ayah takdelah perlu bergerak banyak sangat kalau nakkan sesuatu~ nak buat air sendiri ataupun susu Hani.


Cuma saya yang mungkin rasa bersalah dan risau memikirkan mereka dua beranak di rumah sedangkan saya pula di pejabat. Dan saya juga bimbang dapatkah ayah mengawal hani bila pergi ke surau Zohor dan Asar. Hani tak buat masalah besar cuma dia kalau keluar jer dari rumah MESTI cari toilet, acapkali pegalaman dia ikut ayah ke surau (lepas ayah kena stroke) mesti nak gi toilet, sampai saya terpaksa pakaikan dia diapers sebelum ni sebab taknak susahkan ayah.


Takpelah tunggu sahaja khamis ini... mungkin ia bagus untuk Hani agar lebih dapat bermanja dengan ayah. Kalau rasa susah mungkin saya akan berkorban agaknya, biarlah ayah bawa sahaja Hani ke rumah Kak A sampai Jumaat, Sabtu balik ke sini demi merapatkan hubungan Hani dan ayahnya.
Suara hati dan pemikiran siti detik 2/27/2007 07:16:00 AM 7 cetusan hati
Cerita tentang; Hani

*****************************

Sunday, February 25, 2007

Atas nama kasih ini...

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t


Semalam zohor ayah call bagitau dia akan balik ke rumah saya selepas asar. Saya yang telah sedia menanti si suami...menunggu dan terus menunggu sehinggalah ke jam 7.00 malam. Sebelum maghrib saya menelefon sekali lagi, rupanya dia dalam perjalanan dari PD ke masjid di sini (markaz) dan meminta saya mengambilnya jam 10.00 malam.
Hani yang memang saya kerah tidak tidur di siang hari supaya malamnya dapatlah saya ikram si ayah disiap-siapkan awal supaya dia tahu yang malam ini dia akan jumpa ayahnya. Dari jam 8.00 malam dia telah disiapkan sementara diluar pula hujan lebat mencurah-curah dengan petir sabung menyabung.



Dia sudah borrring...dari maghrib ammie dah siapkan...hujan pulak lebat diluar!



Sedihhh...rindu ayah...cepatlah ayah balik....


Ayah napa tak balik lagi nih...tak sabar lama2 dia call ayah ~ berlakon jerr lebih nih!



Lambat sangat ammie nih ambik ayah...main baliklah...

Hajat dihati nak ke pejabat mengambil Laptop untuk dibawa ke ceramah di PD pagi ini terbantut kerana hujan yang terlalu lebat sementelah Hani baru betah dari selesema. Tepat jam 9.30 kami berdua keluar terus ke masjid dan sampai tepat jam 10.00, telefon ayah dan ....nampaklah ayah yang bertongkat berjalan ke arah kereta saya sambil dipayungkan oleh seorang hamba Allah yang sungguh mulia hatinya. (bahkan biasa juga masa awal ayah kena stroke dan masih mahu ke markaz kawan2nya sanggup mendukungnya dari masjid ke kereta saya~syahdunya saya melihat!).


Ambil ayah dan terus saya singgah di pejabat mengambil laptop dan pen drive serta surat jemputan ceramah. Hujan masih lebat dan perjalanan balik Hani sibuk pula mengadu lapar, saya singgah ke 7-11 dan sempat juga menmbar majalah dan beberapa jenis roti dan air. Setiba di rumah, Hani sibuk pula menginterview ayahnya dan ayah pula sibuk memanjakan diri mengurut tapak kaki dan kemudian berpindah pula ke kerusi urut.


Saya pula sibuk mengedit nota ceramah, dalam pada itu jam dah pun menjangkau ke 12 tengah malam. Peliklah pulak melihat si Hani masih segar-bugar seharian tak tidur, tambahan pula petang tadi semasa berkemas terjumpa mainan plastesin (tanah liat) beserta acuan pelbagai binatang yang mana mainan tu saya beli semasa dia masih kecil sangat, yang banyak mainnya anak-anak tiri sayalah dan dia pun dah terlupa agaknya, tulah yang seronok sangat sampai terlupa ak tidur, ammie pulak masih dok mengadap PC.


Adalah agaknya jam 12.30 tengah malam dia buka CD pulak dan dalam pada tu, saya tengok dah tertidur dah. Pagi ni seawal jam 7.00 pagi dalam keadaan masih tidur saya dah angkut dia masuk kereta. Siapkan semua barang-barang~makanan, susu dll saya bergerak ke PD bersama Hani dan ayah. Ceramah jam 8.30, sesampai di sana berbasi-basa dengan penganjur dan terus masuk ke dewan. Hari minggu memang tak sesuai berceramah, pulak tu dalam tempat tersorok jauh dari jalan besar.


Kasihan juga melihat peserta, pegawai-pegawai belia, lebih seratus orang, rata-ratanya 40 an, pasti mengantuklah mereka kalau tak kena caranya, terutama yang duduk jauh di belakang. Last-lastnya, bukan ceramah jadi medan mengadu masalah pulak mereka gayanya...macam2 masalah kerja, saya mampu tersenyum dan suruh mereka doa banyak2. Dan lagi, saya kata takpe kerjalah sambil ingatkan adanya ganjaran pahala, masa depan belia atas usaha anda membentuknya....


11.00 pagi saya siap dijamu minum. selesai minum ayah dan Hani dan menunggu. Rupanya dalam banyak perkara, persalinan Hani saya terlupa, menurut ayah, dia bawa Hani ke pantai melihat laut apabila dia bangun rdan rupa-rupanya dah basah seat belakang, tersasul si Hani tak perasan agaknya. Ayah bawa dia ke masjid dan ayah basuhkan seluar dia...mana gayalah agaknya? Masuk kereta lihat hani berbaju saja, seluar tiada!


Program tergendala, kalau Hani ada pakaian mungkin bersantaian di tepian pantai, tapi memandangkan keadaan Hani sebegitu, maka saya tak bercadang berfoya-foya, dan nak ke kedai belikan dia baju membazir pula. Jadi, kami cadang singgah ke kedai untuk minum, ayah pulak hanya menjamah roti jagung sahaja pagi ini. Tapi sampai ke kawasan pekan PP, saya ternampak pula pasar, terus ajak suami bila dikata ada ikan segar baru naik.


Waaah...memang betullah, banyak ikan baru naik, cencaru, pari, sembilang, gelama, selangat, ketam, duri, jenahak dan ada dua tiga ikan yang masih jernih matanya dan berlendir badannya. Saya yang terbayangkan betapa manisnya kuah kalau ikan ini dimasak segar-segar terus terpegun sambil-sambil menginterview penjual tu (kawan suami juga rupanya), memang sah semuanya baru naik malam tadi...dan ada yang pagi ini.


Geram betul saya tengok anak-anak ikan baru naik ni, berkilat-kilat sisiknya dan jernih sungguh matanya. Ketamnya pula masih bergerak-gerak sepitnya. Saya yang terbayang-bayang betapa manisnya kuah ikan yang segar ni kalau dimasak terus membeli 2 ekor cencaru, 3 ekor ketam, beberapa ekor anak ikan selangat, dan suami pula dioffer penjual (kawannya) seekor ikan yang bersaiz sebesar peha perempuan dewasa (agaknya), dan dipotong kecil dapatlah semangkuk besar (2/3 untuk kak A dan 1/3 untuk saya), seekor lagi ikan apa ntah...macam ikan jenahak tapi badan dia bulat lagi, sebesar lengan saya agaknya ikan tu yang kemudian suami bungkus untuk saya (ehhh...ingatkan untuk Kak A???)


Saya musykil jugak sebab biasa suami memang tak beri saya beli ikan banyak-banyak sebab kami (Hani dan saya) ni bukan makan kat rumah sangat tapi agaknya suami pun geram tengok kesegaran ikan tu dia pun order untuk saya sambil tu sempat gak dia kata, "masak kari atau masak lemak cili api sedap ikan nih...". Saya jawab..." okay..giliran nanti saya masak untuk abang, yer..."


Hani memandangkan keseksian yang amat sangat tinggal dalam kereta jer...kami dualah yang sibuk membeli belah ikan. Berbungkus-bungkus saya bawa, siap asingkan untuk Kak A dan untuk saya. Lepas tu, degan Hani dah seksi sangat seluar ayah basuh pun tak kering, dengan ikan melambak belakang kereta, maka saya putuskan dengan suami, "abang balik rumah kak A jerlah..saya balik rumah terus...tak sabar nak masak nih..".


Dalam hati dan sempat juga luah pada dia sebenarnya saya cadang nak bawa dia ke Jasin berurut dengan Imam Mazlan, tapi nampaknya macam tak sedia, saya kata takpe lain kali jerlah...lagipun katanya, semalam petang dan pagi nih ubat masih tak makan lagi...kasih dan kasihan juga saya. Jadi jam 1.30 saya dah berada di rumah saya semula. Pack-pack dan asing-asingkan ikan-ikan tu semua dalam pack kecil2 untuk satu pack balut paper ada 3 ketul ikan dan masukkan dalam tupperware sumbat dalam peti ais.


Lepas solat Zohor saya pun perah santan, masak nasi, kemaskan ketam (dah mati dah, beli tadi menggelitik juga sepitnya tuuu) dan wowww bestnya makan nasik panas-panas dengan ketam masak lemak cili api ditambha pula goreng ikan selangat tu garing-garing. Untuk Hani saya gorengkan dia seekor ikan cencaru (pun masih segar lagi).


Itulah aktiviti kami hari nih, walaupun ayah dah balik terpaksalah berlapang dada bila ayah pilih ke sana, tapi terubat juga sebab ayah dah layan ammie pergi pasar, dah hantar pergi ceramah dan juga tolong jaga Hani dua jam masa ammie ceramah tu. DAN yang penting sekali ayah dah bermalam di sini. Tu dah lebih dari memadai. Beginilah poligami...kalau suami boleh dibahagi dua saya dah lama buat agaknya!
Suara hati dan pemikiran siti detik 2/25/2007 07:03:00 PM 14 cetusan hati
Cerita tentang; Rumah

************************

Saturday, February 24, 2007

Memahami keutamaan...

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Memandangkan saya terasa seperti saya telah dihinggapi sindrom ini terutama pada weekend sebegini sepertimana yang adik ini pernah buat dalam entry dia tajuk : BLOG ATTACHMENT SYNDROME, maka saya terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga (preventive better than cure) dan saya dengan rasa dukacita dan berat hati, terpaksa belajar mengurangkan aktiviti berblogging ini sementara waktu (kalau cepat siap kerja saya copeklah saya blogging semula). DAN saya kena belajar memahami keutamaan (ada buku tajuk :Fiqh Awlawiyyat...Dr. Yusof Al Qardhawi, baca tak habih2 lagi nih)


Saya sentiasa bercambah idea dan macam2 nak tulis dari segi nak buat posting baru nih sehingga satu tahap saya rasa nak buat 2-3 posting sehari tapi dibimbangi timbul tohmahan tak diingini hasil "kekreatifan" saya ini maka saya belajar berlapang dada dengan satu posting sehari. Tambah pula aktiviti di rumah sememangnya free...mengadap PC pulak jadik keutamaan.

WALHAL... sewajarnya saya seperti dulu... dahulu saya akan membawa pulang kerja2 pejabat yang memang tak mampu dilangsaikan semasa office hour untuk dibuat di rumah, tapi kini sebab ada aktiviti ini saya kadang bawak pergi dan bawak balik ajer beg pejabat tuh... sebab blogging plak saya utamakan... hancusssss kerjaya kalau camni..(melambak kerja kat pej tu... untuk dibaca, diteliti, dikaji dan dibincang dengan mentor dan diminit semula kepada tuan punyanya... aduhhhh fikir pun dah loya tekak saya!)


JADI, petang ini Pak Haji balik, esok pulak kena gi PD bagi ceramah, mungkin bermalam di sana (sambil coti2 ngan Pak Haji dan Hani), maka sesuailah sangat saya melatih diri menjauhkan hubungan saya dengan PC ini... sebelum ditegur, dinasihati atau diperli oleh Pak haji.. biarlah masa mengadap dan melayan PC ini secara ekstreme dalam tempoh 40 hari nih saya gantikan dengan melayan Pak Haji dan Hani secara TOTAL!

Apapun saya akan merindui sangat2 aktiviti menulis entry2 terbaru...

~Wassalam~
Suara hati dan pemikiran siti detik 2/24/2007 01:56:00 PM 1 cetusan hati
Cerita tentang; Rumah

**************************

Friday, February 23, 2007

six weird!

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Kak Luna dan KakLong 'tag' saya, dan sebagai tanda persahabatan saya membuat sedikit 'homework' dan inilah yang sempat difikir masa 'lunch hour', kalau fikir berhari-hari lagi mahu penjang berjela entry nih...

1. Tak kisah duduk dalam sepah/serabut kerana pada saya dalam kesepahan dan keserabutan itu ada keindahan dan kekreatifannya.
Kalau meja pejabat kemas atau rumah kemas sangat2 saya tak boleh nak buat kerja, rasa nak duduk rehat jer..malas nak usik apa-apa...katil pun camtu, kalau dah kemas (master bedroom)...jangan harap ada orang boleh bergolek2..."abang...silakan baring di bilik tetamu..., katil yang ini untuk tidur sebelah malam jer yer bang.." tapi kalau dah memang sepah ngan mainan Hani/bantal2 tu lantak jerlah tunggang terbalik pun saya tak marah...time dah nak tido betul2 yg peliknya saya mesti clearkan balik siap tukar cadarnya/comforternya sekali. di u dulu saya siap wakafkan katil saya utk sapa2 baring & rehat sementara tggu class (bilik saya markaz tmpat rakan sejemaah berkumpul)...dan pasal dah wakaf sepah camana pun saya tak kesah...suker jer...siap tetamu tido atas katil saya plak tido bawah...

Rentetan dari kepelikan pertama itu, saya ada satu sifat kontranya (utk cover sifat kat atas tu). memandangkan saya bukan kaki kemas maka suami sangat2lah faham...kalau sepah tu dia malas nak tegur dah...jadi dia selalu jugak surprisekan saya kata ada tetamu nak datang.

2.Yang peliknya sepah sebulan dalam sejam saya boleh clearkan...siap mop lantai lagi...terkejut member mula2 dulu...
Sekarang dia (pak haji) tak pelik dah tapi jadik kagum pulak kerana kecekapan pada tahap "maksima" mengclearkan apa sahaja sehingga terbeliak bijik matanya...(skill tersembunyi: biasanya satu bilik akan menjadi mangsa menyumbat apa sahaja, tetamu balik baru clearkan part nih!) buruk tul perangai....tapi suami kata camni kena suh tetamu selalu datang rumahlah...

3. Saya akan memaki dengan kata2 (si*l, sun*al, ba*i, celak*, tak g*na, Bul*shit, bask*t, dan seangkatannya)
Ini kalau dah geram sgt pada orang/keadaan tertentu/frust/sedih/ menyampah / stress/depress tapi kata-kata ini saya tak pernah ucap masa kejadian berlaku malah depan suami/hani pun tak pernah, kata2 ini hanyalah diucapkan secara perlahan dan berhemah serta lemah lembut sambil memutar-mutar stereng kereta masa drive sensorang selalunya, kalau orang kenal saya mesti tak caya, pasal saya bukan jenis cakap macam ni, dan tak pernah cakap kata2 negatif ni..tapi nilah cara saya releasekan prob sekeliling...(doa/solat/zikir..memang rutin cuma yg ni jadik automatik bila tension)... sebenarnya ni mula dari 2002 terpengaruh dengan seseorang susah plak nak buang sekarang...jadik habit. Trylah...dalam kes ni takde sesapa jadik mangsa..hanya stereng keter jer..

4. Saya suka menyorokkan/menyembunyikan diri kalau saya rasa saya tak boleh/malas/tak sesuai emosi utk jumpa orang.
Kes ni kalau kat pejabat, saya duduk dlm bilik saya akan kunci pintu, padam lampu, ketuklah macamana pun saya buat tak tahu, telefon pej saya angkat gagangnya letak atas meja. Tapi hanya saya buat waktu lunch hour dan after office hour. Biasa sangat orang carik saya kat bilik waktu camni...nak discusslah apalah... pasal tengok keter saya ada lagik kat parking, diaorang tau saya tak balik lagi...tapi kalau diorang call hp saya jawablah...tanya pentingke tak? Kalau kat rumah plak nasib tak baiklah jawabnya kalau sapa datang umah saya tengah mood teruk, bagilah salam kat pagar tu...call handphone sure saya akan buat tak tau jugak...sebab kalau bgtau sy ada rumah tapi taknak terima tetamu nanti kecik ati plak, kalau angkat telefon kena cakap tipu2 sikit...malaslah. Saya ignore jerk...anda boleh buat tak camtu? Pengalaman mengajar saya...baik takyah jumpa kalau rasa banyak datangkan keburukan dr kebaikan...duduk diam2 dalam rumah time mood down adalah terapi terbaik buat saya....

5. Saya mampu/boleh tak tidor lebih 24 jam (rekod 3 hari 3 malam tak tido pun pernah) ...
Biasanya adalah dalam sebulan sekali (malam tadi pun saya berjaga), macam dah jadik habit pulak...bukan buat apa pun, tengok TV, menjahit ke, surf internet ke...kemas rumah ker atau basuh baju sampai masa solat subuh terus gi office dan buat kerja macam biasa. Cubalah bagi yang tak biasa..lain rasanya berjaga seorang diri di malam hari...relax dan aman sambil berfikir2 tentang hidup dan muhasabah apa yang patut...tanpa gangguan bunyi kereta dijalan dll...enjoy your time, naknya macam saya basuh baju kat laman belakang nampak bulan/bintang semua dengan tiupan angin..syahdu jer...tapi nih kena kuat semangat orang penakut takyahlah cuba. Suami saya pun tak tau habit saya nih..malas citer kat dia..saya buat masa dia takder jer...bagi yg ada suami setiap malam tu tak sesuailah kot...

6. Rentetan dari itu juga, saya berani duduk di office sensorang buat kerja sampai 2,3,4 pagi kalau ada mood dan keadaan memaksa dengan hanya ditemani seorang jaga di pondok pengawal
Sampai kena tegur dengan adik pengawal tu, "eh...akak tak takutker sorang2...akak sorang jer yang buat camni kat office ni... tak pernah orang lain balik lambat camni"...Hah, Saya jawab selamba "kau diam..nilah namanya 'hantu syok buat kerja' dah datang, ko jangan cakap kat oghang lain...akak balik lambat..nih rahsia kita". Kadang bukan apa, malu jugak orang tau buat kerja sampai pagi macam banyak sangat kerja walhal bukan boleh claim OT pun tapi tulah yang peliknya saya ni...suka buat kerja sensorang kat off time ni senyap dan aman dan kerja pun lancar... dan masa nih saya tak akan ambik Hani...suka2 jer suh Mak ros jaga mentang2lah Mak Ros tak penah complaint!...

Kesimpulan: Banyak lagi pelik saya nih...yang lain dari lain...tapi banyak sikap buruk yang tak patut dicontohi...banyak kelemahan lagi saya nih...sendiri simpan udahlerrr..
Saya tak tag sapa2 pun pasal tak ramai yang kenal (rapat) saya pun...
Suara hati dan pemikiran siti detik 2/23/2007 12:31:00 PM 11 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam

****************************

Thursday, February 22, 2007

Hikmah disebalik ujian ini...

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Ni entry panjang...ada unsur2 keberterus-terangan yang tidak berselindung... dan mungkin juga tak sesuai utk bacaan "orang2 tertentu"!

Hari Rabu minggu depan Pak haji balik. Sekejap jer dah 40 hari tak perasan masa berlalu. Sepanjang malam dan pagi ni otak berputar-putar memikirkan apa kelebihannya (baca: hikmah) semua kejadian yang berlaku pada kami. Dan kini saya seolah sudah nampak kelebihannya (baca: hikmah) pada kami semua, macam-macam ada terpulang pada interpretasi masing-masing, tapi inilah yang ada dalam minda saya:

Pak haji (Ayah)


Lama dulu ayah beriya-ia nak VSS (berhenti kerja secara sukarela dgn dibayar pampasan) tapi bila solat istikharah macam tak nampak petunjuk pulak, tu ayah yg kata! So lepas TM offer beberapa kali ayah masih tak dapat buat keputusan so kerjalah terus tambahan pulak anak bertambah (madu saya yg menambah anak!), tanggungan pun bertambahlah juga. Di pihak saya kalau dia berhenti ok jer, takde bantahan tapi kalau kerja pun okay juga...(dalam hati suka kalau dia kerja, so takdelah masa banyak sangat kat rumah madu saya...sangka buruk jer saya nih...). Suami pun masa tu tak confident kalau dapat duit sedebuk tu boleh manage atau tidak sebab dia takde set-up apa-apa bisnes lagi...




Rupa-rupanya Jun 2006 hajat dia untuk berhenti kerja tercapai dengan setelah Allah ambil nikmat bergerak sebelah badannya yang sekaligus memaksanya meletak jawatan. Kebetulan pula ayah sudahpun melunaskan bayaran hutang rumah dan loan kereta dengan TM pada tahun 2006 juga [macam ayah tau-tau jer] dan menjadikan dia takde terhutang apa-apa dengan TM lagi setelah sevis lebih 27 tahun. Dan lagi, kini ayah takdelah dapat duit sedebuk sekaligus sebagaimana kalau dia VSS, tapi dia akan dapat pencen hilang upaya secara bulanan, mungkin 2/3 daripada gaji dia, dan saya rasa ini memadailah dengan perbelanjaan dan tanggungan dia nanti, ditambah pula dengan bayaran sewa rumah dia...cukuplah tu,kan? Makan dan pakai secara sederhana...




Zaman ayah kerja dulu dia sangat-sangat berazam nak keluar jalan Allah tapi sebab kekangan kerja, cuti tanpa gaji yang dipohon acapkali ditolak mentah-mentah tak seperti dulu, semasa beban kerja tak seberat ini. So, hikmahnya sekarang asbab ujian sakit ini, ayah dapat lunaskan apa yang tak dapat dibuat masa zaman bekerja dulu. Kami isteri-isteri turut faham apa yang ayah idam-idamkan selama ni dan selebihnya kami serah pada Allah s.w.t menjaga kesejahteraan dan kesihatan ayah.




Madu saya (kak A)




Dulu dia banyak duduk di rumah, urusan ke pasar, hantar anak sekolah banyak Pak haji yang buat (sebab sekolah dan office pak haji berdepan jer), part ni saya cukup jeles kat madu saya ni (bukan sedikit ni...) yerlah pompuan kan tempatnya di rumah antara 4 dinding, jadi terpeliharalah dia dari membuat dosa (kalau betullah) dan dia pun banyak dapat buat amal dan dapat pulak khidmat suami begitu 'bagus', so saya pulak keluar rumah hari2..macam2 dosa nih (sedang belajar kurangkan). Dah tu selalu sangat kena tegur suami macam2 tak kena (aurat/akhlak tak ikut syariatlah selalunya jadi isu teguran dia) sedang Kak A dimata saya sempurna akhlak dan jaga syariat sepenuhnya macam yang suami mahu. Jeles ni tapi susahnya nak berubah, banyak sangat godaan kalau keje...paling kurang muka nak kena jgk pakai kaler2 kalau ada event/meeting/seminar ker...





Disebabkan suami sakit ni Kak A kena keluar rumah juga, semua urusan dia kena buat sendiri, hantar anak, ke pasar, segala-galalah urusan mak nenek sumer kena buat, dah pak haji cam tu kan?. So barulah adil (pada sayalah)...takdelah saya jer yang penat dia relax (jahat dan buruk sangka lagi nih), dan dia juga khidmat suami pulak sekarang, dulu suami selalu teman dia kalau bawa anak (baby) gi klinik (utk jaga anak kecik lain), sedang saya (yang teramat2 berdikarinya) semua buat sendiri. Sekaranglah masanya Kak A pulak bawa suami gi hospital dan dialah supirnya. Hah...saya pulak relax pasal appointment dia time saya kerja. tapi jeles gak ni saya pun nak gak susah sama2...pas ni next appoinment saya cadang nak ambik cuti.

Alhamdulillah juga, lepas saya bersalinkan Hani Kak A ambil lesen kereta (Pak haji tak izinkan asalnya tapi dia degil juga, last2 pak hj izinkan) mujur juga dia degil, sekarangkan senang...nak bergerak ke mana-mana dan awal tahun lepas juga Allah dorongkan kakak Kak A beri pada dia sebiji Satria (kakak dia beli keter baru) dan dia gunakanlah keter tu (Allah dah aturkan siap2, memang sempurna perancanganNya). Selain tu, sebelum ni lama juga dah, saya ada ajar kak A buat dadih suh dia jual kat kedai dan kebetulan abang dia ada meniaga kat depan sekolah tapi dia asyik bertangguh (banyak kerja lain katanya/ekonomi tak mendesak), tapi sekarang nak tambah income dia dah mula membuat dadih dan beberapa makanan lain hantar kat gerai yang jual depan sekolah, kan bagus tu? Ni buat saya kurangkan jeles lagi...sama ratalah kan? Sama-sama penat...yey...happynya...(jahat lagi nih..tak bgtau cik abang saya suka...diam2 jer...takut dia kata..apalah bini dia(saya) pikir ke situ...)




Sekarang...dua-dua bini sibuk buat kerja masing-masing disamping besarkan anak...dan layan suami secara adil dan saksama...takde "pecah kepala" saya duk pikir suami kat rumah Kak A [bergembira? bergurau senda?bermanja2? dll ~ walhal takde pun buat sumer tu, dah saya selalu dicucuk2 yg bertanduk tu] yang saya pulak penat kat pejabat buat kerja jer.... nak berhenti kerja rugi pulak rasanya! walau suami ada juga cadangkan berhenti dan makan apa ada (saya rasa belum sampai msanya lagi). walaupun tak pernah gaduh dan nyatakan yang saya jeles Kak A duduk dirumah sahaja tapi akhirnya Allah bagi ujian yang buat kami bini2 tambah sayang kat suami dan dua2 korban apa yang boleh...dan pada masa sama saya makin tenang dari satu aspek lain [jeles dah kurang dah ~ dulu siap siasat sms, call register, resit, tol, mileage keter dll yg boleh jadi bahan bukti pergerakan dia masa giliran Kak A] tapi sekarang dah tau dia sakit takkan kemana...senang hati nak buat kejer kan?.




Saya pulak!




Lepas suami kena stroke, alhamdulillah saya pun selesai urusan beli rumah di sini, settle masalah nak beli rumah sekian lama, dari 2001 nak beli rumah tp tak beli2, setiap rumah ada jer tak kena. Tapi akhirnya suami yg pilihkan [saya di penang masa tu konvensyen pendakwaan...] jadi settle jer urusan tandatangan S&P tak lama tu suami kena stroke. So urusan penting semua dia sempat tolong settlekan, pasal saya ni manalah tau proses2 tu sumer G to G, mau kena tipu ngan owner lama kalau tak teliti, biasalah pak haji idup dah lama pandai bargain dr rumah rega RM 175K dapat RM160K jer [dahsyat tuuuu..]. Cuma tinggal saya nak masuk rumah jer.

DAN lagi hajat dihati dia nak beli MPV Serena [demi keselesaan anak2nya yg kecik2 berderet2 4 org] juga dia sempat laksanakan sebelum dia sakit hari tu. sementara untuk saya, yang sebelum ni guna Wira dia (pinjaman TM) sejak dia beli sementara dia pulak pakai kancil saya punya, pun dia sempat tukarkan kancil jadik kembara (dan bagi kat saya) dan Wira dijual ambil Serena (kegunaan keluarga). Semua dia sempat settlekan semua dlm tahun 2006 termasuk habiskan bayaran rumah loan TM dia! memang Allah dah bagi nikmat banyak kat kami sebelum2 ni...suami tak tinggalkan apa2 beban pada kami untuk selesaikan dan kami pun takde nak bebankan suami apa-apa sekarang hanya urusan nak bawa dia berubat dan tingkatkan iman masing-masing.




Allah tambah lagi nikmat selepas saya diuji [ see...ada hikmah lagi..], Allah bagi saya naik pangkat 1.1.2007. disebabkan suami pun takde kerja dah, inilah masa yang tepat Allah bagi saya nikmat dimana saya mendapat kenaikan gaji asas hasil naik pangkat sebanyak RM 700, walau tak banyak mana bagi orang kaya (atau yg kerja swasta) tapi saya rasa masa yang tepat dan ia mencukupi untuk saya membantu suami dan tidak membebani dia dengan masalah kewangan saya (saya boros agaknya) lepas mula tolak bayaran rumah Rm900. Tambah lagi satu nikmat allah bagi, disebabkan suami sakit saya diberi kelulusan untuk dikekalkan di sini, satu hikmah tersembunyi, tentu susah kalau pindah sebab takkan rumah baru beli tinggalkan jer...kan dalam keadaaan suami sakit pulak tu? Kalau pindahpun, adakah suami nak ikut sama, kak A camana? tentu saya lagi derita kalau jauh dengan suami dan pasti suami pun dilemma nak bagikan masa.




Dan lagi, [Allah memang pemurah, penyayang] dengan tambah gaji, naik pangkat tentulah tambah kerja, satu hikmah tersembunyi disebalik suami yang sakit, saya boleh fokus pada kerja lebih pada weekday sebab suami kat rumah Kak A dan hari cuti pulak saya dapat sepenuhnya masa dengan dia! Hari kerja pulak takper balik lambat, tak risaukan ada suami tunggu kat rumah tak payah pikir nak masak apa. Dan "Yesss!"...dari dulu perjuangkan nakkan hari Sabtu/Ahad penuh dengan Cik abang sebab hari kerja tu giliran tak rasa apa2 cam membazir jer giliran tu sebab kadang penat, otak serabut, selalu balik lambat tapi suami kata "tak adillah macam tu..takkan Kak A tak dapat langsung hari cuti duduk dengan abang?" Saya kata, "ok...fine..." tapi tak sangka sekarang saya dapat dua hari penuh dengan Cik Aang tanpa gangguan dari pagi sabtu sampailah ke Subuh isnin. Hari kerja buat kerja betul2. Kan itu yang terbaik untuk pompuan yang bekerjaya macam saya ni...rumahtangga dan kerjaya dua2 boleh jaga...




Bila fikir tu semua baru saya rasa Allah bagi adil pada kita semua [pada saya terutamanya]...sesuai dengan kita, kadang kita nak semua yg orang ada [tak nafikan sometimes jeles sgt2 kat kawan2 baik yg tak poligami] , tapi allah bagi sikit jer...kadang kita nak a, allah bagi b, sebenarnya allah yang tau yang b tulah yang sebaiknya untuk kita, cuma kita tak sabar dan tak nampak apa hikmahnya dan kita nak a jugak!...sekarang baru 8 bulan suami sakit saya dah nampak hikmahnya...

Lagi satu, disebalik suami sakitlah, anak-anak tiri besar, along, angah dan Iza rajin datang ziarah ayah...takpun call ayah selalu. Kan itu satu lagi hikmah tersembunyi...tak dulu diorang cam marah jer ayah kawin lagi (kawin kali kedua dengan kak A, bukan dengan saya yer...). dan diorang rasa tersisih agaknya bila ayah dapat anak2 baru... lagi satu kan [lagi??] dulu saya malas/takde masa/tak sempat/tak perasan nak buatkan hal kecik2 pada ayah tapi sejak ayah sakit rasa buat macam-macam kat dia sebab dia dah hilang upaya.




Saya merasa potong kuku tangan/kaki dia, sikat rambut/janggut dia, saya siapkan baju/seluar dia siap2 setiap kali lepas dia mandi (dulu cari sendiri), pasangkan butang baju dia, pakaikan kopiah dia (dulu masa sihat semua dia buat sendiri takkan nak ngada2 tu pun nak kita buatkan?), pakaikan dia kasut dan macam-macam lagilah...makan pun ambilkan lauk dia dulu siapkan asingkan tulang2 ikan. Dulu tak rasa memandu untuk dia, dia tak bagi, sekarang kemana sahaja saya bawa kereta untuk dia. Saya juga selimutkan dia setiap kali nak tido (tengah tido pun selalu cek selimut dia, dia tak boleh sejuk skrg ni), kadang tu air pun dia minum saya pegangkan...memanglah mula tu (kat hospital) rasa cam kesian jer nak buat semua tu, tapi lama-lama rasa macam romantik pulak...dia pun sekarang ni kalau tengok sekali pandang fizikal macam dah back to normal (kawan office saya kata), cuma kurus jer tapi sebenarnya tangan kiri masih tak berfungsi sepenuhnya.




Kesimpulan


Ohhhh...betapa indahnya berpoligami...bersaing secara sihat. semua ni kena buat ni, ntah2 kak a lagi layan baguskan? kena lawan ni...dahlah saya layan 2 hari jer, kak A layan 5 hari...nak kena buat betul2...haaai untungnya pak haji ni...dua bini layan bagussss punya layan...Eh merepek plak tengahari (tengah lunch break ni) pasal dah tau hj nak balik kena refresh balik memory, dah 40 hari tak laksanakan tanggungjawab ni (tak...tak bukan tu! maksud saya masak, kemas dan siap2 kan dia). Saya sokong entry ni pasal poligami...bacalah.. http://tomhakim.blogspot.com






Gambar membawa seribu cerita...ini gambar sebenar, bukan lakonan , di rumah saya, dulu2 kami memang selalu kumpul pasal nak jimatkan masa suami berulang-alik dan jimat jugak belanja dapur dan dapat rapatkan ukhuwwah antara anak2 dan isteri2, semua berjalan lancar sepanjang hari melainkan bila sampainya time nak tido...dua2 bini serba salah nak masuk tido awal...termasuklah En suami pun serba salah nak masuk bilik...lain2 okay ajer... kena banyak belajar dan buat bab "IKRAM" dan "KHIDMAT" serta juga praktikkan "ADAB USUL" baru bawa kejayaan..."dalam hati tuhan jer tahu pabila malam menjelma maka aku pun...sedih kalau bukan giliran dan happy sakan kalau giliran! Ceehh...nafsu duniawi semua tu Cik Hani oiii... sekarang tak bape sesuai nak kumpul2 pasal anak Kak A dah sekolah...

Nota kaki : Sila ambil yang baik2 saja yang buruk2 sila bakulsampahkan!!!!

~Wassalam~

Suara hati dan pemikiran siti detik 2/22/2007 01:15:00 PM 14 cetusan hati
Cerita tentang; Poligami

***********************

Wednesday, February 21, 2007

Harga yang perlu kubayar...

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Saya mula terasa beban, perut saya mula rasa senak akhir-akhir ini, beban makin bertambah, masa makin suntuk, 8 jam kerja macam tak cukup. Kerja makin banyak, macam dah takde ruang nak bernafas. Mujur juga blogging masih sempat sebab saya buat entry di rumah. selain tu, rasa semua nak dicapai, sekejap sana sekejap sini rasa sendat otak saya dan sebu perut saya. mesyuarat sah tak berhenti-henti, anak buah asyik mencarik, lepas tu kena mengiringi en boss mengadap ketua2 jabatan kat sini courtesy call kononnya. Dah tu kena perli en boss pulak sebab hari2 balik awal...dia kata "baliklah lambat sikit...sipakan kerja..." Aduh...nasiblah pak haji takde...pi ambik Hani bawak gi office semula. tapi bukan lama, sat jer dah ajak balik dah...dilemma..dilemma...patut memang patut saya bermadu dan beranak satu...ini jer yang mampu! Sedar diri pun!


Paling menyesakkan adalah nak membaca fail2 untuk diminit pada en boss sebelum disubmit ke bahagian perundangan &pendakwaan, jab Peguam negara, bukan kerja mudah! lagi komplicated kes lagi berpinar mata, lagi banyak statement saksi lagi keliru kita yg membaca. kalau sisatan lengkap cantik takpe...ni kita pun budak baru belajar nak cari kelemahan/kekurangan siasatan orag kerja 20 tahun bidang ni pun belum tentu pandai. Setiap kes berbeza...aduh rasa nak give up berhenti kerja. Kadang rasa nyesal mintak kekal, kalau tukar sah2 hari tu dapat masuk bahagian Pendidikan masyarakat, senang hati tak payah baca kes, tak payah buat pendakwaan. setakat bagi ceramah kacang jer...bagi 4-5 jam pun takper tapi mengadap KS sakitnya kepala!!!!


Mana nak lari??? Boss carik jer kojonya...khamis pemantauan KS...aduh anak2 buah silih berganti pergi kursuslah, court caselah..dah tu ada pulak cuti panjang balik s'wak, pas tu adalak nak kawin, yg mc tiba2..last week sorang anak buah harapan (boleh ngam) kena tarik gi HQ tukar ke perisikan 1st april ni plak tu! cepat...cepat buat surat rayuan...! Kadang rasa takyah naik gaji /naik pangkat pun takpelah...asal tak pening...dapat elaun insentif (siasatan) khas utk jab kami pun rasa tak berbaloilah...poning!!!


Aduh...berat badan naik pulak tu...tak pernah seberat ni - penangan kursus & makan luar, aduh ... cepatlah ayah balik, boleh masak sendiri...ikan bakar/steam ...diet punya menu, layan ayah pun dah boleh bakar kalori tak duduk diam ke sana ke mari, hai... lambatnya nak tunggu hujung bulan ni...nak cuti, bawa diri...bersama hani dan suami, lupakan semua kerja yg membebankan jiwaku ini....
Suara hati dan pemikiran siti detik 2/21/2007 04:46:00 PM 6 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi

***********************

Tuesday, February 20, 2007

Syukur

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Ada yang lebih menderita...
Ada yang lebih sengsara...
Adalah hikmah agaknya...

Kena belajar menerima...
Semua seadanya...
Buangkan keluh kesah di dada...

Syukur semuanya...
Belajar berlapang dada...
Telan segalanya...



Inilah salah satu bangunan di Kompleks Pejabat saya

~kuarters Blok A~
Rumah saya dulunya di tingkat 2, sebelah kanan,
percaya tak saya pernah meniti dari luar tempat ampaian
(yang bertutup keping besi)
sampai ke tingkap dapur (ditengah itu) kerana ketika mengampai baju,
pintu ditiup angin automatik terkunci sedang Hani menangis didalam....

Ini pula Blok B, nampak tak sungai ditengahnya?
kami membela ikan lampam, patin dan macam-macam lagi,
cukup masa kami menjala!





Suara hati dan pemikiran siti detik 2/20/2007 08:46:00 PM 6 cetusan hati
Cerita tentang; Introspeksi

************************

Betapa aku perlu bersyukur dengan semua ini..
Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Betapa syukurnya aku...
Punya keluarga
walau tak sesempurna mana
Tidak miskin tidak juga kaya
Hidup sederhana
tapi tak pernah bahagia sepenuhnya
ada sahaja ujian melanda
aku yang bongsu pemerhati setia
Mana yang boleh kubantu jua
Walau hati sedih tak terkira
Nasib sendiri pun mengadu pada Allah belaka

Puas diuji keluargaku ini
Abah garang tak terperi
Cara mendidik seumpama kuku besi
Anak lelaki salah silap jangan sekali
diikat dipohon rambai dipukul sesuka hati
Mak membantu turut kena sekali
Tali pinggang kulit jadi bahan bukti
Kerakusan abah dalam memori

Abang sulung lari membawa diri
Angkara fitnah tak tertahan hati
Abah pula merantau mencari rezeki
Membesarkan anak tak kira sempadan negeri
Dua tahun sekali pulang dari Arab Saudi

Abang kedua pula bijak bistari
Habis MRSM cadang lanjut ke pusat pengajian tinggi
Entah apa nasibnya abah dan mak bersengkata pula
Anak-anak tak berani bersemuka
Melalui emak segala hajat dinyata
tapi emak pun tak berani menyua
Lantas pergaduhan membantut segala
Sehingga abang menjadi mangsa

Kakak ketiga juga tak kurang hebat
Habis SPM masuk ke maktab
Walau keputusan layak ke U
Tapi mak abah tak sabar menunggu
Tak masuk maktab dah terima menantu
Tak habis belajar dah pula bercucu
Sebagai adik memang pilu
melihat kakak muda-muda bergelar ibu
Sementelah pula bergelumang buku
Tapi saya pula di U
Tak dapat nak membantu

Betapa bersyukurnya aku
Dikala kawan sekuliah mencari pekerjaan
Aku sudah ditawar disektor kerajaan
walau bukan pendidik seperti dikejarkan
Dan juga melepaskan jawatan wartawan
Namun kubangga kini ku bergelar pegawai siasatan

Betapa bersyukurnya aku
Disaat kawan bergelut mencari pasangan
disaat usia meningkat kematangan
Masing-masing ada yang putus pertunangan
Ada juga bertukar-tukar pasangan
Aku senyap-senyap sudah berpasangan

Betapa bersyukurnya aku
Disaat aku hidup dirantauan
Berdoa siang dan malam kepada tuhan
Agar dipertemukan pasangan idaman
Yang matang yang membimbing
Yang boleh membawa ke syurga

Betapa bersyukurnya aku
Setelah berkahwin dikurniakan cahayamata pula
Walau seorang cukup menambat jiwa
kawan yang awal walimah masih berdua
Tambah pula anak instant ada juga
Cuma aku tak pernah berlapang dada

Betapa bersyukurnya aku
Genap 5 tahun kerja walau prestasi tak ke mana
Aku terpilih dinaikkan setakuk di atas
walau bukan pangkat ku kejar
namun rezeki Allah tentukan
Soal gajinya yang sungguh menggembirakan

Banyak lagi kalau nak cerita
Orang saja jemu membacanya
Tulisan ini luahan jiwa
Bukan bermegah bukan menghina
Untuk panduan diriku sahaja
Agar menoleh kebelakang sejarah diri
Agar tidak lupa asal usulku...
Suara hati dan pemikiran siti detik 2/20/2007 07:29:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Introspeksi

***********************


Pengalaman indah bersalin Hani...

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Genap 6 bulan mengandungkan kamdungan semua ibu yang menjalankan pemeriksaan di Klinik kesihatan kerajaan akan diminta menjalankan ujian kandungan gula dalam darah setelah meminum satu mug air glukos. Setelah ujian terhadap saya dijalankan didapati kandungan gula dalam darah saya tinggi dari paras yang sepatutnya. Dan saya sterusnya dikategorkan sebagai penghidap kencing manis, symptom biasa bagi sestengah ibu mengandung semasa mengandung walaupun dalam keadaan normal saya bukanlah penghidap kencing manis.


Saya tidak langsung pelik dengan keputusan bacaan kandungan gula saya kerana mana tidaknya, pagi pisang, petang pisang, malam pisang...pisang, pisang dan pisang. Keputusan itu buat saya berhenti memakan pisang walaupun sungguh seksa rasanya. menu saya bertukar dari pisang kepada wholemeal bread. Nak taknak saya bertukar menu...nasi makin saya tidak lalu untuk menjamah, roti dan roti serta potongan buah. Fikir saya selera akan saya hanya diawal kandungan meragam rupanya sehingga ke bulan-bulan terkahir selera saya masih juga terganggu.

Ramai sangat yang menegur saya semakin cengkung. Dari belakang takkan ada siap sangka saya mengandung bahkan dari belakang semakin slim pula kelihatannya. Apatah lagi saya memang tak berminat langsung memaki baju mengandung yang terus ke kaki seperti jubah itu. Baju saya semuanya saya buat bebaju dan berkain, dan kainnya sahaja berpotongan besar di perut dan baju ala-ala blouse jer. Jadi imej seperti biasa sahajalah...jenuh juga kawan2 sepejabat menegur bila nak pakai uniform baju mengandung labuh?


Bermula bulan ke6 saya terpaksa admit ke hospital setiap bulan bagi pmeriksaan kandungan gula dalam darah, 4 kali sehari dari pagi hinggalh ke malam. Jenuh juga tu...saya ulang alik dari rumah, mencari parking masalah utama, sehinggalah sampai tempoh bersalin saya diarahkan seminggu awal masuk ke hospital kerana dibimbangi baby bersaiz besar. Aduh...due saya sepatutnya 9 Jun 2003, tapi 2 jun dah diminta masuk ke hospital. Saya dari awal memang ambil cuti bermula 2 Jun, jadi pada 2 Jun tu pula macam2 tugas saya nak kena buat.

Semua kertas saisatan di tangan kena diserahkan apda IO ganti dan kebetulan ada pegawai bawah unit saya kena bertukar, dan saya sebagai ketua unit terpaksa menerima semua tugas2 dan barang2 kes yang diserah IO berkenaan sementara menanti IO baru. memang hari-hari terakhir tu buat saya lelah, selain minggu terakhir saya turun-naik HQ pasal beberapa kes sensitif...sabar jerlah...sebab kerja saya ni bukan kerja main-main semuanya melibatkan periuk nasi orang yang disiasat, kalau lambat maka terjejaslah proses nak naik pangkat, nak dapat anugerah, nak pencen bla-bla...


Pada 2 hb Jun baru saya siap packing barang saya, baby dan segala macam khazanah bawak balik kampung. Semua buat sorang pulak tu...saya masa tu berkereta wira (suami punya tapi saya pakai ), walhal dah dapat surat dari doktor Hospital seremban suruh admit hospital minggu tu juga, saya relax jer. Boleh call bagitau suami gelak-gelak jer. Sampai rumah tu, saya siap-siapkan baran semua kat rumah kampung, mana tahu tiba-tiba sakit nak beranak.

Jun tu saya ke Klinik Kesihatan kat kampung dulu, nak tau juga apa perkembangan baby dan apa kata doktor, rupa-rupanya doktor situ pun cakap saya kena pergi hospital hari berkenaan juga. Aduuuh...saya ada beberapa tugas lagi nak kena settelkan...so dari klinik tu saya terus pergi hospital Melaka, takut juga papa-apa jadi. Saya pergi bahagian O&G dan adalah sampai jam 2 ptg agaknya saya baru dapat giliran. Doktor punyalah baik dan ramah...tapi sekali dia cakap "eh...awak ni bahaya ni...hari ni juga kena masuk wad ni...tak boleh tangguh lagi... Dan-dan tu jugak dia call labaour room, buat appointment untuk bilik induce dan dia kata "okay...petang ni ada kosong...awak boleh induce petang ni..."



Eh...doktor...esok tak bolehker..bukan apa, ada banyak kerja lagi nak kena settlekan ni...suami saya pun takde kat sini...dia kat KP"


Takpe...takpe, suami awak kat mana? Call dia sekarang, suruh dia balik, alah sempat KP ke sini bukannya jauh...satu jam dah sampai...


Alaahh..doktor esok jerlah... (dalam hati takut juga...lagipun dah oeang niii, aya pulak sihat jer..macam biasa langsung takde tanda-tanda).

"Tak boleh...tak boleh...hari ni jerlah...baik awak masuk hari ni, esok pagi-pagi anak awak dah ada depan mata...hah.. kan senang?


Senanglah...kau cakap!(dalam hati saya punyalah gabra...)


Dia pun bagi satu surat, dia kata dia dah buat appoinmnet malam ni kat labour room kebetulan ada kosong, wad kelas satu pun kosong...so petang jam 4 saya kena masuk jugak wad...apa=apalah doktor...malas nak layan...


So saya call suami dan minta dia balik petang tu juga..."Bang..balik petang ni yer...malam ni nak bersalin...esok pagi-pagi dapatlah kita tengok muka baby"


Suami pun okay jer...tapi gelak-gelak saya cakap camtu ...macam senang jer nak bersalin...dia memanglah cool pasal dah anak ke 6 Si Hani ni...3 normal dan 3 operation... yang madu saya tiga-tiga semuanya susah bersalin...forceplah, vakumlah...yang 1st wife pulak tiga2 operation, tulang serviks kecil (suami cerita).


Dari hospital Melaka saya terus pergi ke bank di Merlimau, dalam 22 km saya drive untuk keluarkan duit simpanan untuk tempoh berpantang...semuanya RM 4,000 (ingat lagi nih..). sempat lagi pergi beli barang2 sikit2 yang tertinggal...kebanyakan keperluan ibu, keperluan baby semua dah selesai dah!Dari merlimau saya baru balik ke rumah, kira sehari suntuk tu saya tak balik2 rumah dari pagi ke Klinik Kesihatan kat kampung sampailah jam dekat2 4 petang...sampai rumah kena sembur dengan mak abah yang risau manalah saya pergi agaknya...dahlah tunggu hari jer nak bersalin...jalan sorang2 plak tu tak call langsung ke rumah. Saya diam jer..kejap tu suami pun sampai, saya dah siapkan satu beg (campur semua, baju saya, baju baby...macam orang nak mengembara, pasal saya isi semua dalam beg trolly saya gi kursus tu..punyalah besar!


Suami saya pulak dalam kecoh2 kemas barang2 sampingan (termos/milo/mug segala) dia boleh ambil camera video rakamkan saat-saat cemas saya sambil gelak-gelak interview perasaan saya...cemas ke..happy ker...saya pun sporting jugak jawab se"cool" mungkin...yerlah ni nak tunjuk kat anak nanti tau kot2 saya mati ada juga kenangan buat suami dan baby! (apalah fikir ke situ, kan?) So sempat jugaklah dalam jam 5 petang saya masuk hospital...sebelum tu sempat lagi singgah makan...makan apa ker yang nak...suami kata, tapi mana ada selera? Masuk wad saya sorang jer masa tu (bilik berdua, tapi sebelah takde orang pun!) Suami dok sambung dengan kamera video dia...dia memang minat part2 camni(...ambil gambar-gambar/dokumenkan segala peristiwa)


Masa tu sibuk zikir jelah, campur mengaji...(tapi dah banyak kali khatam dah masa mengandung!), dah masuk hospital hati dah tak tenang...saya banyak melawat orang lain, jalan-jalan jer...tengok baby orang lain. Masa ni suami ada tunggu di Masjid Al Azim...dia kata solat hajat dan baca Yaasin untuk saya biar Allah permudahkan. Apa-apa hal call dia. Malam tu jam 12.00 malam nurse datang bilik saya dan kata bilik induce kosong jam 2.00 pagi minta saya siap-siap mandi dan keluarkan segala isi perut...dan jam 2.00 pagi tu saya pun dah ada di labour room, tapi rupa-rupanya bilik itu masih berpenghuni. Saya duduk jerlah kat meja nurse2 duduk sementara tunggu pesakit bersalin. Kiri dan kanan saya berderet bilik ibu2 tunggu masa nak bersalain. Ada yang menjerit, mengeluh dan yang diam jer... dan segala macamlah...dan juga kiri kanan saya mreka menolak wheel chair dan katil ibu2 yang nak dan yang telah bersakin. tak boleh saya bayangkan perasaan saya masa tu...macam-macam..yelah kita sihat sejahtera takde apa-apa tiba-tiba nak suruh bersalin paksa...seram sejuklah saya...dahlah saya baca kaedah induce memang sakit.


So saya tunggu jerlah kat situ...lama jugalah...sampailah saya tanya nurse kat situ..apa halnya saya ni...(sebenarnya dah tak tahan tengok keadaan situ) so dia find out kata mungkin tak sempat saya nak masuk pagi ni, so dia suruh saya balik wad semula...call suami dan dia balik ke rumah kak A...saya kata esok jerlah kot baru ada kosong.


Esoknya semasa suami saya datang semula waktu lawatan tengahari, saya diminta semula bersiap sedia kerana jam 2.00 petang pula ada kekosongan bilik induce. So saya siap segala...minta ampun segala pada suami dan minta dia doa/solat hajat/baca yaasin, saya pun diiringi dia ke labour room. Lebih kurang jam dua adalah beberapa doktor pelatih (agaknya) dan seorang doktor lelaki muda (handsome pula!) datang memeriksa saya (aduh malunya!!!) dan akhirnya seorang doktor perempuan (melayu) memasukkan ubat , lupa plak namanya, sebagai pemangkin untuk memaksa pengecutan dan pembukaan rahim saya yang akhirnya akan menimbulkan gesaan untuk meneran dan seterusnya akan melahirkan...itulah yang doktor perempuan tu bagitau saya dari perbulan saya dengannya (yerlah ramahkan?...dia pulak ingatkan saya cikgu...ramai kata saya cikgu...ohhh)

Selepas itu, saya masih tidak merasa apa-apa, masa ni kita boleh turun naik katil untuk ke toilet, so saya ambil kesempatan (doktor/nurse tak perasan) keluar dar labour room dan pergi jumpa pak hj, bagitau saya tak rasa apa-apa lagi...suh dia doa lebih kuat lagi...biar dipermudahkan. Cam buasa Pak haji cool ajer...dah berpengalaman...boleh gelak-gelak...saya kata pergilah masjid rehat...sambil solat!


So dalam jam 6 petang tu dia memeriksa bukaan saya...dengan yakinnya dia bagitau pada doktor lelaki tadi ..."3 cm", itu tandanya dah boleh pecahkan mentuban...dia juga bagitau saya...so doktor perempuan ini juga yang pecahkan mentuban saya, takdelah sakit sebenarnya, biasa-biasa jer, cuma rasa terkejut juga, banyaknya air mentuban ni...lepas tu, saya ada juga rasa sikit-sikit sakit...dalam hati tanya, "Inikah rasa sakit nak bersalin?


Selepas itu saya disorong ke dalam labour room yang khusus untuk ibu2 yang nak tunggu deliver jer. dari jam 7 malam tu sampailah jam 4 pagi saya tak bersalin2 lagi. sakitnya toksah cakaplah dari contraction 50% yang terpapar kat skrin tu sampai naik jadik 85% tapi pelinya takde gesa nak meneran pun!

last2 saya tak tahan saya mintak injection tahan sakit. Lepas injection tu adalah kurang sikit. Zikir dah beribu2 dah saya baca. Dalam pada tu, otak ni duk fikir alahai takde lubang lain ker nak kuarkan baby ni...kalau ada dah lama saya suh doktor usahakan.

dalam pada tu, doktor dah bersilih ganti datang jenguk tapi saya masih camtu jugak. 3 cm very tight, ibu2 di kiri kanan dah ramai yang lepas dah. saya jer masih kat situ. Doktor on call yang induce saya tu dah balik salin baju dan dah datang bailk dah, so dia tanya saya suami mana?

Saya bagitaulah suami ada stand by so dia minta nombor dan call suami, kejap tu suami saya datang dah, bincang2 sikit pas tu doktor datang bagitau saya dia kata nak ceaser....ok doktor, takde masalah. dalam hati syukurlah, ada jugak penamatnya kesakitan ni....

Dalam jam 3.45 pagi tu saya dah disiap2kan tukar uniform dan buat apa yang patut dan sekejpa tu saya dah disorong ke theatre room, dalam masa 15 minit lepas tu saya dah dapat tengok baby....comeinya...

Sebelum tu saya diberi suntikan epidural, separuh sahaja, so saya dapat rasa toreha di bahagian bawah perut saya dan terasa juga baby disentap (ditarik) daripada dalam perut. dan akhirnya terpancarlah seorang baby girl yang comel, putih melepak dan nurse2 yang sambut semua suka sebab diorang kata comelnya baby nih...ada dimples kiri kanan lagi...

dalam hati masa tu syukurlah, baby sempurna...dan doa masa mengandung nak baby putih, ada dimples tercapai...Allah maha kaya...Lepas saya dan baby disiap2kan, kami ditolak keluar dan hj dah tunggu dekat pintu tu, so dia datang dekat, terus saya tanya,"abang betulker baby ada lesung pipit...?"

"Suami saya senyum jer...sambil tengok baby pertama saya dan anak keenam pada dia. sampai kat bilik suami sibuk nak ambil gambar baby...saya masa ni ngantuk giler...terus tertidur pasala saya dah sakit dari jam 7 malam hari sebelumnya. So pagi tu sedar2 saya tengok suami, madu saya dan anak2 madu dah ada kat katil saya. baby pun nurse dah hantar.

Masa ni tak tau nak menyusu anak camana sebab tak boleh nak duduk pun, letih dan mengantuk yang amat. So kak A lah tolong pegangkan baby masa menyusukan dia, dia yang ajar saya camana position yang okay. Suami sibuk ambil video camera rakamkan saat-saat ni. bahagian nyer rasanya dah jadi ibu pun saya.

Dapat pulak anak yang sangat comel (semua orang kata gitu), putih, ada lesung pipit, rambut yang sangat lebat, tapi matanya pulak macam jepun sepet sangat2, rupa pulak rupa ayah...dan ada kata rupa along, anak suami yang sulung...

Suami ambil uri saya, dan uri saya dibasuh oleh kak a, baiknya dia kan? dan ditanam oleh dia sendiri dirumah di Kuala Pilah...sebab suami dah sbuk layan saya...

Itulah pengalaman indah masa bersalinkan hani...banyak lagi citernya, kerana kehadiran hani banyak merubah jadual hidup kami dan masa dalam pantang juga ada satu titik hitam dalam kehidupan kami, antara kak a dan hj, tapi biarlah rahsia...
Suara hati dan pemikiran siti detik 2/20/2007 05:44:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Hani

**************************

Sunday, February 18, 2007

Mengandung Hani-Mukadimah

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Tiba-tiba rasa nak dokumenkan pengalaman melahirkan Hani, dah nak masuk 4 tahun dah, hampir-hampir terlupa setiap inci peristiwa. Saya mula mengandungkan Hani pada 16 september (the day 1). Hari berkenaan saya cuti, baru sahaja balik dari Trengganu malamnya menziarahi anak tiri yang belajar di Madarasah Kubang Bujuk, Trengganu. Tapi malam tu kami tak balik ke rumah terus, suami tak larat nak drive adalah around 40 km lagi nak sampai rumah, jadi suami putuskan kami singgah bermalam di rumah Kak A yang kebetulan dia balik ke kampung. (rahsia ni!)~semua tu ada saya catatkan dalam diary...dalam memory saya pun ada lagi). Paginya suami ke pejabat (dekat rumah kak A pun), saya pulak balik ke rumah ( saya ada cerita rumah besar tu...) dan selepas zohor saya ke pejabat, saya pakai jubah jenis kain jeans, sampai jer pejabat saya jumpa seorang pegawai lelaki (India), tegur saya,


"Eh..puan mengandung ker?.
Saya tanya semula,..."Takdelah...kenapa?".
Dia jawab pula
.."eh hari ni lain macam...nampak macam mengandung jer....".
"Belum lagi..." ringkas jer saya jawab...


Dalam hati geram juga (yerlah masa tu adalah dalam setahun 3 bulan dah kawin tapi tak mengandung2 lagi...benganglah kan?) Rupanya masin mulut si Karu ni, macam tau-tau jer rupa-rupanya itulah hari permulaan bagi saya melalui hidup yang indah bersama 'mutiara hati' saya Hani Suhailah setelah melalui setahun lebih kehidupan yang selalu berendam air mata bila suami takde...


Lepas tu, saya dimaklumkan ada dua pegawai baru masuk setelah habis kursus asas dari PULASAR (Sarawak), 1 lelaki dan 1 perempuan. Saya terus carik diorang (sebab mereka bawah saya), dan jumpa, salah seorang namanya Kak Noor..., 47 thn.

saya tanya "duduk mana?
"Takde rumah lagi..." katanya.

"Jom duduk dengan saya" saya pelawa dia.

"Boleh juga..." terus dijawabnya.
Lepas tu dia cerita

..."tadi ada jugak seorang pelawa, Puan A...ajak duduk sekali rumah dia, tapi rasa tak sesuailah, tengok barang kemas dia besar2 jer, bergaya pulak tu macam mak datin, saya ni sempoi jer, nampak puan pun sama, rasa kita ni sekepala".

"Ok, jap lagi ikut saya, tengok rumah, nak?".
"Ok!" dia kata.


Tengahari tu dia tengok, terus setuju, petang saya ikut ambil barang dia di Seri Malaysia Hotel, dan malam tu saya sudah berteman, dia duduk di ruangan rumah orang gaji di rumah saya...Jadinya dari Hani hari pertama di dalam perut saya Kak Nor pun hadir sama. Allah hantar dia untuk jaga saya yang mana Allah kasihankan saya yang suami selalu takde. Oh ya...itulah agaknya ada yang kata Hani ada mix sikit kot...pasal Kak Nor ni anak mami ( ataupun ikut madu saya yang juga anak mami?~kan orang kata kalau mengandung jangan ingat muka orang yg kita tak suka, yelah masa tu baru-baru bermadu...tentulah banyak sengketa, berburuk sangka pada madu kita!~)


Sepanjang tempoh mengandung saya memang sangat-sangat sukar, macanm-macam dugaan. Alhamdulillah saya tidak mabuk atau morning sickness atau apa-apa, saya boleh buat kerja seperti biasa, malahan dalam tempoh ini saya kena handle satu kes yang sensitif, teruk juga, beberapa kali turun naik HQ pergi brief Dato' KP, sampai tak berapa hari lagi nak bersalin pun masih tak selesai kes ni, saya kena panggil dengan Pengarah Siasatan dan dia siap kata
..."aiii..mu dah nak beghanok tak selesai lagi...jangan mu terbenganok kat sini sudoh!" dalam slang Kelantan yang pekat!

Dalam pada tu, kena keluar juga menyiasat kes-kes lain, yelah saya IO baru, lapor diri bulan dua tahun yang sama (2002), beza 7 bulan ngan Kak Nor. Kira tempoh mengandung saya langsung takde bermanja-manja, bahkan lagi laju dari biasa...cuma mengah-mengah sikit. Ramai juga yang tegur saya jalan laju sangat, turun naik tangga pun cam biasa (yelah perut kecik jer).


TAPI saya ada satu masalah 'negara', kalau orang lain lagi mengandung lagi berselera, yang saya pulak, satu benda makanan pun saya pandang tak menyelerakan, tekak saya cuma ada satu keinginan...makan bubur dan sup...mujur juga masa tu dekat-dekat office saya ada food court (sekarang dah kena roboh dah!), kat situ bila-bila masa ada jual bubur, jadi situlah tempat sarapan/makan tengahari saya, siap makan satu mangkuk kat situ, tapau pulak satu lagi untuk makan kat rumah. Masa mengandung ni hari2 kena marah ngan Kak Nor, pasal tak nak makan, macam2 dia masak, semua saya tak selera, apatah lagi dia masak cara mamak (memang pure mamak style!), lagilah saya tak selera, tengok pun saya dah nak muntah! sabar jelah kak Nor ngan saya...(saya pun sabar jer ngan dia, hari2 kena leter...yerlah dia tak faham, dia mana pernah mengandung, dia ingat saya mengada-ngada tak fikir keperluan anak dalam perut !)


...dialog dia hari2 ..."i tak kisah u ada selera ke takde selera ker...tuuuu(tunjuk ngan jari lagi!), anak dalam perut u tu, u tak kesian ker???"

Tau tak...sampai saya gaduh besar ngan dia masa ngandung 8 bulan! asyik kena marah jer...kita dahlah sensitif...terus saya tak tegur dia... lepas pantang baru baik balik!


Selain bubur, saya cuba juga makan buah, pun sama takde selera, hanya satu buah jer yang saya suka, buah pisang emas...(pisang lain taknak), setiap dua hari (giliran saya), pak haji akan bawa sesisir dua dari KP bawak ke rumah saya. Makanan-makanan lain tu saya paksa juga sumbat walaupun seksa. TAPI saya ni jenis tak miss makan pil2 vitamin yang klinik bagi tu, dan saya paksa diri minum susu AN*UM bertin-tin. Masa ngandung ni, orang lain badan jadi gemuk, saya pulak turun dengan banyaknya sampai cengkung pipi saya, masa awal2 ngandung tu berat saya 46 kg jer, mengandung 9 bulan jadilah 57 kg (baby normal lah ni naik 11 kg).


Masuk 6 bulan, saya lagi ketagih pisang emas, tengah drive gi kerja makan pisang, kat pejabat makan pisang, malam nak tido makan pisang, pendekata pisang ada sentiasa dalam handbag saya (kadang sampai penyek pisang tuuu), malam pun sipa-siap bawa pisang dalam bilik kot2 lapar tengah malam. Saya ingat sangat2 masa mengandung ni, saya selalu gigil sebab perut lapar sangat2, tapi tak tau nak makan apa, takde selera, tu sebab saya stand by pisang. Kalau pak Hj ada kami mesti keluar tapi masalahnya plk saya tak tau nak order apa...selalu jadi dia jer yang order saya tumpang makan jer...selalu juga dia kena habiskan dua2 pinggan kalau saya order jugak!

Tulah Pak Haji selalu kata menyakat saya,
"dua bini sebelum ni mengandung jugak takdelah pulak camni...ker wa ni mengada-ngada?"
Saya kata,
"Abang nak rasa mengandung ler...baru tau mengada tak mengada, tau tak seksanya bila kena tarik nikmat makan niii, bukan suka-suka!!".


Pendek kata, camana saya masa mengandung camtulah Hani hari ni...seksanya nak suruh makan...boleh jadi perang dunia! Dia suka bubur + pisang..tak pernah tolak 2 benda ni dari kecik sampailah besar, kalau kanak2 lain suka fast food, dia sorry, McD, KFC, Pizza Hut, A&W...pandang sebelah mata jer...yang dia suka french fries jer (tu pun sikit sangat makannya). Tapi apa yang berasaskan sup dia suka. Antara ayam dan ikan, sure dia pilih ikan, kuih muih langsung tak sentuh, yang boleh dia makan sikit karipap jer (tu pun kulitnya), tu pun sekarang macam tak mahu pulak, kuih lain lagilah bukan rasa jer dia taknak, suh pandang pun dia juihkan bibir...! Air....? air putih semata-mata selain susu dia, dan satu lagi kegemaran dia 100 plus! Seksanya nak suruh dia makan...masalah ni pun Mak Ros pening tak tau nak buat apa, anak orang lain kalau suap nganga mulut, dia pulak boleh tekup mulut! Abah sana panggil dia "kecut" pasal nak motivasi dia makan, tak jalan juga. tapi alhamdulillah takde pulak dia kurus sangat sebab menyusu memang kuat.


Masa mengandung ni banyak kali juga gaduh ngan suami, selalu isu masa giliran (biasalah kan?) tak pernah rasa cukup, siap saya buat analisis perbandingan masa lagi....setiap minit dan jam! Lepas tu bentangkan depan suami, siap buat surat segala semua...bagitau apa tak puas hati..eii macam-macamlah saya buat (perjuangkan!)masa ngandung ni...pak hj. sabar jer ngan kerenah bini muda dia ni.... Ni pun dipengaruhi Kak Nor yang 'cucuk' saya suh tuntut hak (dia jaga betul kebajikan saya, dia kerja Jabatan kenajikan 25 tahun sblm masuk jab kami!), last-last saya gaduh dan asyik nangis jer...ni satu lagi Hani ikut...kememeh, sampai sekarang lambat buat susu sikit pun dia boleh menangis mendayu-dayu...macam orang jauh hati dan merajuk!
Ni gambar Hani beberapa hari selepas dilahirkan

Nanti saya sambung lagi pengalaman bersalin pula...
Suara hati dan pemikiran siti detik 2/18/2007 05:09:00 AM 5 cetusan hati
Cerita tentang; Hani

************************

Friday, February 16, 2007

Kawan Hani

Bismillaahirrahmaanirraahim

Assalamu'alaikum w.b.t

dan Hani demam pula ...
dan Hani Selesema juga..
dan Hani muntah segala...
mungkin salah saya...
Pentingkan diri saja...
Aircond dari maghrib lagi...
Terpasang sehinggalah kepagi...
Tapi ...alhamdullillah
Semalam...lepas termuntah ..
Scott Emulsion ditelan saja...
sebelum ni dah dua botol dibuang sia-sia...
Apapun anakku tetap manja...
keletah dan aksi masih bersahaja...
Mujur kawan-kawannya ada sentiasa...
Tak jemu melayan kerenahnya...
Inilah dia dengan bangganya...
Saya persembahkan kawan2 sejatinya...
tempat dia meluah dan berkata-kata...
Mujur dah besar baru dia suka...
Dulu kecik2 geli tak terkira...
Kalau diberi tak mahu disentuhnya..
Sekarang ammie pulak yg berkira...
Dah umur 3 tahun baru nak suka...
Hari-hari merekalah sahaja...
Teman dia suka dan duka...
Tak jemu dia berkata-kata dengan mereka....
Walau tiada balasan, dia bahagia...
Hahahaaaa...

INILAH DIA....
kawan-kawannya...

Yang ada di rumah...
dari kecil sampailah besar...
ada lagi di rumah Mak Ros..
yang hilang pun banyak juga...

Bintang dan burger panggilan manja...


Mickey dan Mr. Bean yg cacat sebelah mata...
Goofy, dan dua ekor yang tak bernama...

Yang ni....Hani panggil adik jer...

Barney and bear....
Barney paling suker ada muzik dalamnya...
I love u...ulove me...we are a family...


Malam2 kena kongsi katil dengan mereka...

Nampak tak muka demam dan selesema..???

Barney...peluklah kakak sayang....



Suara hati dan pemikiran siti detik 2/16/2007 02:44:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Hani


****************************

Thursday, February 15, 2007

Apa ada pada kenangan?(susahnya nak dilupakan!)

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t


Dulu...sebelum bulan Julai (tepatnya sebelum 26 Jun 2006) iaitu sebelum suami saya diserang stroke...banyak benda kami lakukan bersama, tapi kini semua itu tinggal kenangan..takkan berulang dan kalau berulang pun takkan sama seperti dulu.... Kalau dikenang mengalir air mata ni, dan kalau dipandang pada jasad suami sekarang pun boleh mengalir air mata tanpa sedar...kenangan semasa dia sihat yang ada dalam kepala ni, susahnya nak dibuang...sekiranya bercakap dengan suami dalam telefon otak ni tetap bayangkan dia yang normal macam dulu-dulu, takde langsung gambaran yang sebelah badannya kini seolah hilang fungsi...tak terbayangkan tongkat dia...tak terbayang yang berat badannya telah turun mendadak...pipinya yang kian cengkung...bayangan dia yang dululah yang masih ada dalam kepala ni...
~Dulu~
Suami akan datang petang sabtu sehingga isnin baru berpergian..
Kami berpeleseran bersama-sama kegirangan,
ada saja projek kami, ke sana sini...rumah hanya persinggahan..
membeli barang dapur dan ke pasar rutin mingguan...
kalau tak balik ke kampung kami ke pantai, jeram,...
pokok-pokok tanaman suami jugak buat pilihan...
orkid-orkid jadi kegemaran...
Bahkan langsir dan perabut semua dia pilihkan...
Malahan jangan tak tahu dia juga jahitkan...
katakanlah saja suami akan tunaikan harapan...
kalau jauh destinasi, bertukar giliran tak jadi halangan...
jumaat lagi saya dah merancang
apa program kami bertiga beranak jadi keutamaan
jarak jauh tak jadi halangan...
Jumaat petang ada di seremban
Sabtu pagi dah ada di kelantan...
Bagi ayah...tak pernah ada keluhan...
kehendak isteri jadi keutamaan
Hal masak janganlah digundahkan
Cakaplah penat ataupun kemalasan...
bila-bila masa suami sedia ambil peranan..
malahan masakan suami jadi kesukaan..
sampai sekarang jadi keluhan...
tanggungjawab memasak jadi bebanan..
sebab suami dah terlalu manjakan..
kereta rosak, tayar pecah, lampu terbakar, sinki kebocoran..
katakan saja...suami ada buat pemulihan...
Malam nak tidur suami ceritakan...
kisah sahabat, soal iman selalu tekankan...
kadang-kadang itulah jadi umpan...
sebelum lena di pelukan...
kena marah...gurau sendaan jadi amalan...
saat-saat manis begini jadi kenangan...
apa nak buat...
segalanya kini aku kehilangan...
Syukur allah masih kasihan...
Nyawa suami masih diperpanjangkan...
Masih ada tempat bermanjaan...
Aku kena panjatkan kesyukuran...
Mungkin hikmah menunggu di depan...


~sekarang~


Sabtu pagi suami menjelma...
sediakan sarapan, minum bersama...
Kemudian sessi mengurut kaki/tangan suami bermula...
habis urut..tugas di dapur pula bermula...
Kepala pening fikir resepi apa...
Dahlah tak biasa, kena memasak juga...
Takkan nak harap suami sebelah tangan bekerja...
hani pula...asyik bertanya-tanya...
ayah masih tak sihat ker???
Apakan daya...nak ke shopping centre kelaratan takde...
Kini tak boleh nak memandu kereta..
melancong..merewang angan-angan sahaja...
Apatah lagi kalau tempat tak selesa...
suami kini dah jadi golongan kurang upaya...
Meniti tangga, berjalan satu kerja paling mencabar baginya...
namun keinginan berdakwah makin menyala..
Alhamdulillah ada yang sanggup ikramnya...
Isteri2 dan anak2 tak kisah walau ditinggal lama...
40 hari berlalu sekejap sahaja...
ingatlah janji Allah ada pada mereka yang buat kerja untuk Nya...
Harta, nyawa dan masa semua miliknya...
dengan ganti balasan syurga...
isteri ditinggal turut dapat pahala..
selain malaikat menjaga rumahnya...
Berkat dan rahmat allah ada sentiasa...
doa suami dijalan Allah mengiringi penghuni rumah sekeluarga...
Kasihan hani...ibu juga...
selain madu dan anak tiriku semua...
Tapi ayah...lagi sengsara...
Hanya Allah tahu kenapa menguji hambaNya...
Ayah terpilih kalangan yang lainnya..
Diuji begini tanda Allah sayang padanya...
juga ujian buat isteri-isteri dan anakanda2...
sayangkan ayah kerana apa?
Kerana harta, rupa ataupun agamanya...
syukur alhamdulillah Allah masih memberi nyawa...
macamana kalau kena stroke terus koma ataupun KO saja...
Kini kerja utama buat amal dan dakwah sahaja...
Kini suami tak pernah berleka...
Anggap ujian tanda Allah masih sayangkannya...
Masih memberi masa...
Sebelum berpindah ke alam sana..
harapan kami satu cuma...
berjalan berpimpin didalam syurga...
mungkin didunia banyak cabarannya...
Kuatkan iman... amal kena jaga...
Pesan abang diingat sentiasa...
Walau abang semakin tua...dan sakit pula
Dan kini tak kerja pula...
hanya harap pencen hilang upaya...
Tapi sayang isterimu ini makin menyala
Niat untuk khidmat abang sebaik-baiknya
Harap abang takkan lupa
Walaupun ada isteri tua...24 jam sentiasa menjaga..
abang dilimpah kasih sayang darinya...
Tapi wa abang jangan lupa...
Letakkan wa disudut hati abang juga...
Wa tunggu abang penuh setia...
Walau bertongkat walau tiada apa...
Wa di sini takkan berpaling ke mana-mana
kerana syurga wa ada di sana...
Dikaki abang...bukan pada harta dan rupa
tanggungjawab wa tak habis dilaksana
Walau darah dan nanah mengalir dari hidung abang...
Dan wa sapu dengan pipi wa yang licin (?) ini...
pun tanggungjawab wa tidak terlaksana...
Walau darah itu wa jilat sekalipun ...
belum juga tanggungjawab wa terlaksana...
hanya redha abang jadi harapan wa...
mungkin wa tak mampu berpurdah sepertimana kehendak abang...
Mungkin wa tak dapat jaga akhlak dan pergaulan...
Mungkin amalan wa tak seberapa...
menutup aurat dan solat main-main...
mendidik anak tak ikut sunah spenuhnya...
rumah tak jadik umpama madrasah agama..
entahlah memang wa gundah gulana...
berbanding prestasi kakak di sana...
Tapi abang tetap punya tanggungjawab utama..
doakanlah isteri abang ni mendapat hidayahNya..
Kuat iman walau diletak di mana-mana..
Ada kekuatan berhenti kerja...
Hidup seadanya...
macam abang katakan dulu suatu masa...
bukan kerja dan bukan gaji puncanya...
Hanya Allah tempat mengharap dan meminta...
doalah cita-cita wa terlaksana..
cukup duit, ada jalan Nursery akan wa buka..
Agar dapat jaga dunia dan akhirat sama rata..
takdelah abang gundah gulana...
fikirkan dosa isteri bekerja..
Banyak syariat tak dapat dijaga...
Lainlah wa memang kuat imannya...
Abang bersabar sahaja yer...
~sekian~

p/s: Aduhhh.......dilemma sungguh rasanya, seorang rakan setugas saya telah jumpa dan tahu blog saya secara tidak sengaja. Bagaimana nak menulis lagi? aduh...waduh...sudah terbatas...walaupun identiti saya dia tidak pasti tetapi rupanya gambar Hani menjelaskan padanya siapa pemilik blog ini...Kalau baca ni.... saya minta maaflah pasal ada sebut nama u dalam entry sebelum ni, jangan marahlah yer...selamat ke JB! Jangan lupa jasa-jasa orang di sini. Kalau rasa nak balas jasa-jasa kami silalah buat jamuan di sini. Saya pun rasa nak buat juga jamuan, apa kata kita share...jimat sikit! Nak tak? lagi satu...jangan datang ataupun singgah lagi ke blog saya, boleh..kan? tak syoklah...
Suara hati dan pemikiran siti detik 2/15/2007 10:18:00 PM 7 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati

************************

cinta dunia

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t


Hari tu ada annonymus tulis kata banyak sangat citer pasal diri/keluarga, nanti ada yang rasa malu. So, saya terima kritikan/nasihat tu, walaupun dalam hati kata, "lantaklah aku punya blog suka ati aku larrr!" (sebab blog ni untuk saya dan hani, kalau ada yg tersesat dan terbaca, tak suka..senyap2 ehhh...,kalau suka..baguihlahh)tapi pikir2 balik bagus gak ada yang tegurkan? Tima kasihlah....jadik saya postkan entry bergambar jer, biasa saya memang siap2 buat n3 dah kat umah, sampai office edit skit tambah "P/s:" pas tu terus post...


sejak naik pangkat ni tergatal jer otak ni terpikir2 nak tukar keter...apasal ntah. agaknya pasal hari tu gi kursus tengok ramai sangat officer seangkatan dan yang bawah2 lagi dok pakai keter import, baru ni pulak kawan dari Melaka yang sama naik jugak dah pakai vios...awww tercabar sungguh nafsuku.
TAPI
mengenangkan semua tu cinta dunia sahaja,
maka kukuburkanlah sahaja niat nak menukar kereta....
bersabar sahajalah dan berlapang dadalah
dengan apa yang ada



Toyota Vios-
entah kenapa suka cirinya yang sporty,
best friendku dipenang lama dah pakai niii....hiks aku juga yg pandang sajer...

Honda Civic Coupe
cantikkan,kan,kan?? model ni M'sia adaker?



Toyota Camry
ini dari dulu ku sukerrr...dah lama dah jadi idaman kalbu sejak jadik minah kilang dah suka dah....



Nissan Cefiro
sejak naik semasajadik wartawan & buat liputan le tour deLangkawi hatiku mula tertawan






Toyota Hilux
entahlah akhir2 ni rasa suker plak pick up ni, pasal tinggi, banyak tmpt isi barang nii..




Perodua Kembara
TAPI...inilah ajer yang kumampu...Setiaku Di sini



P/s : surat transfer order baru jer keluar....SAH saya KEKAL di sini,
dah ada suara2 nakal suh buat kenduri...insyaallah boleh buat kenduri
naik pangkat + kekal + pindah rumah!
Mr R pula ke JB...bagus untuk dia,
dapatlah mempertautkan kembali kasih sayang anak dan ayah
serta anak dan ibu yang terpisah sejak mereka cerai 2003.
yang lain-lain majoriti tukar,
cuma yang di HQ, banyak yang kekal...
agaknya ada "kabel" kuat jugak ker???
~Wassalam~
Suara hati dan pemikiran siti detik 2/15/2007 12:39:00 AM 13 cetusan hati
Cerita tentang; Introspeksi

**************************

Wednesday, February 14, 2007

Mimpi

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Saya jarang bermimpi baik semasa zaman kanak-kanak mahupun remaja apatah lagi di usia menginjak dewasa ini. Tetapi dalam dua minggu berturut-turut ini saya bermimpi yang bukan-bukan sehingga menyebabkan saya terkenang-kenang tentang mimpi tersebut walaupun sudah berada di alam nyata.

Mimpi Pertama


Saya bermimpi rumah saya dikampung sekarang yang mana ayah dan ibu saya tinggal terbakar hangus. Yang peliknya keseluruhan kejadian kebakaran ini berlaku di depan mata saya. kalau tak silap saya kejadian di senja hari. Masa tu saya baru sahaja menyalakan suis lampu dapur. Lepas saya pasang suis itu saya nampak lampu (bulb) dia macam meletup dan memercik api. Saya beritahu mak saya dan saya lupa apa jawapan mak saya. Saya yang masa tu agak panik terus pergi ke bilik menyelamatkan tilam/bantal/selimut. pada masa yang sama yang saya perasan hanya saya kelam kelibut seorang diri sedang kakak saya dan mak saya tak tahu berada di mana.


Pada petang itu, semasa kelam kelibut itu saya sudah terfikir untuk menyelamatkan semua dokumen penting terlebih dahulu, tetapi saya tidak ingat samaada saya sempat selamatkan ataupun tidak. Yang penting masa itu, saya sibuk beri arahan sambil menjerit-jerit pada kakak saya suruh dia selamatkan apa yang dapat barang dapur. sebab masa tu saya sibuk selamtakan bendabenda dalam bilik. Bila api dah cukup marak, saya hanya dapat pandang dan renung setiap inci rumah saya terbakar. pada masa ni dah ramai juga jiran-jiran datang melihat kebakaran ni.


Saya ingat pada masa itu saya ada ucapkan dialog pada mak saya, saya kata, "takpelah mak, rumah ni pun dah buruk, dah takde rezeki agaknya ni petanda nak suruh kita buat rumah baru, agaknya adalah kita dapat bantuan buat rumah". itu yang saya terfikir masa tu. Dan lagi masa pandang atap dan tiang-tiangnya runtuh saya boleh teringat pulak pada baju-baju kerja saya yang berderet dalam almar dan dalam hati terdetik, "baju apalah aku nak pakai gi kerja esok..."


Yang jadi tanda tanya dan peliknya saya sampai hari ni ialah,
1. Adakah saya dah berkahwin masa tu? sebab takde langsung watak anak dan suami saya
2. Kakak saya yang tua 2 tahun dari saya yang sekarang anak 4 pun ada di rumah mak tanpa anak dan suami dia ~ berapakah usia kami semasa peristiwa tu berlaku
3. Saya rasa masa tu kami dua2 bujang lagi~ tapi yang peliknya saya boleh bayangkan almari baju di rumah saya sekarang pulak!
4. Dimanakah adik beradik kami yang lain dan abah saya sendiri! ~hanya saya, kakak dan emak bertungkus lumus selamatkan apa yang patut


Yang pasti semasa bangun subuh dari tidur perasaan saya pada hari itu berlainan sekali, saya merasa kesedihan yang amat mendalam dan terasa amat letih seperti baru lepas kerja yang teruk. yerlah menyelamatkan barang-barang dari rumah yang terbakar! Saya juga sedih melihat bara-bara api yang masih bersisa di tapak rumah saya yang terbakar itu dan saya berdiri merenung sahaja kesan-kesan asap yang berkepul2 di udara...mimpi saya berakhir dengan senario ini...
Mimpi kedua
Mimpi kedua ini berlaku pada malam minggu 2 minggu lalu, iaitu sabtu malamnya. Mimpi saya kali ini pula berlatarbelakangkan suasana dalam bas express. Sebelah malam atau siang saya tak berapa pasti. Tapi masa itu, saya naik bas express tu bersama suami, saya dan hani iaitu kami dalam perjalanan ke pantai timur (Trengganu) entah apa tujuannya saya tidak pasti. Semasa dalam bas itu hani tidak tidur langsung, hanya bermain-main sahaja dan suami pula banyak tidur. Apabil bas berhenti hani yang nak buang air kecil saya bawa turun untuk ke tandas.
Selepas itu, kami berjalan2 ke kedai di situ. Entah macamana saya terleka atau ntah apa agaknya yang saya buat, saya tak perasan bas telah berlalu pergi dengan saya dan Hani tidak ada apa-apa...kami tertinggal berdua begitu sahaja. Yang peliknya saya dan Hani tenang sahaja. Saya tahu saya tertinggal dan pada masa ini saya terperasan ada sebuah chalet kayu di situ dan saya bawa Hani ke Chalet dan tidak pula berkunci dan kami berdua masuk dan berehat di situ. Chalet ini telah lama ditinggalkan, dan tidak ada perkakasan. Semasa di chalet ini barulah saya terasa kesedihan yang amat sangat...saya telefon suami dan suami kata bas tak boleh patah balik sebab dah ada jadual dia. Suami minta saya tunggu. Pada masa ini hari telah malam...
Selepas itu saya tidak ingat lagi apa yang berlaku tapi yang pasti saya bangun subuh itu saya rasa sungguh sedih...rasa seperti ditinggalkan jauh....dan saya termenung memikirkan apa petandanya?


Selepas mimpi pertama itu, 2 hari berikutnya, kakak sulung saya dikampung telefon saya beritahu rumah mak dikampung dimasuki ular yang besar dan terpaksa memanggil bomba untuk menangkapnya. Selepas mimpi kedua pula saya menerima panggilan dari kakak saya di kampung juga katanya, ada berita buruk pasal keluarga kakak saya yang berada di Johor...satu berita yang saya terkejut seperti gayanya mahu gugur jantung saya...Agaknya itulah petanda mimpi saya......bukan saya mahu mempercayai mimpi tapi itulah hakikatnya yang berlaku dalam hidup saya....


Agaknya sebab saya teramat-amat jarang bermimpi, setahun pun takde sekali maka satu-satu mimpi itu tertanam betul dalam memori saya...sehingga sukar untuk saya melupakannya begitu sahaja. tahun lalu saya ada mimpi sekali di mana madu saya meninggal dunia...dahsyatnya mimpi saya ni...(bukan saya doakan ye!), tapi detailnya saya lupa dah...tapi saya memang sedih pada masa itu kerana saya rasa ooohhhh...mampukah saya jaga suami saya seorang diri??? dan jauh disudut hati saya kasihan pada suami dan anak-anak tiri saya kerana kehilangan isteri tersayangnya itu...tapi bila mengadu pada suami dia kata ..."itu tandanya orang tu panjang umur..." gelak saya dengarnya, saya jawab bergurau dengan suami, "ohhh...., tak merasalah saya nak miliki abang sorang jer..., pasal saya yang mati dulu agaknyerr..". Pastu kami dua gelak kuat-kuat...masing-masing fahamlah tuuuu....
Agaknya orang lain ada ker bermimpi yang hebat-hebat? selalukah bermimpi dan adakah mimpi ini sebagai petanda kepada sesuatu....
hanya allah swt yang mengetahui...

Suara hati dan pemikiran siti detik 2/14/2007 12:58:00 AM 4 cetusan hati
Cerita tentang; Keluarga
Keluargaku

























































































Suara hati dan pemikiran siti detik 2/14/2007 12:40:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Keluarga

****************************


Tuesday, February 13, 2007

Soal dan Siasat

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Setiap hari saya kena soal siasat...jemu memang jemu, sehari suntuk dah bercakap kat pejabat, balik rumah kena soal siasat pulak oleh anak gadis kesayangan saya niiii....

Hani : Ammie, napa ammie asyik kerja jer...?
soalan ni selalu tanya masa drive pagi-pagi nak pergi kerja

Hani : Ammie, kakak tanya satu soalan boleh tak?
soalan ni tanya masa ammie tengah nak tido takpun tengah leka mengadap PC pasal takut ammie marah mukadimah soalan dia mesti camni...

Hani : Ammie, napa keter depan tu bawak pelahan sangat?
Ni soalan biasa pagi2 atau balik dari kerja tengah drive, terutama lepas lampu hijau...kan keter semua pelahan jer...pasal dia tengok ammie bukan kira main tekan jer minyak...jarang bawak pelahan...(ammie bawak cam pelumba F1)

Hani : Ammie, napa malam ni bintang ada satu jer? @ eh...ammie banyaknya bintang malam ni...
Soalan ni selalu tanya kalau ikut ammie gi belakang rumah sidai baju malam-malam, tu tak masuk pertanyaan pasala bulan bla-bla, napa awan tu camtu....

Hani :Ammie, esok ammie cuti boleh tak?
Ni pulak dalam keter nak gi rumah mak ros kalau mata dia ngantuk sebab malam tido lambat, kes malas nak bangunlah ni....

Hani : Ammie, napa semalam tu ammie tak bagi kakak bla bla....
Ni soalan masa sembang2 dalam keter on the way nak gi kerja, semua kenangan malam sebelumnya bermain balik dalam ingatan dia...kadang napa ammie tak peluk dia, napa ammie pusingkan badan ammie...macam2 benda nak penjelasan time kita nak cepat gi kerja....ammie kadang jeling jer dia...tak jawab pun..malassssss

Hani : Ammie, napa ammie marah kakak?
Soalan ni akan ditanya sejurus selepas dia baik dari merajuk lepas kena marah ngan ammie, siap buat muka sedih lagik......aduhhhhh siannyerrr anak ammie ni...

Hani : Ammie, napa ammie termenung?
Ni pulak kepantangan dia kalau nampak ammie termenung sikit...hai tak boleh nak jiwang2 langsung... ada jer ngacau anak gadis nii ambik berat betul pasal emosi ammie dia, yerlah ketawa dan menangis ammie semua depan dia dari kecik lagi...

Hani : Ammie... Napa ammie pandang kakak macam nak tanya kakak jer?
Ni kalau geram kat dia pasal banyak sangat tanya tapi ammie malas nak cakap jeling2 marah gitu...(bukan faham anak gadis ni kalau orang marah/geram kat dia), dia tanya plak soalan ni...nak bengang pun tak jadik....

Hani : Ammie...kakak rindu ayah... ammie rindu tak?
Soalan favaorite kalau tengah golek2 nak tido atas katil...dah takde soalan lainlah tu...

Hani : Ammie...cantik tak anak ammie ni?
Confirm tanya lepas mandi dan bedak2...lagi tak puji lagi tulah tanya....kembang Bont*t dapat pujian...senyum memanjang...pastu bolehlah suh kemas mainan...takkan membantah punya...

Hani : Ammie, baik tak anak ammie ni?
Ni pulak lepas dia buat sesuatu yang kita suruh...nak puji jugak tuu....tak puji kang susah plak nak suruh lagik...dia jer pun boleh ammie harap...anak dara sorang.....tinggal berdua jer pun kenalah saling bantu membantu...heheheeee

malam tadi, balik dari office....dalam keter....tiba-tiba dia bersuara....

Hani : Ammie, kakak taknak panggil "ammie" lagi ...tak bestlarrr, kakak nak panggil "mama" jer.... MAMA...MAMA...(buat demonstrasi panggiy mama kuat2)
Ammie : napa plak??? kakak ni ngada-ngada betullah....dulu panggil "ibu", pastu tukar "ummie", pastu kejap panggil "mak" tak mo plak tukar panggil ammie...panggil ammie jerlah...tak payah tukar-tukar lagik...suka2 kakak jerlah...gelilah ammie kakak panggil mama, ammie tak biasalah....eeeiiiii kakak niiiii....abihtu nak panggil ayah apa....
Hani : panggil ayah PAPA lah....
Selamba jer dia tukar2 panggil...ikut kepala dia jer...ntah sapa ajar agaknyer....

P/s:haii...nilah anak zaman sekarang...langsung tak berhenti bercakap, nak suh berhenti, masa tido jer. kalau tengok cd lagilah haru...kalau 1st time tengok kita kena terang kat dia dialog tu...apa dia cakap ammie..bla bla, kalau yang dah banyak kali pulak dia mesti nak terangkan kat kita siap dengan ulasan dia lagik...lagi tak dengar lagi tulah dia panggil... nak taknak dengar jugaklah...haiii ayah baliklah cepat ammie dah lenguh mulut dah layan dia bercakap...ngadu kat ayah tak tahan layan dia, ayah kata bersyukurlah anak pandai cakap, cuba tengok anak orang yang pendiam tuuu...yang bisu lagilah...TAPI nak salahkan anak tak boleh gak...yelah sepanjang 9 bulan mengandung dok bawak perut kehulu kehilir menyiasat orang sana orang sini....dah tu anak pun semua sibuk nak tau...kes camni takboleh guna peribahasa ..."BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG", memang salah ibu pun...
~wassalam~
Suara hati dan pemikiran siti detik 2/13/2007 10:44:00 AM 4 cetusan hati
Cerita tentang; Hani

*********************

Sunday, February 11, 2007

Hani lagi...

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

~halwa mata untuk ammie&hani~

Cekodok Ikan bilis ~ sarapan pagi
Cicah sambal sardin
2 hari kena kurung, hari ni keluar Hani mengidam pisang!!! Mula2 ammie punya~ pau depan rumah, besar tak? 6 biji limau manis = RM 4.00

2 biji mempelam : RM 2.00
Sesisir pisang Berangan = RM2.00

Cakap nak pisang, mempelam yang diidam rupanyerrr

Alhamdulillah, menyandar kekenyangan sebijik mempelam dia sorang....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hani : Ammie...baju dah basah...air tumpah! Nak tukar baju....?
Ammie : napa tumpahkan air?
Hani : bukan kakak tumpahkan, air tu tumpahkan sendiri....
Ammie : Eh..macamana air tu boleh tumpah sendiri, pandai eh air tu...
Hani : ha'ah ammie...air tu terjun sendiri camni...(buat gaya air terjun..)
"Anak-anak.....macam-macam, ni dialog yang dia cakap baru sekejap ni...."
Suara hati dan pemikiran siti detik 2/11/2007 11:05:00 PM 7 cetusan hati
Cerita tentang; Hani
Allah lebih mengetahui...
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Petang Khamis itu, sedang meneliti fail-fail diatas meja sambil mata melirik pada jam, tiba-tiba telefon di meja berdering....

"Puan, OC panggil jap" suara setiausaha pengarah dihujung talian...
"Apahal, kak...?" saya terkesima kejap sebab saya baru jer habis beri taklimat ringkas pada dia bersama En P sebentar tadi berkaitan kes yang baru dibuka.

"Naiklah jap...sekejap jer...saya pun tak taulah..."
"Okay..." dalam hati tertanya-tanya apalah agaknya hal pengarah panggil ni

Tangan terus mencapai diary TM dan pen, dua benda penting yang saya pasti bawa bagi mencatit apa-apa urusan rasmi dan dengan langkah yang laju saya memanjat tangga menuju kebilik pengarah..termengah-mengah saya.

Sampai di pintu saya mengetuk pintu dan pengarah terus tersenyum memandang saya. Saya duduk penuh debaran, betul-betul dihadapannya.

"Awak kekal" lembut jer suara dia sambil tersenyum-senyum
"saya dah call sumber yang boleh dipercayai" dia sambung lagi.

"Iyer tuan?" saya menjawab dengan nada terkejut, walhal dah ada rumors yang kuat mengatakan saya memang kekal.
"Syukurlah...kuat awak doa ni, kerja kuat lagi yer..." dia semacam bagi nasihat sekaligus macam terselit kepercayaan dan keyakinan untuk terus bekerja menaikkan lagi nama jabatan kami.

"Yang hari tu sumber tak pasti ni, yang ni saya tau memang betul-betul, baru sekejap saya call"

"Terima kasihlah tuan, atas sokongan tuan juga saya kekal kat sini..." senyum jer saya, ada nada bodek sikit ni...ambik ati boss

"Tu jerlah saya nak cakap...tapi jangan bagitau orang lain ni...surat tak keluar lagi...tak lama lagi keluarlah..." dia cakap lagi bagi meyakinkan saya maklumat dia tu benar!

"Baik tuan, terima kasih tuan.." sambil berdiri menunduk-nundukkan kepala...yelah nak tunjukkan saya ni pekerja yang patuh.."saya yang menurut perintah" (yelah tu...dah suka hati kekal, lalalalaaa)

Dengan hati berbunga saya pun berlalu dari pejabat pengarah...confirmed saya kekal di sini, walaupun tahun ini masuk 6 tahun di sini saya masih bernasib baik. Ada rumors pegawai dari state lain kata "kabel" saya cukup kuat sehingga naik pangkat tapi boleh kekal tanpa ditransfer sedang orang lain ramai yang berdebar-debar tunggu dimana ceruk mereka akan dihantar, dengan urusan perpindahan anak sekolah, nak tukar tempat isteri kerja, cari rumah sewa dll.

Saya jawab pada En B, bekas pegawai di sini yang baru ditransfer ke Selangor yang datang ke sini untuk court case Jumaat lepas, yang saya memang ada kabel yang kuat...DOA...dan DOA.... Ohhh dia jawab...yelah, tengoklah haji (suami saya lah tuuu) punya doa....Saya kata lagi...Hah..tulah, dia keluar 40 hari doa untuk isteri dia..biar kekal... saja saya bergurau dengan dia...

Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui buruk dan baik saya kekal di sini. Dan Mr R, seorang lagi pegawai yang naik pangkat di sini khabarnya ke selatan, JB agaknya. Alhamdulillah kalau benar, kerana selepas bercerai 3 tahun lalu setiap 2 minggu dia ke sana kerana anaknya di sana, andai benar ke Jb tidaklah perlu lagi berulang-alik setiap 2 minggu. Hanya saya yang kehilangan seorang pegawai tempat merujuk hal2 undang-undang. Sesungguhnya juga Allah memberi Hambanya atas apa yag diminta justeru BERDOA lah.
Suara hati dan pemikiran siti detik 2/11/2007 05:49:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi

*****************************

Main masak-masak (masak main-main?)

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Saya jarang memasak
Sebulan adalah sekali
Memasak pada saya kadang-kadang macam main-main
sebab bukan selalu buat
Tapi bukanlah tak pandai masak langsung
Pandailah sikit-sikit
Sebagai bukti ni gambar masakan saya
...yang jarang-jarang itu







Ikan tenggiri Asam pedas
Ikan pari bakar berlada

Ketam masal lemak cili api

Sayur sawi goreng

~Inilah sahaja~
~Kalau masak lagi saya masukkan dalam entry~
~Entah bila agaknya?~
~Bulan Mac nanti, bila suami balik~
~berasaplah lagi dapur saya~

p/s: Ahhh...kadang2 rindu juga mahu memasak, tapi rugikan beras dan gas sahaja, makannya bukan seberapa....
Suara hati dan pemikiran siti detik 2/11/2007 08:50:00 AM 4 cetusan hati
Cerita tentang; Rumah
Saturday, February 10, 2007
Madah pujangga
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


"Batas penglihatan begitu sempit

sedangkan bunga di taman begitu banyak

Dia yang memetik bunga pada musim bunga

mengadu tentang ketidakcukupan tangan

begitu banyak gerak gerimu untuk dipuja

daya penarikmu tidak terbilang dan

hatiku yang meronta-ronta kerinduan hanya satu"


"Keadaan yang paling menyeronokkan kekasih ialah, ketika jiwa mengadu dengan air mata mengalir"


"Cinta itu sendiri akan mengajar anda adab bercinta"


"Sesungguhnya seseorang kekasih mentaati orang yang dikasihinya"

Dipetik dari Fadhilat Amal


Suara hati dan pemikiran siti detik 2/10/2007 08:14:00 PM 3 cetusan hati
Cerita tentang; Da'wah

************************

Kalau kau menjadi aku

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Jadual Umum Seminggu:
Isnin - Jumaat : Kerja
Sabtu - Ahad: Di rumah

Jadual Hari kerja:
0600 : Bangun/mandi/solat
0630 : Kejut Hani
0700 : Dah siap dua2 beranak/siram bunga/panas enjin keter
0730 : bergerak ke gerai kueh terus ke rumah Mak Ros hantar Hani
0755 : sampai office
0815 - 1000 : Mesyuarat (hari-hari ni..)
1000 - 1800 : dipejabat (kdang lajak kul 6.30)
1830 - 1900 : Gi pasar malam/gerai/rumah
1930 - 2100 : Atas sejadah/solat/taklim/ngaji
2100 - 2300 : TV/PC
2300 - 2400 : make sure dua2 beranak dah ada atas katil-tido!
*Hari kerja tak bape minum pagi (jamah kuih sambil2 drive)/tengahari pun jarang-jarang, biskut jer...

Jadual makan:
Isnin: Pasar malam di taman (depan rumah)
Selasa : Pasar malam (on the way balik rumah)
Rabu : gerai kuew teaw goreng kerang/nasik lemak berlauk
Khamis : Pasar malam taman depan pulak!
Jumaat : Sekali lagi pasar malam on the way balik rumah
Sabtu: gerai nasi ayam takpun makan apa ada!
Ahad : Masakler apa-ape aje...

Menu pasar malam (wajib):
~Mee goreng singgit sebungkus (Hani punya)
~Tom Yam/ laksa/nasik ayam (ikut seleralah)
~Keropok lekor RM 2
~Kuih 3/RM1
~Air milo Ais (hani), air tebu (ammie)
~sekeping CD kartun Hani
dll berkenaan...(yang atas ni wajib)
simple jer kami dua beranak makan...

Aktiviti cuti :
Pagi : bermalas-malasan atas katil dua2 beranak
Tengahari : biasalarrr Hani conquer TV~ hari kartun sedunia-jgn harap tengok citer lain so ammie buatlah kerja sendiri ~ mendobilaah...seminggu punya baju kerja/cadar/comforter..
Malam : TV lagik... hani tengok CD...kalau tau dek ayah...nahaaasss!!!
Ahad: Kadang gi off atau gi gym atau gi taman bawak Hani
Kesimpulan :
Bosannyer...sib baik Hani ada, kalau tak lagi bosan...nak masak pulak sapa nak makan, harap Hani makan? malas cakaplarrr...boleh bilang janis makanan yg masuk perut dia...!!!! Saya nak makan??? Gemuklah nanti...kalau beli cukup2 jer...nilah jadual hidup selama ayah takderr...kalau kau jadik aku bosan tak??? Bosannyerrrr ayah takde...tapi kena sabaarrrr...ada ganjaran di sisi Allah, fikir ni baru rasa okay sket...
Suara hati dan pemikiran siti detik 2/10/2007 11:59:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam

**************************

Wednesday, February 07, 2007

Tolong bayar hutang!

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Ada sorang kat pejabat ni, pembantu tadbir (kesetiausahaan), pada bulan Mei 2006, hujung bulan hari Jumaat, dia datang ke bilik saya, berdiri kat pintu jer, tanya kalau nak bukak akaun di BSN berapa nak kena permulaan. saya kata saya tak tahu, tapi saya buka hari tu saya masukkan RM 200. Dia kata lagi yang dia nak buka akaun. Saya kata bukalah...seratus pun boleh agaknya...Pas tu dia balik bilik dia semula. petang tu dia datang semula, dia kata , "Puan, boleh tak saya pinjam duit nak buka akaun, dua hari jer, Isnin saya bayar....loan saya dah lulus, tapi nak kena buka akaun dulu. Saya terus terang kata, "dua hari jer?, ha'ah isnin nanti saya bayarlah...bila loan masuk.

Saya ni mula tu, berkira2 juga, tapi fikir2 alah dua hari jer. Memang amalan saya kalau buat apa cuba sedaya mungkin minya izin suami. tapi dalam hal ni, saya tahu suami saya mesti tak izinkan, pasal dia tau saya ni pelembut orangnya. Kalau bab hutangkan orang ni, memang dia tak bagi, kalau nak sangat bagi, sedekah jer, jangan bagi berhutang, nanti orang tak bayar kita sakit hati dan berdosa pulak mengata orang. So, saya takdelah minta izin kat ia, sebab saya andaikan dia nak pinjam RM200 untuk buka akaun, lagipun dua hari jer kan?

Saya pun senyap jer masa tu. Lepas tu dia call saya dari bilik dia, tanya lagik dan saya kata oklah...petang nanti saya beri, rtapi saya cakap kat dia, kak..saya tak minta izin suami buat ni sebab akak janji dua hari jer kan?. Lepas break t/hari saya mesyuarat sampailah dekat2 pukul 6 petang, biasalah mesyuarat kami memang lama. masa mesyuarat tu saya memang dah selitkan duit tu dlam buku, cuma tak beri kat dia. Tengok2 jam dah lewat saya jangka mesti dia dah balik sebab dia memang husband abil hari2.

Habis mesyuarat saya tengok dia tak balik lagi...saya tau memang dia betul2 harap duit dari saya tu, sebab masa tu ramai pegawai lain, saya pun turun kat kaunter receptionist kat lobby depan saya masukkan duit RM 200 bawah planner dan call bilik dia kata saya dah letak duit kat situ. Dia tanya saya berapa, saya katalah Rm 200, untuk akak buka akaun kan?. "Alaaaah, oghang nak lima ratus...". Saya jawab, "Eh kan kata nak buka akaun, takkan sampai lima ratus?". terus dia kata, "Ada hal lah puan, dua hari jer saya pinjam.."

nak taknak saya pun masuk bilik, ambil handbag, nak balik saya ambil lagi tiga ratus, letak kat tempat sama. masa saya dah sampai kat keter, baru saya teringat kat ikan/sayur saya kat dalam fridge di pantry so saya masuk balik office terus gi pantry belakang. Masa ni akak tu masih kat atas di bilik dia. lepas ambil barang2 saya keluar ke lobby saya nampak kakak ni dah ada kat luar ngan husband dia dan seorang lelaki naik motor...dia bagi duit saya pinjam tu kat tangan lelaki tu...saya rasalah.

Saya yang parking keter kat situ selambalah lalu, pas tu saya pun baliklah...dalam hati rasa bersalah juga, pasal buat benda tanpa izin suami (walaupun kecil tapi saya selalu alami kalau saya rasa serba salah sebab tak minta izin mesti ada sesuatu berlaku lepas tu). Hari isnin berikutnya dia buat tak tau, dan saya pun buat tak tahu jugaklah..yelah orang dah janji, takkan kita pulak terhegeh2 nak minta lima ratus tu... macam tak faham pulak dia kata nanti.


25/6/2006 suami saya kena stroke kat rumah saya dan disebabkan itu saya perlu pindah rumah sebab mesyuarat ngan suami dia suh pindah rumah, dari apartment duduk tgkt 2 masuk rumah sendiri bawah jer...sesuailah untuk orang stroke. memang banyak benda nak kena guna duit, yerlah pin dah rumah, sorang uruskan pulak tu~ duit lori, cat rumah, dengan bayak barang nak kena beli kat rumah baru tu, yerlah rumah lama semua complete, fully furnished. Nak ubat suami, beli pekakasan dia~ nak beli wheel chair, alat2 bantuan lain, ubat-ubatan tambahan, nak bergerak selangkah bawa dia berubat pu nak kena guna duit, minyak, tol, bagi duit kat anak2 besar dia yang tolong ayah dia (along masih belajr lagi, terpaksa stop bawak teksi, duit tak masuk, sewa teksi kena bayar, mak tiri ni kenalah bagi duit sikit).

Dengan sedara mara datang dari jauh lagi, nak gak siap2kan rumah...sambil2 pergi/balik hospital sambil tulah carik2 barang untuk rumah baru.... Lama2 duit kat tangan pun habis jugak kan? Tambah pulak saya beli rumah cara G to G, duit lawyer, penilaian, duti stem LHDN semua kena bayar sendiri. So dalam bulan 10 tu saya cuba2lah tanya kat da, bila nak bayar tambah saya dengan dia dapat duit kutu, saya agak tentulah nak bayar hutang saya, katanya takde duit lagilah puan, saya sabar jugak. dalam hati kata, takpe ada bonus, mana tau nak tunggu bonus agaknya, rupanya 2 kali bonus pun dia buat tak tahu jugak! Dan dia boleh pandang muka saya hari2 tanpa rasa bersalah. Saya pulak yang rasa malu nak mintak sebab dia kalau pandang saya selalu buat muka serius jer...macam saya pulak hutang dia.

Sekarang ni dah masuk bulan 2, 3 bulan jer lagi genap setahun dia hutang saya. Saya pulak macam rasa nak halalkan pasal lagi saya fikir lagi saya geram. Sebab dia dah janji nak bayar, bukan dia pernah ngaku kata dia susah, nak pakai duit, segala macam, dia cakap tak pernah gambarkan dia susah. hari raya tukar handbag baru, kasut baru, sedangkan saya baju baru pun selai jer, kasut/handbag toksah cakplah...lagi tak koyak tulah saya pakai! Loan dia sampai sekarang tak lulus lagik! Dia ingat gaji saya lebih 3 ribu, dah kaya sangatlah agaknya...saya boleh lupakan macam tu jer...no way! melainkan dia sendiri kata kat saya memang dia tak mampu nak bayar...tunjukkan rasa bersalah...nangis2 sikit masa tu mungkin saya halalkan. tapi kalau dia buat macam sekarang lagi saya tuntut...hal ni tak berani citer kat ayah...salah sendiri.

Camana tu , tak reti nak handle orang camni? Patutker saya halalkan jer untuk bagi hati saya senang dengan dia...sekarang ni saya borak2 biasa jer ngan dia seolah2 takde apa2. Saya malu nak mintak dah..sebelum ni saya minta melalui memo pakai kertas kecik dan call telefon opis jer..
Suara hati dan pemikiran siti detik 2/07/2007 09:07:00 AM 19 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi

**************************

Monday, February 05, 2007

Pesan Abang

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t


"Sesiapa yang zikir dalam keadaan lalai ibadahnya akan jadi malas. Kegelapan buat manusia hilang petunjuk tidak dapat membuat pilihan yang baik atau buruk kebiasaannya manusia akan ikut petunjuk nafsu . Oleh itu cahaya petunjuk atau nur Ilahi perlu diusahakan sepertimana mujahadah sahabat a.s yang ditarbiyah oleh Nabi s.a.w
2110pm@110207


"Untuk isteri kesayangan, kehidupan ini sementara kematian pasti datang menghapuskan kelazatan dan nikmat dunia. yang pasti akhirat kekal. usahalah bersungguh2 untuknya."
2359pm@070207



"Kesusahan, kerinduan ketika ditinggalkan suami yang keluar di jalan Allah swt adalah merupakan salah satu punca hidayat. Jagalah amal dan jagalah iman..., sayang untuk wa & Hani"
~050205@2113hrs~


"Apa yang disusahkah hati, untuk tenangkan hati, wujud dan hidupkanlah suasana rumah seperti madrasah dengan membaca al Quran. Doalah abang disembuhkan Allah s.w.t, kita usaha Allah yang menyembuhkan"
~050207@0718hrs~


"Abang baru sampai di Kg. Rahmat. Taatilah Allah dan ikutlah sunnah Nabi saw, itulah sumber segala kebaikan...hari ni apa projek dengan Hani?"
~040207@1508pm~


"Syukurlah pada nikmat Allah Taala dengan mentaati perintahnya, Pasti akan ditambah nikmat. kalau engkar azab yang pedih menanti. bacalah taklim dan Quran. Sembahyang awal waktu!"
~020207@2024pm~


"Buat apa tu...dah baca taklim tak?"
~260207@2216pm~
"

"Cerita di Kota Tinggi, orang bukan sahaja hilang harta, akal pun hilang, ada yang nak jumpa Allah s.w.t dan nak tanya apa salah mereka hingga diazab seteruk ini. Doalah dan jaga sembahyang."
~260207@1529PM~


Petikan sms ayah....
yang tak sengaja tersimpan...
kebanyakkan sudah didelete,
taulah mot*rola ni lebih sahaja dari 20
Message full...
Selalu selepas dibaca
Mesej difahami
Makna dihayati
Jika telah terkesan dihati
terus didelete...
Tapi yang ini tercicir...
Baik juga didokumentasikan...
Di sini buat renungan saya...
Di masa depan...
Mana tau kalau ayah tanya???
Ingat tak pesan2 abang?
Ohhhh...
masa itu boleh rujuk ke sini...
Suara hati dan pemikiran siti detik 2/05/2007 10:59:00 PM 8 cetusan hati
Cerita tentang; Da'wah
Sunday, February 04, 2007
Antara ruang ini...dimanakah aku?
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Ruang apa?

Masa:
Antara sibuk dan lapang
Antara hidup dan mati
Antara sihat dan sakit
Antara tua dan muda


Senario :
Hidup dan mati
Susah dan senang
Sedar dan lupa
Kerja dan rehat

Tempat :
Pentas dunia dan alam kubur
Dalam rumah dan di luar rumah
Padang Mahsyar dan titian sirat
Syurga dan neraka

Watak :
Saya

Dimanakah saya antara ruang ini?????
Terisikah masa dengan amal ibadah????
Cukupkah zikir dan mengaji????
Cukupkah sedekah dan jariah????
Diterima solat ataupun sia-sia????
Bermewahkah atau membazir????
Bersyukurkah atau keluh kesah????
Apa lagi yang saya inginkan????
Bersediakah ke alam sana????

Entahlah dua hari di rumah saya rasa saya sia-siakan tanpa membuat sesuatu yang bermanfaat. Antara ruang-ruang ini...masih banyak kosongnya, masih jauh dari terisi, lompong di sana dan sini, entahlah bila mahu diperbaiki. Entah sempat entahkan tidak...masih banyak dosa2 rasanya, tak sempurna lagi amal, itupun entah diterima Allah entahkan tidak....solat dan mengaji main-main, zikir entah kemana, makan tido yang lebih2nya dua-dua beranak baik ammie mahupun Hani sama jer...patut ammie ajar anak ni sama2 2X5....~ makan...tido...tengok TV...ngadap PC~!
Teruknyerrr...macam pahat dan penukul! Bila suami sms tanya...bla bla bla??? baru kelam kelibut..belum kena tanya dalam kubur lagik! Haaaiii....lagi suami takde lagi haru....jenuh agaknya AYAH doa untuk isteri-isteri dan anak-anak...dah petang Ahad ni...esok dah kerje...weekday lagilah merapu ntah apa2...ntah bilanya nak selit masa buat ibadah sungguh2, nangis2 malam hari mohon ampun dengan Allah asyik buat kerja ibadah main2 sajerrr...jangahlah Allah ambil nyawa tiba2...ni penangan baca N3 Kak Long baru kejap tadi...tqlah KakLong...


P/s: Semalam tengok tak TV3? Mazlin Nordin dan Norzie Pa'wan Chek dua2 dah pakai tudung...alhamdulillah. Saya teringat pula saat-saat dimana saya pernah berjumpa kedua-duanya secara 'live'. Dengan Norzie saya jumpa pada tahun 2000, di Bilik Berita NTV7 masa tu dia masih dengan NTV7, saya pulak hadir ke bilik berita NTV7 untuk bermesyuarat bulanan antara stringer state dengan editor. saya nampak masa tu Norzie sedang bergurau senda dan pada masa itu saya menyesal nampak pemandangan seperti itu dan barulah saya nampak the true colour kehidupan orang2 TV.
Yang Mazlin Nordin pulak saya jumpa dikaunter menukar tiket di KLIA pada Ogos 2006 lalu. Masa tu saya terlepas flight ke Senai, Mazlin pulak nak confirmkan tiket ke Kota Bahru... bawa team dan krew rancangan bersamamu yang kisah budak miskin yang nak jadik doktor ke USM.

Masa tu kami dua2 tengah menunggu giliran, lepas ambil nombor giliran saya terus duduk sebelah dia, tapi tak perasan pun kat dia. Memandangkan Mazlin pakai vest TV3 masa tu saya yang ternampak baju tu pun terus tegurlah walaupun secara live Mazlin ni kecik jer orangnyer, tak macam dalam TV...pipi jer chubby...dia pun nampak saya macam pelik pas tu dia kata..."dalam TV nampak besar yer?". Mazlin ni ramah juga orangnya ditambah saya pulak memang ramah dan saya pulak tanyalah dia macam2 pasal rancangan bersamamu. Betulker nangis, macamana buat pengambaran, camana carik orang2 miskin...bla bla bla...yerlah bekas wartawankan, memang banyak tanya, sementelah dah jumpa penerbit depan mata? Dia pun menjawab dengan gembiranya...yerlah kita tengok rancangan dia terbitkan, tentulah dia happy! Dah tu, masa tu baru dua hari dia terbitkan siaran langsung CT & Dato K kawin, apa lagi...tanyalah apa yang saya nak tau...banyak jugak dia citer...pasal CT dan Dato' K.


Adalah agaknya kurang sejam kami berborak...sampai sempatlah tukar-tukar kad nama kami. Tambah rancak citer pasal penerbit Bersamamu Anak seni tu senior saya masa sekolah, yang ada dengan Mazlin malam tadi tu...Khalijahwati Md Kassim, kami sama2 masuk Pantun, Forum remaja, debat wakil sekolah...sama2 pengawas.
Saya syukur tengok diorang dah pakai tudung...satu langkah yang bijak dan tepat dan wajar juga diikuti oleh mereka yang seangkatan. Norazlina A'ala pembaca berita TV3 pun dah pakai tudung,kan? Saya tengok tudung tak halang pekerjaan mengacara ni..tengoklah Norafenda MHI, Wardina & Farah Deeba WHI...okay jer, kan? Kekurangan mereka dalam mempelbagaikan serta menyempurnakan penutupan aurat tu kita abaikanlah buat sementara, anggaplah itu sebagai permulaan yang positif untuk dunia penyiaran dan hiburan...

Suara hati dan pemikiran siti detik 2/04/2007 07:02:00 PM 6 cetusan hati
Cerita tentang; Introspeksi

****************************

Friday, February 02, 2007

Pengarah Baru & hari yang sibuk

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni dapat pengarah baru, pagi2 semasa sampai jam 7.57 saya punch card dan saya lihat kad pengarah juga, 7.33 pg dia dah sampai....awalnya...walaupun dia tinggal di kajang. Lepas tu, saya lihat pegawai lelaki semua berneck tie. Wah...selama ni kalau mesyuarat bulanan/ke HQ atau kursus saja berneck tie tapi hari ni berbeza.

Saya yang nak ke bilik Pengarah untuk kunjungan hormat tak jadi kerana ada 2 pegawai baru yang juga melapor diri hari ni ada dibiliknya. Awal bulan saya memang sibuk kerana hari ni semua orang/OKT yang ditangkap akan hadir bagi sambung jamin setiap bulan. sayalah yang akan berjumpa setiap mereka dan memberi tarikh baru.

Pagi ni juga, saya adakan mesyuarat kali pertama unit saya, siasatan untuk tahun baru dan sejak naik pangkat ni. Bagi sedikit nasihat, pemantauan KS ditangan dan juga sepatah dua kata berhubung cara kerja unit ini yang akan saya laksanakan bermula tahun ini. Semua kami, 18 orang unit saya sekarang berumur 35 tahun ke bawah, kecuali 3 orang dan 3-4 orang bawah 35 itu pun tua dari saya. Cabaran besar untuk saya sebagai ketua yang masih muda dan anak buah yang juga rata-ratanya masih muda...mahu cover satu negeri. Hari ni semangat sikit sebab OC baru dan halatuju juga baru...

Jam 3.00 petang baru satu mesyuarat rasmi antara kakitangan dan pegawai dengan pengarah baru akan diadakan. katanya satu taklimat tatatertib dan disiplin. Petang ni barulah kami semua dapat tahu apa halatuju pengarah ni. Hari ini hanya dia sahaja berbaju melayu dan bersamping, sebab budaya berbaju Melayu ni hanya diamalkan di HQ. Di sini hanya diamalkan semasa baru2 dikeluarkan arahan sahaja dulu. Di pejabat kerajaan lain amalkan ker baju Melayu ni?

Ok, terpaksa teruskan kerja, ada laporan2 masih menunggu untuk disiapkan dan saya juga masih ada KS ditangan untuk sambung siasatan....untuk tahun ini dah tak payah menyiasat lagi, mungkin lepas ni hanya buat pendakwaan dan minit KS2 pegawai2 unit saya sebelum dihantar ke Pengarah dan ke bahagian perundangan dan pendakwaan untuk keputusan.

Atas masalah teknikal saya sendiri dan juga suami yang perlu diselesaikan, dia pulang jam 2.00 semalam dan pagi2 ini bertolak semula ke Senai. Satu lagi sebab untuk saya gembira pagi ini dan ya...tangan sebelah kirinya sudah boleh digerakkan (menguit-nguit) sedikit... alhamdullillah. Ada dengar tentang Gamat Healin? saya mahu membelinya untuk abah dan suami. Satu lagi, suami juga ada beri sesuatu yang selama ini yang dia mungkin terlupa agaknya...terima kasih Ya Allah kerana mendengar keluhan HambaMu dan terima kasih juga mengizinkan kepulangan suami semalam. 1st of mac baru bertemu suami lagi...tapi terkilan entah macamana terlupa mengurut anggota yang stroke itu malam tadi.


P/s: macamanapun saya update jugak blog sebab kalau saya menjenguk ke blog orang tapi tengok mereka tak update semacam ada rasa hampa pula. Mungkin mereka juga sibuk agaknya ataupun tak suka bebel macam saya ni. Saya main hentam ajer cerita, tapi yelah...sejak dah ada 2-3 orang tahu siapa saya (tau serba sedikit ), rasa macam ada sikit kekangan nak menulis, rasa terpaksa fikir 2/3 kali ...dulu2 main tulis jer, memang datang dari hati saya sebab tak siapa pun tau...sekarang dah ada orang boleh respon apa kita tulis rasa serba salah...normalkah ni???
Suara hati dan pemikiran siti detik 2/02/2007 10:17:00 AM 4 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi

*****************************

Thursday, February 01, 2007

Cerita hal rumah lagi...

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Ingin saya menyambung hal cerita rumah. Kenangan yang saya tak boleh lupa tentang rumah tu adalah semasa rumah saya tu dimasuki ular sawa. Masa tu Kak Nor tak duduk sama lagi dan kebetulan malam sebelumnya bukan giliran pagi tu suami pun tak ada. Hanya saya seorang. Depan rumah saya ni berlembah (gaung), hanya nampak rumah dari kejauhan saja...dalam lembah ni hanya pokok2 sahaja tetapi semua renek2 da sekeliling memang semak-samun kecuali rumah timbalan mufti tu. Untuk beri gambaran jelas, rumah saya dan timbalan mufti nimembelakangkan jalan utama, hadapan rumah kami dua2 menghadap lembah tadi...memang special tempat ni amsa saya mula2 tengok dulu, pemandangannya indah saujana mata memandang.

Tapi itulah yang bahayanya, bukan setakat petang-petang burung dan segala macam serangga datang bahkan binatang tak diundang pun ada. Satu pagi tu selepas saya siap2 nak ke pejabat, saya pun nak keluar ke pintu besar depan (sliding door rumah tamu rumah ni aja ada tiga-banyak sungguh pakai kain langsir), jadi porch kereta di sliding door kedua, bila nak lalu tu saya terpandanglah atas grill besi (pintu sliding ni jenis besi berlipat dan besi grill bayangkan corak diamond besar2 jenis lipat jugak) ular tu boleh berlingkar tidur atas besi grill pintu ni. Saya mula tu terkejut beruk jugak nampak selongggok benda corak batik atas pintu, tapi saya coolkan diri sebab saya tengok ular tu tak gerak2 tengah tidur lagi agaknya. Saya pun call suami tanya pandangan...dia suruh saya panggil bomba pulak...

Ular ni saya rasa sunti lagi, tak besar sangat, so saya pun rasa malu jugak nak panggil bomba. So saya call timbalan pengarah kata saya lambat sikit sampai office dan nak minta dua pegawai lelaki datang ke rumah untuk minta bantuan sikit. Timbalan kata ok, dan kejap lagi tu sampailah En Mahmud dan En Hamid, dua bujang gagah perkasa dari pejabat. Nampaknya kena bagi arahan luar dari tugas rasmi lah ni..

Masa tu terpaksalah dua orang ni carik kayu nak jolok ular tu, lepas berjaya ular tu pun jatuh dari pintu tu dan punyalah pandai budak dua orang ni, sorang dah stand by start enjin pajero, dekat porch tu, bila ular tu keluar jer diaorang lenyek ngan pajero, walhal ular tu kan menganjal dia tak mati pulak masa kena lenyek tu, yang lebih malang lagi, ular tu boleh melompat (menjalar) masuk dalam enjin pajero dari bawah kereta.

Hah... dah satu masalah baru pulak. Terpaksalah buka enjin kereta bonet depan tu, bayangkanlah enjin pajero kan besar dan luas tempat tu, dengan wayar macam2 kaler berselirat, tambah pulak dengan warna ular sawa tu tak banyak beza, cari punya cari tak jumpa gak kat mana ular tu menyorok, agaknya dia dah menggulung diri dia kat mana2 kawasan tersembunyi. Bila start enjin pun ular tu tak keluar2.

Dari jam 8.00 sampai jam 9 pg tak jumpa jugak ular tu, dari pakai kemas dengan kemeja long sleeve dengan tie, dua budak ni sampai dah buka tie dan sinsing lengan dengan baju basah dek peluh pun tak jumpa gak ular tadi. saya pun keluar gi beli makanan dan air kat budak duaorang ni. Sekali fikir kelakar pulak. Balik kedai tu, agaknya duorang ni dah bincang diorang suruh saya jerang air cerek besar. saya pun jeranglah...

Siap air panas tu, en Mahmud pun jirus air panas tu kat area enjin tu yang tak merbahaya. Agaknya wap air panas terasa kat ular tu, dia pun terjatuh ke bawah...dan dan tu jugak en Hamid pukul ngan kayu dan en Mahmud agaknya dah panas hati terus ambil cangkul saya, dicangkulnya ular tu terputus dua...sian gak kat ular tu....tapi geram punya pasal sebab dia pandai sangat menyorok....itulah pembalasannya.

Dekat jam 11 jugak baru saya dapat masuk office. Lepas tu takut jugak saya manalah tau ayah ibu atau ahli keluarga ular tu datang nak balas dendam ke, malam2 saya punyalah phobia dan terbayang2 ular masuk rumah...dahlah duduk sorang-sorang selalu...tapi alhamdulillah Allah masih pelihara saya takde apa-apa perkara besar lain yang terjadi.

Selain tu, masa duduk kat rumah tu pun pernah sekali pencuri cuba masuk ke rumah. Masa tu waktu pejabat, isteri timbalan mufti call saya kata ada orang mencurigakan kat depan rumah saya. Saya pun terus call balai terdekat minta buta rondaan ke rumah. Kebetulan memang dekat jugak dengan balai, dia datang cepat dan pencuri tu masih sedang usaha mengumpil pintu di porch tu... sekejap jer pastu polis dah tangkap pencuri tu dan dia call saya terus minta saya datang ke balai. Petang tu jugak saya ke balai dan dia minta saya buat report walaupun pencuri berkenaan telah ditangkap. Rupanya penagih dadah...dialah agaknya yang mencuri barang2 saya sebelum ni, antaranya mesin rumput jenis tolak tu...dekat seribu jugak saya beli, yerlah halaman rumah luas, asyik pinjam timbalan mufti tu punya mesin, malu jugak. Last2 sekarang dan duduk rumah semi d ni terpaksa panggil orang potongkan...nak beli mesin lagi serik pulak.

Selain mesin rumput tu, ada satu tong air /tangki air besar dengan tutup sekali tempat menyimpan air, penyewa lama punya agaknya, pun dicuri juga, walhal benda tu, tong air besar tu katanya mau 500-600 ringgit kalau nak beli....balik kerja tengok dah hilang...penutup besi keliling rumah untuk paip/saluran najis ntah apa2 lagi tu adalah 7-8 lubang pun selalu lesap kena curi. Malahan masa saya nak masuk rumah ni selepas ditinggalkan 3-4 bulan pembaikan dibuat oleh JKR dekat RM 10 ribu...banyaknya pasal nak ganti barang2 yang dicurilah...
Banyak lagi harta benda saya yang dicuri semasa di sini memandangkan lokasi rumahni agak tersorok ditambah pula pintu depannya tidak menghadap jalan jadi sekiranya ada perompak takkan ada sesiapa yang nampak hanya rumah kami dua (Timbalan mufti tulah..) jer yang ada...

Di rumah yang ada sekarang nipun jiran kiri kanan awal2 dah pesan saya kunci pagar walaupun tinggalkan sekejap sebab ramai juga katanya penagih dadah di rumah teres depan ni...tapi saya ambil juga langkah berhati2, sementelah kami tinggal dua beranak jer...dengan takde apa2 senjata...hanya doa jerlah. Alhamdulillah jiran sebelah kanan dan kiri okay, yang dulu jiran timbalan mufti yang jiran sebelah kanan sekarang ni pulak anak sulung mufti negeri ni. Sebelah kiri pula pegawai pelajaran dan isterinya guru sekolah, ada anak 6...takdelah sunyi sangat rasanya...yang lagi 3 unit sederet ni tak berkenalan lagi...nombor pendaftaran kereta mereka jer yang saya sempat hafalkan...dah hari2 nampakkan? Teruklah saya ni, camana nak tunaikan hak jiran kan, kalau jiran pun tak kenal lagi???

Suara hati dan pemikiran siti detik 2/01/2007 06:13:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Rumah


No comments: