Thursday, January 1, 2009

Kisahnya

Ini kisahnya
Assalamualaikum w.b.t



Rupanya kan masa kak aza dapat tau yang suami dia kahwin lain, selain dia pernah lari 3 kali termasuk yang kali terakhir tu dia pindah rumah tanpa pengatahuan suami semasa saya dalam pantang, rupanya ada perkara lebih besar dia pernah buat.



Dan perkara itulah yang merungkaikan persoalan dalam benak saya kenapa kalau bergaduh dengan kak aza suami tak pernah tak balik sana berlama-lama macam dia buat pada saya. Tapi dengan saya kalau bergaduh...dah macam jadi amalan tak balik dan biar macam tu ajer...



Rupa-rupanya kan, selain lari dari rumah dulu tu, kak aza juga pernah ugut suami dengan meletakkan pisau kat leher anaknya, rasanya masa tu anaknya dua jer, sorang Uda, yang berumur setahun lebih dan shakirah yang masa tu baru 5/6 bulan...rasanya mungkin pisau tu diletak dileher Uda kot...



Patutlaaaahhhh suami tak berani tinggalkan dia berlama-lama....sekarang barulah jelas pada saya...rupa2nya sebab dia akan ambil tindakan luar kawalan. Kalau dengan saya, suami tau saya 'waras' dan takkan ambil tindakan bukan-bukan, tambah2 saya tak pernah lari dan tak pernah pun ugut2 apa2 tambah2 ugut nak bunuh anak sendiri.



Dahsyat rupanya penangan suami kahwin lain ni...saya tak sangka sungguh kak aza akan bertindak macamtu sekali. Sayang sungguh dia kat suami masa tu kot, sekarang pun sayang gak, kalau tak takkan memanjang panggil suami yang..yang..yang....sekarang depan2 saya pun dia panggil 'yang' jugak.



Lagikan suami cerita, dia dah bercadang nak bawa anak2nya semua lari, tapi allah maha kuasa katanya, tak izinkan dia bertindak macamtu, dia dikurnikan sorang lagi baby kecik, maka takdelah tercapai hasratnya tu...



Saya sementelah dia dah cerita hal2 rumahtangga dia sebagai nak meluah perasaan..wah saya jadik kaunselor semalam tau...siang isteri [madu saya] melepas perasaan kat saya, belah malam pulak suaminya [suami sayalah tu]....kira pakat2 dengar jerlah....



Tulah saya cakap dengan suami, abang dengan aza dua2 ada anak masing2, tulah agaknya kak aza jeles abang layan angah macam2, yerlah suami memang ikram dan bantu angah sebab taknak angah jadik lebih hanyut dan terus duduk dengan mak dia makan tido makan tido jer kerjanya..




Sekali fikir memang betul cakap suami tu....katanya, sejak kahwin dengan kak aza tahun 1998 dan cerai dengan kak nani tahun 2000, nilah baru kali pertama angah duduk tempoh lama dengan ayahnya [dah dua bulan dah] dan apa yang angah nampak memang kehidupan kak aza mewah dan apa yang anak2 baru dapat ni jauh sangat dengan mujahadah mereka 3 beradik...




Along, bawa teksi menampung pembelajarannya di UIA, yang angah pulak, bermacam madrasah dia mengajar carik keperluan hidup sebelum dia sakit dan iza pulak, mengajar mengaji dari rumah ke rumah naik motor sebagai mencari duit nak ambil SPM sekolah swasta. Semua dengan mujahadah masing-masing, dapat pulak mak diorang [kak nani] memang kedekut dan berkira duit dengan anak-anak. Ini bukan suami jer yang cakap, iza dulu selalu cerita pada saya tentang berkiranya mak dia kalau minta duit.......




Baru sekarang nilah suami nak ambil tanggungjawab dia semula. Tambah2 angah ni hafiz, takkan ayah dia nak biar hafalan dia hilang macam tu ajer...sekarang disamping dia mengajar 35 budak mengaji quran dan muqadam dia juga menhafal balik 30 juz quran tu.




Kata ayah lagi, bukan senang nak cari anak muda yang sanggup mujahadah duduk dalam sebuah bilik di belakang surau tanpa apa-apa...tanpa hiburan tanpa pakaian mewah, masak sendiri, masa ayah cerita malam tadi bergenang air mata ayah bagitau yang angah tu baju pun takde, ayah ambik baju2 lama dia masa kerja bagi kat angah...saya pun mengalir air mata masa ayah cerita ni...



Ada ker budak2 muda sekarang nak tinggalkan dunia buat semua tu, sekadar mengajar budak2 mengaji dan dapat duit 500 sebulan atas ihsan orang ramai? Tulah yang ayah kata apa yang kak aza pandang tak kena pada angah. Malah kata ayah, dia layan anak kak aza [anak tiri ayah] lebih dari layan anak sendiri.




Malah angah tak pernah berkira kalau kak aza suruh dia ke kedai, ke pasar atau apa-apa ker, cuma kata ayah, angah ni takdelah sama macam fikir kita, kalau orang suruh dia buat tu, yang tulah yang dia buat, dia buat hanya ikut arahan ajer. Tapi kak aza agaknya harap angah boleh buat lebih dari apa yang di arah...




Semalam masa called tu kak aza cerita yang angah sengaja depan ayah picit2 handphone dia konon2 kata kak aza nak tunjuk hp rosaklah tu...dan lepas tu angah tanya ayah ada tak hp yang tak pakai....ayah pun tanya kak kak aza ada satu hp jumpa tu, mana hp tu, kak aza terus cakap yang hp tu dia dah bagi kat cik aya [kakak dia] so suami senyap jerlah..kak aza kata dia sengaja tipu sebab takmo manjakan sangat angah tu, bukan tak boleh beli hp 2nd hand RM 50..ada jual dikedai katanya...




Tulah semalam ayah cerita hal tu, kata atah nak bagi hp tu, tapi kak aza kata takde, so saya cakap hp tu ada sebenarnya, ayah kata dia tau, dia nampak hp tu dalam drawer tapi sengaja dia taknak mabil, dan dia sungguh marah sebab kak aza sanggup tipu suami kerana hal sekelcil tu..namanya tu tak hormat suami katanya...




bagi saya pula, saya tak pernah rasa cemburu jika suami ikram atau jalankan tanggungjawab pada anaknya tu, takde salahnya...memang tanggungjawab dia, cuam saya agak kesal sebab kalau ayah kat sini angah selalu sms tanya bila ayah nak balik?




tapi saya tak tau apa ada dalam hati kak aza....kadang2 saya tak boleh baca apa kehendak dia. Suami sebenarnya sangat2 tak suka kak aza selalu ke ruamh mak dia, sebab bila dia kerap ke rumah mak dia maka apa yang dia buat dia lebih fikirkan mak dia dari fikirkan suami. Macam bela ikan tu, dia takut mak dia marah sebab katanya bela anak2 ni pun mak dia dah cukup kesian kat dia...pelik pulak saya fikir..anak 4 orang jer bukannya ramai sangat...




Tapi tulah kata suami, kalau lalat sekor pun masalah pada dia apa lagi anak 4 orang, macam gaya membela anak 40 orang dia tu. Anak keluar rumah ke rumah jiran pun masalah negara bagi dia, anak asyik makan pun dia marah jugak, anak melompat2 pun dia nak marah, anak mabil wudhu sekejap dia dah berleter, anak solat cepat pun mendatangkan kerisauan tahap kronik kat dia.




Kalau boleh semua dia nak perfect...itu yang menyebabkan anak2 tak boleh capai standard kemahuan dia, sudahnya anak2 jadik mangsa leteran dia...tu yang suami kesian sangat kat anak2 kak aza tu asyik kena leter ajer...bayangkan tiap2 malam ada ubat untuk anak2nya makan, ubat sapulah...ada jer ubat tulah nilah..tapi sakit macm tu jugak...anak selalu gesek2 hidung gatal pun masalah pada dia...saya pun sesekali tengok pelik jugak....tapi dah perangai camtu...

1 comment:

payarumput21 said...

Salam..

Hmmm.. sedih membaca kisah kak aza.. mungkin dia tertekan sgt2.. dan cara nak mengendalikan permasalahaan tu.. tak pulak ternampak dengan jelas.. mungkin.. jalan penyelesaian atau cara nak menyelesaikan tu tak kelihatan pada dia.. :(

Beruntung juga dapat hani jadi madu.. dapat jugak lepas perasaan.. Memang Allah tu adil.. lebih orang kurang kita.. Lebih kita kurang orang..

Mudah2an tak de apa2 yang buruk.. Insya Allah.. Bagi akak.. sentiasa mendoakan yang baik2..