Friday, January 16, 2009

Harta Sepencarian

Harta sepencarian


Assalamualaikum w.b.t



Sepanjang mula kahwin dengan suami hingga hari ini, seingat saya, ayah ada 4 kes yang pernah berjalan di mahkamah syariah [ mhh rendah dan tinggi ]. Bunyi macam banyak,kan.... tapi kesnya berkisar pada isu yang lebih kurang sama. Semua isu dengan bekas isteri pertamanya...



Kes pertama tu berhubung dengan permohonan bekas isterinya untuk tuntutan nafkah untuk 3 anak dengan isteri pertama dan diputuskan pada setiap anak nafkah 300 setiap seorang dan diarahkan mahkamah untuk dibuat potongan gaji, kes selesai cepat sebab suami terima jer takde bantah2...


Kemudian kes kedua permohonan daripada suami untuk ubah perintah terhadap keputusan hakim terhadap kes tuntutan nafkah pertama tu. Sebab masa tu anak pertama dan kedua telah bekerja iaitu Along dan Angah telah melewati umur 21 tahun...dan kemudian mahkamah memutuskan bayaran nafkah hanya untuk anak perempuan, Iza sahaja [melalui potongan gaji] dan yang dua lelaki tu digugurkan.



Kes ketiga pula permohonan bekas isteri sekali lagi untuk menambah bayaran nafkah iza dari 300 kepada 600 sebulan dan menukar bayaran nafkah dari potongan gaji kepada bayaran melalui bank terus sebab selepas suami berhenti kerja atas sebab medical board, dan takde slip gaji lagi dah...dan mahkamah memtuskan nafkah dikekalkan dan suami kena beri terus kepada anaknya melalui memasukkan duit ke akaun Iza. Dan sampai umur 24 tahun ni dan selagi Iza tidak berkahwin maka suami diarahkan mahkamah untuk menanggung anaknya...dan dalam isu ni saya tak ingin ambil tahu dan tanya apa cerita pasal nafkah iza ni...sebab saya ada pandangan tersendiri... kalau saya tulis nanti pasti akan ada nampak 'bias' pada suami....sebab saya tak boleh dan tak mampu juga nak tulis keseluruhan fakta kes sebenar dalam blog...



Kes keempat pula difailkan dalam tempoh kes-kes tersebut rasa saya bekas isterinya failkan selepas dia tahu suami kahwin lagi iaitu kahwin dengan saya...dan saya tak tau adakah permohonan ni atas dasar dendam/marah/benci atau benar2 dia inginkan harta sepencarian tu. Sebab permohonan ni selepas 4 tahun penceraian dan hakim sendiri terpelik kenapa lewat failkan. Dan ada antara harta2 berkenaan telah dilupuskan [dijual atau dipindahmilik] dan permohonan harta sepencarian ini hanya dibuat selepas bekas isterinya berpindah dari rumah suami [nama suami, rumah ni di P.Dickson yang mahkamah arahkan dia keluar selepas tempoh edah tetapi suami tak kisah dan biarkan dia terus tinggal disitu sehingga 2004 sebab kak aza ada rumah sendiri dan saya pun ada rumah sendiri, rumah tu takde keperluan utk suami ambil tergesa2].



Bekas isterinya berpindah ke sebuah rumah lagi di S'ban atas nama mereka berdua yang selama ini rumah tersebut dibiarkan kossong sejak dibeli, selepas dibaikpulih baru dia duduki....selepas pindah tu baru dia buat permohonan harta sepencarian. Sebelum tu dengarnya suami dah offer suruh dia pilih salah satu rumah mana yang dia mahu...tapi yang peliknya dia mahu kedua2nya...satu teres dua tingkat lot tepi di Batu 4, PD ..di kawasan belakang Petronas kat kawasan perkelahan tu...tapak pasar malam tu, dan satu lagi di S'ban jenis semi D yang cukup luas tanahnya [ macam boleh bina sebuah rumah lagi...yerlah awal 80 an punya projek, siap suami dah tanam durian, rambutan dll dan semuanya dah berbuah pun sekarang]. Tapi tulah...tak tau apa niatnya semua tawaran dia tolak, masa tu kedua2 motor kuasa besar suami dah serah kat Along dan Angah, kereta tu pulak memang bekas isterinya yang guna dan van telah dijual...hanya isu tanah dan saham jerlah. Tanah tu pulak ada isu juga sebab ada 3 nama termasuk suami...dan isu saham telah diputuskan oleh majlis fatwa saham tidak termasuk harta sepencarian [betulkan kalau saya silap]






Makanya, kes harta sepencarian diteruskan, pihak plaintif sepanjang kes ni beberapa kali tukar lawyer tu yang makan masa lama tu, sebab tukar, kami sendiri pun tak tau apa sebaliknya yang berlaku, tetapi suami ada ceritalah pada saya sebab dia kan tido sekatil selama 19 tahun dengan isterinya tu dan dia taulah sikap dan pendirian bekas isterinya...samaada lawyer tarik diri ataupun bekas isterinya tak puas hati nasihat lawyer ker...tak taulah...suami ada komen isu ni tapi takyahlah citer kat sini [nanti ada yg kata saya bias pada suami pulak]...






Dalam permohonan kes ni ada beberapa harta sepencarian mereka berdua. Disebabkan nilai permohonan melebihi RM 100K, maka kes ini berjalan di mahkamah tinggi. Antara harta sepencarian ni ialah 2 biji rumah yang membawa nilai lebih RM 300,000, dua biji motor berkuasa besar, sebiji kereta dan sebiji van, beberapa puluh lot saham TM, 3 ekar tanah pertanian dan apa lagi ntah...




Rasanya dah lebih 4 tahun kes ni berjalan, banyak masalah juga, sebab serasanya pihak plaintif 'gagal' menyediakan bukti pemilikan harta secara bersama itu dan gagal juga mengemukakan dokumen valuation semasa harta berkenaan, juga tidak dapat mengemukakan crown witness [saksi2 penting]..sebab saksi penting ini adalah adik beradik dan anak2 tapi anak2 memang taknak campur tangan langsung. Adik beradik tau2 jerlah...




Tapi sepanjang kes ni berjalan tidaklah sepenuhnya saya ikut mendengar sebab saya selalu ada mesyuarat pagi, tapi sesekali kalau takde tu dapat jugak saya cilok keluar [curi masa minum pagi tu], selalu saya duduk di galeri awam, dan suami tak tahu pun saya ada dengar di belakang. Sebab saya rasa sangat penting saya ada memberi sokongan moral pada dia, walaupun kadang saya sms bagitau kehadiran saya dia tak sempat baca pun sebab dia kan duduk sebelah lawyer di depan... kak aza pulak memang tak nak langsung datang sebab taknak bertembung dengan bekas madunya...takut ker malas ker atau taknak panjang cerita dan terhimbau kenangan lama tak taulah pulak saya..



Tapi selalunya lepas kes mesti kak aza called saya tanya apa perkembangan kes [suami tak suka cerita2 hal kes ni, balik court selalu dia muram, kak aza pun sedih nak tanya], disamping tu tanya jugak..kak nani macamana...saya pun citerlah..kak nani pakai baju gini2, emosi dia gini2, lawyer dia tanya gini2...pendek kata semualah saya citer...biasalah asya kan detail juga orangnya bab2 bercerita ni...yang kelakar kak aza selalu cakap..."akak pun dah tak ingatlah muka/rupa kak nani camana"...dalam hati saya nak jawab jer, jomlah kak nanti gi court boleh tegur sapa..hehehee :)))...takut nanti ada yang perang mulut pulak!!! dengan saya takde hal..siap boleh salam2 dengan kak nani lagi...sebab dia bukan madu saya....takde kaitan pun...




Sepanjang kes berjalan tu saya dapat berkongsi juga emosi suami yang kerap turun naik boring+ marah+ sedih+ dll sebab dia memang tak suka nak sampai tahap ni, akalu boleh dia nak berunding dan buat pembahagian secara luar mahkamah. Tapi pihak bekas isterinya enggan berunding dan mereka juga ada memberi cadangan penyelesaian, tapi cadangan tu memanglah tak logik diakal dan lawyer suami pun tak setuju. Sebab kesan cadangan penyelesaian tu semua harta tu takde satu pun dapat kepada suami sebab semua natijah yang disebaliknya daripada 'terma' yang dinyatakan dalam cadanagn penyelsaian tu akhirnya membawa kepada penyerahan semua harta bahagian suami kepada anak2, sedangkan bahagian harta isteri kekal kepada dia.




Memang saya nak jelaskan keseluruhan kes ni kat sini agak sukar kepada anda semua tetapi bagi yang tahu dan faham berhubung pembahagian harta sepencarian akan tahu bezakan dan bukan setiap harta itu akan dibahagi 50-50...banyak aspek akan dilihat. berapa sumbangan pasangan terhadap harta berkenaan dan faktor2 lain. Dan saya lepas 'terlibat' sama dalam kes ini saya turut mendapatkan info dan membaca dalil-dalil dan nas-nas berkenaan keputusan yang sewajarnya bagi kes harta sepencarian. dan saya juga berbincang dengan lawyer suami tentang kebarangkalin yang bakal diputuskan oleh hakim...




Dan hari ini adalah sepatutnya hari ditetapkan keputusan bagi rentetan kes yang panjang ni. Tulah pagi2 lepas hantar hani ke sekolah kami berdua terus ke mahkamah, sarapan pun tak. Saya pun diam jer bila suami tak singgah walhal hani ajak juga singgah minum. Agaknya emosi dia pun bercampur baur nak tau apa keputusannya. Semalam saya call pejabat lawyer di Kuala Lumpur, dan bila tau kes jalan, terus bagitau suami dan malamnya baru suami sampai dari jelebu [keluar di sana pulak..].




Rupanya bila sampai mahkamah saya tengok senarai kes takde pulak list kes suami ni. terus saya tanya polis mahkamah, rupanya kes ni tak didengar di mahkamah terbuka hanya bicara dalam kamar jer... tu pun pendaftar yang bagitau polis tu...



Bila called pejabat lawyer baru bagitau yang defenden tak perlu hadir. Rupanya hakim tak dapat buat keputusan hari ni. Saya dah boleh agak dah kenapa tak boleh buat keputusan.....hakim ni adalah hakim baru, dah penghujung kes [semasa pihak palintif soal balas bagi harta sepencarian yang dah peringkat hujung dah] baru dia take over...dah tu hakim yang dengar kes ni dari awal..masa dia dengar ni memang betul2 dia dengar...takde buat catitan pun..syok jer dia dengar lawyer palintif dengan lawyer defenden saling berhujah pertahan hujah masing2...saya pun pelik napalak tak catit si hakim ni...siap peluk tubuh lagi goyang2 kerusi...sempat gak masa tu dia komen "saya suka dengar kes ni...." masa tu lawyer suami bertekak sikit dengan lawyer palintif...saya pun tergelak kecil dengar komen dia..ada lak masa2 dia tak serius hakim ni...ada kali naik angin bila lawyer suami tanya keras sikit kat anak no 3, iza [dia jer sanggup jadi saksi tu pun dah hujung kes dah]...




Lawyer suami ni saya yang carikan, kawan atas kawan, kawan lawyer tu kawan saya...kalau anda perasan kes Abby mohon cerai tu dia pakai lawyer yang ni jugak, Ahmad Nazib Johari& assc...sebelum ni banyak kes artis dia wakil [dia yg cerita ni] kes Najman [deejay], kes sorang wanita UMNO selangor yang cerai tu...dan banyak lagi kes2 besar dan melibatkan public figure...charge nya memang boleh tahan lah...sediakan duit jer..datang sekali je [w,pun mentioned case dan ambik date sahaja RM300, buka fail dan lain2 charge lain, tapi puas hatilah] tapi hujah penggulungan dia tu yang bagus tu...cara dua berhujah di mahkamah pun sangat meyakinkan...biasalah saya pun bukan tak biasa dengan kes mahkamah w.pun kes sivil lain dari criminal kes...



Makanya hari ni takdelah lagi keputusan sebab rasanya hakim nak dengar dari dua2 lawyer dalam kamar jer...so tak taulah bila pulak keputusannya...sabar jerlah. Ingat malam ni dah boleh senang2 hati dah suami tu...kena lagi fikirkan apa penyudahnya...kena solat hajat jugak ni biar cepat selesai.... lepas kes kami baru gi makan dan lepas tu balik rumah jap, ambil Suli dan terus ambil Hani dan pergi ke PD rumah mak kak aza...updated terkini hal bicara hari ni pada kak aza...saya ni dah macam reporter pulak... pastu lain2 cerita pun updated jugak terutama kesihatan zubair [lepas air di badan yg bengkak tu susut zubir tersangat kurus pulak sekarang, terkejut beruk sy tengok tadi, kamera tak bawak plk] dan 'masalah' angah yang tak sudah [ada banyak citer baru angah ni, kalau dientrykan mau seminggu tak habis], sebab hal angahlah ayah turun jugak PD hari ni, kalau tak dah ke Jelebu semula dah...



Dan sambil2 tu pastinya saya membelek sofiyyah..eii geramnya rasa nak culik bawak balik jer...dah pandai tak nak orang pulak tu, nak ummie dia ajer...dan hari ni terperanjat dan terkujat kejap sebab kena sergah dengan tok [mak kak aza] dengan kata2 yang sangat tajam dan direct...tapi malas nak citer..kak aza sengih2 jer dengar...teruk tok kutuk menantu dia [suami kami ler...] sebab dia memang selamanya tak setuju dengan tabligh ni...jenuh ulang soalan kat saya..bagitau aku, apa suami engkau buat dakwah tu, dia keluar tu dia buat apa??? Ntahlah tok, malas saya nak tanya!!! mula2 tu jer saya jawab....lama2 dia provoke saya macam2 panjang gaklah saya jawab..sampai kak aza tergelak2 dengar saya berlawan cakap dengan mak dia yang umur 74 tahun tu....tapi mulut tok tu betul2 takde insuran...sabar jer saya ni...






Balik rumah dah jam 6 dah...ayah plak terus memandu ke jelebu semula, singgah PU jer...tak sempat bagi ayah makan pun dapat bekalkan limau jer...dan 10 febuari baru ayah habis keluar 40 hari, bulan 5 dan bulan 9 akan keluar 40 hari lagi, setahun 3 kali keluar 40 hari .... dan kami tak pernah jadikan isu keluar ni isu besar... sampai jadi gaduh ker sebab bila balik tu 'karan'nya kuat betul...hah hah hah....bab manfaat bagi isteri yang ditinggalkan tu nanti2lah saya entrykan....



Gambar kami tiga beranak sebelum hantar hani dan ke mahkamah tinggi. Kami tak pernah ambil gambar tiga orang yang betul2 bersiap semua, nilah kali pertama, kalau tak gambar gitu2 dan mesti ada anak tiri atau pun gambar tak bersedia dan tak penuh, ambil dalam keretalah cnthnya...tu pun selalu pakai hp jer..yg xde usb nak pindah ke pc...dah 6 tahun hani hidup, baru pagi ni merasa nak ambil gambar 3 beranak, tu pun semua tak sedia, sebab tengoklah muka suami saya masam mencuka, sebab baru lepas marah saya sebab majoriti baju pak haji saya bagi pada angah, sudahnya nak ke court takde baju dah, sebab sekarang kan dia pakai jubah atau kurta jer...baju2 kerja dan seluar yang berhook semua saya dah sedekah kat anak dia tulah....dia jugak yg suruh hari tu... dia pun takleh pakai seluar bertali pinggang dan berhook bagai ..susahkan...pastu alhamdulillah jumpa jgk sehelai baju yg tersorok belah bawah lipatan..., seluar pulak terus pakai seluar kurta nya ajer ...saya kata pakai jerlah baju kurta nya terus...takmau pulak......




Pagi tu hani pun lambat sebab hal cari baju tulah... dia plk dok main pensel mekanikal kat tangan tu sejak lepas mandi sampai leka tak pakai2 tudung, nak ambil gambar terus sarung tudungnya, dalam kalut2 tu saya terus set self timer camera letak atas meja, jom kakak, bang...kita ambik gambar jap, lepas sekali klik terus suami bangun..hmmm, takde nak sedia2 senyum2 ker, tulah sekeping, dan ini gambar saya letak supaya gambaran cerita lebih jelas dan boleh bayangkan watak sekali, dan inilah kami seadanya, mak ayah hani tak handsome, tak lawa, tapi syukurlah sempurna semuanya...dan semua yang ada cukuplah kami bahagia, taat perintah Allah, tenang dan hidup dalam keredhaan allah...tu yang penting...

No comments: