Saturday, January 17, 2009

Gaduh suami isteri

Lihat Positif sahaja


Assalamualaikaikum w.b.t



Saya tulis ni rentetan saya membaca entry Pnut di blognya. Yer ramai dari kita yang telah berkahwin dan ada sahaja masalah dalam rumahtangga. Boleh dikatakan takde yang benar2 berpuas hati dengan rumahtangga terutama ada ajer tak kena dengan suami.



Dan saya rasa ada juga yang gagal mencari penyelesaian dengan pihak suami, samaada comunication breakdown ataupun malas nak gaduh dan demi anak2. Pendam sendiri lebih elok. Maka lama2 lagi kronik. Dan blog salah satu medium mencurah rasa supaya tidaklah rasa tertekan sangat, tambah2 dapat kawan2 yang senasib tapi mungkin lain bentuk masalahnya.



Dan saya, yer saya juga salah seorang yang menggunakan blog bagi meluah perasaan. Geram, benci, menyampah, meluat dan segala rasa terhadap rumahtangga ni saya curahkan di sini bila marah pada suami, bila tak puas hati, bila ajer ada sesuatu nak luah pada bloglah saya meluah.




Lama-lama saya sedar yang saya secara perlahan membina satu bentuk tanggapan negatif dalam benak pembaca yang mengikuti dari awal atau sesiapa sahaja yang kebetulan membaca blog ini. Tentu ada saja yang menyampah baca, tapi masih juga mau teruskan membaca agaknya [?] dan mungkin ada yang membuat pelik kenapa saya yang tidak suka rumahtangga ni, tapi kekalkan pulak, kenapa? Mungkin itu yang bermain diminda pembaca, andaian sayalah. Dah kutuk teruk2 napa tak minta cerai???




Tanggapan terhadap saya yang saya andaikan ada dalam benak anda, mungkin juga berkisar pada betapa tak bertanggungjawabnya saya bercerita keburukan suami. Betapa saya ni tak terfikirkah dosa dan hukum bila bercerita begitu, betapa saya ni bodoh juga kerana dah cerita buruk masih juga dok peluk hari2 [giliran]. Saya Memang menjengkelkan agaknya!





Tapi sebenarnya saya bukanlah hendak menjaja kisah rumahtangga saya sesuka hati kepada sesiapa. Tidak langsung...saya hanya nak berkongsi rasa, dan rasa itu pun hanya dikongsi bersama mereka yang mahu berkongsi rasa dan perasaan. bahkan kewujudan blog ni adalah dalam pengetahuan suami saya. Cuma isi dalam blog ini dia tak pernah baca, w.pun saya dah offer tapi sebab bukan minat dia....dia bukan kaki bebel macam saya. Selalu juga diperli saya berhubung isu blog ini.



Dan setiap kali dia datang ke rumah saya pada giliran memang dia ada mengadap PC, bukan sekali malah banyak kali, lepas isyak, kadang2 lepas subuh dan selalunya tak mengira masa sebab dia kan kejap2 ke surau/masjid, selang masa antara tu dia akan on pc. Dan langkah pertama dia akan buka web yang disenaraikan di favourite tu, dan blog2 saya semua ada di fovourite termasuklah blog2 yang saya suka pergi....dia tau tu.



Dia selalu juga check mana-mana laman web yang saya masuk sepanjang dia takde melalui history. Kadang sesekali tu ada sesat barat web ntah apa2 [dululah] yang saya terbukak melalui email atau yang pop up tiba2, mulalah dia soal siasat saya.... tapi pasal blog dia tak pernah tanya, dan tak pernah marah sebab saya dah bagitau dia saya dah privatekan, hanya orang tertentu sahaja yang baca...dan yang penting takde lelaki yang baca...[dulu ada lelaki silent reader yg baca, agak close juga sampai poskan hadiah kat saya....selalu tukar sms, sebab terlalu empathy agaknya dan selalu beri nasihat berguna dan +ve sahaja untuk terus taat dengan pak hj....]




Email saya pun pak haji tau, tambah2 kami mula kenal adalah melalui email. Email yang saya guna dulu yang dia kirim kat saya tu pun masih juga saya guna hingga hari ini... salwa9644@yahoo.com. Tu email saya yang mula2, saya buka masa saya mula kerja BPR, 9644 tu nombor motor [pinjam abang ipar] yang saya guna hari2 pergi kerja [hampir setahun berulang serdang-Jalan Duta kemudian Serdang-Putrajaya]...email saya yang lain pun anytime dia nak buka sebab dia buka pc mesti check email dulu, memang akaun saya yang keluar dulu, password saya pun dia tau sebab saya tak pernah tukar password dari dulu, sejak kenal dunia internet [Luna tau kot password saya ni??? :)]




Apa yang saya luah di sini sebenarnya apa yang saya tak dapat sampaikan dengan suami, agaknya kalau saya sampaikan pada dia apa dulu2 yang saya tak suka dan saya kutuk2 dia kat blog ni secara terus mesti lagi banyak kali kami gaduh. Agaknyalah. Sebab kami dari dua dunia yang berbeza. Kami tak boleh guna pendekatan macam suami isteri yang muda2 punya style gaduh.




Macam Pnut, katanya kalau gaduh, dia buat2 tak tau jer, kalau suami panas baran dia sabar dan cara nak berbaik, selamba usik pipi suami ker...gurau2 ker. Best tu kalau boleh buat kat suami saya macam tu juga. Tapi saya tak pernah ada peluang kalau bergaduh dia ada depan mata saya dan saya boleh laksanakan strategi memujuk dia. Sebab sebelum apa2 dia akan meninggalkan saya dulu. Dan dia tak cakap atau marah2 cuma dia blah kalau dia tak suka. Sebab dia tau kalau dia stay dia akan tewas dengan pujukan saya...




Saya suka juga nak kongsikan di sini bahawa sejak saya menukar hala tuju dalam berfikir dan mula redha dan memaafkan dan bersyukur kepada apa yang saya miliki seolah-olah Allah buka ruang yang sangat banyak dalam hati saya untuk melihat kebaikan suami saya dan betapa nikmat hidup yang Allah beri kepada saya cukup banyak.




Semakin hari semakin dimudahkan hidup saya. Rasa besar sangat kebaikan dan keindahan hiudp yang Allah limpahkan kalau kita redha dan bersyukur. Nikmat bahagia tu tak boleh dibilang dan dibayar dengan wang ringgit, nilainya tak setara, dan tak sia-sia saya belajar redha dan bersyukur...allah bagi cash jer nikmat2Nya...




Suami saya ni orangnya cool dan relax jer, tak suka banyak2 cakap, kalau nak tau dia marah ker tidak, bila dia diam tak bercakap tu tandanya dia tak suka dan marah. Dia tak pernah bising2 atau marah2...jarang sangat saya berpeluang bergaduh secara berdepan atau dengan kata lain bertikam lidah dengan dia.





Selalu sebelum sempat bergaduh atau bertekak dia dah 'blah' [pergi] macamtu jer, tinggalkan saya dua beranak. Gaduh kami hanya perang dingin samaada dia tak balik ataupun teknik lain dia beri kata dua pada saya. Selalu saya yang provok dia melalui sms semasa proses gaduh tu, dalam 3/4 sms saya dia balas satu jer tu pun pendek jer...tapi memang tajam lah kata2nya tu.




Dengan kak aza lain pulak tekniknya tapi mesejnya sama. Disebabkan faktor anak dan sikap kak aza [dia kalau tension dengan suami terbawa2 tension dengan anak pulak], dia tak boleh tinggalkan kak aza macamana dia buat kat saya [sebab saya ni kan kononnya rasional dan boleh teruskan hidup macam biasa w.pun sebulan dia tak balik2]. Tapi dengan kak aza walaupun dia ada jer sepanjang perang dingin tu tapi dia takkan bercakap, dia senyap jer, wujud tapi macam tak wujud. Lagi makan hati kan...yerlah dua2 degil agaknya...




Kalau dari cerita kak aza, pada tahap ni dia dah taknak cakap apa2 yang dia rasa akan menyebabkan krisis dan pertentangan pendapat dengan suami, dia lebih rela cerita kat saya dan harap saya pulak bagitau abang...dan suami pulak berdasarkan cerita dengan saya, dah malas nak layan kak aza sebab semua kehendak dia nak diikut, tak ikut memberontak, lama2 suami kata, layan kan ajerlah asalkan dia bahagia...maksudnya... macam suami tak suka tapi sebab malas nak gaduh dia diam kan diri dan melantakkan apa yang bininya nak buat... eiii bahaya tu, saya taknaklah pulak sampai ke situ w.pun pernah juga beberapa kali dia melantakkan saya, dia buat tak kisah apa pun kita nak buat...




Tapi.... mujur juga saya cepat sedar. Mungkin juga sebab dah banyak kali gaduh, dah banyak kali terima kata dua, dan dah banyak kali ditinggalkan bontang ajer...maka pada mulanya malas dah nak fikir nak meneruskan hubungan ni, rasa2 nak stop at this stage...tapi tulah, masih juga kekal sebab Allah tahu apa ada dalam hati saya. Sebenarnya saya nak berubah macam yang suami suka, saya nak ikut syariat macam dituntut agama, nak taat dan hormat suami...semua tu jauh di sudut hati saya, memang saya nak cuma saya bukan mesin bila nak tekan suis saya automatik berubah. Saya juga yang jahil ni selalu rasa nak berubah tak boleh dipaksa, kena datang dari hati.




Maksud saya bukan berubah penampilan fizikal, yg tu memang penting tapi berubah iman yakin, taat allah sesungguhnya, hormat dan taat suami macam sahabiyyah dan isteri2 nabi dan sahabat...saya baca sejarah mereka dan saya mahu jadi seperti mereka dengan amalam2 pada suami sebagaimana kehendak suami...cuma saya tak mampu nak berubah serta merta [walaupun hakikatnya dan masuk 8 tahun kawin tapi dimata suami takde apa yg saya berubah ikut sepertimana kemahuannya]




Makanya saya kini berdoa agar saya terus diberi kekuatan dan kelaratan untuk terus mentaati suami, buat apa yang diredhai suami sahaja. Tapi cabarannya cukup hebat, bukan sahaja dalam isu besar untuk belajar mantaatinya tapi cabaran tetap wujud dalam menangani isu walaupun isunya kecil2an sahaja di mata saya.








Macam tahun ni saya dah cadang lama nak hantar hani ke kelas taekwando, sebab saya memang suka seni mempertahankan diri. Dulu 6 bulan masa kursus asas nak jadi pegawai BPR kami menjalani latihan di Pusat Latihan Polis Ulu Kinta, memang kami belajar Kombat Tanpa Sejata, kira bertempur tanpa senjata macam taekwando jugalah. So untuk anak saya ni saya sukalah kalau dia dapat belajar taekwando...








Jadi tahun lalu saya bagitaulah ayah hasrat saya ni, dan dia dah bagi jawapan dah, tak boleb katanya. Tak penting semua tu. Lepas tu saya senyap jerlah. So awal tahun ni saya pandang dan baca jerlah pamplet yang ditampal di board kat sekolah hani tu, sebab ayah tak izinkan maka saya pun batalkan hasrat tu.






Tapi semalam, sekali lagi isu taekwando ni muncul. Semalam balik colouring contest saya menumpangkan 2 orang anak Pn Rozita, pemilik Murni CDC. Uminya pesan suh hantar sebelum jam 11, sebab kelas taekwando start jam 11. Lepas dapat hadiah balik ke tadikalah sebab kelas tu di tadika bijak murni, sampai tu saya pun teringinlah nak tengok budak2 ni berlatih taekwando. Kebetulan hayyan yang sebaya hani tu, baru nak mula kelas hari semalam, dia sorang jer perempuan. So saya cubalah tanya hani nak joint tak...nampak dia suka. So dia teruskan jerlah, sampai habis kelas, dia pun dah mula syok, dan tanya bila lagi kelas taekwando tu...






Maka, saya tak fikir panjang terus daftar, siap bayar RM 118 pendaftaran termasuk dapat uniform, lagilah hani suka. Baliknya, baru saya sedar yang saya tak dapat izin dari ayah, petang tu mulalah saya jalankan strategi, mula hantar sms, tapi 2/3 sms adalah balas satu, saya takdelah direct cakap minta izin, tapi bagi kias2 dulu...tapi jawapannya hampa...




"tak payahle belajar mengaji lagi bagus"



Pastu saya jawab;



"mengaji mmg belajar tetiap lps maghrib. pagi2 bljr lg kat sek. Klau kat rmh pagi sabtu pun tgk tv kartun bnyk, lgpun dia bnyk berubah dah, rajin solat,xmelawan saya lg, tadi sopan jer dpn org xmcm anak org lain. Sskali bg dia apa dia suka, mgkin masa 6 thn ni je, bdn dah besar nanti xpayahlah. Klau abg xbagi juga nanti abng citerlah pelan2 kat hani."



Malamnya saya sms lagi;



"Salam, senyap jer xjawab. abang malas nak layan eh, yerlah xfaham2 nak masuk gak taekwando, maaflah bang xblh pun xpelah. sje tanya 1x lagi kot2 ubah keptusanker. Ssh jg nak belajr taat ni."



Petang ni [ahad] baru jawab;



"xda apa nak cakap, kita kena fahamkan diri kita apa keutamaan dalam hidup ini. Pertama taat Allah dan rasul seterusnya lalui kehidupan ini dalam syariat"


Itu kira kata putus tu...selalu dah ayat2 sewaktu dengannya keluar, ini hanya pengulangan ajer ni ntah kali ke berapa dah ni...tapi saya ni tak putus asa....kena gak pujuk lagi ni, dapat belajar tahun ni pun cukuplah...w.pun saya tau suami tetap dengan prinsipnya..anak perempuan bukan untuk didedah2kan...pantang dia tu..kalau boleh anak perempuannya nak simpan dalam rumah jer, cukup masa hantar madrasah, pakai purdah, jadi hafizah dan sampai jodoh dan jumpa lelaki soleh tanggungjawab dia untuk dikahwinkan....siap dah cakap kat hani dah ni....secara bergurau.....


Suka saya tengok hani belajar taekwando...dua orang jer budak perempuannya...alahai comel jer kan

Hah...alaalalaaa kecik jer dua-dua kan, hayyan sebelah hani tu yang tak tahan tengok tu...bersemangat bukan main lagi...



Wah..sempat termenung lagi dua budak kecik ni..kekekekeee ....


Balik rumah baru cuba uniform...tak basuh lagi ni...wah..tak sabar tu nak tunggu sabtu minggu depan kelas lagi







Tapi tak taulah...kalau bagitau ayah saya dah bayar pendaftaran dan beli uniform, ntah2 ayah kata lantaklah asalkan bahagia..hissshh kalau boleh taknaklah buat benda dia tak suka, tapi taekwando ni w.pun tak ikut syariat tapi penting jugak untuk kanak-kanak perempuan...senang pertahankan diri...kalau ayah tak bagi juga, maka saya akan cari kelas belajar berenang pula, sebab berenang kan ikut sunnah, takpun kelas belajar memanah...hah rasakan!



Tulah susah nak belajar taat ni, tapi Allah dah kata bagi isteri yang diredhai suami, maka redha Allah akan bersamanya...hishhh saya ni awatlah ketegaq sangat lawan cakap suami ni.....poning seyyy....siap dah warning hani jangan citer hal taekwando pada ayah..uniform pun saya dah sorokkan... heheheee... tapi ..tapi...tapi...tulah susahnya nak belajar taat,kan????....

6 comments:

Pnut said...

alahai Wa..masa saya buat entry blog saya tu
langsung tak terfikir bab blog wa dan cerita-cerita wa...

saya baca blog wa and mmg amek positif, sbb bagi saya itu medium wa luahkan masalah, saya hormati itu..

cuma saya menulis entry kat blog tu, sbb saya ni suka berforum, dalam forum kekeluargaan tu, macam -macam kisah rumah tangga orang ada, tak terfikir bab blog wa ni..sungguh..

and kat blog saya pun saya ada tulis setiap orang perlu luahkan masalah dan perlu medium, and trend org sekarang, lauahkan melalui internet, itu sebab kita lebih rapat dengan kengkawan di internet, tapi, andai kata tulisa saya kat blog saya tu membuatkan wa terasa, minta maaf, sbb mmg sy tak terfikir blog langsung, sy fikir kesan dari forum-forum tu je..

Hanisumayyah said...

Pnut...

takde apa lah..sajer saya tulis entry ni...saya sedar, Pnut tak kmerujuk blogger, cuma forumer jer tapi saya sendiri jer yang terfikir..ada betulnya apa yg Pnut tulis tu...sajer meluah kat sini takde hal punyalah....saya tak terasa langsung....

Pnut said...

lega kalau wa kata macam tu, takut la nanti wa kata saya sindir wa pulak...sumpah tak der pun niat nak sentuh pasal bab blog wa...

sy hormati semua apa orang tulis kat blog/forum ke apa...tak pernah sy kondem negatif..seingat saya la...

cuma pandangan saya, begitulah, setiap manusia perlukan medium untuk dia luahkan masalah rumah tangga, ada orng selesa cerita pada kawan-kawan rapat, sedara mara, tapi ada sesetengah dia jaga sampai tanak org lain tau, cuma dia luahkan di internet je... cara masing-masing... sebagai pengguna internet, kita just hormat each other je la kan..

kakLuna said...

2-2 entry sy setuju..mmg betul mcm kak pnut tulis ada stgh tu tulis kat forum lgsg x tapis..sbb aura negatif tgh menguasai dah x boleh nk pk apa yg patut citer apa yg x patut, betul ke pihak sana saja silap, atau ada silap kita sdiri..

samada nk meluah atau x meluah ni kedua2nya bagus asalkan x melampaui batas..

Hanisumayyah said...

Pnut....betul tu

Luna...akak ni melampau batas tak?

payarumput21 said...

Salam Salwa..

Hmmm.. tak nak komen apa2 pasal entry pnut sbb tak baca.. and entry wa.. baca and Insya Allah.. faham.. tak la pulak pandang serong atau mcm yg wa kata tu.. fikir negative.. tak de.. tak pernahnyer..

Tea Kwan Do? Hmmmm.. tiga2 anak akak masuk tea kwan do.. Aiman dgn Danial dah talipinggang biru.. bulan dua ni grading utk merah pulak.. kakak dah talipinggang hijau..

Banyak kali jugak pegi tournament bebudak ni last year.. cumanya tak dapat emas.. Aiman dapat perak.. danial dapat gangsa.. ikut category weight.. Kakak pulak.. tak minat pergi tournament..

Itu yang tiap kali weekend.. masa habis mengurus bebudak jerr.. jadi driver.. kesana sini..