Sunday, January 25, 2009

Mendidik anak 1

Mendidik anak 1



...sambungan....


Assalamualaikum w.b.t






Cabaran mendidik Hani adakalanya terasa seperti banyak ruang yang perlu dibaiki. Kadang-kadang rasa kelakar dan jenuh menjawab persoalan dalam minda dia. Sukar juga sebab selalunya hanya kami berdua. memang terasa ada ruang kosong yang sepatutnya diisi oleh ayah tapi kenalah berpijak di bumi nyata sebab ayah jarang ada. Dan memang diribaan ibu-ibu inilah madarsah pertama anak-anak. Dalam dakapan kitalah didikan awal anak-anak, bagaimana kita nak mencorak kain putih itu.


Saya masih belajar dan terus belajar dan acapkali kesilapan saya sendiri menjadi bahan teguran Hani. Dalam hal solat, walaupun hani selalu memohon pada saya ingin bersolat 5 waktu sehari semalam, namun jujurnya saya gagal mengusakan impiannya itu. Subuh dia selalu pesan dari malamnya minta dikejutkan, bila dikejut kemudian dalam mamai-mamai dia akan kata, boleh tak ammie kalau kakak tak jadi solat 5, kakak nak solat 4 jer...saya pun iyerkan ajer..kesian mengantuk,kan?


Hari sekolah pula, kadang2 walaupun dah agak lewat [melebih jam 7] dia masih minta untuk solatm saya yang kata takperlah kakak budak kecik lagi, nanti lambat pulak...kadang rasa menyesal dan menyampah juga sikap saya ni. Kena kecekalan yang sesungguh2nya nak mendidik anak ni. Waktu solat hari2 bulan mengambang saya pun begitu juga. Selalu dia kan bersolat sendirian tapi acapkali lewatlah..lepas banyak kali cakap, barulah ambil wudhu'.


yang kelakarnya, soalan dia pada saya, ammie ni uzur lagi tak?, kadang dia kirakan hari uzur saya, lepas dia tau anggaran 7 hari maka dia siap2 simpan dalam kepala. Hari tu dia mengeluh lepas saya suh dia solat, katanya bilalah kakak ni nak uzur ni? penatlah kakak asyik solat jer...bolehlah kakak rehat tak payah solatkan ammie...

Pastu saya kata eh..kanak-kanak mana ada uzur, jangan cakap macam tu, tak elok orang dengar......pastu melalut2 pulak, kenapa allah bagi perempuan dewasa jer uzur ammie...sebab Allah nak bagi rehat kot..saya jawab, dia kata pulak kenapa perempuan jer dapat rehat lelaki takde uzur tak dapat rehatlah...makanya kena jawab lagi, mungkin sebab perempuan banyak tugas Allah bagi kena mengandung, lahirkan anak, besarkan anak, memasak....ohhhh, dia jawab...


Terbaru hani sangat seronok dapat ke kelas taekwando setiap hari sabtu. Kira aktiviti barulah tu, selama ni hani ni mana ada lasak2. Setakat duduk dalam rumah jer. kalau bermain pun bermain dengan adik beradik dia itupun kalau ke PD. Selain tu mana dia ada main-main lagi.


Dan cikgu hani ada cerita pada saya, hani ni biat sesuatu selalunya slow and steady jer. Takde kecok nak cepat ker. Semua dibuat dengan teratur dan perlahan. Dan dia bukan kategori yang lasak dalam kelas, bahkan kategori pemalu. Dan dia tak oernah berkawan dengan lelaki, apatah lagi nak bermain dan bercakap2 dengan lelaki. Itu hani yang digambarkan oleh guru dia.


Maka dah dua minggu saya temankan dia di kelas taekwando tu, saya jer satu2nya ibubapa yang tunggu dan memerhatikan. Dan memang jelas Hani jenis pemalu, dan dia tak nampak ada keyakinan. Macam malu2 nak ikut pergerakan yang sir tu ajar. Dia seperti memerlukan pemerhatian individu. Tapi minggu kedua ada perkembangan, lebih cergas dan bersemangat.

Cuma bila minggu kedua ni, saya cuak sikit, mula2 kelas tu dia akan beratur dengan budak talipinggang kaler lain, dia barisan agak depanlah sebab budak kecikkan, dan belakang dia lelaki. Maka saya perhatikan, budak2 perempuan tu semua berbelas seluar dalamnya. Dan Hani pun begitu juga. Itu saya terasa macam tak kena. Bila pecah kelas, hani diletakkan dibawah pengajaran sorang guru india, muda lagi, dan dalam mengajar tu tentu guru tu ada memegang kaki dan tangan hani. tangan hani dipegang untuk betulkan cara tumbukan dan adjust ketinggian tangan dia bila menumbuk. kaki pulak masa dia menendang dan banyak kalilah jugak...


Adakah saya terlalu protective bila saya rasa macam serba tak kena bila saya nampak yang anak dara kecil saya tu dipegang lelaki asing. Bukan islam pulak tu? dan saya juga tak selesa bekas spender anak saya dilihat budak2 lelaki usia 8-13/14 tahun...normalkah perasaan saya tu?


Saya rasa, saya tak berapa suka keadaan begitu. Saya rasa saya sentiasa inginkan anak saya dilindungi, jangan disentuh oleh orang yang tak sepatutnya. dan saya juga mula merasa *bersalah* kalau aurat hani dilihat oleh lelaki ajnabi. Sekarang saya rasa pelik kalau hani buka tudung dalam kereta, saya merasa bila dia buka baju taekwando dia dalam kereta dan hanya memakai singlet, itu tidak begitu elok...entahlah kenapa terlalu awal saya merasa begitu?


Malam tadi ayah ada balik sekejap, ada urusan berkenaan maid yang tak selesai. Saya tak mau lama-lama menyimpan rahsia yang disembunyi iaitu hani masuk taekwando, dan berubah air muka ayah bila syaa kata, habiskan tahun ni jerlah, sebab wa dah bayar yuran RM 118 tu, ayah tanya uniform dah beli ker, bila saya kata dah..terus ayah kata, tulah dah buat keputusan baru nak tanya abang, sama jer dengan yang kat sana [kak aza maksud dia]....


Maka ayah terus buat keputusan, suruh berhenti. tak sesuai untuk perempuan. Terutama yang mengajarnya lelaki, Cina dan india pulak tu, bila saya kata kan elok dia ada seni pertahankan diri, senanglah nanti..ayah kata bukan itu cara nak muliakan wanita. Dalam islam, ibu nabi musa, Maryam a.s pun Allah muliakan walaupun duduk antara 4 dinding. Apapun dalam dunia ni takkan bawa kejayaan melainkan ikut syariat dan sunnah nabi sebab itu sahaja yang bawa kajayaan. Kemudian bla..bla...bla... dan akhir sekali dia tanya saya, sebenarnya saya nak jadikan hani apa..apa ada dalam kepala saya untuk hani di masa depan? Itu dia tanya saya...


Sebab saya tau apa ada dalam kepala ayah. Dia nak hani jadi hafizah...hafal Quran di usia muda...dan saya pula selain dan hani jadi hafizah saya nak dia jadi hafizah yang profesinal...saya nak dia jadi doktor hafizah....makanya ayah kata kalau begitu, nanti survey madrasah yang menyediakan pengajian hafalan Quran dan akademik sekaligus. Tak salah saya ada di sungai buluh....setakat ni itu perbincangan kami yang seketika itu...


Maka sahlah kelas taekwando hani telah berakhir. Dan hani bila saya maklumkan ayah tak benarkan lagi hani ke kelas taekwando, walaupun dia sangat suka dan enjoy belajat taekwando dia tetap akur dan kata okay...sebab dia telah dididik dengan asas bahawa mengikut sunnah akan bawa kejayaan, selain dari itu maka kegagalanlah jawabnya. Uniform taekwando hani akan disedekahkan pada yang lain, mana tau kot ada yang nak ganti tempat hani saya akan tanya cikgu dia, ambil jer tempat hani tukar nama....


Ini cerita lain, maid saya telah saya hantar ke agen semula, sebab nombor satu dia dah kahwin dan asyik ingat laki jer. Kedua, dia ada keinginan nak mengandung, taknak ambil KB [keluarga berencana] secara suntikan hormon, dengan alasan disini [rumah saya] kerjanya tak berat boleh mengandung...gila!!! takkan dengan perut memboyot nanti saya nak paksa dia buat kerja? maka saya called agent dan minta diganti orang lain, ribu riban abis duit takkan nak ambil kalau tau berisiko? Dan juga ada beberapa perlakuan dia yang tak bisa saya terima, antaranya habis dipunggah baju saya dan baju2 hani masa kecil dibungkus dan dikirim dua beg besar ke indon..tanpa kebenaran! Masa dia dah siap pack tu baru saya ternampak....baju2/seluar hari2 yang dia pakai pun semua baju saya....pun diambil tanpa kebenaran, maklumlah saya kan dah gemuk sejak belajar ni, baju2 yang sendat tu saya masuk plastik hitam hantar ke stor...baju2 tu lah dia ambil....dan malam pula, jam 8 malam dah tido tutup bilik...nggak bisa diganggu lagi...harus saya rasa pelik kan?


3 comments:

Maryam said...

salam kak wa, insya Allah ada susunan lebih baik untuk hani suhailah. cuma pada saya, yang utama dan terutama ialah menanamkan tauhid dalam jiwa dan minda si anak. disamping membiasakan hani menutup aurat, tauhid perlu seiring. keyakinan bahawa allah berkuasa atas sesuatu.. dan saya kira kak wa dah buat... :)

payarumput21 said...

Salam WA..

Kesian pulak rasa cerita hani tak boleh pergi belajar tea kwan do..

Anak2 akak.. tiga2 belajar tea kwan do. Sarah dah hijau talipinggangnya.. manakala aiman dan danial lebih advance.. talipinggang biru..

Sir yang mengajar disini pun india jugak.. tapi.. tak de la pulak memegang2 sarah.. lagipun dia cukup faham.. kita orang islam tak suka mcm tu.. and yang kecik2 pun ramai yang bertudung litup... kalau membetulkan pun.. kakak2 senior.. and kalau kelas malam.. bila bunyi azan isya' disuruhnya bebudak berhenti dan duduk diam.. sehinggalah azan tamat..

Mungkin kalau diberitahu.. tenaga pengajar faham.. but.. ayahnya dah kata mcm tu.. ikutkan lah.. budak2 kat rumah ni pun.. walaupun akak dah bercerai.. apa saja keputusan bersangkut dengan anak2.. perlu dirujuk pada ayahnya..

Bukan apa.. bimbang nanti anak2 membesar dengan fikiran.. kalau ayah kata tak boleh.. tapi ibu kata boleh.. maka.. boleh la jadinya.. and begitu jugak kalau sebaliknya.. takut ada rasa tak hormat anak2 pada salah sorang pulak..

And pasal maid tu.. waduh2.. gawat gitu bukk.. hehehehe..

kakLuna said...

bila akak memastikan anak solat cukup 5 waktu sbnrnya itu tanda aras bhw akak sudah berjaya mendidik hani dr usia muda.

pesan Rasullullah SAW supaya mendidik anak mengikut putaran jam maksudnya mengikut zamannya.

jd jgn la kita rasa kita x bg didikan yg terbaik utk anak krn membezakan didikan mak2 kita dulu terhadap kita.