Thursday, January 29, 2009

Balik kampung

Cerita di kampung



Assalamualaikum w.b.t




Saya balik kampung semasa cuti tahun bari Cina ni. Tidur dua malam dan malam tadi barulah balik sini sebab taknak lalu jalan yang jem jer, baik saya balik malam tadi, takdelah jam sangat, kalau sehari sebelumnya ikut kata anak saudara yang balik dari UiTM S.alam dari ayer Keroh sampai ke Nilain PLUS jammed giler. Selalu saya macam tu, dari hari jumaat petang cadang nak balik tapi ahad pagi baru jadik balik. Suami takde, merancang sendiri2 jer sama hani memanglah jadi gitu. Suka-suka jer bila nak bertolak. Mula-mula ingat kakak saya yang nak datang rumah. Tapi tak jadi.


Kononnya kami nak ke Nilai 3 nak cari [borong sesikit kain] untuk buat jualan secara ansuran di kampung. Memandangkan kakak saya yang sulung tu surirumah jer, maka sejak selepas raya tu saya dah modalkan lebih 500 beli pelbagai jenis jualan seperti kain batik, cadar, kain ela, dan lepas ni cadangnya nak jual tudung pula. [terim kasih juga pada Ina Paka bekalkan kain batik sarung Noor Arfa batik, saya dah hantar ke kampung dah]W.pun tak banyak untung sebab jualan secara ansur dikampung ni semuanya ikut suka hati nak bayar berapa cuma saya rasa dengan adanya bisnes kain ni adalah juga aktiviti kakak saya selain jual dadih, air batu, kerisik, air musoffa [eh betulker ni?] Sebab minat dia memang ke arah berniaga elok sangatlah tu.


Kakak saya ni selain bisnes kecil2an tu ada juga menjaga anak orang, dua orang, maknya jururawat di hospital Muar. Kakak saya tak minta jaga bebudak sebenarnya sebab dia masih ada anak sebaya Hani yang perlukan perhatian sebab nakal sesangat. Tapi dah orang minta tolong sangat, sebab jarang orang nak jaga anak2 jururawat sebab jururawat kan bekerja mengikut syift, makanya sebelah malam kena bawak tido dua budak ni, setahun lebih dengan dua tahun lebih. Penat betul kakak saya, sebab maknya selalunya kalau syift malam, dari jam 6 petang hantar esoknya jam 1 tengahari baru diambil. Sebab dia balik tidur kat rumah dulu.




Adik beradik perempuan saya macam saya juga, semuanya jenis sabar2 dan tak berapa sampai hati nak cakap. Tapi kakak saya dah suarakan nak berhenti jaga, maknya pula merayu2. Jadi gitulah, ikut saya, saya kata takpayahlah jaga dah, sebab penat..masa menjaganya panjang sangat. Dahlah maknya tu isteri kedua yang suaminya jarang pulang sebab suaminya nelayan ['terberkenalan' masa praktikal kat klinik desa kampung tu...pelik saya, dengan nelayan anak 11 dia jatuh hati ~ heheheee kata dulang paku serpih], agaknya maknya pun tekanan juga tu, baru2 ni dia gugurkan anak dlm kandungan xtau camana boleh lekat sy sakit ati jer dengar! So dia terpaksa minta tolong kat kakak saya, selalu pulak tu masa dia datang ambil tu, sempat sejam dua bergolek tido rumah kakak saya dulu [adakah patut?] sebab kat rumah kakak saya takde lelaki selain Arsyad, sebaya Hani tu...memang bestlah dia tido, kakak saya terpaksa jaga juga sebab dia tido memang lelap kakak saya kata...macam2 cerita dunia hari ni.... melalut lak saya ni mengutuk orang....




Mak saya kan duduk sorang kat rumah kampung saya tu selama ni, tapi saya ni takdelah risau sangat sebab kakak saya yang sulung, jaga anak orang tu dekat jer rumahnya, cuma sejak jaga anak orang ni takdelah dia bebas nak ke rumah mak, selalu jugaklah mak komplen lama dia tak datang, anak dia jer selalu dtg hantar lauk kat mak, so mak saya yang terpaksa menjengah rumah dia. Tapi sejak penggal persekolahan yang baru ni, kakak atas saya yang bekerja sebagai guru di Johor tu dapat tranfer ke Melaka.




Dan dia dah putuskan duduk di rumah mak saya. Pada saya sangat2 okay, saya tak kisah langsung. Sekurang2nya mak saya takdelah sunyi, ada teman kalau ada apa2 berlaku, adalah lelaki dewasa kat rumah kami tu sebab abang ipar yang bersara askar tu ada. Lega saya dengarnya. Walaupun mak saya penat sikit sebab kena masak pada hari bersekolah tapi hari2 biasa pun mak saya masak juga. Membasuh baju saya tengok abang ipar saya yang basuh, mak sidai jer lagipun mesin auto takdelah mak penat membilas dah sebab mesin sebelum ni semi auto.




Dan mak saya pun dapatlah simpan duit agaknya, sebab balanja dapur dan bil tentu kakak saya yang lunaskan [saya agaklah]. Saya macam biasa dah lama sangat dah ajak mak duduk sekali tapi macam mak2 lain dia takmo, sebab mak saya ni orang kampung pure...yang ke sawah [dulu2lah] bak kata orang jawa memang dia tak kerasan duduk di bandar ni. Kalau paksa nanti macam hari tu, duduk 3 minggu sampai dia naik pening nak pitam jer sebab tak keluar peluh kot...





~tu mak saya di sebalik pokok rambutan tengah kemas sampah nak dibakar~



~hah..tu baju biru tu, kalau tak jam 10 lebih atau 11 selagi tulah dia duduk kat bawah tak naik2 keliling rumah dia pusing siram pokok, cabut rumput, bakar sampah....hikss tapi sepah jgk kat bawah ni....heheheee :)~






Sebelum ni ada abang saya bujang terlajak duduk dengan emak, tapi dah 3/4 bulan ni sejak dia buka cyber cafe dan kedai repair komputer dah tak balik2 rumah pulak, 24 jam dok kedai jer...so sekarang kakak saya yang tua dua tahun dari saya dan ada anak 4 tu dok dengan maklah...Hani bukan main suka balik kampung kali ni sebab ada 3 sepupu dia untuk main pondok2...sorang darjah 5 dan sorang darjah 3, anak kakak yang sulung sekolah berasrama di Segamat...yang bongsu pulak nak masuk 5 tahun sekolah sama dengan kakak dan dimasukkan Pra sekolah. So pagi2 mak tinggal dengan abang ipar jerlah, petang bila cucu 2 tu balik sekolah dia layankan makan minum cucu perempuan yang duorang tu sebelum ke sekolah agama sebelah petang...tak penat sangtalah sebab perempuan dah besar semua urusan diri diaorang dah pandai...






~bebudak ni kat pondok nilah main pondok2 dari pagi sampai petang, mak bentangkan tikar, kalau tak sanggup diaorang pi main kat tengah2 panas ni, dah main kat pondok ni lagi bestlah...habis daun2 dipungutnya, perhatikan hani yang tetap maintain pakai tudung sampai sepupu kat belakang dia tu didakwahnya suh pakai tudung sama nanti terbakar rambut, Allah marah~




~Ni anak kakak saya yang no 2, Anis Najiha dan no 4, Adib Najmi. Subuh2 dah bersiap nak pergi ke sekolah, w.pun dia citer kat makcu [saya], kak ngah tak suker sangat sekolah ni...yerlah sekolah bandar dan luar bandar jauh berbeza...kejutan budaya budak2 ni, Adib xtempah uniform lagi sebab masuk lambat sekadar nak cukupkan kuorum sebab ada 19 jer budak pra sekolah, kakak saya dipaksa daftar anak juga untuk genapkan 20 org~






~Adib Najmi yang lebih kurang sebaya [sama2 lahir bulan ogos] dengan anak tiri saya, Zubair tapi Adib Najmi sangat pandai cakap, umur dua tahun tak pakai pampers langsung, umur 2 tahun lepas menyusu badan, sekejap jer minum botol terus minum susu dalam cawan sampai sekarang [jeles betul saya sebab hani sgt taksub dengan botol sampai skrg], anti dengan baju berkolar, dari kecik taknak pakai seluar pendek, mulut kalau bercakap macam bertih, sama mcm mulut perempuan [sebab atas dia ada dua kakak kot] dan dia sangat suka menyakat saya dan hani yang dia kata awek dia..kejap2 .. makcu...makcu... makcu.. yerlah dia jarang jumpa saya kecuali masa raya....



So, bagi saya apa yang saya pandang mak saya ni, kalau cucu2 yang ni ada, dia bertambah sihat, sebab dia cergas. Otak dia pun tenang sebab anak dia [kakak saya] ada depan mata. kakak saya yang ni tak bermasalah besar, cuma dia ni terlalu penyabar sampai adakalanya rasa dah tak bertempat dah kesabaran dia tu [kalau anda tengok saya penyabar dengan suami, bayangkan dia lebih penyabar sebab saya rasa dia 100x lebih sabar dari saya]. Dan masalahnya dia pendam sejak dari kahwin [1993 sampailah tahun lepas baru pecah lubang tu pun sebab dia call mak saya suh datang tolong jaga anak2 dia sebab suami dia tertangkap sampai masuk lokap`xyah citerlah buka pekung jer nanti', camana sabar tak sabar dia selama berbelas tahun ni, tu sebab kami paksa dia tukar melaka juga] maka dengan adanya dia dan suami dia depan mata mak saya boleh memantau 'suami' dia....dan mungkin abang ipar saya akan fikir banyak kali kalau nak buat sesuatu...harapnya begitulah...



Malam masa saya ada tu, ada peristiwa agak mengkecohkan jugalah, sebab ada ular tedong masuk dalam bilik air rumah saya. Anak saudara saya, ke bilik air dan ada ular lalu kat kaki dia, terkejut dia, alhamdulillah abang ipar saya ada, terus dia ke bilik air dan kami semua pun berbondong2 sama dan mujur juga ular tu elok jer lepak kat tepi dinding, mungkin sebab cuaca panas agaknya, dia menyusur masuk lalu lubang salur air bilik air tu...belakang rumah saya banyak semak sangat sebab tuan tanah tu tak kemaskan...tu sebab jadi sarang ular agaknya. Dah ramai dah nampak ulat tedong sepanjang 7/8 meter melintas jalanraya dekat ruamh saya ni...agaknya yang amsuk rumah saya ni suku sakat dia lah...



~Ini ular tedongnya, kepala dah dihancurkan, kalau mematuk ni, saya rasa harus ke hospital ni...besar juga dah umur nya ni...mesti ada saudara mara dan adik beradik lagi ni...untuk rekod ini ular ke 4 yang masuk ke rumah mak saya, belakang tu masih bersepah cawan2 di dalam bakul dan periuk belanga kakak yang baru dipindahkan dari Johor~





~Anak sulung kakak saya yang beza umur dua tahun dari saya, Amirul dah umur 14 tahun dah...saya anak baru nak masuk 6 tahun, untung jugak dia kahwin cepat ni...kakak saya ni umur 18 tahun bertunang [pilihan keluarga], 20 tahun dah kahwin tau! lepas kahwin terus masuk maktab pastu 21 tahun masa dalam maktab 'termengandung' kan Amirul ni...sampai terpaksa break dua semester, baru sambung belajar semula....



~Amirul sibuk menelefon rumah kakak sulung saya nak bagitau rumah makwe masuk ular, nak bagitau sepupu dialah tu...dan Amirul lah yang khabarnya banyak berkongsi suka duka mak dia dari dulu lagi , saiz badannya ikut mak kecik jer, malah adik perempuan dia yang umur 11 tahun dah nak sama tinggi dia dah...sangat minat memasak dan kedapur dari kecik lagi, sampailah sekarang tapi dia bukan jenis lembut....di mata saya dia tetap anak kecil lagi sebab masa kecil mak saya yang jaga dia sebab maknya mendapat pertempatan di Johor, ayah dia di trengganu, maka dia duduk di kampng sama mak saya...dia sangat2 comel semasa kecil...dalam ramai2 anak buah saya dialah yg paling cumel sekalik semasa kecil! Tapi dari segi nakal takleh lawan Adib....wahhh adib najmi sangat nakal dan lasak!!!

4 comments:

kakLuna said...

wah mcm2 citer tapi yg best tang jururawat kawin nelayan anak 11 tu la ha ha..

Irfa said...

macam baca novel lak..tp sy suka baca,akak mmg pandai menulis..

Ummi said...

patutlah diam aje, rupanya balik kg :)

comel anak-anak buah wa :)

Hanisumayyah said...

Luna...

tau dak, akak siap pi umah kakak akak semata2 nak tengok budak perempuan [isteri kedua] yang hantar anak rumah kakak akak tu, wah budaknya lawa, tinggi, putih tak taulah napa pi kawin dengan nelayan anak 11....walhal umurnya baru 20-an tuuu...

Walhal kan budak ni anak dato' tau, kalau akak cakap ayahnya, mungkin ada yang kenal sebab2 dulu2 rajin gak kuar TV kasi ceramah...tapi macamana tentang pun dah jatuh cinta, cerita dia bercinta dengan suami org ni dr zaman dia anak dara akak dah dengar sebab kakak budak ni kawan baik dengan kakak akak tu..

wah panjang lebar citer ni, tu yg malas nak jawab komen tu...mesti jadik panjang lebar...boleh buat satu entry hal mak budak ni tau!

Irfa..

Wah..teruja akak dengar Irfa puji cam baca novel...awww..tak sangka u ada bakat menulis novel...okay nantikan terbitan novel akak yang ntah kurun bila terbitnya???


Ummi...

Tulah, saya ni jarang balik kampung, sekali balik tu yang orang perasan tu sebab takde entry kan? Tapi takper bila tulis hah panjang giler sampai tak larat nak membaca eh...

Hal anak buah saya tu...terima kasihlah puji, hahahaaa bukan anak saya pun...dulu2 zaman belum kahwin sungguh jeles melihat anak kakak saya[kakak yang sangat rapat dengan saya semasa zaman remaja] comel2 dan saya bayangkan alangkah berbezanya dengan anak saya nanti sebab tentu anak saya tak comel, takkan dapat anak comel plak kan sedang ibu tak comel? Lainlah kakak saya memang comel..

Untuk rekod, kakak saya memang berbeza dari saya sejak kecil, dia cerah saya gelap, dia muka bulat saya muka panjang, maka saya dan dia adalah umpama dayang senandung dan puteri hang li po..hahahahaaaa...sungguh inferior complex sebab semua org tercengang bila tengok saya dan dia masa kecik, "eh napa berbeza ni, tak macam adik beradik?"

Wah..panjang lagi jawapan saya!