Tuesday, January 13, 2009

Rambut pendek hani


Rambut pendek Hani



Assalamualaikum w.b.t



Sempena Maal Hijrah 1430 Hani berwajah baru. Bukan sebab azam Maal Hijrah. Tapi sebab ada kutu. Ikut saya takper rambut panjang asalkan kutu tu boleh dikawal, saya kan banyak gak masa untuk diisi mencari kutu tu. Tapi kak aza tak tahan menengoknya. Sebab kutu tu dibimbangi menjangkit!










Maka masa saya keluar masturat 3 hari di Felda Raja Alias, Serting macam saya cakap tu, kak aza telah potong rambut hani dengan meminta keizinan daripada ayah. Ayah macam biasa malas membantah sebab cara kak aza adalah sangat meyakinkan.







Sebenarnya ayah kurang setuju juga rupanya kemudian baru ayah bagitau saya..alah kutu sikit apa salahnya, kata ayah....heheheee saya pun tak suka kutu tapi saya suka tengok hani rambut panjang nampak berbeza dari kanak2 lain, kalau pendek tu sama jerlah dengan yang lain, bab nak urus ikat rambut tu yang melecehkan tapi takdelah sampai membebankan.








Lagipun adalah kemas rambut panjang diikat kalau bertudung sebab jika pendek sukar diikat dan anak2 rambut terkeluar kalau bertudung dan jadi sangat tidak kemas dan tudung menjadi licin asyik ke depan ajer...memang itulah yg berlaku pada Hani melainkan tudungnya jenis yang ada tali ikat ke belakang [macam indon punya style, tapi sekarang nak carik tudung camtu susah lorrr] tak sukerrr sangat kalau ambik hani balik sekolah ada rambut terkeluar2..lemasss mesti dan-dan saya betulkan w.pun dah nak balik!!!








Rambut yang dipotong kak aza ni tidak sama kiri dan kanan, dan saya membiarkan ajer sebab dengan panjangnya kiri dan kanan ni memudahkan saya ikat separuh ke belakang masa pagi nak ke sekolah sebelum bertudung dan tegap sikit ikatannya, kuranglah sikit terkeluar anak rambutnya ...










Hani yang baru jer balik sekolah hari ni dan berlatarbelakangkan Suli yang takde kerja -membaca ajer kerjanya- penat baca tido pulak- pastu sikit2 jer kerja kalau ada pun buat susu hani jerlah.....








Mula dua hari lepas ada ahli keluarga baru kat rumah ni. Ada anak kucing kurus datang bertandang, hani bersungguh-sungguh nak bela kucing ni siap dah bagi nama dah...Nur Fifi...melampau siap ada Nur lagi tu. Asalnya dia namakan Fifi Nur Fifi..saya kata takyahlah ulang fifi tu sampai dua kali, baru di buang Fifi yang pertama tu...kelakar jer hani ni....















Hari ni saya suh Suli mandikan fifi sebab Fifi ni sibuk mengekor hani masuk bilik ... walaupun anak kucing ni nampak ganas tapi pada masa sama manja jugak, asyik nak main jer kerjanya, pantang nampak benda bergerak...tapi lepas mandi mencicit dia lari tak tau ke mana, balik rumah tuan dia agaknya...tapi memang gitu cara dia, lepas tu nanti dia lapar dia datanglah semula mengiau2 carik hani...ni hah hani bercakap dengan kucing, dia buat kucing tu macam manusia, siap dia bawakkan air katanya kot2 fifi ni haus ker...rupanya pandai pulak fifi ni terus minum air, tu hani tengah bercakap dengan fifilah tu...










Ikut sejarahnya hani dah lama nak bela kucing, lepas kami bela arnab masa dewi ada hari tu, hani dah mula minta ganti dengan kucing sebab dia sedih arnab tu ayah bawa PD suh kak aza jaga, sebab saya adalah malas urus berak-makan-sangkar si putih [nama arnab tu]. tapi arnab tu pun kak aza dah bagi orang sebab mak kak aza bising sebab mana kak aza nak jaga anak mana nak jaga putih dengan berak dan makannya lagi [cam biasa mak dia kan cerewet!] hani bela barney jerlah, takyah bagi makan...heheheee














Tapi ayah tak benarkan sebab sapa nak jaga, saya awal2 dah angkat tangan tak mampu nak uruskan kucing punya berak-makan-kebajikan, hani punyalah merayu pantang lalu kat Pet shop mesti singgah sebab dia suka main2 ngan kucing pastu dia minat ngan hamster pulak...pun ammie reject...punyalah malas saya ni, sebenarnya kesian nanti takut kebajikan mereka tak terjaga.








Tapi malam tadi dah minta izin ayah nak bela si Fifi ni ayah pun kata okay...so nampaknya tercapailah hasrat si hani. Sukanya dia ....sampai kami semua dah masuk bilik dia duk sorang2 kat belakang main dengan fifi...dipeluk2nya, didukung, diriba2nya, siap borak2 dengan fifi kejap dia bahasakan namanya kakak kejap dia sebut nama dia sebagai mama....:) memang saya gelak bukan main kuat tengok gelagat dia malam tadi. Hani ni punyalah sayang kat fifi ni sampai dia boleh merajuk pada fifi sebab kononnya fifi tak dengar cakap dia...bukan merajuk main2 tau..siap nangis betul2...fifi ni dibuatnya macam manusia...manalah kucng faham apa dia cakap....kalau dapat adik tak taulah...dapat kucing sesat pun dah teruja habis!








Tapi tadi [masa buat entry ni] dia dah komplen sebab Fifi tu ganas sangat, yerlah kucing mana suka mandi..tup2 tengahari ni fifi dimandikan Suli dan hani..mencecet lah lari lepas mandi tu....so saya pun ajak dia ambik gambar, sebab tak pernah ambik lagi gambarnya masa rambut pendek ni, tapi sebab sedih Fifi dah lari takmo bergambar takde mood, pujuk2 dia, saya kata nak gi pet shop beli kucing lain..barulah nak..skang ni dia tak minat ambik gambar dah..tapi minat nak mengambil gambar orang...kamera saya tu dah macam kamera dia...macam2 gambar diambilnya....pastu suka ambil dalam bentuk video plak tu....ntah apa2lah hani ni...





oh yer...kulit hani adalah semakin gelap sebab hari2 dia kena jalan kaki dalam panas2 dengan budak2 6 tahun yg lain pada jam 1 tengahari dari sek dia yg namanya pintar [utk 6 tahun] yg berselang dua unit banglo ke premis bijak [ utk 4 & 5 tahun] sebab mereka tido di premis bijak sebab pintar digunakan utk maahad tahfiz budak sekolah rendah sebelah petang...adalah senang bagi guru2 utk tidokan serentak budak 4/5/6 dalam satu premis....sian anak saya kecik2 angkut beg/fail/botol air jalan kaki dalam panas...tapi hani enjoy katanya....


2 comments:

Irfa said...

salam kak wa..
kawan saya nampak gambar hani.dia ingat saya tgk gambar anak saya.dia kata muka hani macam muka anak sulung saya si aina..ada iras sikit sbb tu sy suka tgk hani.skrg pun rambut dah potong pendek macam hani jugak.

Hanisumayyah said...

yerlah irfa..akak tengok pun ada iras2...terutama tang hidung tu,kan?