Saturday, January 24, 2009

Mendidik anak

Mendidik anak


Assalamualaikum w.b.t




Nota : Bagi yang ramai anak dan telah membiasakan diri mendidik anak-anak, anggaplah ini adalah entry yang paling asas bagi orang yang takde pengalaman yang banyak membela dan mendidik anak-anak. Tapi tetap juga nak bercerita hal mendidik anak-anak. Minta maaflah yer puan-puan, ini persepsi saya yang tak berapa cekap lagi mendidik anak-anak.



Mendidik anak rupanya bukan tugas yang mudah. Nak didik emosi, jasmani, rohani dan intelek dalam satu masa, kalau tidak kena caranya memang menjadikan mendidik anak ni menjadi sesuatu yang begitu sukar ataupun menjadi sesuatu yang sangat mengujakan.



Saya sungguhpun anak seorang, usaha mendidik anak tu tetap menjadi satu cabaran bagi saya. Cabaran yang kalau tidal saya sahut sekarang entah2 takkan berpeluang lagi. Sekali saya silap melangkah maka kesalnya dikemudian hari tak mungkin boleh diucap dan diputar kembali masanya. Mungkin bagi yang anaknya ramai mendidik anak menjadi rutin dan tidak memerlukan kepakaran luar biasa dalam mendidik anak mereka. Kalau gagal anak yang ini boleh juga baiki bagi anak yang berikutnya. Bagi saya, kalau takdirnya Hani satu2nya permata hati maka bersiaplah dia dengan segala bentuk didikan yang harapnya adalah terbaik untuk dia.





Namun bagi saya yang anak seorang ini, berbagai cabaran mendatang perlu ditangani sebaik mungkin. Perlu teliti dan perlu berhikmah. Bagi saya yang dibesarkan oleh seorang ibu yang bekerja di kilang dodol dan abah yang bekerja buruh kasar hampir sepanjang tempoh saya membesar, pengalaman dididik ibu bapa dengan didikan terbaik hanyalah merupakan impian sahaja. Takkan tercapai dan sungguhpun begitu syukur juga kerana walaupun tak manjadi sangat saya ni, tapi adalah juga berupa manusia...




Saya.... sehingga tingkatan 4/5 barulah saya merasa mak ada di rumah bila saya balik sekolah. Sebelum itu, seingat saya dari sekolah rendah saya akan bergilir dengan kakak saya yang dua tahun lebih umurnya dari saya, melakukan tugas rutin yang utama. Rutin surirumah yang diambil alih dari mak yang bekerja mengopek kelapa untuk membuat dodol, kilang Tan Kim Hock tu letaknya di kampung saya, majoriti pekerjanya melayu, dan mak saya salah seoranglah tu...lama juga mak saya berkhidmat di situ.





Selang sehari tugas kami ditetapkan, bukan tugas yang besar, tapi kalau tak buat tu besar penangannya. Tugas kami masa tu sebelah pagi dan petang hanyalah jerang air dan kemudian tanak nasi, jangan bayangkan macam memasak hari ini, saya masak guna dapur kayu, pakai kayu api, kena kapak kayu dulu...kena tuggu nasi kering semua...lama jugak proses tu. Semuanya sebab nak jimat belanja, mak takmau gas cepat habis.




Selain tu, tugas kami adalah menggiling cili, masa tu blender dikira sangat mewah dan mahal bagi keluarga saya. Semasa tingkatan satu dan dua saya bersekolah sebelah petang. Makanya setiap pagi sebelum ke sekolah, tugas saya adalah menggiling cili kering dahulu, jumlahnya ukur-ukur sekali masak. Lama gak proses menggilingnya sampai hancurlah... Hanya masukkan bawang sahaja, Lepas tu mak saya balik kerja rehat tengahari tak kisahlah dia nak masak apa guna cili tu, tapi rutin giling cili tu memang rutin harian saya. Bila diingat tu bergenang air mata saya ni. Mak saya akan terkocoh2 balik jam 12 tengahari untuk masakkan saya lauk simple sebelum saya bergegas ke sekolah. Lauk yang paling saya ingat adalah kacang botor goreng berlada. Sebab mak saya selalu beli kacang botor tu dari nyonya [isteri tan kim hock @ kusai~nama glamer kat kg] walaupun kaya tapi dia tetap rajin menama2 pastu jual kat pekerja kilang suami dia....






Tulah hidangan rutin saya sebelum gi sekolah, mak saya pulak, balik jam 12 masak2 untuk saya dan keluarga [kakak balik sekolah dan abah balik kerja], jam 1 bergegas semula ke kilang, jalan kaki jer. Saya pulak jalan kaki ke tepi jalan tunggu bas. Bawak duit masa tu 1.00 jer, tambang pergi balik 40 sen jer, belanja 60 sen. banyak jugak lah tu kiranya banding sekolah rendah dari darjah 1 sampai darjah 6 saya bawa 20 sen jer tau! sebab sekolah saya kan dapat bantuan makan, gi sekolah pun jalan kaki jer...







Rutin menggiling cili ni berterusan sampailah saya sekolah menengah atas. Cuma pada masa tingkatan 5 saya rasa takde dah menggiling cili sebab dah ada blender. Masa tukan punya dah mangli, tangan saya takde pedih2 pun dan sebab pegang cili hari2 maka tangan kita pun dah immune. wah banyak kenangan tau masa zaman persekolahan saya ni. Kenangan sebab hidup susahlah maksud saya...tv pun hanya da masa darjah 5. Sebelum tu hari jumaat jer, kalau rajin saya ikutlah kakak saya gi rumah nenek kat pengkalan Umbai [ikan bakar tu] tengok tv...selalu mak tak bagi saya ikut, anak bongsu ah katakan.






Ok, bila ada anak saya rasa hani akan melalui dunia yang sangat berbeza dengan saya. Rasanya dia akan melalui hidup yang senang, maksudnya takkan ada masalah kewangan dan minta apa pun boleh. namun saya tak mau perjalanan hidup hani menjadi begitu mudah. Tetap juga saya nak bagi dia rasa hidup susah macam saya rasa. Walaupun susah dia lain dan berbeza caranya. Saya tetap mendidik dia nak apa-apa tu kena usaha dulu. Takkan dapat sewenang-wenangnya. Ikut logiknya, bagi anak seorang, dia akan dapat apa sahaja yang dia nak,kan? Tambah-tambah bagi saya yang tak berkira dan memang kategori boros.







Bagi dia, membeli mainan atau apa sahaja kehendak dia, baik baju ataupun mainan, dia takkan berani ambil atau nak beli atau nak merajuk2 bila tak dapat kalau kami ke shopping kompleks. Sebab dia tau pendirian saya, kalau barang tu saya kata tidak kerana membazir, maka tidaklah jawabnya. Tetapi kalau kami berbincang sama, dan dia boleh terima idea saya barulah sesuatu barang tu dibeli. Itu selepas dia tau baik dan buruk kesan pembelian barang itu. Dia juga selalunya takkan dapat apa yang di mahu tu on the spot.


Selepas satu perkiraan jangka panjang dan selepas dia melaksanakan sesuatu dan menunjukkan perbuatan yang baik barulah dia akan mendapat sesuatu. Maka dengan didikan sebegitu maka lahirlah hani yang sederhana, yang tak pandai meminta-minta dan selalu juga akan patuh melainkan once in a blue moon mood dia teruk.





Selaluya apa yang saya mahu, dia akan turutkan, walaupun dalam keadaan dia tidak rela. Tidak banyak membantah dan tidak suka melawan. Ini dalam isu-isu besar. Kalau dia melawan bila disuruh ambil barang atau suh buat apa-apa tu bagi saya normal sebab naluri budak2 kan suka bermain terutama dari umur 0-7 tahun. Bagi hani kalau dia dah sanggup buat sesuatu ikut peraturan dan ketetapan kemudian sesekali dia main-main bagi saya sikap itu boleh diterima.





Hani juga ada naluri inginkan pakaian yang cantik, yang menarik dan mengikut tema kartun semasa seperti barbie, dora, power puff. tapi saya sesekali tak pernah belikan dia pakaian bagitu dengan harga yang sangat2 tinggi dan adakalanya saya rasa sebab brand tu menyebabkan harganya mahal, ada ajer yang kualiti okay, tapi brand biasa jer dengan harga lebih munasabah. Maka, bagi mengelakkan dia memilih dan mahukan yang bukan2, saya hanya belikan pakaian tanpa kehadiran dia. Itu amalan saya dari dulu. Sebab soal pakaian adalah soal asas yang ayah jaga. Walaupun hani kecil dan mungkin anggapan sesetngah orang apa salahnya memakaikan dia dengan fesyen semasa.


Saya juga berhadapan dengan permintaan Hani yang berkata, "Ammie, kakak nak pakai gown"...., sebab petang hari dia sekolah, dia melihat kawan2 bergaya dengan gown paras lutut, lengan sleeveless, dia suka nak cantik macam kawan. Tapi macam saya katakan tadi, mendidik anak ni biarlah susah dari usia kecilnya jangan nanti bila dia anak gadis, baru terhegeh2 kita nak terangkan bila kita melihat pakaian dia yang kita tak suka. Bila saya kata, aurat perempuan kena jaga, nanti kawan2 lalaki tengok, macamana? Dan masa kecil inilah dia takkan bertanya lebih2 .... asalkan dia tau konsep aurat maka dia akan faham.

Bila mencecah umur 7 tahun nanti, maka saya pun takleh main2 dalam mendidik dia sebab 7-12 tahun adalah usia bagi belajar, meninggalkan usian 0-7 untuk bermain. Masa tu saya pun kena serius sikit mengajar. Sebab lepas tu bila usia dia 12-21 kita kena jadik kawan2 dengan dia....masa tu apa pun nak ajar mungkin sudah agak terlewat. Masa tu kalau nak ubah dia ikut acuan kita maka ketika itulah dia memberontak. kalau nak dia membesar mengiktu acuan kita maka sekaranglah kita kena kerja keras.




Tu sebab bila fikir2 saya kena usaha lebih pada ketika ini. Dahlah otak dia berkembang paling pesat pada usia ini. Taknak pulak dalam berkembang tu masuk unsur yang tak elok dan luar dari syariat. kalau boleh biar dalam usia ini yang baik2 ajer yang masuk. Biar info2 yang ada tu semua yang bakal membantu dia memahami matlamat hidup sebenarnya adalah disana dan dunia ini hanya sementara....

Saya takmau dia membesar macamana remaja2 yang saya lihat diluar sana, saya juga tak mau dia membesar macam saya. Tak mau! Saya nak dia ikut acuan yang terbaik. Cuma isunya mampukah saya sedangkan saya bukanlah yang terbaik....jauh sangat lagi... maka saya mengambil masa sepanjang tempoh cuti belajar ni membaca seberapa banyak buku yang boleh...harap tak tersasarlah cita2 saya ni.




Buku baru beli di awal tahun, entah bila boleh habis dibaca?



Hani pada usia ini sekurang2nya kini dia faham, bahawa pakaian bagi perempuan adalah yang menutup aurat. Naik darjah 1 maka dia akan dipakaikan stokin. Untuk mengajar dia asas agama. Dan ayah bila ditanya apa yang diinginkan dari anak perempuannya ternyata yang dia ingin adalah anaknya menjadi anak perempuan yang solehah yang tidak terdedah selain dari apa yang perlu. Makanya Hani ini akan terdidik mengikut acuan saya+ayah degan sedikit ubahsuai mana yang boleh agaknya...

2 comments:

kakLuna said...

ckp psl anak seorang ni aritu sy tertengok 1 rencana ni di TV1 tajuk Kids Healthworks, topiknya ttg anak tunggal.

bila sy tgk baru sy pk, sbnrnya byk kelebihan ada anak tunggal cuma kita ni je la typical yg merasakan kita ni x bernasib baik sbb anak sorang.

kalo Allah nak bagi lagi mmg sy terima, tp wat masa skrg sy nk enjoy je jd mak kpd seorang anak, sementelah sy pun x terdaya nk jwb berbagai persoalan org lain ttg 'kenapa anak sorang?'

dan 1 fakta yg sy dpt tau ialah, ramai jugak ilmuwan dunia yg asalnya anak tunggal dan mereka berjaya. tiada istilah kesunyian itu membantutkan pembelajaran. contohnya, Albert Einstein.

dan contoh paling mulia ialah Nabi Muhammad SAW sendiri yg merupakan anak tunggal.

Hanisumayyah said...

Luna....

Ha'ahlah patut kita fikir secara positif kan? Tulah banyak kes anak tunggal ni, akak pun baru jer tahu kat kelas hani tak kurang 3 orang anak tunggal, ramai pulak akhir2 ni jumpa kes anak tunggal, dan akak borak2 dengan parent classmate hani ni, takde masalah sajer belum ada rezeki katanya...tulah adalah hikmahnya kot...sabar jerlah kan?