Saturday, January 10, 2009

Suami orang

Sejarah dengan suami orang


Assalamualaikum w.b.t


Saya kan kalau pertama kali kenal seseorang dan mendapat tahu dia adalah isteri kedua, maka persepsi saya yang pertama adalah negatif. Sejak lama dulu saya dah perasan benda ni. Saya rasa macam mesti diorang yang gatal, tak pasal2 nak kahwin suami orang buat apa, kan banyak yang bujang kat luar sana? Saya selalu rasa [atau lebih tepat perasan] yang kes saya ambil suami orang adalah satu kes yang terasing, bukan sebab gatal atau apa2 tapi memang betul2 dah jodoh....dalam pada tu, masa buat andaian tu, saya seolah-olah lupa bahawa saya ni pun isteri kedua jugak! ~hoho~




Jadi bolehlah dibuat kesimpulan macamana first impression saya pada isteri kedua orang lain macam tulah agaknya pandangan orang terhadap saya bila tau saya ni isteri kedua. Macamtulah kot agaknya? Tapi kalau kita ambil tau sebenarnya ada banyak kes yang mana hakikat sebenarnya cerita isteri kedua ni, bukan mereka yang tergedi2 sangat nak jadik isteri kedua tetapi usaha pihak suami tu yang berlebih2 masa 'ushar' nak ajak kahwin tu.[sebenarnya idea nak tulis entry ni terhasil dari aktiviti YM semalam dengan silent reader blog saya ni...]




Secara logiknya kebanyakan isteri kedua ni usianya yang muda-muda belaka, maksud saya bukannya terdesak sangat sebab dah 'andartu atau andalusia', mereka ni benarnya belum panjang langkah dan mereka masih tak tau nak buat keputusan untuk masa depan sendiri. Tetapi atas keyakinan yang selalunya disuntik oleh bakal suami [suami orang lain tu] akhirnya anak dara muda belia tu 'terkahwin' juga dengan suami orang sebagai isteri kedua. Jadi, kesimpulannya, isu gatal tu tak berapa nak relevan sangat bagi pihak isteri kedua tetapi lebih pada suami orang tu. Tapi hipotesis ni tak bolehlah digunakan dalam semua kes ya!




Bagi kes saya yang kononnya terasing tu, saya sebenarnya dah banyak kali elak untuk bertemu jodoh dengan suami orang tapi Allah tu kan maha kuasa, lagi saya lari lagilah suami orang mendekati. Lari dari suami orang yang saya namakan Ust Din, kena pulak dengan supervisor saya, Mr Ros, pastu bila kerja wartawan kena pulak dengan En Raf, ingat dapat jugak lari dari En Raf bila kerja gomen, pastu dipertemukan di alam maya dengan E. AB dan Tn Hj BP, dalam pada tu dah kawin ni ada gak lagi suami orang yang suka rapat dengan saya, Tn K...ke mana-mana ada saja bayangan suami orang mengikut saya....macam dah tertulis begitu...ker saya yang gatallll????




So, dalam keadaan macamtu, sangat wajarlah saya berhenti dari melarikan diri dari suami orang dan bertitik tolak dari itulah saya ambil keputusan gamble jer menerima ajakan [pinangan/lamaran] suami orang untuk kahwin. Sebenarnya cerita macamana saya kahwin semua saya dah tulis dalam entry sebelum ni, tak salah saya sept 2006 punya entry.




Cuma kali ni saya nak cerita lelaki-lelaki merangkap suami orang yang pernah ada/rapat dalam kehidupan saya. Bunyi macam perempuan kabaret jer bila cakap lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidup saya,kan? Tapi hakikatnya macam tulah, maksud saya mereka cuba merapati dan mengambil kesempatan (?) atas keramahan saya, tapi tidaklah sampai tahap saya rasa mereka nak kahwin dengan saya. Cuma saya sendiri sangat selesa asalnya berkomunikasi dengan perempuan mahupun lelaki yang jauh berusia dengan saya. Sampai sekarang, kawan2 saya yang saya rapat dan boleh ngam banyak yang jauh berusia dari saya....kalau sebaya pun mesti dia ada ciri2 kematangan yang jauh dari saya....macam azizah..yang lahir 6 jan...




Lelaki2 yang pernah ada tu saya rasa, kalau dilayan mungkin akan menyebabkan perhubungan itu berpanjangan. Dan saya bukanlah jenis yang melayan, apatah lagi nak mengikut perasaan, kerana suatu ketika dulu saya ni hakikatnya, jenis yang anti lelaki dan takde urusan dengan lelaki saya takkan bercakap, malah dari sejak sekolah menengah dan kemudian disambung ke universiti saya memang takde cakap2 dengan lelaki melainkan perlu. Hari ini bila fikirkan fakta ini saya anggap betapa 'sikap itu' akhirnya memacu
kepada seluruh sejarah hidup saya pada hari ini....sesekali menyesal juga kerana terlalu lewat mengenali lelaki hingga 'culture shock' juga bila bekerja barulah wujud lelaki dalam kamus hidup saya....yang pada ketika itu saya hampir2 keliru...





Keadaan itu bukan wujud sendiri, sikap dan penampilan saya penyebabnya, tambah2 saya semasa sekolah dan universiti jenis bertudung labuh dan berjubah. Lelaki pun tengok takut nak dekat..ala-ala dakwah punya orang....jalan tunduk kebawah, tapi cerita rapat dengan lelaki ni asalnya bermula dari tingkatan 6, bukan ada pakwe ya, saya hanya rapat dengan seorang guru, kebetulan nama guru tu sama dengan nama ayah saya, so cikgu tu anggap macam saya ini anaknya, mulanya takdelah rapat sangat tapi sebab tingkatan 6 ni dua tahun, makin lama cikgu tu makin sayang saya [sebagai anak murid dan anak angkatlah kot], tak cukup setakat di sekolah, kadang saya dibawa ke bandar ke kedai bukulah selalunya dan singgah makanlah tapi masa tu selalunya bukanlah saya seorang, adalah geng lain juga tapi saya mesti duk depan....




Lama-lama saya lemas dan bosan jugak sebab cikgu yang sepatutnya buat saya rasa selesa tu kadang-kadang buat perangai merajuk dengan saya, bukan sebab besar pun, kadang sebab saya tak ke perpusatakaan tingkatan 6 untuk borak2 dengan dia...atau saya buat tak tau pada dia...tulah saaat dimana saya mula2 perasan yang orang tua selesa dekat dengan saya. Lama-lama lepas masuk U hubungan saya dengan cikgu tu renggang walaupun tahun2 terawal hari raya saya kirim juga kad raya dan kad ucapan hari guru dan berkunjung ke rumah dia, tu pun sebab mak saya yang ingatkan sebab cikgu tu pantang jumpa mak abah saya mesti dia angkat tangan kalau bertembung masa abah saya bawa kereta, jangan tak tau cikgu M ni pernah gak datang rumah saya jalan2 nak berkenalan dengan mak abah katanya.




Saya plak memang jenis tak suka ada komitmen dan terikat dengan mana2 orang apatah lagi cikgu sendiri, tapi alhamdulillah subjek yang cikgu tu ajar iaitu Pengajian Am saya jer satu2nya pelajar yang ambil STPM tahun tu yang dapat A...bangga giler masa tu. Bukan saya jer cikgu M tu pun bangga gak...masa isi borang nak masuk U tu pun gi ke sekolah isi depan cikgu M kat perpustakaan ting 6 tu, isi dulu yang penting2, dia yang tolong buatkan pilihan U mana yang sesuai dengan course yang kita nak...even lepas saya dapat UiTM dan kemudian USM dan pada masa tu ada sedikit masalah di mana permohonan saya ditolak kerana saya lupa nak sertakan sijil SPM dialah juga yang bawa saya [kakak saya pun temankan juga] ke Kementerian Pendidikan, kami bermalam kat rumah adik dia, kebetulan adik dia tu bapa kepada penyanyi Zaid...dululah ni, sekejap jer budak ni jadik penyanyi...masa tu adalah gambar dia dalam majalah naik motor besar, dan sempatlah saya tengok Mama Juwie datang hantar lirik kat rumah adik cikgu saya tu...wah meleretlah pulak...




Tapi jasa cikgu M ni saya takkan lupa selagi hayat dikandung badan, cuma cara dia melayan saya tu buat saya tak selesa sebab saya ni bukan jenis manja dengan bapa, dapat2 dia plak nak jadi bapa angkat dan nak manja2 dan rapat dengan saya...memanglah datang rasa tak selesa tu...banyak kali juga saya terima kirim salam dia melalui abah saya...dan setiap kali lalu rumah dia mesti saya tengok kot2 dia ada duduk kat depan rumah ker...bolehlah saya singgah, rumah dia dekat rumah Ziana Zain kat Kg. Sempang, Merlimau....tapi tak pernah pulak dia ada...saya pun jarang lalu kampung dia dah...takde sebab dah nak ke Bandar Merlimau sebab di Telok Mas lebih dekat...semua keperluan dah ada di situ...



Itulah Cikgu M....sorang cikgu yang berdedikasi, penyayang pada anak2 murid yang terpilih [macam sayalah hoho~], dan ada kepantangan2 tertentu seperti tak suka orang mendecit....masa dia mengajar [tu sebab dia tak suka sesetengah pelajar sebab dia cerewet]....dan saya masih ingat no keretanya MAA 48, dia cukup jaga kereta dia janganlah kalau naik kita tutup pintun kuat2, marah betul dia!....sekarang tak taulah dia pakai lagi tak keter ni....huhuu....cikguku....teringat pulak kat dia....





Begitulah kisah terawal bagaimana saya mula2 sedar saya ni selesa dengan 'lelaki tua', begitu juga sebaliknya. Masa zaman sekolah tu ada juga bebudak nakal nak dekat, ala style mengurat sambil2 nyanyi masa kita lalu tulah, nak2nya nama saya kan nama penyanyi..lagi galak diorang menyakat...tapi saya takde layan, pandang pun tidak...di U pun ada juga sama2 pelajar persatuan kami tapi dari U lain yang ingin nak dekat tapi bukanlah secara terus,.... macam kami dulu kan ikut jemaah ABIM/PKPIM, jadi adalah satu sistem tak formal dipanggil Baiti Jannati [ntah yer ker idak ni lupalak...] yang mana senior akan cubakan 'gu kan'[jodohkanler] sesama senior tapi tiba tang saya tak menjadik plak...tapi ramailer senior dan junior lain yang lekat...sekarang ni saya ada jumpa gak blogger yang sama2 persatuan PKPIM dulu...dan beranak pinak dah...yg kahwin sesama jemaah PKPIM/ABIM....



Entry seterusnya nanti saya cerita lagi memori suami2 orang lagi....waaaaa...bunyi macam banyaknya kan...tapi tulah hakikatnya..mana mau lari..akhirnya jodoh saya disuratkan dengan suami orang juga, seolah2 dah tertulis di dahi saya "UNTUK SUAMI ORANG SAHAJA"....nanti2 lain2 entry saya sambung lepas cikgu M tu cerita Ustaz Din pulak, ni masa saya belajar di USM...

7 comments:

kakLuna said...

persepsi sy pulak, lelaki tua/suami org ni sbnrnya malas nk pk sdgkan sifat berfikir ni ialah sifat lelaki sbb dia yg lebih berkuasa membuat keputusan. bertolak dr itu, dia mengintai2 perempuan yg bijak berkata2, matang berfikir jd dia tau ppuan mcm ni akan bertindak rasional dan x akan timbul byk mslh kalo berkawin nnt.

kdg2 terlintas juga,..adakah ppuan yg mudah tertipu ataupun lelaki yg mudah tertipu?

sbb..ada jugak pengalaman sy mcm akak cuma sy mmg x layan..(sy geli dan mmg bkn taste sy lelaki tua dan sebab2 lain ialah sy syg gile kat Am..hehe)..dr pglmn tu sy dapati golongan camni cpt sgt jatuh suka pdhl baru je mendengar/melihat kita berkata2.

izawani said...

saja nak komen luna tu... GELI ???? Muahahaha....

Zareda Norman said...

Apapun bagi kak zar kalau ada masalah dalam perkahwinan pertama, kawin lagi bukan penyelesai masalah lah. Rumahtangga adatlah ada pahit manisnya, masam kelatnya.

Lagipun memang jadi trend agaknya, lelaki berpoligami mesti nak cari isteri yang bekerja, yang ada pendapatan sendiri supaya tak nyusahkan dorang nak sara isteri tu.

Ummi said...

ummi setuju dengan komen luna dan komen kak wani tu :)

tengok diaorg senyum pun ummi dah geli sungguh

Hanisumayyah said...

Luna...


Hahahahaaa...yg lain tak nak komen cuma part yg kata lelaki malas nak fikir tu sebab cari perempuan yang pandai fikir...iyer ker ni...ker sekarang banyak lelaki2 muda yg malas fikir tu sebab pompuan yg banyak fikir carik lelaki yang matang berfikir...ntah dua2 boleh kot sebagai hipotesis..kena buat kajian lanjut ni..hoho~


Kak izawani...


hehheee...saya pun mula2 dulu geli jugak...hahahaa...so tak salahkan Luna lah...jangan bila suami dia tua nanti dia geli jugak sudahlah...

Kak zar...

Trend poligami ni bagi lelaki yg gatal dan ada niat terselindung kot...bagi yg ikhlas nak berpoligami lagi suruh isteri berhenti kerja adalah...ada kes kengkawan saya pulak berhenti kerja jadik full housewife lepas kahwin...


Ummi...

wah statement...senyum pun dah geli sungguh...ni mesti senyum lelaki tua yg gatal ni...takkan senyum semua lelaki berusia ummie geli kot????

payarumput21 said...

Salam

Hmmm.. Lelaki tua?? tah la.. betul ke lelaki tua ni mcm tu? Be honest with.. abah akak.. time dia nak bersara.. well nak dapat duit pencen.. dia dok ada girlpren..

hangat hati sungguh.. "budak" pompuan (??!!)hmmm.. budak la jugak.. lebih dua tahun dari umur akak yg time tu 32.

And perempuan tu sangat jahat!!! call mak akak.. maki hamun mak akak.. kesian mak.. sampaikan satu hari tak sengaja, dia call time akak ada.. siap dia hoi2 kan mak kita.. kesian mak.. :(

But itu lain hari kita cerita..

Reason abah buat cam tu.. katanya.. mak selalu sibuk dengan anak2.. kalau anak nak itu ini.. cepat2.. kalau abah.. kengkadang tu lambat.. and banyak lagilah..

Orang tua.. mereka sangat sensitif.. mereka.. perlu banyak perhatian..

Hmmm. percaya tak? kita pun as we grow old.. (ntah2 akak yg paling TUA kat sini.. wkakaka..) pun akan jadi over sensitif.. and bila ada yang bagi perhatian.. hati jadi kembang..

Cumanya.. apa yang jadi ngan mak dan abah.. tak boleh disamakan dengan Wa..

:) Kena percaya.. jodoh ketentuan tuhan.. but.. faktor qada dan qadar yang berubah..

Hanisumayyah said...

Kak payarumput...


hehehe...tak, bukan akak yg paling tua kat sini...saja maklumkan...akak muda lagi apa?

Yer kak..jodoh ketentuan Allah...saya kalau boleh pusing masa....teringin gak nak yg bujang tapi ...hmmm tau2 jerlah payah nak carik bujang yg memnuhi kriteria saya....tanya bab solat jer pun dah cukup...belum tanya part lain lagi...kesimpulannya kalau dapat org muda memang payahlah nak respect...tapi bukan takde cuma tak banyak, depan mata saya pun ada yg bagus2 tapi sebab lewat jumpa,kan....tulah namanya jodoh...