Saturday, January 17, 2009

Pertandingan Mewarna

Pertandingan mewarna




Asslamualaikum w.b.t

Pagi2 lagi hari ni kami bertiga dah keluar rumah sebab Hani masuk Colouring Contest di bawah ni. Atas jemputan pihak KPJ kepada tadika Hani. Tahun lalu setiap bulan ada jer macam2 jemputan dalam colouring contest ni tapi sekali jer saya pernah bawa hani pergi. Ntahlah malas pun yer, lagipun hari2 cuti memang ler takde mood nak keluar2 rumah. Tapi tahun ni azam baru, nak layan hani sementara saya bercuti belajar ni. Peluang sekali seumur hidup, kalau dah kerja semula, tunggu sampai 58 tahunlah agaknya baru dapat bercuti panjang macam ni lagi...



Tak taulah kalau tetiba ada rezeki cuti panjang untuk tujuan lain ker...dan saya macam baru tersedar yang nilah masanya untuk saya mencurahkan segala bentuk pembelajaran baik dari segi memberi pengalaman mahupun menyimpan memori manis dalam diri hani. Kalau dia satu2nya anak saya, saya tidak mahu menyesal kemudian hari kerana gagal memberi dia satu memori untuk dikenang semasa kecilnya.




Bukan tujuan saya nak memang sangat, sebab saya tahu Hani bukan minatnya mewarna, minat dia kepada membaca. Tak pernah buku2 colouring dia habis diwarna. Saya yang selalu habiskan mewarna, selalu dia mewarna sebab dia cemburu tengok saya kaler lawa jer...Yerlah dulu2 mana ada peluang beli buku untuk kaler2 ni, sekali bila dapat anak berpuluh2 buku mewarna saya belikan, tapi anak tak minat maknya yang suka...[sungguh saya minat betul mewarna terutama watak kartun] .... dulu nak beli kaler jauh sekali, mengharap bantuan sekolah yang bagi satu set kaler 12 batang masa awal tahun tu jerlah.



Ya..sekolah rendah saya adalah sekolah bantuan penuh kerajaan, sebab murid hanya lebih kurang 100 orang sahaja, kami dapat makan dan susu kotak percuma hari2 dan peralatan sekolah juga percuma sepanjang 6 tahun bersekolah. Macam hani dah 2 tahun sekolah ni, dah dua set kaler 24 batang tu, yang tahun ni beli yang mahal sikit tak ingat dah tapi rasanya RM 34 ker RM 38 harganya...tu yang kalau tak masuk contest ni rugi jer beli kaler sebab kat sekolah kaler sekolah dah sediakan, yang ni kat rumah jer guna, yg 24 warna tahun lepas tu pun panjang lagi..yang tu maknya punyalah..kan maknya pun minat mewarna....







Tak ramai yang masuk contest ni, sebab semalam kan hari cuti ganti untuk cuti tahun baru cina nanti. Tu agaknya tak ramai yang datang. Macam saya satu anak jer, takde yang lain bersekolah memangler available, gambar yang diberi simple jer gambar cake, sebab contest ni sempena menyambut ulangtahun kelahiran baby pertama di KPJ ni.



Saya duduk kat luar jer masa pertandingan ni sebab bagi saya memberi pengalaman pada hani tu yang penting, saya tau dia akan mewarna mengikut mood dia, nak pilih kaler dalam bekas kaler tu satu hal, lepas tu nak ambil kaler pun berhati2, pastu nak letak balik kaler tu kat tempat asal dia ambik tu, banyak masa dia habis pilih warna, ambil dan susun semula. Lama-lama saya tension pulak, nak2nya mula warna jer dia pilih semua warna dull jer, takde satu pun warna yang ceria, tengok budak2 lain wah...pada 3 lapisan kek tu diorang letak macam2 warna berbeza, oren, merah, pink lapisan kek tu...tengok hani letak satu warna jer, bila saya bisik letaklah macam2 warna terus geleng takmo, nak warna coklat jugak! so saya duk luar dengan suli ajer...sebab kang saya pulak yg terlebih, takleh tahan perasaan saya tengok anak dara ni punya citarasa memilih warna...







Bila saya masuk, baru ada tambahan warna ceria sikit, sib baik ada buah cerry atas cake tu, kalau takde pakai warna coklat semata, dan atas cake pun dia letak warna purple, cream untuk cake tu kot, lilin mujur warna kuning, kalau ikut logik dia dia nak kaler putih jer tu...tapi saya cepat2 keluarkan warna kuning dan merah...masa dia kaler ni ramai dah siap dah..dia kan pemikir orangnya, dah lama saya perhatikan habit hani kalau mewarna, dia mesti nak ikut logik, rasanya anak saya ni tak berseni sangatlah...




Mewarna mendatangkan masalah pada dia, kalau ada homework mewarna, selagi dia tak tau apa sebenarnya warna benda tu, jenuh dia carik majalah atau buku2 dia nak tengok warnanya...kadang saya terpaksa buka internet cari warna yang sesuai ikut logik dia. Macam dua hari lepas dia kena warna peta dalam globe, sampai kena buka 'GOOGLE EARTH' nak tunjuk kaler bumi dari satelit, sudahnya dia pening tak tau nak kaler macamana....




Untuk cake ni saya boleh baca fikiran dia, dia nak buat cake tu macam cake coklat indulgence yang selalu makan kat secret resepi tu, tu sebab semua cake tu kaler coklat, atasnya coklat gelap, dia langsung tak pandang kaler2 merah atau warna2 ceria sebab pada dia cake yang dia biasa adalah cake coklat tu...kaler pulak berhati2, entah berapa kali pusing 360 darjah sebab nak sesuaikan dengan kedudukan tangannya. Sudahnya, dia dan beberapa budak lain kena diberi tambahan masa 5 minit sebab tak siap. hani pulak, sebab konsep cake hari jadi, dia pepandai pulak tambah 4 bijik belon tergantung kat sudut kertas tu, pastu belon kaler lain2 pulak tu...pada saya takperlah lambat pun, memang dah warna dia pilih pun cam sengal jer banding budak lain...saya consider dia tak siap mewarna sebab luar dari cake tu tak sempat warna dah, sebab nak lukis belon dengan pensel pulak dah..pastu kaler belon tu lagi..hissssshhhh saya kata sentimental sungguhlah hani betul2 ikut konsep...









Ni kawan sekelas Hani, Zahraa Al Hayyan, anak tuan punya [pengurus dan pengarah] Murni CDC, kemudia mak dia pesan saya bawa balik dia sekali tumpangkan sebab maknya ada urusan sekolah sebab semau cawangan Murni SDC akan menerima lawatan JKM minggu depan, mereka buat gotong royonglah weekend ni. Tengok hayyan punya pilihan mewarna, adalah merah dan oren...








Yang ni pula yang sebelah hani, Amirah Sumayyah, yaya pun sekelas hani, cepat betul dia siap, warna pensel campur crayon, cake kaler hijau, biru dan oren..api lilin warna hijau pulak tu, Hani fikir logik dia letak warna merah [mula2 jeling ammie tanya merah ker oren kaler api dia ammie?, terus ammie kata merah..ceria sikit]




Dalam pada buat secara tenang dan steady, Hani jugak asyiklah tengok kawan2, tapi bukan dia tiru warna orang tu, dia cuma pelik dengan pilihan warna budal lain katanya...








Dan kemudian ada jamuan makan dan macam2 contest lain, sapa ibubapa paling pantas pakaikan baju anaklah, anak cerialah macam2 lagilah...pastu dah hujung sikit dekat 10.30 tu barulah acara kepitusan pertandingan mewarna dan saya masa ni rasa biasa2 jer sebab kan hani kaler tak siap [ bahagian luar cake warna putih xkaler]. saya selamber jer sebab tengah makan, makan pun sedap, nak2nya makanan dia memanglah dari catering pilihan saya, NS Catering, selalu panggil kalau ada jamuan di pejabat. Mula2 diumum pemenang ke 6, jatuh pada budak yang duduk semeja dengan kami, Amirul [ Hani punya secret admire tu], dalam hati saya kalau amirul tenpat ke 6 hani kira trakde nomborlah kot...pastu yaya yang duduk di meja kami pulak diumumkan tempat ke 4, dia pulak semua kertas tu berwarna kira siaplah tu...sah2 hani takde dalam senarai.




Tapi tiba2 diumumkan tempat ke 3, Hani Suhaila binti Sidek, waahhhhh rasa teruja sungguh, hani cepat jer ke depan pentas, saya plak eh...baik ambik gambar...tu yang ada gambar ni...satu jer sempat snap..tu pun pengarah KPJ suh hani pusing depan ....hah tu mama nak ambil gambar tu, pandang kamera...kata dia. Baju tu baju sukan Murni..semalam dia nak pakai kasut sekolah, ada ksut sukan takmo pulak...




gambar ni jauh sangat pulak..nanti bolehlah tunjuk kat ayah bila ayah balik nanti....mesti suka dia nak cerita kat ayah tu...saya dah sms dah tak balas pun..




Suka betul dia dapat hadiah..takmo bukak2 sampai kat rumah....sepanjang jalan tu asyik dia teringat pada hadiahnya, "apalah agaknya kakak dapat hadiah dalam ni kan ammie..jenuh jugak berteka-teki dengan dia..." yerlah pengalaman pertama dia...




Balik rumah terus jer buka, ada 2 buku mewarna, hannah montana dan disney [pastu cakap, "alah ammie , disney kan boikot, camana ni?"] ada juga kaler pensel dan crayon dan pencil case [disney lagi] dan patung bear untuk sangkut kat hp....tu jer, sijil takde...cukuplah...

P/s : Menurut komen parent yang semeja dengan kami, hasil kerja Hani menang mungkin sebab kekemasan, takde warna yang terkeluar dari garis, oooh macam ituka syarat pertandingan mewarna? Sebenarnya saya nak buat entry ni kat blog hani, http://www.hijrah1429hanipermataku.blogspot.com/ tapi tak perasan gambar2 semua saya dah termasuk kat New post blog ni, kira halal jerlah...malas dah nak import gambar kat blog dia..:)

3 comments:

MOKCIK AZWA said...

Tahniah Hani...ada bakat melukis tu hehehe

teringat kat Azza masa pertandingan melukis sekolah pastinya. Alahai dia mewarna sikit punya macam kura2 ker...cikgu dia kata.."Awak punya lukisan nie sayang betul la...warna kemas dan cantik tapi tak siap." huhuhuhu

payarumput21 said...

Salam Salwa..

Hehehehe.. mesti suka dapat tempat ketiga.. tup2.. hadiah kena boikot la pulak.. :(

Apa2 pun tahniah la.. tak kira la hadiah apa pun.. perasaan menang tu pun dah kira semangat yang sangat baik untuk menggalakkan budak2 untuk terus berjaya.. jadi pendorong..

Akak selalu cakap kat budak2 ni.. "hmmm.. seronok kan bila dapat markah tinggi???.. cuba bayangkan.. kalau banyak tu dah rasa seronok.. kalau dapat lebih lagi.. mesti rasa lagi seronok..kan??".. and bulan depan.. alhamdulillah.. markah bertambah baik.. :)

Hanisumayyah said...

Kak azwa...

Tulah...hani pun sama, punya nak jaga biar kemas biar lambat asal selamat...dia semua benda kat sekolah cikgu kata dia buat secara slow and steady...pening menengoknya...


Kak Payarumput

Ha'ah betul tu kak, hani lepas menang ntah berapa kali tanya, "ammie sangka tak anak ammie menang???"....tulah dia pun tak sangka agaknya...