Thursday, January 8, 2009

Berat mata memandang

Berat mata memandang


Pada komen-komen yang ada tu berkaitan kak aza sesungguhnya saya yang memandang ni lagi berat, apatah lagi suami yang nak mendidiknya, kadang nampak suami memang dah putus asa dan malas nak bercakap dengan kak aza...dulu saya sangka masalah ni tak seberat ni tapi akhir2 ni barulah tau yang masalah ni berat rupanya....




Dek kerana kesiankan anak2lah makanya suami bertahan dan banyak kali katanya dia bagikata dua tu sebab sepanjang sebelum stroke kak aza dua kali dibawa suami berpindah ke Kuala Pilah kononnya sebab nak jauhkan dia dari family dia khususnya akak dan mak dia...hakikatnya sebahagian besar adik beradik dia yang campur tangan dalam rumahtangga kak aza ni...




Terkini suami ada mencadangkan pada saya supaya Uda dibawa tinggal dengan saya sementara tahun depan dia dimasukkan ke madrasah. Madrasah yang suami cadangkan tu adalah di Kubang Bujuk Trengganu. Maka timbul cadangan supaya lepas habis master saya mohon transfer ke Trengganu. tapi itu cadangan dan tak tahulah apa perancangan HQ terhadap kami berlima yang dihantar sambung beajar atas tajaan dan setiap seorang khabarnya melebih RM 50 K [sebab ada projek lawatan keluar negara tu yg kos tinggi tu]....kalau ke sana maka dengan suami dan kak aza serat anak2 akan pindah ke trengganulah, sekurang2nya masalah dapat dikurangkan sedikit...




Pagi ni kak aza call saya, ingatkan ada apa urgent pulak kali ni...dari gaya cakap memang nampak sangat macam kecemasan tapi rupanya sekadar nak suruh saya carik lampu penapis air Amwaynya yang dah digunakan 15 tahun. katanya kalau lampu tu tak tukar tak dapat bunuh kuman.
Kata saya, kan akak ada penapis besar kat luar rumah tu...yang tu pun katanya dah lama tak service...saya tambah lagi saja test dia, takpun akak jerang jer lah air yang nak minum tu...alah wa budak2 ni semua kuat minum air masak...tu yang kena ada juga penapis tu. Abang kau akak cakap berapa kali dah langsung dia taknak tukar katanya tak payah...cik ayang punya dah lama servise dah...elok jer..




Macamana pun kau tolonglah carikan akak lampu penapis tu...jangan lupa yang model 15 tahun dulu tau....pastu menjangkit pulak pasal van abang serena yang dah kasi kat orang pakai ta[i tak tukar nama...yang tu pulak dia susah hati sangat2...pasal kakak dia dah tanya banyak kali. Walhal bukan ada msalah pun takde pending bayaran bulanan, dia kata nak jaga hubungan dengan akak dia, taknak pecah belah sebab nama tak tukar..katanya abang tu kos untuk benda lain dia boleh buat tapi kos untuk tukar nama dia takmo..saja buat cik ayang marah...camana ko fikir, boleh tak akak sms abang cakap "cik ayang dah tanya bila nak tukar nama van ni"....




Lama-lama saya plak pening...dahlah hari ni saya urus macam2..mula2 pagi2 pergi daftar hani, kena RM 1210.00....boleh bayar 3 kali, tapi saya malas nak fikir banyak, buat bayar dua kali, so tadi kena RM 605.00, tapi tahun ni insyaallah saya ambil skim 7 pagi - 1 tengahari, kalau sampai petang [jam 6 ] bayaran bulanannya RM290 [all in RM 385], tapi separuh hari jadik RM 190 ajer [dah jimat kat situ] tapi all in mengaji, english, aritmetik mental dan komputer jadik sebulan RM 281, dan insyaallah tahun ni takde kena bayar OT cikgu sebab tengahari hani dah balik...kiran jimat sikitlah sebab 2008 kos sebulan hani RM 500, tapi tahun ni jadik RM 300 jerlah...hai bulan ni kerjanya menghabiskan duit jer, semalam bayar road tax insuran RM 433, pastu ntah shopping apa2 barang dapur [asalnya nak beli whistle kettle jer] habih RM 200....




Lepas tu pergi ambil suami untuk bawa dia bayar van tu, pastu saya pulak tekan duit sebab nak bayar duit akikah hani, RM 300 ... oh yer hani buat akikah hari ni tapi takdelah kenduri kat rumah hanya jemaah dan j/kuasa masjid yang masak, masak kurma, kambing tu kosnya RM 650, beli di Jelebu, bayarannya kongsi saya dengan suami. Ni baru lepas makan kambing masak kurma ni semangkuk besar pulak suami hantar tadi...sedap makan dengan nasi panas pastu tambah lauk sambal udang...dah tu makan berteman pulak hari ni....teman dengan sapa tu???




Dan malam tadi dalam jam 11 lebih suami called saya tanya nak bibik tak? Saya pun benarnya malas dah nak fikir hal bibik ni, takdelah mendesak sangat, lagipun gaji bibik RM 450 sedangkan kerja kat rumah takde apa sangat sebab hani dah sekolah....masak makan saya ngan hani pun ala kadar jer...tapi bila keadaan mendesak tu menyebabkan adanya bibik banyak membantu. Rumah akan licin [dah pasti], makan terjaga sebab kalau ada bibik trend saya akan memasak dirumah....sebab leceh nak kuar bertiga...kos pun akan jadi lebih [hani pulak makan sikit jer tapi nak makan kat McD [bubur], KFc [whipped potato], Secret resepi [cake chocolate indulgence] tapi kos bertambah sebab takkan saya dan bibik nantui nak tengok jer? Baik masak jimat dan selamat....




Bincang punya bincang, tanya punya tanya background bibik tu dan setelah menimbangkan kos dan menyesuaikan jadual sekolah hani dan memikirkan yang saya next semester takkan ada kelas sebab dah concentrate pada tesis maka saya rasa bibik perlu [tambah2 kak aza makin kronik takkan nak letak hani selalu sangat kat rumah dia] maka saya cuba belajar taat suami dengan menyetujui cadangan dia [ikut hati tak mau tapi bila fikir kalau kita ikut cakap suami mesti ada hikmahnya] lagipun kalau kak aza jaga hani bibik saya ni boleh tolong sama....




Semuanya berlalu cepat jer, sebab tengahari ni bibik ni dah sampai dah. Muda lagi baru 24 tahun, saya hanya perlu ke Imigresen tukar nama majikan sebab dia asalnya datang kerja di kedai [janji majikan utk kerja di rumah] so tak tahan kerja kedai dia balik rumah agen [persendirian] dan agen ni adalah kawan pak haji sama2 karkun. Baru malam tadi pak haji jumpa dia dan tercerita yang dia ada agensi bawa orang gaji...dan dia tanya suami nak pakai bibik tak? Tu yang suami terus called saya tu...




Bayaran keseluruhan RM 3,500 jer, dan bayar 3 kali [bayar lagi], tapi kali ni tak kongsi saya kena bayar semua, so tadi bayar RM 1,500 dulu dan gaji bulan2 dia untuk 4 bulan pertama ni akan ditolak RM 200, so saya akan beri dia RM 250 ajer utk 4 bulan pertama ni...kerja pertama dia adalah kemas bilik utk dia tidur, semua tu dia buat dalam sejam jer termasuk vakum sekali...sebab sebelum ni bilik hani tempat letak baju tak berlipat dan tempat melambakkan mainan hani yang sangat banyak....tapi tadi dah clear dah..sampai hani pun ada keinginan nak tidur sama si Suli tu, oh yer namanya Suliyati bin Painom, orang Jawa....




Saya dah habis interview dah....dan saya pun dah boleh menilai dan bezakan dia dengan dua bibik saya sebelum ni, dan saya dapati Dewi adalah lebih baik dari dia tetapi dia adalah jauh lebih baik dari Cinto...disebabkan dia tak pernah kerja rumahtangga maka saya kenalah beri tunjuk ajar pada dia...tapi tak kisahlah sebab saya ni bukannya cerewet sangat....suli tu takat jadik kawan main hani jer kot....setakat ni sebab dia datang mengejut dia saya letakkan bilik hani sebab bilik belakang dah jadik stor, rasanya tak sesuai dia bilik hani sebab bilik tu bilik airnya share dengan bilik ayah...nanti takut termasuk atau terlupa kunci bahaya tu....tapi dah bagitau dia suh guna bilik air bilik belakang..... ataupun nak taknak ayahlah kena tukar duduk bilik master jugak....




Takat tu jerlah perkembangan saya....tapi masa kat rumah tok [mak kak aza] hari tu saya betul2 kesian kat bibik tu..bibik tu kakak kak aza [cik ayang ] yang ambil dah sebulan dah, cara tok dan kak aza layan dia mak aiii rasa saya kalau saya jadik bibik tu mau saya hantuk kepala kat dinding dah sebab rasa macam saya takde harga diri sangat....asyik kena leter jer, walhal bibik tu takde duduk diam langsung...semua bibik buat dia tak puas hati...depan2 bibik tu dia cerita kat saya dengan kutuk bibik dengan kuat .....ko tengoklah wa..apa dia buat tu..alahai malanganya cik ayang dan tok dapat ko bik...., apalagi ko buat kat luar tu....ko tengok wa dia tengok akak basuh tangan hari ni, dia duduk berejam2 lam bilik air basuh tangn jugak...., ko tengok cermin sliding tu dengan taik telinga taik idung pagi2 apa dibuatnya agaknya....kerja penting tak buat....bik..apasal ko tak mop depan ni bik...



sepanjang cerita dengan saya dia berulam mengutuk dan marah bibik tu.....saya? melopong ajer sebab saya dah ada 2 bibik sebelum ni walhal saya sendiri yang bayar gaji dia tapi saya tak pernah tinggi suara dengan bibik saya....dan saya tak pernah sangka kak aza boleh jadik segarang dan sepetah tu kutuk bibik tanpa tapis dan fikir perasaan bibik sebagai seorang manusia [bibik tu pun islam kan kita kena ikram dia juga ]...rupanya ada watak dia selama ni saya tak tau....




Bila bibik tu ambik air dan bawa towel dan surat khabar nak lap sliding dah kena marah plak...dah bik tak payah ko lap...dah suruh baru ko nak buat...patut kalau ko buat sendiri takde can orang akan marah ko...ni ko tengok dah kena marah baru nak buat tu pasal orang tak bagi ko buat sekarang....tak sudah2 dia bebel kat bibik tu...bila bibik tu takde berlegar depan kami, risau lak dia...eh wa ko nampak bibik tadi..bila saya kata saya nampak dia kat luar..kak aza jerit..bik apalagi ko buat kat luar tu bik....tak abis2....cubaler ko atur kerja ko betul2 bik...




Bibik susun cawan pun jadik isu...mak aiii pada saya sekelumit jer tu...cara bibik susun baju [sebab tak sama] pun jadik isu sampai sorang anak kak aza pun dia tak bagi letak baju kat almari tu sebab nak tengok sejauh mana bibik tu nak biarkan baju dia tak susun sama....[standard dia nak baju2 tu tersusun macam papan yang bersusun]....bibik tu terbongkok2 tukar plastik sampah lama sikit pun kena tegur..apa lagi ko dari tadi asyik dok kat situ jer bibik oiii....yang paling saya tak tahan bila kak aza cerita hal selipar bibik tu ada pasir letak kat depan dan bibik tak dirikan selipar tu sandar kat bendul pintu tu [dapat bayangkan tak?] yerlah bila kita masuk rumah kan kita biar selipar kat luar...tapi prinsip kak aza dia nak selipar tu diketuk buang pasirnya dan dirikan selipar tu secara 45darjah lah...takde letak camtu jer....tension betul saya bagi pihak bibik tu...kalau saya jadik bibik tu saya dah lari dari rumah dah....dahlah kak aza kata bibik ni kaki makan asyik jaga badan , kerja buat kemudian makan penting dulu....walhal saya rasa org indonlah yang kurang makan tak macam org kita sebab mreka tak mewah kat indon , dewi dan Suli ni dua2 makan sikit ajer...banyak makan sayur jer dan biskut pun diorang tak berapa pandai makan...




Ntahla saya ni makin lama makin kenal kak aza dan saya rasa bertambah kesian kat dia dan rasa nak cuba bantu dia....dan saya rasa kak aza makin kronik dan dah jadi lebih dari mak dia...sebab dia terlalu mengikut2 sangat sikap mak dia sampai sekarang dah over sangat....benda bila dipupuk setiap hari maka ia akan bersemadi dalam hati....dan sebagai pewaris genarasi ini, anaknya Khairin dah ada sifat2 macam umi dia [sungguh malang kak payarumput] dan yang jadik mangsa adalah adik2nya yang duaorang tu syakirah dan Uda....dan khairin sebab palapor pada umi dan selalunya umi percaya 100% apa khairin laporkan sekali lagi uda dan saykirah jadik mangsa tanpa umi sola siasat....




Dan nampaknya kehadiran sofiyyah dan juga keadaan kesihatan Zubair ini maka ternyata kak aza akan jadik lagi kronik....dan anak2 akan terus jadik mangsa....eh banyak hal kak aza ni makin lama makin nyata saya tak boleh terima cara dan pandangan dan tindakan dia....tapi nak salahkan dia pun tak taulah, dah nak masuk 41 tahun bolehker kalau nak ubah?

9 comments:

Ummi said...

wa,

agaknya kak aza ada seribu persoalan yang bermain di fikirannya

jangan salahkan dia, bila suami berkahwin lagi mampukah dia hidup dengan tenang

pasti seribu satu persoalan yang bermain di fikiran dan dia cuba menyibukkan dirinya, membebel itu dan ini

mungkin juga dia amat kecewa dan stress sehingga dia terpaksa berfikiran kurang normal dengan selalu membebel dan marahkan anak-anaknya

untuk release stress!

dan bila perkara ini sudah terjadi, ibu dan kak ayang merupakan orang kuat yang dia boleh percayai, pada fikirannya lah

pada siapa lagi dia nak mengadu selain ibu dan kak ayangnya

dan ingat alasan suami diluar sana kenapa nak berkahwin lagi sebab isteri terlalu mengongkong, isteri terlalu nak sempurna dan itu dan ini

tapi ada jugak yang bagi alasan isteri tak kemas rumah, isteri membebel, isteri marah dan itu dan ini


susah untuk di persoalkan

dalam kes ini semuanya bersalah, tidak perlu menuding jari kepada kak aza, semua kena memainkan peranan

semua kena berubah, bukan kak aza seorang

maaf kalau terasa hati dengan komen ini

Hanisumayyah said...

Ummie...saya rasa ummi tak mendalami isu ni tu sebab komen ummi tersasar...dan langsung tak menepati mesej yang saya cuba sampaikan...dalam isu ni...tolong baca sampai habis..dan saya tak terasa hati komen umi sebab komen ini kategori khilaf...

Kak aza tak stress atas sebab suamui kahwin lagi, sebab dia pernah bermadu setahun lebih...dan dia hanya sempat setahun lebih jer memiliki suami seorang..so isu bermadu tak timbul...kalau dengan isteri suami yg pertama bolehlah kata tekanan sebab suami kahwin lain lepas 19 tahun dengan dia tu sebnab kak nani jadi sampai separuh gila lepas tau suami kawin kak aza..macam kak aza dia kahwin dengan suami atas kesedaran yang dia memang sebagai siteri kedua!Cuma bonusnya dia akhirnya jadi satu2nya isteri sebab kak nani undur diri... Itu FAKTA!!!

tekanan dan sikap dia dari sebelum kahwin...hasil didikan mungkin? dan kalau tekanan dia sebab suami kawin lain tak mungkin dia seakrab itu dengan saya...malah saya pun baik dengan cik ayang dan adik beradik dia yg lain...tak timbul isu poligami...dia jaga anak saya saya jaga anak dia, keperluan rumahtangga dia tak pernah putus [isu suami tak mampu tak timbul sebelah dia, makan pakai semua mewah], isu tak mampu hanya pada saya itupun sebab saya mampu dan saya nak usaha belajar redha...dan alhaldulillah allah murahkan rezeki saya xpernah putus, dpt naik pangkat dapat sambung belajar...

mengadu pada mak dan kakak, bukan semua isu sampai bergantung pada mereka, buat apa keperluan dalam rumah semua ada, kereta ada, motor pun ada, telefon suami sediakan, mainan sampai tahap komputer suami beli, PS2, CD...suami pernah nak isi masa dia beli arnab, bela kucing, baru2 ni bela ikan semata2 nak isi masa dia kat rumah jangan keluar rumah....perkakas semua lengkap, yang orang takde kak aza semua ada...

Isu berubah, pada saya takde apa yg perlu diubah melainkan cara berfikir dan bertindak kak aza, dia baik sangat...tapi kmengejar kesempurnaan terlampau tu yg menjadi masalah...

Isu rumah bersepah...takde masalah pada suami kalau sibuk jaga anak, saya pun rumah sepah juga...dan saya tak menuding jari pada kak aza kononnya sebab sikap dia suami kawin lagi..saya hanya kata kemungkinan sebab isu ini...dan saya lebih tahu kenapa suamimkawin lain waktu itu...dan itu tak boleh dipaparkan dalam bloglah...

Umi bebas fikir dan kata apa sahaja, cuma mungkin umi tak nampak amsalah ni secara keseluruhan, dan saya tidak berniat tuding jari pada kak aza, saya sayang dia macam saya sayang suami saya dan anak2 tiri saya cuma saya terfikir kalau ada ruang saya boleh bantu dan sedarkan dia alngkah baiknya...sebab saya nak rumahtangga kami kekal dan menjadi semakin baik...dan pastinya dalam rahmat an keredhaan allah sebab isu sikap dan tindakan kak aza ni membawa kepada suami tak redah ... tu sebab keadaab jadi kronik dan suami nak saya bantu...comunicate dgn kak aza sebab suami dah sureender...faham tak ni??? tolonglah faham yer...

Zareda Norman said...

salwa

sikap manusia selagi ianya bukan sifat kekal, insyaAllah boleh berubah. melainkan kalau sifat kekal macam cacat tubuh badan ker.

Mungkin boleh dapatkan khidmat kaunseling profesional.. sometimes, kalau kita dinasihati oleh orang luar, kita akan lebih cepat buka mata dari dinasihati oleh orang yang kita kenal.

kakLuna said...

jangan2 kak aza ni meroyan?

kakLuna said...

mmg betui sifat ni diwarisi, tp bg kes mertua sy tu, sy x tau dia mewarisi dr siapa, cuma adik Am mmg ada dh ciri2 mengawal, membebel, cakap dia smua betul. aritu masa adik tu tgh ngandung mmg sy jarang nk bcakap dgn dia, bkn apa, takut silap sikit dia x leh terima nnt kita pulak yg sakit hati pdhl benda nya kecik je.

dayangbest said...

mcm OCD pun ada jugak
obsessive compulsive disorder

mesti ada something wrong masa dia membesar dulu
itu yg jadi perfectionist semacam

Ummi said...

wa,

panjang lebar explain kat ummi

faham cikgu!

payarumput21 said...

Salam..

Hmmm.. kita tau sangat org mcm ni.. memangnyer dia rasa apa saja dia buat semua betul.. sebabnya?? cara tu dia membesar.. mcm kena "brainwash".. end result.. apa yg asik di sogok kat kepala tu la yg betul.. regardless..

**tak silap ada belajar ni dlm Physcology 2 semester lepas**

Hanisumayyah said...

Luna...

Tak, memang sah tak meroyan..bukan lepas beranak sikap dia gitu..lama dah..cuma akak tak fokus sangat masalah dia cuma bila suami mula bersuara pada akak, akak pun mula perhati sama...Luna...ha'ah memang betul, akak pun selalu takut salah cakap, tu sebab bila dia cakap, akak perlu sedikit masa nak respond...takut salah tafsir..

Dayang..

Ikut suami memang ada something wrong masa dia membesar...ayah dia terlalu garang dan mak pulak terlalu cerewet..yang paling malang juga adalah mak dia lari meninggalkan ayah dia dan dalam tempoh perkahwinan juga mak dia ada pernah beberapa kali bercerai dan rujuk kembali...dan ayah dia meninggal seorang diri dalam bilik yang terkunci masa mak dia lari ke rumah anak...ni kak aza cerita kat akak sendiri...dia sedihlah masa tu..ntahlah xreti akan nak kupas ....


Ummi...

bukan expalin, tapi ntahlah saya rasa hakikatnya macamtulah...kalaulah umi dapat faham..


Kak payarumput...

Kalau dapat akak bagutau camana nak buat pada orang camni...sebab dia membesar begitu rupa..suami pun pening sangat dah fikir camanan nak buat...