Friday, January 2, 2009

Kisahnya 2

Kisahnya 2

Assalamualaikum w.b.t

Dari semalam sampai hari ni saya dok sms dengan kak aza tak putus2...apa lagi, kisah rumahtangga kamilah...tapi taklehlah saya tulis semua kat sini, tak pasal2 dapat dosa percuma lak nanti...

Kisahnya semua anak ikan dah mati, kak aza kata alhamdulillah allah dah makbulkan doa dia. Belah suami pulak, dia kata subuh masa nak ke surau tu dia tengok anak2 ikan tu semua okay jer, tapi menjelang petang semua dah pening2 lalat..

Selamba jer suami kata, jangan2 ada orang letak racun agaknya...heheheee tergelak saya, sayakata, takkan abang nak tuduh kak aza letak racun...kata suami takdelah, sekelip mata semua ikan tu jadi semacam...tapi akhirnya suami kata mungkin bahan kimia pada kanvas tu menyebabkan ikan2 tu mati kot..yerlah kanvas tu baru sampai terus basuh2 masukkan ikan, ataupun mungkin kandungan air paip tu yang terlampau berasid atau beralkali...w.pun dah letak anti clorin tapi ikan sembilang ni sensitif ikut kata kakak yang ketua umno masa keluar masturat hari tulah...tulah balik 40 hari ni suami kata nak cuba bela kat rumah saya pulak....

Ok, balik citer kak aza, semalam kak aza bagitau hp hani tinggal kat pd, dia suh datang ambik, saya kata saya datang esok jerlah [sabtu] sebab saya nak ke Family store kat rumah ni, dia pun nak kirimlah barang2 sebab hari tu saya ada cakap kat dia pampers susu semua murah sebab 1 jan, so semalam lebih RM300 saya beli barang tapi untuk 2 rumahlah...dengan minyak, tepung, planta, gula dll...tengok betapa baiknya madu macam saya kan??? wah puji diri sendiri gitu...

Lepas tu adalah kak aza mengadu2 pasal anak2, zubir nak amsuk sekolah macam sekolah murni hani tapi takde kat PD, dia kata biar zubir sekolah sampai petang pun takper, pastu kami cerita hal anak2 pulak [semua melalui sms], saya pun kata hari ni nak daftar hani, yuran hani daftar jer seribu lebih, nasib baik pecah bayar 3 bulan, dah tu saya kata, semua hal hani saya sorang jer tanggung ayahnya takde sumbang apa2...lepas tu berlanjutanlah...

Berlanjutan tu saya bagitau dia macamana hal rumhtangga saya selama ni, supaya dia tau, dan dia takdelah bagi tekanan pada suami, saya cuma nak kata saya takde lebih apapun banding dia, dia kena syukur, macam2 saya sms pada dia. Sebab malam masa bincang2 dengan suami, suami ada kata, takde apa yang kak aza pernah puas hati, bahkan suami kata giliran saya yang kurang sekarang pun kak aza masih tak puas hati jugak...

Jadik dalam sms tu saya cakap kat dia, saya ni berapa kali dah cadang nak cerai sebab saya takleh nak bina rasa hormat apatah lagi nak taat dengan suami kalau macam ni gayanya suami kita...tapi saya kata Allah tak izinkan saya masih berjodoh lagi dengan abang, maka saya kenalah belajar redha dan taat suami mungkin ada hikmahnya.

Dan saya kata juga kat dia, marilah sama2 kita taat suami, nanti allah bagi ketenangan dan rahmat pada rumahtangga kita, redha allah tu pada redha suami...bla..bla...ada banyak lagilah, setiap sms tu sampai 4 pages saya taipkan, biar semua maksud saya sampai pada dia....

Pastu dia balas takdelah panjang macam saya tapi sekurang2nya saya taulah apa pendirian dia, ni saya quotekan sms dia, wah fresh2 dan panas2 lagi ni..., ni pun untuk kenangan saya bila letak sini nanti masa depan senang rujuk....


Ni sms yg mula2, adalah lagi, tp pendek2 jer malaslah nak taip...



"sabau jer, 2 yg Allah dah tentukan....." [ada lagi tapi tak relevan dengan isu ni]

Saya ;

"Sy xbrpa kisah sgt nafkh &giliran tp kesian kat dia xdpt brlaku adil, tkt jln senget nnti. sy nak redha & tlan semua spnjg masa xbrpa nak mmpu lg trutamabla dia xtau jga ati kta, 2yg sklalu gak bncg hal crai tp 2lah Allah xizin lg, jln kluar sy paksa diri bljar redha & taat, klau x, leh jd biol, pranan sy ni klh ibu tggal, coz diorg sara anak, sy sara laki skali, sib baik brmadu xde hari2 kat rmh. Sja citer lps gram, tp igt allah lehler sabar.."

kak aza;

"xpe luahkan pd tmpat yg betul, lega skit. Skrg2nya ujian ni bg kta lebih matang n sgala2nya leh tumpu pd Allah. Mmg bnyk kena kesian pd laki kita 2. bljar redho wpun hati ni sakit. akak ni n anak2 pun bnyk beri cabaran pdnye.dia kena bnyk sbar dgn kami ni pun. berat ujian wa n abg ni tp bila rasa nak cuba terus bsabar lg Allah suka. percayalah...."

saya ;

"kak, ksan r.tangga mcm sy ni mybbkan sy ssh nak bina hormat & taat pd abg 2sbb slalugaduh& dia kecik ati dgn kata2 sya. Tp if dtg cni mkn tido intrnet, pas2 bg btg, 2jer ke prnan suami? 2sbb dulu sy mls kluar mstrat sbb dia XXX[rahsia] kang sy tercerta pd spa2 buruk plk nma dia. Tp skrg fkr mana nak cari suami yg nak bg iman, tnya solat kta, asbab suami bnyk pahala leh dpt baik kta sbar nanti Allah bg tenang & murahlan rezeki sy. Xde apa sbnrnya dia lbh bg kat sy ni, xyah akak jeles apa2 kotle ada, cma asbab hani & jodoh kuat, ikut ati dah lama xde jodoh kot."

kak aza;

"Akak x le rasa yg bkan2 pd wa. lbih2 lg tgok suhailah. sian dia. akak ckup sgala2nya dlm rmh. yg trbuku hnya bila xdpt ckp terustrg dgn ayah dia. ckap gaduh. 2 jer prblm akak. anak2 ni mrah2 msih bleh bckp dgn kita. iman amal dahle kurg sgt2. akak kena bnyk syukur mohon ampun dgn allah tkut2 jd lain lak.




Pada yang baca ni, kami kalau sms memang gini gayanya...minta maaflah yer, ada 17 org jer yg baca ni, sya pohon lihatlah ini dari sudut positif, kami ni dua2 isteri yang nak belajar taat suami, takde salahnya kita mencari redha Allah, anggaplah suami tu ujian untuk kita, Allah hantar ujian untuk hambanya dalam pelbagai cara, saya dan kak aza cuba belajar anggap ujian allah pada kami tapi perantara suami, kalau kita dapat capai tahap sabar, maka hati kita akan tenang.

Bahkan Allah akan limpahkan kasih sayang kita suami isteri. Saya dah rasa semua tu, tu sebab saya dapat rasa lepas saya belajar redha dan cuba nak taat suami ni, terasa sangat limpahan kasih sayang untuk suami tu bertambah2...malah suami pun tunjuk kasih dia pada kita...tak banyak tapi ada perubahan....

Tak payahlah fikir isu kecik2 nak gaduh, sebab hidup ni sementara, akhirat kekal abadi, lagi banyak dosa kita nanti lagi lama tempoh penghisaban kita. Patut isu2 utama yang kita kena fikir ialah iman dan amal, betulkan solat kitakan...bukankah solat amalan pertama yang ditanya nanti...tu lebih penting...

Ntahlah akhir2 ni lagi fikir pasal 'redha Allah redha suami' lagi Allah bagi banyak kesedaran, kesedaran nak tingkatkan amal, nak jaga solat, nak jaga aurat spya bukan sahaja menutup aurat tapi menutup aurat dengan sempurna, cuma nak berpurdah tu tak mampu ler lagi...

No comments: