Monday, January 19, 2009

Tak puas hati

Kenapa tak puas hati?




Assalamualaikum w.b.t



Awal tahun baru ni, adalah sorang manusia ni [lelaki] namanya Zaidi datang buat sikit2 kerja baiki flush 2 toilet di rumah, baiki paip bocor bawah sinki [dapur] dan tukarkan kepala paip penapis air di dapur. Dan main kerja dia adalah betulkan tangki septik yang tersumbat di belakang.



Minggu ni dia datang lagi, sebab kerja yang dulu tu tak habis, katanya. betul tu, memang saya ada suruh dia betulkan 'jenang' [frame] pintu dapur yang mana jenangnya dah kena makan anai2 rupanya. Bila tekan baru tau kayu tu dah rapuh dimakan anai2. Tapi pintunya ok lagi.




Lepas tu, dia kata dia nak tukar pulak sinki dapur saya yang memang melengkung tapi tak pernah pulak timbulkan masalah. Dari beli rumah sinki tu memang gitu. Masa dia cakap nak tukar tu dia kata dia akan bagi yang jenis panjang dan ada kabinet sekali. Wah sedap bunyinya.



Minggu lepas dia datang. kalau datang tanpa appoinment ni saya kurang gemar. Terkejut tergempar tiba2 muncul kat pintu dapur. dah nampak muka baru tau nak bagi salam. LOL! Melompat saya masuk bilik. tak keluar2. Biar Suli jer layan!




Pastu pandai pulak panggil saya, bagitau kerja2 yang dia nak buat. katanya nak tukar pintu sekali. Oklah kata saya, walaupun dalam hati, apehal nak tukar pintu, yang rosak jenangnya...tapi manalah tau pintunya lagi cantik? Ok kan ajerlah. Sungguh lemah saya disitu!




Dari pagi sampai petang dia hanya dapat tukar pintu, tukar jenang [separuh bahagian tengah ke bawah. frame keliling dia dapat buka 3 suku jer, yang lebih tu dia biar dan yang dah terbuka tu ntah terbiar jer memang nampak pelik. Pastu nak tutup kelemahan tu dia cat frame dengan jenang dengan daun2 pintunya dengan cat hitam!




Apa kes?? Pintu lain semua warna coklat...tetiba pintu dapur warna hitam sehitam2nya. Daun pintu tu jenis kasar pulak, macam tak berketam okay! Tu takper lagi, saya boleh beli cat spray...pilih jer warna yang berkenan nanti. Tapi dia pi gatal tukar tombol pintu sama, dia buang yang lama. Sudahnya yang dia tukar tu punat dari dalam tak boleh tekan pulak, nak kunci setakat kunci grill jerlah.




Mula2 saya ingat hitam tu sementara jer. Rupanya selama-lamanya. Semalam dia datang lagi, nak tukar sinki pulak. Ingat sinki hebat macamana dia bawa, rupanya sebijik dengan yang melengkung tu. Baik tak payah tukar!




Masa ni saya dah macam geran, takut saya terbising sound dia saya masuk bilik jerlah...lepas tu saya dengar dia panggil..puan..puan, boleh tak saya pasang macamni...nak tau dia apsang macamana?




Dia pasang terbalik dari yang sepatutnya. kalau mangkuk sinki tu asalnya sebelah kiri dah jadik mangkuk tu sebelah kanan pulak. Betul2 sebelah dapur masak saya. Kira dapur masauk tu bentuk L dengan sinki tu...Elok sangatlah tu, basuh2 air terpercik masuk kuali.




Pastu saya masak, Suli basuh pinggan berlaga punggung! Bila timbul kes begini saya mula nak sound jer. Apasal pulak cam tu en. zaidi, tak boleh...mana boleh, nanti anak saya main basuh2 kat sinki tu etrmasuk pulak dalam kualai. bahaya tu...[saya cakap berlapik lagi]




Kalau tak boleh takperlah, saya potong semula. tadi saya tersalah potonglah..dia kata gitu pulak. Lubang kat tepi sinki tu dah tersalah tebuk nak cucuk ke besi yang sedia ada kat dinding tu, tu sebab kena pasang terbalik. Besar kerjanya tu, sebab kalau mangkuk sinki tu bertukar, dengan kepala paip dan salur paip bawah sinki tu dia kena tukar...takkan nak tebuk lubang lain kat dinding dan nak potong paip dan salur alat penapis tu....giler! Lagi banyak kerja. Tu sebab saya kata tebuk sinki tu lain, satu kerja jer...




Pastu dia tak bawak pemotong pulak. Tung tang tung tang bunyi dia potong secara manual. Pastu dah siap potong, dia kata nasib baik saya tukar puan, kalau tak lagi banyak kerja saya..tau takper!




Pastu tempat yang dia lubangkan mula2 tu dah menghadap arah pengguna sinki. tajam2 tepi tu siap tersangkut kat tudung saya [labuh] saya salotapekan...tak lama lepas tu dia perasan, dia buka pulak, dalam hati saya wah dia ada benda lain nak cover balik takam2 tu kot...sudahnya dia pasang gak salotape tu, suma dia buat banyak lapis jer...pirahhh...




geram saya ni...tak puas hati, kerja dia tak kemas. Sinki tu pulak tak betul2 aras 180 darjah macam menyenget arah dinding. Suli pun akat gitu. Suli yang pendiam pun pandai kutuk kata tak kemas kerjanya buk. Tulah saya nak cakap lebih2 dia ni pun karkun. Kawan suami. Umur 39 tahun, tak kahwin lagi. Dahlah semua kerja2 dia buat dari pagi sampai petang. Seharian saya berkelubung dalam rumah dua hari tu. Hari ni dia datang, dia ltak something kat tempat sinki yang tajam tu...macam simen kapur jer saya tengok...takut pak haji marah katanya.




Hari tu kerja2 betulkan flush dan tangki tu serta tukar kepala paip tu dia charge Rm 500...mahal betul saya rasa, tukar pintu plywood dan tombol serta sinki dua hari ni dia charge RM 700, dan ada kerja betulkan meter utama juga. Semua RM 1,200. Hishh kalau dekat kat rumah abang ipar saya anytime dia boleh buatkan...tak kisah saya sedekah kat dia...sebab saya rasa kerja dia lagi bagus...kemas jer. Mahal dan kemas kalau seiring okaylah kan...Ni mahal/murah tapi tak kemas tu yang bengang!




Rumah saya yang abang ipar cat satu rumah ni, ada dua tiga orang puji kemas, tanya sapa yang catkan...tulah saudara sendiri, masa abang ipar catkan tu dia tak tida malam dia siapkan sebab masa tu saya pindah kan kecemasan, pak haji ada kat hospital dah nak discharge terpaksa saya urus serta merta masuk rumah ni....




Sebab dah bayar RM 1,200 kat dia, tadi saya suh dia tengokkan lampu bilik suli dah 2/3 hari tak nyala, wah lepas tengok dia kata lampu terbakar, saya kata takperlah...nanti saya tukarlah sendiri. Mula2 ingat starter dia rosak, atau longgar. Pastu tak lama lagi terkejut saya dia datang dengan lampu lah pulak, saya tengah sedap potong daging tiba2 muncul jer kat dapur...bagi salam, mujur tudung tak tanggal bagai...lepas tukar tengok2 lampu tu tak nyala jugak...rupanya bukan lampu terbakar dan bukan starter rosak, lain yg rosak rupanya...apalah si zaidi ni....lain rosak lain dibetulnya...






Saya sms suami sebelum nak bayar tu bagitau tak puas hati..dia balas pendek jer.."bayar jerlah, lain kali kita panggil orang lain'....saya malas nak luahkan kat budak zaidi tu sebab dia ni nampak baik dan terlebih ramah...kang saya tunjuk belang saya [sound direct] terkejut pulak dia, buruk pulak nama suami, nanti apa plak dia fikir isteri pak haji ni...[berdasarkan cerita dia pada saya, nampak cam dia hormat sangat kat suami sebagai senior dalam tabligh ni] tapi dah siap gini dan dia ni belum pandai sangat buat kerja2 baiki ni [dia pandai kerja2 plumbing kot] dan lagi dia buat sorang2...tu yang susah agaknya tu, takat pasang pintu pun sampai sehari suntuk! Tu pun berapa kali bukak berapa kali pasang daaaa....dahlah datang buat kerja masa pak haji kuar 40 hari, kan ker susah tu....




p/s : bebel..bebel...dan bebel...kalau pak haji takde ni bebel kat blog jerlah...kalau dia ada, dialah pendengar setia saya...sampai 2/3 pagi borak, standard sayalah tu....alahai lama lagi 10 febuari nak tunggu habis 40 harinya....

3 comments:

NANI SHAHABUDIN said...

saya rasa itulah reason kenapa orang lebih suka panggil cina yang buat..hmmm. sakit hati saya baca.

Hanisumayyah said...

Saya pun setuju....tapi kita ni ingat mau tolong orang kita jer...kalau panggil Cina tu memang bagus servisnya tapi mangkayakan bangsa diaorang pulak...saya marah2 juga kat zaidi ni tapi dalam hati jerlah...sebab kesian pun ada...agaknya nak kumpul duit nak kahwin kot?

lain kali rasanya memang nak panggil cina jugaklah...

Zareda Norman said...

salwa

at least kalau dia tak pakar sangat buat kerja tu janganlah charge mahal sangat macam pro. Cina tu dia charge mahai tapi kerja dia kemas.

Tu lah kalau panggil cina, org kita kata tak nak tolong bangsa.. tapi kak zar sendiri macam macam pengalaman dah repair rumah ni.. skait jiwa raga dibuatnya.. kalau buat dengan sedara plak, kita jenis tak sampai hati.. segan pulak bila dia charge murah tapi kerja bagus..