Wednesday, January 7, 2009

Terlalu sempurna

Terlalu sempurna


Nota;
[Semalam otak tepu sebab banyak benda nakcerita tapi tak tau mana nak mula. Dan apa kak aza cerita sepanjang 3 jam lebih saya kat rumah mak dia bercampur2 dengan fakta yang suami pulak pertahankan sepanjang perjalanan balik dari PD ke seremban dan bercampur lagi insiden2 depan mata saya masa kat rumah tok....tu yang letih sangat otak saya semalam...banyak sangat input baru...tapi hari ni saya luahkan sikit2....saya tulis ni sebab saya nak minta pandangan apa saya boleh buat bantu kak aza dan suami dan anak2 tiri saya....sebab saya sayang semuanya...semua dah jadi ahli keluarga saya....amaran, entry yang sangat panjang, kalau boring, takyah bacalah yer...ada unsur2 umpatan tapi niat saya nak muzakarahkan benda ni...apa boleh buat pada situasi begini?]

Taurus (4/20-5/20)
Staying conservative and cautious is the right strategy for your finances right now, but when it comes your emotions, you need to liberally spread them around! Share your feelings to anyone who is willing to listen to them today. Even if you don't feel like you have much to say, you should just start talking. Once you start expressing yourself to others, they'll start expressing themselves more openly to you. Be happy about where you are and what you're doing!







Buka Yahoo hari ni terbaca pulak horoscope ni, "once you start expressing yourself to others, they'll start expressing themselves more openly to you". Tu yang tak tahan semalam tu. Lepas saya berbalas-balas sms dengan kak aza tentang apa saya rasa tentang abang [sy bahasakan suami kami abang sebab kak aza yang mula cakap camtu, mula2 dulu saya bahasakan suami sebagai 'ayah dia'] maka bermula dari itulah yang kak aza terus-terusan menjadikan saya sebagai tempat dia meluahkan apa yang terbuku dalam hati dia sejak sekian lama....disampaing saya pun samalah jugak, melepaskan sejarah2 selama ni...







Sejarah apa tu? yerlah sejarah pengalaman saya sepanjang kahwin nilah....beberapa kali kami hampir2 nak berpisah, sejarah kenapa abang tak balik2 rumah saya kalau gaduh...sejarah betapa kami selalu jugak bincang hal cerai...







Tapi dalam cerita tu saya bertapis2lah jugak, kak aza saya tak taulah...tapi nampak gayanya dia telus, habis semua dia cerita, tapi takdelah cerita hal dalam kain tu yer...sebab dia kata selama ni dia rasa tak dapat melepaskan perasaan dia pada abang...banyak halangan sebab katanya abang ego dan takkan nak terima pandangan orang...







Yang saya pulak...cerita juga apa yang saya tak puas hati dulu2...betapa selama ni saya yang macam teraniaya, jangan kak aza rasa abang ada menyumbang apa-apa pada saya [kotler dia ada fikir camtu]...saya juga kata, tiada sebab sebenarnya secara logik untuk saya terus stay dengan abang sebab takde jalan keluar dah, saya tak boleh paksa abang bagi nafkah pada saya dan Hani sebab saya boleh buat perkiraan sendiri yang dia tetap tidak akan mampu menyara saya, dengan lebihan gaji saya melebihi 3 ribu dari pencen abang yang berjumlah RM 1,600 apalah yang saya boleh harapkan?....tambah2 dengan anaknya yang 4 orang kecik2 dengan kak aza ni dan sorang anak besar [angah] dan dua anak tiri [w.pun ada wang dari amanah raya]....







Dan saya juga meluah pada kak aza yang saya juga tak boleh dah nak bina rasa hormat pada abang sebagaimana layaknya seorang isteri solehah melaksanakannya sebab rasa hormat itu akan datang pada pasangan apabila masing2 boleh melaksanakan tanggungjawab sehabis baik....tapi dalam kes saya apabila saya merasa memasak dan mengemas rumah untuk suami sebagai satu beban dan tiada keikhlasan di situ, maka pada titik itulah no point saya mempertahankan rumahtangga ini...hanya sebab keperluan batin yang sesekali mendesak saya bertahan dan terus bertahan....juga demi Hani...







Tapi saya tidak menamatkan cerita saya disitu, saya tegaskan bahawa setelah saya melalui semua itu sejak kahwin pada Jun 2001, maka bermula baru-baru ini iaitu selepas abang tak balik lebih sebulan saya kena berpijak di bumi nyata sebab saya rasa saya tak boleh ubah suasana sedia ada, tambahan pula kehadiran wajah hani yang tulus mulus dengan akhlak yang baik dan menyejukkan hati saya dan saya juga tak diizinkan Allah lagi meruntuhkan masjid ini, maka saya tiada jalan keluar melainkan saya menyesuaikan diri dengan suasana, iaitu saya yang perlu ubah sikap...dan terima qada dan qadar seadanya...mungkin ujian untuk saya...







Ubah sikap kepada apa....??? ya..ubah sikap kepada mentaati keseluruhan perintah agama...terutama dalam hal taat suami selagi ianya tidak melanggar syariat....hal tanggungjawab suami itu saya redhakan, dan itu antara suami dengan Allah..kiranya pada saya itu sebagai satu sedekah dan ihsan saya maka saya berdoa agar itu tidak menjadi halangan abang yang melewat2kan kiraan di Al mizan....jika kita bersyukur maka Allah akan tambahkan nikmat dan akhirnya saya dapat mengecap bahagia....benar ia ternyata mudah sahaja berbanding jika saya memendam rasa, ia menjadi sangat sakit dalam hati dan sentiasa macam ada duri dalam hati ini!








Dan kak aza, sangat2 bersetuju secara zahirnya [dalam hati tak taulah] dan menasihatkan saya supaya teruskan azam saya itu, kerana itulah yang terbaik dan itulah yang Allah suka. Tapi pada dia sendiri, ada masalah lain dengan abang dan dia sendiri tidak tau bagaimanakah dia boleh berkomunikasi secara baik dengan abang...dia turut kata, macam saya..saya tidak ada mata yang memandang dan itulah sebabnya saya tidak ada tekanan luar...HAKIKATNYA saya tidak pernah menceritakab sekelumit pun masalah saya dan itulah sebabnya mereka tidak ada ruang campur tangan dalam rumahtangga saya....berbeza dengan kak aza yang setiap inci pergerakan dan masalah akan melibatkan keluarganya....itulah kesilapan dia peringkat awal! Tapi saya tak sampai hati nak cakap kat dia benda tu....








Namun, bagi kak aza, dia terpaksa berhadapan tekanan dari keluarganya...."banyak mata memandang wa"....katanya....dan dia kecewa kerana abang tidak ada masa membantu dan bekerjasama dengannya mendidik anak...sekurang2nya katanya berilah 10% masa abang bagi bersama-sama dengannya mendidik anak yang pada anggapannya cukup2 mencabar...walaupun setakat ni dia hanya ada 3 anak yang perlu dididik [sofiyyah terlalu kecil untuk dinilai pada peringkat ini]...tapi kalau mrnurut abang, macamana abang nak layan anak2, abang nak bawa ke pantai pun tak boleh sebab kak aza tak benarkan...nanti pasir berselerak dalam rumah, sapa nak urus baju2 yang berpasir tu....macam2 alasanlah...ke pantai pun jadik kronik, suami nak bawa anak2 jalan2 ke rumah saya semalam dua pun ada jer tak kena, nanti main, tak belajar....tu yang suami give up...seolah2 kak aza tak percaya pada suami....









Boleh tak izinkan saya nak bagi pandangan saya dari sudut 'rasional' sebagai seorang pemerhati berkecuali, dan pandangan ini bukan atas sebab kak aza ni madu saya...dan saya harap yang memabaca ni jangan anggap saya bias dalam memberi pandangan ini....ini pandangan saya berdasarkan apa yang saya nampak dan lihat dan dengar sepanjang 7 tahun lebih hadir dalam keluarga ni....












Apa yang saya nampak dengan mata kasar adalah begini....kak aza mengambil terlalu serius hal anak-anak, serius maksud saya ini bukan serius pada kadar biasa, tetapi serius yang melampau. Macam saya cakap kak aza cerewet hal-hal kebersihan, macamana dia concern hal kebersihan rumah macam tulah jugak anak2 dia buat...dalam hal sakit, pantang anak deman, segala mala ubat dia akan bagi....phobia sungguh dia...malah akan ada jer ubat yang anak2 dia makan sepanjang saya ada, ubat hidunglah, ubat tonsil lah...kalau kat bilik air toksah cakaplah, pencuci bilik air, lantai semua dettol, sabun2 badan dan tangan Eubos, kira semua jenis2 yang berubat dan beli kat farmasi lah....punyalah nak yang terbaik....Nappi clean ada jer sepanjang masa dari dulu...sebab basuh baju mesti letak nak hapuskan kuman....kalau ikut suami katanya tak yakin dengan Allah...banyak sangat bergantung kat ubat....terlampau yakin dengan benda....








Macamana kak aza jaga rumah dan barang2 dia camtulah dia nak buat kat anak2...sedangkan rumah adalah objek atau benda tetapi anak-anak adalah benda hidup yang ada hati dan perasaan, yang ada keinginan untuk buat benda negatif dan bukan hanya duduk dalam rumah belajar dan bermain sesama adik beradik mereka yang mana pada masa sama mereka sentiasa dipantau 24 jam apa yang dimain, dimakan, dibualkan atau digaduhkan...yang mana sepatutnya mereka diberi kebebasan memilih apa yang nak dimainkan dan dengan siapa mereka boleh bermain [pada masa sama berikan mereka pengawasan secara minima dan buatkan peraturan yang munasabah yang mereka boleh ikut dan sesuai dengan jiwa kanak2 kerana ini akan memberi pengajaran pada mereka bila mereka belajar membuat kesalahan, dan proses pembelajaran ni akan membuat mereka lebih matang dan cerdik serta membesar dengan sihat dan menjadi kanak-kanak yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek...dan inilah falsafah pendidikan negara....boleh diimplimentasikan dalam mendidik anak2 juga.









Telah lama cara mendidik anak2 oleh kak aza ni ditentang oleh suami tetapi bila sesuatu itu telah menjadi prinsip dan diamalkan oleh seseorang sekian lama, maka apa sahaja pandangan yang kontra dan bertentangan akan juga tidak dapat diterima kerana dalam diri orang itu pandangan yang bersebati dalam dirinya selamanya itulah yang betul dan benar. walaupun suami beberapa kali tegaskan yang mendidik anak bukan begitu caranya, bukan sentiasa dimarah dan dipukul bantai, sentiasa nak disiplin serta dikawal 24 jam, tapi mendidik anak ini ada seninya, kena lepaskan sesekali tapi talinya masih dipegang....bukan ikat talinya dileher kuat2 takut terlepas....sebab kalau macamtu sekali terlepas memanglah anak2 yang pernah diikat tu takkan ingat nak balik lagi. Contohnya suami kata, anak kak aza yang sulung Adib tak 'menjadi' [pernah dihantar madrasah tak minat, hantar IKM pun sama jer, ayah siap bandingkan adib dengan angah bila dia tengok kak aza macam pandang serong kat angah] dan sekarang adib tinggal dengan kakak pada kak aza, sejak pergi lama dulu tak pernah ingat nak balik...itu sahaja contohnya yg mudah...] begitu juga uda, zubair sangat suka ke rumah saya...dan zubair keluar hospital cakap kat ayah nak balik rumah ami, dan bila saya tanya kenapa tak nak ke rumah tok dia kata dia tak sayang tok....kesian kan budak 4 tahun pun dah ada rasa macamtu....







Apa yang saya fikir adalah, sikap adalah sesuatu yang sukar diubah, selagi kak aza meletakkan sikapnya yang sangat detail dalam mendidik anak2 dan menggunakan kaedah yang kronik mendidik anak2 maka selagi itulah dia akan merasa mendidik anak sesuatu yang sangat mencabar sebab apa yang dia cakap anak2 tak dengar sebab mereka dah mangli [kebal] dan kemarahan umi adalah masuk telinga kanan keluar telinga kiri...lama2 umi yang penat...dulu2 kak aza ada juga masa bermesra dengan anak2 tapi sejak anak 4 ni saya nampak dia makin lama makin tegas...tambah2 budak2 tu makin tak dengar cakap...dan akhir2 ni dua2 tu uda dan kakak turun kelas....tekanan agaknya...ini menambahkan tekanan kak aza [banyak kali cakap kat saya isu turun kelas ni katanya.."....uda ni memang tak kesian kat umi...."]







Apa saya nampak budak2 tu macam selamba dan tak peduli yang uminya berleter bagai nak rak, kalau diorang ikut arahan pun bukan sebab hormat kat umi tapi dah tak tahan dengar umi leter agaknya....malah takde riak takut kat wajah mereka melainkan kalau toknya bersuara...ataupun cik ayang [kakak aza tu] yang marah...kadang ayah cakap bila umi marah tu seolah2 umi menyanyi untuk diorang....kata ayah dia yang dengar pun letih dan selalu tanya kak aza, "kau tak letihkan berleter jer sepanjang hari?" Nasib baik ayah kahwin dengan saya, adalah pelarian dia mencari ketenangan di sini sebab saya bukan kaki leter...marah direct jer, hani kalau nampak saya dah start marah cecepat dia buat apa saya suruh....






Kak aza ni ok, tapi tulah dia kaki control, dulu suami dia control tapi tak jalan, sekarang anak2 pulak.....tapi sekarang dia tak dapat suruh suami ikut cakap dia, sebab selalu berakhir dengan pergaduhan, jadik dia simpan jerlah...dan selalu balik rumah mak dia untuk tenangkan diri kot.....penting untuk tahu sejarah macamana sifat control ni boleh wujud.... sehingga menyebabkan suami berhajat kahwin lain [ini kata suami]....Ok kita imbas sejarah sikit yer...










Kak aza kahwin dengan suami, pada Oktober 1998, dan kak aza terus mengandung dua tahun berturut2 dan pada masa itu anak2 terlalu kecil, Elyas [uda, lahir Oktober 1999 dan syakirah lahir pada 28 November 2000, dan pada 2 Jun 2001 iaitu pada usia Syakirah 6 bulan suami dah berkahwin dengan saya....sebenarnya sangat pendek masa kak aza dapat mendominasi suami sepenuhnya sebab suami hanya disahkan bercerai dengan isteri pertamanya dalam awal tahun 2000, hanya selepas dapat surat cerai itulah suami gunakan sebagai tiket kebenaran kahwin lagi di Malaysia atas status duda, sebab kak aza bernikah di Thailand...tiada rekod di Malaysia...di malaysia dalam rekod suami adalah duda....itu sebabnya saya boleh bernikah di malaysia tanpa perlu kebenaran kak aza....Allah dah atur semua dah jadik cantik dan teratur jer...








Kak aza sempat bermadu dan sempat juga berbaik2 dengan kak nani [isteri pertama] malah kak aza pernah tinggal serumah dengan kak nani kerana suami yang suruh atas sebab kak nani sakit. Menurut Iza anak tiri saya maknya masa tu macam orang hilang akal [gila dan hilang ingatan] dan pada masa itu iza baru 12 tahun dan tinggal di madrasah di Batu Berendam. Dua lagi anak iaitu Along dan Angah di madarasah di Golok...maka kak nani hanya tinggal seorang di rumah....










Kak aza lah yang menjaga kak nani sehinggalah apabila kak nani agak sembuh dan ingatannya ok semula, dia mula menuntut fasakh, sebenarnya kak nani tak ingin berpisah juga asalnya, sebab dia pernah mencuba bermadu dengan kak aza, malah kak aza kerap juga berkunjung kerumah kak nani [diceritakan oleh jiran kak nani yang juga berkawan baik dengan saya tp sekarang tinggal di Qatar] tapi atas pengaruh adik beradiknya yang semuanya educated juga, dan tambah2 dengan faktor kak aza menurut kak nani yang mengawal suami sepenuhnya [giliran tak adil] dan suami yang kerap tak balik [menurut suami pula kak nani tukar mangga rumah, dia tidur di pejabat sahaja], tetapi akhirnya saya tau [suami cerita] sebenarnya kak aza pujuk dia dari tidur kat pejabat baik balik rumahkan....maka akhirnya kak nani nekad tuntut ceria di mahkamah....









Maka disitulah bermulanya keadaan yang meruncing, sempatlah mereka bermadu setahun lebih [sehinggalah keretakan bermula bila ada pergaduhan dimana kak nani menyerang kak aza di rumahnya, dan ini kak aza sendiri cerita pada saya] maka disitulah bermulanya keretakan rumahtangga suami yang pertama...saya rasa kak nani gagal menyaingi kak aza dalam keadaan dia yang bekerja di Seremban dan suami kerja di PD, dan waktu kerja suami yang agak fleksibel dan boleh ajer mencilok masa kerja....maka kak aza mendapat bonus di situ....dan kak nani bila merasakan kekalahan dipihaknya dia pun cuba mengundurkan diri...










Namun suami sebenarnya tak pernah berhasrat menceraikan kak nani, dan dia juga tak nak ceraikan sebab hubungan 19 tahun bukan jangka waktu yang pendek dengan anak2 yang semuanya masih di madrasah....lebih mengharukan semua sedang berjuang untuk menghafaz Quran....maka sebelum putuskan penceraian itu, adalah kot dalam beberapa bulan sehinggalah hakim jatuhkan penceraian mereka secara fasakh...kerana pada masa itu suami dinasihatkan peguam supaya tidak fight dan dia juga tidak berusaha sebagaimana kak nani bagi membuktikan bahawa suami ada menyumbang dalam rumahtangga mereka....suami banyak bertahan sahaja dan tidak ada hujah yang dikemukakan menyebelahi pihaknya sebagai defendan....sedangkan plaintif dengan segala bukti dan dokumen...kerana suami kata pada masa itu dia keluar dari rumah sehelai sepinggang....








Semasa proses perbicaraan untuk bercerai itulah, suami dipindahkan ke Kuala Pilah kerana kak nani memaklumkan kepada pengurusan atasan pejabat suami tentang masalah rumahtangga mereka [yg ni tak pastu sebelum cerai atau selepas cerai], dan akhirnay pindahlah kak aza dan suami ke Kuala Pilah....dan pada masa ini banyak juga isu sebab suami memang sangat manjakan anak perempuan bongsunya Iza, dan kak nani ugut iza untuk memilih dia mendapat hak penjagaan walhal iza nak ayahnya yang mendapat hak penjagaan.









Bermula disitu suami merasa sangat sedih dan pecah hati dia, setiap bulan dia akan ziarah Iza dan sesekali dia bawa iza balik ke rumahnya di Kuala Pilah. Pada masa itu kak aza juga bawa dua anak sedia ada dengan suami dulu tinggal bersama, maka disitu ada konflik. Kak aza mula menunjukkan yang dia tak berapa suka nak layan Iza....dan mula menarik muka tak happy bila ziarah iza ayah akan bawa iza shopping beli keperluan asrama, ada saja tak kena dimata kak aza..[ini iza cerita pada saya] dan kak aza juga ada komplen kat saya juga, takkan syampoo tiap2 bulan beli....makanan beli banyak sangat kenapa...pastu ayah bagi duit lagi...adalah macam2 lagi...sampai ayah panggil iza adik [sebab yg bongsu] pun kak aza komplen jugak, walhal saya cakap kat suami kak aza pun sampai sekarang dipanggil adik ..masa tu pun memanglah kakak kak aza dan maknya panggil adik dan dia bahasakan diri adik jugak] ....










Kesimpulanya anak suami ada saja tak kena di mata kak aza...sampailah sekarang, Angah pula jadi mangsa. Buruk angah tulah yang kak aza nampak, dipanggilnya Angah si Tembam [dia bahasakan angah depan sayalah]...pagi tadi pun dia sms saya bagitau angah semalam dan pagi ni angah takde kat surau budak2 dah datang mengaji tapi angah pulak takde....hari yang angah hantar barang yg dia kirim tengah2 malam tu [dia yg paksa saya masa kat hospital suh call angah suh hantar juga sebab pampers sofiyyah dah habis dia malas nak balik rumah, penyudahnya dia report balik kat saya muka angah nampak letih sebab rupanya baru balik tengok bola....pada saya biasalah budak muda takkan nak duduk surau 24 jam...kira dia jadi imam dan mengajar 35 budak mengaji tu pun dah baik sangat dah pada saya....










Part dia mengata angah ni banyak sebenarnya, saya malas nak tulis dah....sian pulak angah tu, saya rasa angah tu tak sepenuhnya ok lagi sebab dia nampak sangat ramah dengan saya, dulu masa dia belum sakit tu dia tak macam tu....hari datang potong rumput tu siap kata sabtu ni nak datang lagi nak racun pulak....dan hari tu siap dia jolokkan salur longkang tersumbat dan cadangkan saya pasang jaring supaya sampah tak masuk....dan yang kelakar dia nampak table kalendar BPR dalam kereta ada banyak, dia minta kat saya, saya kata ambiklah berapa yang nak, dia tinggalkan 3 jer...saya tak kisah pun...pastu pinjam trimmer sebab nak potong rumput kat surau...tak cukup baikkan sedangkan dia bukan dapat duit ap2 dari J/kuasa surau pun....










Angah pakai kereta mini berjalan2 pun salah...kata kak aza membazir minyak, nak habiskan duit ayahnya lah tu..kak aza pelik kenapa dia takmo pakai motor....biasalah budak muda baru dapat pakai kereta, tu pun bukan kereta besar takat mini lama jer pun...tu pun kak aza nak sakit hati...pada saya layankan ajer angah tu, bukan banyak kos nak jaga dia dari biarkan dia duduk dengan mak dia, nanti ntah apa2 dia buat kot ambil dadah semula kan ayahnya yang susah hati....tapi kak aza takmo fikir macam tu...









Oklah...apa saya nak cerita ialah...lepas kak nani sah cerai dengan abang, maka kak aza lah conquer abang 100%, disitulah abang mula nampak yang dia cuba mengawal hidup abang, lelaki mana boleh dikawal...dia akan protes dalam diam...macamtulah abang rasanya setahun lebih sikit jer dia sanggup bertahan, lepas tu dia sedar yang dia tak boleh berterusan macam tu....dalam diam dia mencari kenalan lain dan sayalah salah satunya yang dia kenal melalui internet....Allah dah atur bagi cantik semuanya....dan mudah sangat kami kahwin....dalam perkenalan yang singkat....








Dan pada masa ini dia sedar yang abang tidak boleh dikawal, kerana abang telah berusia dan pernah berkahwin dan ada anak dan abang ada pandangan tersendiri yang tak boleh dipersoalkan sebab selalunya apa yang abang arah dan fikir adalah selari dengan syariat, sedangkan dia berbjuat sesuatu wal;aupun masih dalam garisan syariat tetapi sering membelakangkan pandangan suami yang ternyuata bertentangan dengan pendirian dia dan keluarga dia hususnya dalam mendidik anak..maka dia mula beralih arah dalam mendapatkan sokongan untuk bertindak dari keluarga dia....terutama kakak dan abangnya....dan ibunya yang juga detail macam dia juga....










Lama2 abang surrender, dan malas nak cakap banyak...sebab kalau abang cakap ada ajer yang tak kena dan ada sahaja yang dibantah...tapi pada masa ama dalam hati abang bungkam...tapi abang tak boleh nak ambil tindakan lebih jauh sebab kak aza dah 3 kali lari dari rumah, dah letak pisau kat leher anak, dah pernah tuntut cerai...tapi asbab kesian anak2 abang bertahan.....itu pandangan saya....




Kenapa abang kesian kat anak2...









Bayangkan anak2 kak aza, menurut suami saya hendak main mainan yang dibeli pun serba tak kena, takut uminya marah, sebab takut rosak...sedangkan kata suami mainan yang dibeli adalah untuk dimain....kalau main pun hanya dalam kawasan dalam bilik atas. Yang boleh dibawa turun adalah kereta2 kecil tu pun kena letak setempat dalam bakul...









Setiap perbuatan anak2 dalam perhatian, nak ke ruamh sebelah tak boleh, uda sebab pernah balik lewat dari surau kini tak dibenarkan solat kat surau sebab takut balik lambat...semalam uda balik sekolah kata lapar nak makan, tapi uminya marah sebab katanya sapa yang ajar makan sorang2, tak boleh tunggu orang lain, lepas makan, dia duduk depan saya dan depan mata saya sendiri uda kena marah sekali lagi sebab tak terus pergi tukar baju dan solat....dia kata dia nak guna bilik air tengah kena marah lagi dengan umi sebab umi suh juga dia guna bilik air dapur....lepas ambil wudhu dia nak solat kat ruang tamu depan kena marah sebab umi tuduh dia taknak umi tengok dia solat nanti kena tegur macam2, tapi dia solat juga kat depan tu dalam umi berleter2 tu, lepas solat kena marah lagi sebab solat sekejap sangat dan tak baca kuat....umi tak dapat dengar.









Lepas tu dia duduk dengan saya dan dia cuba main2 dengan zubair dan mainan zubair [sebelum tu semua mainan zubair umi arahkan di basuh berus dan dilap oleh bibik sebab takut kuman] banyak kali uda kena marah sebab zubair menjerit2 gaduh adik beradiklah kan...semua uda yang salah....dan uda kena marah paling hebat sebab malam sebelumnya uda mengigau sebut bukan2 macam mencarut dalam tidur tu...benda dalam tidur tu pun uda kena marah....panjang syarahan umi dengan telahan, uda dah biasa cakap tu sebab dalam tidur boleh sebut...siap ugutan nak bagi tau pak teh lan [abang kak aza] yang garang jenis takde marah terus pukul jer anak2 dia [ni kalau suami tau kak aza danamanahkan uda untuk dimarah oleh abang dia, memang suami akan marah betul ni] dah tu mak kak aza menambah yang cili padi ada kat depan anytime boleh cili mulut uda...masa ni uda dah terperosok kat hujung dinding sebab dia sendiri tak tau apa yg dia dah tersebut dalam mengigau tu, tapi dia dah diugut akan dihukum macam2....kesian sungguh saya kat Uda...










Siri memarahi uda tak habis kat situ sebab bila umi dia cek beg sekolah adalah surat untuk parent isi tapi uda tak bagitau...lagi satu set leteran lagi....[bukan uda jer tertekan masa ni saya pun tertekan sangat2 kalau lah saya ada kat tempat uda], kemudia umi cek kerja sekolah, adalah pula, maka dan2 tu uda kenan buat kerja sekolah....dari main dengan zubair terpaksa dia mengadap kerja sekolah, masa abuat ni lagilah kena marah sebab dia tulis I like mi noodle sedangkan umi dah terangkan mi dan noodle adalah sama makna....pastu uda nak tulis maggi, sardine dia tak tau....dia tanya umi..umi leter lagi sebab uda tak pernah prihatin tau makan jer...tension betullah...










Itu cerita Uda,,,syakirah pun tak lekang kena marah juga..semalam dia cuti sebab umi kata dia muntah cirit2...tapi masa saya ada tu, sekalipun syakirah takde muntah dan cirit...dia kena marah sebab dia cuti [walhal umi suh cuti] dan dia happy sebab saya datang. Ummi kata "wa..ko tengok kakak ni langsung hati dia takde susah hati sebab tak sekolah...happy jer dia, patut cakaplah boring ker apa ker sebab tak sekolah ni buku satu pun dia tak bukak...ko tengoklah..mana akak tak marah waaaa...." so sepanjang saya ada tu alahai pekak telinga saya dan tertekan perasaan saya...lama2 saya suh syakirah ambik buku, saya bacakan [buku english], tak habis baca lagi kak aza ajak saya ke dapur sambung cerita hal r.tagga, sekali lagi syakirah kena marah sebab terhendap2 nak tunggu saya sambung baca buku cerita....lepas tu kena marah lagi dan lagi....









Budak2 tu duduk dalam rumah jer, tak boleh keluar langsung, dahlah rumah tu semua buka aircond....sebab design dia takde angin boleh masuk...kipas tak dibukanya...pelik juga saya 24 jam aircond...mana tak sakit...kesian sangatlah tengok budak2 tu..pada masa sama bukan kak aza jer yang berleter kat budak2 tu....tok pun berleter juga..apa yang saya nampak, bila ada ajer apa2 kesalahan budak2 tu cepat2 kak aza jerit kat mak dia [dia panggil mak dia tok, "tok....tok tengok uda ni...tok tengok kakak ni..." camtulah ayat dia lepas tu tok pun mulalah ugut dan marah macam2....sekali zubair menjerit dua2 cecepat respond marah uda atau kakak.....tu tak masuk lagi syakirah kena kuti dan tampar oleh khairin [suka2 jer dia pukul2 budak tu] memang betul cakap suami syakirah dan khairin takleh ngam langsung....sian syakirah...










Menurut suami, dalam usaha kak aza dan mengawal dan monitor anak2 dia secara kuku besi tu, dia terpaksa bawa anak2 kat rumah mak dia supaya kakak dan mak dia boleh bantu dia kawal anak2 dia, makaya kata suami setiap satu akan ada tukang control....tok boleh marah uda, kakak kepada kak aza, cik ayang boleh marah syakirah, kak aza pulak perhati zubair...maka budak2 tu macam dalam penjara....24 jam kena kontrol dan takde satu apa pun yang dibuat itu betul dan memuaskan ati kak aza...tapi itulah yang kak aza nak, kata suami, dia nak supaya anak2nya sentiasa dikawal dengan alasan mendidik....masa ada jemaah kat rumah kak aza ghari tu [yg dr Myanmar tu] Zuabir dan UDa merayu2 called ayah suh ambik diorang kat rumah tok...pastu cik ayang called nak ambik balik, mana budak2 tu nak...sebelumnya uda teruk kena marah sebab dia ambil syiling tok pergi kedai beli mainan....tu jadik isu besar sampai masa saya ada kat rumah kak aza, kak aza cerita kat say kerisauan dia...sapa nak didik uda ni...siap call sana call sini isu uda ambik syiling tok tu...kemudian Uda kena ugut dengan umi...kena marah lagi...walhal uda tu bukannya teruk sangat..ok budaknya....








Selama ni suami cerita pada saya betapa dia tension dengan kedetailan kak aza, saya kata biasalah tu naluri seorang ibu, nak yang terbaik untuk anak2...saya pun macam tu...selama ni saya terselit rasa kagum melihat kedetailan kak aza dalam menjaga anak2 ...setiap inci dan setiap perlakuan anak2 kadang apa dalam hati anak2 dia pun dia boleh baca....tapi itu masa anak2nya masih dua...jadik takdelah kronik sangat tapi bila anaknya dengan suami dan ada 4 orang masyaallah adik kronik sangatlah pulak tambah budak2 tu dah makin banyak aktiviti....lagilah uminya kalau boleh nak simpan jer anak2 dia kat rumah...kononnya tak nak anak terpengaruh budak2 nakal, taknak anak jadi tak sihat, tak nak anak bebas, taknak anak masuk rumah jiran....nak anak ikut jadual dia...nak anak jadi sopan....







Dulu2 mungkin budak2 tu boleh dikawal tapi makin membesar makin budak tu ada kehendak sendiri...tapi kehendak mereka disekat sepenuhnya....maka kalau setiap hari 24 jam dileter benda yang sama dan berulang-ulang maka kesannya adalah seperti mencurah air ke daun keladi, dah takde kesan dah. Macam tulah yang saya nampak pada budak2 tu....uminya berleter dan marah bagi nak rak, kadang sampai uminya menangis, tapi kesan pada budak tu yilek....tapi kalau ayahnya, sekali marah budak2 tu dah dengar....









Ayah juga kata, dalam hati dia, dia macam nak haramkan anak2 dia ke rumah tok, sebab budak2 tu lagi akan terseksa sebab makin ramai yang jadi tukang kontrol dan marah mereka. Saya kata kat ayah jangan izinkan kak aza ke rumah mak dia. Tapi hakikatnya suami takleh sampai tahap nak kelurkan arahan macam tu....nanti pasti akan dilanggar jugak...





Kesimpulannya....penat mengumpat ni, apa pandangan anda...saya rasa menjadi orang yang terlalu inginkan kesempurnaan boleh menjadi tekanan pada orang itu....sehingga memberi kesan pada orang lain. Dulu2 suami kata kak aza ni ada penyakit, penyakit terlalu detail dan memandang sesuatu tu terlampau kronik....adakah perlu saya beli buku kaedah mendidik anak? atau saya perlu beli buku emosi anak2 yang perlu ditangani...atau buku sederhana dalam hidup...masalahnya kak aza tak sedar dia bermasalah dia anggap suami yang salah cara didik anak2..saya kesian kat dia yang tension sepanjang masa dalam didik anak2...sedangkan orang lain pun ada anak juga, tapi tak kronik cam dia berjaya jugak anak2 orang tu...







Sebenarnya banyak lagi yang kak aza cerita kat saya dan banyak lagi juga yang suami cerita dan rancang nak buat pada anak2 dia yg kat sana tapi dia tak berani takut kak aza takleh terima....dan kini saya rasa suami saya punya masalah lebih besar dengan kak aza banding saya. Dan lagi yang agak bahaya saya rasa suami lebih sayang saya dari kak aza...walaupun kak aza lagi lawa, lagi pandai masak, lagi subur, lagi rumah kemas, lagi pandai layan keperluan makan pakai suami .... dan saya lagi tambah tertanya2 sebab pagi ni kak aza ada sms saya rentetan sms malam tadi sy tak jawab....yang dia kata 'dia takde masalah macam saya yang menyebabkan suami tak pening dengan kerenah dia...tapi masalah dia cuma dia pendam apa yang terbuku".....walhal kalau saya muzakarah dengan suami..sampai takde perkataan dia nak luahkan takat tergeleng2 kepala dia menidakkan fakta2 yang kak aza cerita kat saya....,saya rasa suami puas dah tahan apa yg disimpan selama ni tapi disebabkan kak aza dah mulakan cerita dengan saya, suami pertahankan diri kena juga cerita hal yang sebenar sebab saya dah tahu seluruhnya....lagipun dengan skill yang ada sebagai pegawai penyiasata ia memberi bonus kepada saya mencungkil rahsia...oh yer nak ugut sekali lagi, yang 23 orang baca ni, ambil sebagai pengajaran sebab saya rasa tak banyak kes macamni..so ini sebagai panduan kita semua dalam rumahtangga....ikutkan banyak benda yg kami cerita tapi sensored tak sesuai nak war2kan dalam blog...









Tok juga dalam marah2 bebudak tu, turut puji hani suhailah, masa dia duduk rumah tok kejap hari tu umi bawak, lepas umi gunting rambut jer tok kata terus pakai tudung semula duduk ambil buku baca buku...kalau umi bagi dia majalah dia baca majalah, umi bagi buku inggeris sungguh pun tak pandai baca lagi dengan baik dia cuba juga duduk baca...tu yang tok kata kenapa anak2 kak aza tak macam hani suhailah....wah bangga di situ....kak aza jugak kata berapa kali suami sound dia kenapa anak dia asyik sakit jer..agaknya sebab bagi macam2 ubat kot sakit sikit gi klinik..sikit2 gi klinik..tu pasal badan budak tu takde ketahanan sebab asyik ambik ubat jer...suami cuba bandingkan hani suhailah yg jarang sakit...sebab saya tak suka bagi dia ubat...saya suka biarkan antibodi dia lawan sendiri, kalau demam berpanjangan baruler saya ambil ubat. Dan saya tak pernah bagi hani antibiotik sejak dia dari kecil.....walaupun doktor bagi tapi saya langsung tak mulakan ambil sebab dulu saya pernah dinasihatkan kalau kita tak mulakan ambil antibiotik maka ketahanan badan anak kita akan kuat...tapi lepas tu jangan mulakan langsunglah sebab kalau dah mulakan maka nanti2 bila sakit badan akan bergantung pada antibiotik untuk sembuh....








9 comments:

izawani said...

Akak tak sempat nak baca abis... tapi apa yang telah akak baca, kesimpulan yang akak dapat...

Memang patut semua orang tertekan begitu... semua masalah memang dicari... ekekeke... maksud akak... memang patut suami kena teruk, sebab dia yang cari iza tu...

Cuma... akak mungkin tak faham... kenapa suami salwa kawin dengan iza... adakah kerana saja nak kawin atau kerana nak selamatkan janda ?

Yer la... dia yang cari pasal kawin lagi satu... jadi, jangan salahkan isteri pertama kalau isteri pertama marah sangat...

Kalau akak ni, suami ada orang lain pun bley tensen giler, apa lagi kalau dah kawin... huhuhu.... memang perang besar la... abis la hormat... baik... sopan... santun... dan sebagainya... yang ada hanya maki hamun... dan cerai saja dari mulut... hahahaha....

Dan sebenarnya akak pun tak faham kenapa dia nak kawin ramai sedangkan dia tak mampu pun...

MAMPU plak, salwa kena la faham apa maksudnya kan ?

MAMPU tu bila dia tersangattttttt la ok sehingga isteri yang minta dia kawin lagi... dan tak marah bila dia kawin. Kalau isteri marah dia kawin lagi, maksudnya... dia memang tak mampuuuuuuu...
Hanya isteri yang faham tahap kemampuan suami... (ZAHIR dan BATIN)

kakLuna said...

sy rasa perangai kak aza ni sebijik mak mertua saya. terlampau kawal bkn saja anak2 tp jugak keputusan adik beradik semua nk kena dptkan approval dia dulu. kalo x dpt approval, ditakdir pulak bnda tu x jd mcm yg sepatutnya...abis la dicanang sampai 7 kampung bahwa itulah akibat sbb x dgr cakap dia.

mmg ni sejenis penyakit jiwa lah kak, selagi kak aza x berpikir tenang dan tanya diri dia apa yg dia nak, apa yg sepatutnya dia buat...dan yg pasti apa yg patut dibuat yg paling DIREDHAI Allah, selagi itulah, dia rasa org lain lah (anak2,suami) punca hidup tak ketahuan camtu. pdhl itu mmg dtg dr aura diri dia yg penuh negatif.

tp nk wat camna kalo jenis kak aza tu maaf ckp, tak berapa educated, tak penah bergaul, tak penah nk cari ilmu parenting yg sesuai dgn kehidupan skrg dan sgt tradisional, mmg susah la kita nak menegurnya.

kalo sy jd akak pun,apa yg sy boleh buat ialah memberi kasih syg dan apa jua yg diperlukan oleh anak2 tiri yg dorang x dpt dr ibu kandung sdiri.

skurang2nya dorang x teruk didera minda dan fizikal.

Irfa said...

besar gak mslh ni.kan bagus kalau kak iza pun ada blog..hehe.gurau je

Zareda Norman said...

membaca sehingga habis walupun amik masa lama juga..

Bagi kak zar pula... kebanyakan yang izwani cakap tu kak zar setuju..

Iza memang ada masalah dalaman yang mana dia bersikar perfectionist. Segala galanya dia nak perfect tapi selalunya perkara cam ni ada puncanya. Adakah memang dia bersikap cam tu dari sebelum kawin lagi atau lepas kawin atau makin kronik lepas suaminya kawin lain?

Mungkin itu cara dia lari dari memikirkan masalah hati dan perasaan bila terpaksa berkongsi suami.. walalahuallam.

Dalam situasi ni, peranan suami adalah sangat penting. Bila berani berumah di tepi pantai maka harus beranilah menepis ombak. Dari cerita ni jelas kak iza banyak memendam perasaan dan salwa jugak kan cuma salwa dah redha.

apa apapun bagi kak zar, kerukunan rumahtangga adalah terletak di tangan suami. Baik suami baiklah isteri dan keluarga,pincang suami akan timbullah masalah.

NANI SHAHABUDIN said...

saya mmg rimas dgn org yg perfectionist tak bertempat ni. kesian pulak dgn anak2 kak aza tu.

payarumput21 said...

Salam..

Hmm.. mungkin kak aza fikir dgn jadi seorg yg detail.. dia sempurna..

Mungkin jugak sbb dididik dari kecil mcm tu.. so bila besar.. dah kahwin.. dah ada suami.. dah ada anak.. apa yang di terima masa kecik tu la yang dia rasa patut diturunkan pd anak2..

Mungkin.. selama hari ni.. tak de yang membantah apa yang di buat.. and pakar rujuk dia pulak.. faham2 je la..

And bab mulut kak aza dgn anak2 tiri tu.. may be pun diwarisi dari keluarga yang mendidik dari kecik.. jangan tak percaya.. anak2 kak aza pun membesar nanti.. akan menurut perangai tu la jugak.. ** harap akak salah **

Kesian pulak rasa kat kak aza.. dah didikan dia cam tu.. yg diterima nya sejak lahir.. cam tu la jadinya dia..

Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. itu la kak aza.. Kesian kan??

Hanisumayyah said...

Akak sayang...

Malas nak jawab ler...saya pun sedar suami tak mampu kan saya dah banyak tulis hal suami tak mampu ni??? Tapi kita pegang atas sebab dah jodoh...boleh jawab gitu?..heheheee, hal kenapa dia kawin dengan kak aza tu rasanya sebab dua2 dah gatal kot???? hahahahaaa :))

************************

Luna....

Akak pun rasa ni sejenis penyakit jiwa. Suami pun kata, yang aza ni macam ada tekanan perasaan, tapi tekanan perasaan dia ni bukan sebab bermadu...tapi sebab lain2..sebab anak, sebab sikap suami, sebab keluarga...nak kata tekanan sebab hidup,susah takde langsung! Tapui lebih pada macam luna cakap tu ler, iaitu kehendak dia tu orang tak dapat nak ikut...tu yg dia tertekan, dan dia plak taknak ikut pandangan suami, bila rasa tak dapat sokongan suami, dia berpaling pada kekluarga dia utk sokong apa dia buat...contoh simple..suami suh masukkan zubair tadika PASTI, dia takmo [mungkin sebab dia jeles tgk suhailah punya perkembangan walhal selama ni 4 anak ia pernah sekolah situ] sudahnya cik ayang suh dia masukkan tadika kat rumah cik ayang dan yuran RM 150 sebulan...walhal suami tetap tak suka dengar2 pulak guru India ada 2 oranag kat situ, takkan nak orang India ajar anak kita...bukan skeptikal, tapi dia kan kononnya detail...dalam hal camtu tak kisah org india didik anak dia...ntah akak pening gak pikir...sebab dari yuran RM 30 [pasti] suami kena tambah RM 120 lagi, nampak sgt dia bagi tekanan kat suami....kalau betul mak mertua luna camtu...abih camno kita nak buat tu..sebab ciri mak mertua Luna tu sebijik macam mak aza, sampai anak2 dia semua jadik takut kat dia, sampai nak datang rumah maknya pun diorang malas, dah tua2 kena marah + leter...

Hanisumayyah said...

Irfa...

kak aza ada blog??? akak tak nampak langsung yg dia boleh berblog, sebab masa dia ada pun dah pack semacam sebab kedetailan dia menjaga anak2. mana ada masa dia nak buat macam kita ni??? Tapi dalam detail2 tu bagus jugak, pakaian, makan dan kebajikan fizikal suami tak pernah terjejas..baju suami siap iron semua standby jer sangkut...akak ni lainler....


Kak zar...

apa yang saya nampak kak aza tak pernah ad amasalah berkaitan saya secara langsung, dia pun pernah bermadu setahun lebih degan isteri pertama suami, bermadu bukan benda baru dan tiba2 pada dia, malah saya hadir memberi kebaikan sebab nama baik dia sebagai perampas saya dah clearkan!!! ceh eksyen..dan saya ni dah rapat dengan dia saya tau yg dia tak pernah anggap saya pengacau. Sikap dia memang dah lama saya rasa, sebab didikan mak dia, dia anak bongsu dan dia paling lama duduk dengan mak, adik beradik perempuan lain semua educated, dia tercicir sebab dia cerita lepas SPM dia kena tolong jaga anak saudara kat KL...sikap detail dia bertambah sebab dia kena besarkan anak dui yg duaorang tu dengan duduk lagi sama mak dia, jadi sikap mak dia makin lama makin sebati dengan dia....masalah perfectinost dia takde kaitan langsung dengan perkahwinan saya..malah sikap perfectionist dia tu mgkin menjadi salah satu faktor suami kawin lain sebab bila kita ni perfectionist maka sifat suka mengawal orang lain akan datang...so macam queen control lah...dia pun dulu2 tak suka dengan tok sebab sikap tok dan dari dulu suami dah warning kat dia jangan jadik macam tok...tapi lama2 sebab makin banyak masa dia habis kat rumah tok [terutama kalau suami keluar dakwah dan balik rumah saya] maka sikap dia timbul semula...dan pada tahap ini suami tegur jangan pergi rumah tok dah tak jalan, sebab dia akan memberontak, sudahnya suami diamkan ajer dan inilah kesannya, anak2 plal jadi mangsa dan msalah berterusan....pada masa sama juga, sebab hari2 duduk sana kemarahan dan kelemahan suami dibajai atas pengaruh tok dan kakak dia...masa ni redha allah, nak taat suami lama2 terhakis...tu yg suami dah banyak kali bagi kata dua suh duduk dalam rumah ajer...tapi dia plak buat hal juga...anak2 kena marah...serba salah juga suami...susah nak komen sebab saya ni pihak ketiga...tapi apa saya nampak macamtulah...

Hanisumayyah said...

Anne...

saya dan suami pun macam tu juga...tapi dengan kak aza saya takleh nak pintas atau nak nasihat dia sebab cara dia cakap tu sangat meyakinkan...dan saya memang takkan kata apa dia buat tu tak betul...macam dia kata dan selalu tanya kalau tengah bercakap dengan saya,

1. "takkan ko nak biarkan budak2 ni campur budak bukan2 kat luar wa?" sebab dia kurung anak dalam rumah
2. "Ko rasa apa akak buat ni betul tak...budak2 kena dimarah kalau tak dia biasa nanti.." kalau dia berleter pada budak2
3. "ko nampak tak yang muka akak ni macam muka pembohong..." tu dia kata bila dia cerita hal abang..maksud did nak suh saya percaya cakap dia ker cakap abang...

so dalam soalan2 dia tu semua saya kena akui apa dia cuba buat tu betul...takkan saya nak bersyarah kat dia macam tunjuk pandai...so bila fikir balik rasa macam saya kena ceramah kat dia..dia kena diam biar saya cakap..baru boleh takat duduk borak2 msej saya takkan sampai...

Payarumput...

pandangan akak ni sangat tepat dan memenuhi kriteria kes kak aza...

saya pun kesian dan kak aza tak sedar yang sikap dia 'membunuh' diri sendiri dan menjadikan anak2 sebagai mangsa, dua anak dengan suami dulu, aanak sulung dia memang tak jadik apa dah w.pun pernah amsuk macam2 madrasah...sekarang kerja KFC, sejak kerja kat KL tak balik2 [itu sebagai signal tapi kak aza tak sedar], anak kedua memang dah jadik sikap cam dia, dan dah paractice pun kat adik2 dia yang kecik2 ni...dan macam ummi junior plak...dan anak2 dengan suami ni kena selamatkan awal2 ni..tu yg suami bimbang dan suami plak susah nak keluarkan dia dari cengkaman kak aza, g sulung Elyas suami nak hantar madrasah awal sebab tak tahan tengok cara kak aza didik tapi kak aza tak benarkan sebab kononnya ada masalah hidung berhingus dan tonsil, yang kedua ni kak aza dah subkan utk didik pada cik ayang [pun ayah sangat2 tak gemar tp ayah malas nak gaduh ngan kak aza]...cuma zubair jer pun nampak cik ayang dah conquer sebab dia putuskan tadika tu dekat rumah dia...sofiyyah jerlah...xtau macamana tu..

Suami selalu cakap kat saya, macam seolah2 kak aza tak percaya atas cara dan style didikan ayah yg relax dan banyak main2 dengan anak [ayah memang jens penyayang anak2, kontra dgn kak aza yg garang gila tp xberkesanpun] tapi dah terbukti didikan ayah berjaya duani dan akhirat [takde 100%] tapi tiga2 anaknya hafiz dan hafizah, along hafiz dan kemudian sambung UIA, angah hafiz dan sekarang tak kerja tetap tapi jadik uztaz ajar budak mengaji oklah tu, dan Iza, hafizah dan sambung akademik sekarang di Kolej universiti islam selangor...tu pun kak aza tak mo fikir...tetap rasa cara dia betul...saya memang kesian sangat kat kak aza sebab dia tak sedar tu....