Thursday, January 15, 2009

Memaafkan...

KEMAAFAN




Assalamualaikum w.b.t

Saya jumpa dalam blog
http://www.hatiwanita.wordpress.com/, berhubung isu 'memaafkan', dan bila baca rasa tulisan ini begitu dekat dihati. mengapa tidak dikongsi kalau ada benda yang baik...





Bagi saya tiada salahnya berpoligami. walau apa pun keadaan kita,baik monogami, atau dalam poligami yang adil, atau suami gagal menjalankan kewajipannya, madu yang mengada-ngada, isteri pertama yang suka menyerang dan menganggap madu sebagai perampas, atau apa jua situasi poligami kita mahupun perkahwinan monogami yang tidak bahagia , hakikatnya kita tetap perlu melaluinya.


Bukankah saidina Ali pernah berkata,

'alangkah ajaibnya orang mukmin itu, apabila diberi nikmat, dia mensyukurinya dan apabila diuji dia sabar.'


Lalu, kita tiada pilihan. bukankah jalan ke syurga itu penuh duri dan berliku manakala jalan ke neraka itu penuh keasyikan dan kelazatan?


Bezanya, walau setebal mana hutan duri kita, seliku mana jalan kita, kita hadapi dengan penuh bahagia dan ceria atau kita lalui dengan berendam air mata dan penderitaan yang tak kunjung habis.



KEMAAFAN.


Perkataan ini sangat magis. memaafkan. dalam kes poligami, untuk hidup bahagia, kita perlu memaafkan. maafkan diri kita, maafkan suami kita. maafkan madu kita. maafkan anak2 kita, maafkan semua yang ada di sekeliling kita. benefitsnya?

Ohh banyak. hati kita otomatik jadi tenang dan aura kita yang tadinya merah akan bertukar biru. damai dan membahagiakan. wajah akan awet muda, rezeki mudah hinggap dan penyakit sukar bertandang. persoalannya, bagaimana mahu memaafkan?


1. Ucapkan kuat pada diri

- aku maafkan diriku, aku maafkan suamiku. aku maafkan anak2ku.sebut namanya.satu persatu. buat begini terutama pada orang yang kita ada perasaan marah.buat untuk semuanya. ambil masa? ya. tapi berbaloi.


2. rasakan kemaafan itu datang jauh dari hati.

-bayangkan ia sebagai satu cahaya; contohnya, kemarahan yang amat sangat, bayangkan ia sebagai satu cahaya yang hitam pekat. tarik dan lepas nafas dalam - dalam.


lalu lepaskan cahaya hitam itu apabila menghembuskan nafas keluar. masukkan cahaya putih ( visual untuk kemaafan) apabila menarik nafas. selubungi diri dengan cahaya putih dan sambil tarik nafas, bayangkan kemaafan meliputi tubuh dan menyaluti hati dan semasa hembus nafas bayangkan kemarahan pergi.


3. tarik nafas dalam-dalam dan ucapkan syukur kepada Allah
- kerana mengizinkan diri memaafkan orang dan munajatkan doa agar Allah melorongkan orang untuk memaafkan kita.


maafkan lah dan lupakanlah. hiduplah seadanya. ceria selalu...
P/s: Saya sungguh2 berharap agar sifat kemaafan ini datang dan masuk dalam hati saya, sungguhpun kini bayangannya sudah ada dan kesan positifnya sudah terasa, saya rasa saya perlu tingkatkan lagi darjah sifat kemaafan ini. Saya tak mau lagi keluh kesah, tak mau bersungut. Tak mau menuntut hak. tak mau fikir yang bukan-bukan. Kerna saya bisa ajer memaafkan kalau saya mau. Kerana semua ditangan dan hati saya. Shuuuhhh...pergi jauh2 nafsu dan syaitan...bikin kacau ajer...

4 comments:

Maryam said...

yang selalu dilafazkan pun perkataan "Maaf" bila ada ralat kepada orang berkenaan. tapi, saya sendiri jarang melafazkan "saya maafkan awak".

bahkan amirul mukminin umar, uthman, bila orang buat jahat sampai menyebabkan kematian pun sempat berkata sebelum mati: aku maafkan kamu untuk kesalahan lalu, sekarang dan akan datang." wah~ tak tertanding...

memberi maaf, salah satu faktor jiwa jadi lapang. :) salah satu cara mudah nak syurga pun, memaafkan segala kesalahan orang pada kita sebelum tidur waktu malam... kan, kak wa?

Ummi said...

betul tu maryam, ummi pun pernah dengar, sebelum tidur maafkan semua orang yang pernah membuat kesalahan kepada kita

senang untuk mengucapkan maaf, tapi susah untuk melupakan

syaitan jugak tu, bila teringat balik kesalahan yang orang tu buat dah nak sakit hati sekali lagi pulak :(

kakLuna said...

pd saya maaf mesti berpakej dgn melupakan...sbb kita ni namanya 'manusia' (yg terlupa)..bila ttg perkara baik, kita sedar pula hakikat tu..cth nya dlm pekerjaan, kdg2 kita terlupa nk buat sesuatu lalu kita cakap 'kita ni kan manusia...yg suka terlupa'..tp bila perkara seperti melupakan keburukan org..kita tak boleh pula?

jd..pd saya..jika x boleh lupa, x perlu lah paksa diri utk memaafkan..

selalu juga ingatkan diri ingat 2 perkara lupakan 2 perkara, iaitu ingat keburukan kita dan ingat kebaikan org..lupakan keburukan orang dan lupakan kebaikan kita.

Hanisumayyah said...

Maryam

Betul cakap Maryam tu, kadang mulut jer sebut maaf tapi nak sampikan ke hati hingga tahap benar-benar ikhlas...tu yg sukarnya...

*kena mula belajar memberi maaf*

Ummie...

Jangan diingat barang yang lepas, nenati merosak jiwa....:)

Luna...

Kalau gitu, sebelum memaafkan, belajar untuk melupakan dulu kot?