Monday, January 12, 2009

Tak bisa kerja rumahtangga


Assalamualaikum w.b.t


Maid yang ketiga

Saja saya selitkan entry ni...lepas perasaan lagi. Yerlah duk kat rumah ni berlegar2 sorang memendam perasaan bengang jugak...mujur ada blog boleh bebel...lepas jugaklah perasaan terpendam tu...yerlah dah 5 hari ni kan saya ada pembantu, makanya kami ni dari berdua jadik bertiga...ayah kan takde keluar 40 hari lagi...


Kerana telah ada 2 maid sebelum ini maka saya boleh membuat perbandingan. Yang buruk dan yang baik. Yang rajin dan yang culas. Yang bijak dan yang lurus. Yang macam meraih simpati dan yang ikhlas bercakap...


Kali ini si Suli ini agak2 kalau ada 5 bintang saya boleh beri satu bintang setengah jerlah kot. Memandangkan takde kerja sangat di rumah saya ni, makanya Suli suka-suki boleh tido baring dalam bilik. Suli ni duduk dalam bilik Hani.

Hani pulak nama jer ada bilik, tido bilik ammie dan ayah juga yang jadi pilihan, bilik dia takat buat main dan baca buku siang hari jerlah. Tapi Hani kalau malam jam 9 suli dah tido tak berani dia nak masuk bilik tu...konon taknak ganggu si Suli lah...


Hani ni pandai lak dia hormat bilik si suli tu walhal tu bilik dia, bila Suli dah duduk bilik tu, macam Hani plak yang menumpang....makanya tak lama lagi kena juga saya buat bilik lain untuk Suli ni... bawah ni, bilik hani ni saya letak TV dan radio pulak Suli angkut sendiri dari dapur...sebab saya jarang guna pun, hani selalu buka Cd guna radio ni...pepandai suli bawa masuk bilik...pagi2 dah macam pasar pulak kat rumah ni dia buka Sinar FM..kalau pak hj ada ni confirm kena tegur!!!



Lepas makan tengahari, Suli ni akan tido sampailah ke petang, nak marah atau jeles tak boleh jugak, sebab memang takde kerja dah...saya pulak tak boleh tido siang, nanti bangun pening kepala. hani pulak pagi dah ke sekolah tinggal saya berdua dengan suli jerlah... suli yang bagusnya [ada gak bagusnya dia ni] pagi2 buta dah mop rumah dan jerang air. tapi mop tu saya tak puas hati, dia mop apa yg nampak jer, bawah sikit tepi2 peti ais, bawah rak pinggan tak langsung dijolok mop tu..nampak habuk dan daki2nya...saya duku takperlah sendiri buat tak bersih pasal sakit pinggang nak bongkok2 ni...tapi dah bayar maid ni kenalah sempurnakan...


hari ni plak suli ni dah mula bawak nasi makan dalam bilik...wah tu sudah lebihhh!!! sambil tengok tv lagi tu...hani tu biasalah makan depan tv anak majikan,kan.... ini si suli pun nak tiru sama...wah...saya pun makan atas meja dapur, dia plak makan kat lam bilik!!! Sambil makan sambil tengok tv yer...wah best hidup jadik orang gaji ni kan...takper kasi can....sebulan ni kasi dia kelonggaran sikit...tapi dah 2/3 hari ni pandai lak mengadu loya2 dan pening kepala....dia ni ambil suntikan hormon 3 bulan sekali sebab laki dia ada di Jelebu...dua minggu sekali saya bagi cuti jumpa laki...kalau termengandung tak taulah....loya2 tu kata saya kesan perubahan hormonlah kot...

Semalam lagi best tau, saya kan tak boleh tido petang/siang, saya pun mulakanalah operasi mengemas baju si hani ni, hari tu si Suli ni main susun jer baju-baju Hani kat drawer palstik bawah ni, dua yg kiri tulah [tinggi] drawer baju Hani, mainan pulak yang drawer rendah tu [ada lagi mainan dalam box yang beroda tu]. tengoklah cara Suli kemas, atas drawer tu sakit mata tengokkan? Kalau Dewi dulu...clear, sedap mata memandang...wah teringat kat Dewi...

Saya susun semula, dan saya siap labelkan kat tetiap drawer tu dengan permanent marker, baju siang hani, baju malam hani, baju jalan2, baju sekolah, towel, spender dll, tudung...bla2...kalau tak tiap kali lepas mandi Hani dah confuse baju dia kat drawer yang mana, sebab suli susun ikut suka suki dia....mulalah hani siang2 pakai seluar/baju t shirt utk malam....selekeh jer [mlm saya suka t shirt besar2 sikit, siang yg rugged macam skirt] pening kepala budak tu nak carik...skang Hani boleh baca. Suli pun boleh baca...senang kalau salah jugak siaplah si Suli ni..suh hani ajar dia baca plak...atas drawer tu pelan2 lepas ni suh suli kemas, main sumbat jer dia ni...towel pun gantung gitu jer...kena beli towel rack ni...tadi dah beli towel rack RM120, rasa cam lawa jer x jadik bagi dia, saya yg ambik buat sangkut uniform saya yang berat2 tu, kan kami ni dah dapat uniform, 4 pasang plak tu, dengan #1 dress, mess kit...ada 7/8 psang lagi yg sedia ada, tu yg kena towel rack baru tu...sebab towel rack tu macam tegap jer..dengan tapaknya ada marble yg berat tu, takkan nak sangkut towel jer,kan...

2 comments:

Ummi said...

ummi ini pun boleh tahan jugak kalau bab mengemas

tak boleh nak buat ala kadar aje

itu yang takut aje nak ambil maid, takut ummi asyik bebel sebab dia tak ikut standard yang ummi nak

tapi kata orang tak boleh high expectation sangat dengan maid sebab depa ni kurang pandai sikit

tapi bagi ummi, bukan ummi nak perfect cuma kadang-kadang itu diaorg perlu berfikir sikit untuk buat itu dan ini

kalau ummi majikan si suli, dah lama dia kena sound sebab makan kat bilik

kita yang memang tuan rumah pun makan kat meja dan masa makan memang tak boleh menonton tv

mungkin si suli ini perlu di ajar satu persatu, mungkin selepas ini dia akan bertambah baik :)

Maryam said...

betul cakap kak ummi, kak wa kena cakap satu-satu. tegur je kalau tak puas hati. :) maid muda kot, pasal tu camtu. kerja kat kedai makan mana sama ngan jaga rumah orang..

setakat yang pernah saya jumpa, maid-maid import ni tak tido selagi tak pukul 12 malam. bangun pulak pagi2. kata diorang, dah memang syarat... huhu.