Wednesday, January 14, 2009

Saya yg dulu & sekarang

Asslamualaikum w.b.t





Dulu???


Saya ni berjiwa pejuang dan cintakan gerakan agama sejak lama dulu. Sejak zaman belum kenal pak haji. Sejak saya zaman anak gadis sunti. Dulu saya pernah ikut Al Arqam, kemudian ada juga ikut JIM, pernah juga joint PAS masa di U dan yang paling lama dan konsisten saya dengan ABIM atau bagi pelajar2 wadahnya dalah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, sehingga pernahlah saya jadi exco peringkat Kebangsaan. Masa saya jadi exco tu presidennya adalah presiden ABIM sekarang ni, Tn Hj Yusri Dato' Muhamad, Sec Gen adalah Syed Munawwar yang jadi pengacara rancangan RTM [banyak juga program dia kendalikan sebab dia ni memang pemidato handalan] dan ramai ;ago exco terdiri dari budak2 Law UIA. PKPIM adalah wadah perjuangan bagi pelajar yang bersifat non partisan [tidak menyokong mana-mana parti].



Apa yang saya nak cerita ialah kecenderungan saya memang ke arah perjuangan, cuma wadah yang sesuai tu pada masa itu yang nampak depan mata adalah PKPIM. Mencuba PAS dan Jemaah Islah Malaysia tidak menjadi kerana saya rasa kurang menepati citarasa saya. Masa zaman pelajar tu berjuang ni setakat mengukur mengikut citarasa. Melihat muslimah PAS mengenakan purdah dan saya yang juga exco Persatuan Mahasiswa Islam 'terpaksa' menghadiri mensyuarat dengan majoriti lelaki yang ahli PAS secara bertabir. Rasa janggal pulak sebab diluar mereka bebas berbual dan bergaul dalam mesyuarat tiba-tiba bertabir pula.



Dulu2 kami memang jaga betul2 adik2 junior, dan kami memang ada group khas mengkader budak2 baru menjadi ahli PKPIM. Mula2 kami jemput mereka bersama2 mengikuti usrah kami. Bagi yang dahagakan pengajian atau majlis2 ilmu maka memang mereka sendiri tertarik mengikuti usrah ini. Masa tu rasa ukhuwwah kukuh dan erat sangat, konon bertemu dan berpisah kerana Allah....



Masa usrah kami rujuk buku Ustaz Fathi yakan, mengapa kami menganut islam, baca buku hadith 40, adalah buku2 lain lagi. Tapi yang pentingnya masa tu, baca dan bincang serta kupas sesama sendiri dengan diketuai oleh seorang naqib [lelaki] atau naqibah [perempuan]. Bunyi macam bagus jerkan? Walhal masing2 bukan kelulusan pengajian agama. USM mana ada pusat pengajian agama islam. Tapi masa tu dah rasa cukup bagus dah lah tu....lepas tu masing2 adik2 junior berebut2 bertukar imej bertudung labuh ikut kami2 nilah.



Pastu ABIM ni kan intelektual, dan global sifatnya. Pantang ada cendikiawan dari luar negara kalau dalam negara lagilah, semua kami turun ke KL, tak dapat bas berkeretapi pun sanggup. dapatlah jumpa Dr Yusuf Al Qardhawi, siap pergi Markaz ABIM kat Seri Rampai nun, pejabat PKPIM masa tu kat kampung baru sebelah pejabat Saba Media, dekat dengan hotel apa ntah, dekat jugak dengan pusat zakat Wil Persekutuan. jalan kaki jer kalau nak ke Jalan tuanku abdul rahman.



Sanggup bermalam kat pejabat PKPIM, dia ada dua bahagian sebelah lelaki sebelah perempuan yang conquer. Masa tu kira PKPIM ni dapat dana daripada kerajaan juga sebab sebagai persatuan yang berdaftar, persatuan adalah juga kenderaan. Masa tu siap pergi majlis buka puasa dengan timbalan perdana menteri. Masa jadi exco tulah. YAB TPM DSA [ANWAR] nak jumpa pimpinan kami jer [PKPIM], siap berdialog denga beliau. MAs atu dia bagitau senario krisis, isu dan permasalah remaja. Minta kami bantu pimpinan negara, menyelamatkan remaja....yg menurutnya pada tahap parah tapi kerajaan tak berani dedahkan statistik sebab mendatangkan kebimbangan peringkat nasional nanti...



Tu tak masuk lagi muktamar ABIM ceruk mana pun kami mesti hadir sebagai pemerhati, wakil PKPIM lah tu. yang muktamar PKPIM sah2lah kami hadir. Dengan mesyuarat bulanan PKPIM lagi. Tu tak masuk program2 kami setiap tahun. yang mana kami jadi fasilitator, jadi urusetia. Pastu dapat gak jemputan mewakili persatuan ke macam2 seminar, biasanya jemputan dari persatuan u lainlah..tu sebab masa belajar di U saya banyak menghadiri seminar di UM, UKM, UIA, UiTM....dan tu juga menjadi bonus masa saya interview bila tengok resume jer waaahhh aktif budak ni!



Tapi part belajar, memang saya tak bagi banyak masa sebenarnya. Mujur juga course saya ambil tu takdelah susah mana. Sebab dah minat dan saya jenis suka menulis, maka takdelah gagal, cemerlang pun idak...sederhana jer...dan kehadiran saya dikampus pun takat weekday jer, weekend lesap dah! Tanyalah course mate saya, agak2 mungkin ada yang tak perasan saya, sebab memang saya banyak bergaul luar dari kawan2 satu course....dan saya pun tak kawan diorang..alone ranger jer....kononnya sebab tak sealiran , diorang mana tau idealisme perjuangan ni...takat gi dating, makan2 tauler....tapi saya masa tu PEJUANG lah kononnya...peerah...



habis belajar isu 1998 timbul, pemecatan DSA, lagi sekali jiwa pejuang saya membara. Setiap malam jumaat ke rumah kak wan [wan azizah] di bukit damansara semata2 untuk solat hajat bebaskan DSA...sebab kami percaya yang dia betul2 teraniaya. Ramai beratus penyokong yang rapat dan kuat hadir....tiap2 minggu bukan berkurang tapi bertambah...masa tu pergi ikut ahli2 ABIM serdang...naik kereta diorang. MAs atu macam pot luck lah masing2 bawa makanan sampai sana makan ramai2...masa tu alahai tengok anak2 kak wan kesiannya, nurul izzah masa tu sekolah lagi..masa ni juga ada antara kawan sesama PKPIM ditangkap di bawah ISA...



Masa tu saya tak taulah...dengan jiwa muda yang membara, segala2nya nak saya teroka. Tapi pengalaman tu berharga sungguhlah. Setiap kali cut semester saya takkan balik kampung. 4 tahun di u, semua cuti semster saya habiskan dengan aktiviti dengan masyarakat. Di penang markaz kami adalah di rumah ABIM di Gelugor...bila weekend jer mesti kami tido kat situ, kalau kami tak turun ke KL, takpun ke Sg Petani, Taman Perpaduan, rumah no 17 . Banner2 persatuan utk war2kan masa nak buat program semua kami buat sendiri. Masa ni makan dalam talam rasa sedap jer...tak kisah pun makan ramai2 sebab rasa cukup seronok...masa tu takde fikir sangat pasal nak ikut sunnah...ntah apa2lah...



Ya Allah kalau kenang masa2 tu seronok jer... bukan ingat lain, yang diingat perjuangan. idealisme, volunteerism, perjuangan nak tambah ahli persatuan, perjuangan nak buat program utk isi masa anak2 muda di U, peringkat sekolah. Bulan perjuangan dakwah orang buat amal atau ikut sunnah...tapi berjuang supaya pelajar ada idealisme...eeeeiiii apa2 ntah...









Sekarang???



Takde masa dah fikir perjuangan2 ni semua. Perjuangan adalah dalam mendapatkan kejayaan di akhirat. Ilmu yang penting adalah ilmu yang boleh bantu kita jawab soalan dalam kubur. Kejayaan adalah bilamana sejauh mana kita dapat amal sunnah dalam kehidupan. Sebab amal sunnah sahaja yang bawa kejayaan. Sunnnah ni pun luas, banyak benda lagi yang perlu belajar. Kalau kerja kena fikir macamana nak buat kerja samapai kerja tu berjalan sepertimana cara yang ikut sunnah, kalau didik anak kena didik camana cara NAbi didik anak, kalau bermuamalah juga kena belajar cara muaamalah yang bagaimana yang nabi laksanakan....itu perjuangan saya sekarang....



Idealisme? Idealisme amendenya...yang islam tu kan dah ideal dah...amal islam secara menyeluruh bukan pilih2...ikut cara nabi, contohi para sahabat. Itu yang paling idealnya. Ikut sahabiah...bukan ikut lelaki buat apa kita pun nak buat....hishhh terasa sangat lah dulu2 tu apa ntah yang saya buat.....bukan salahkan mereka yang masih berjuang dalam landasan itu cuma saya terasa sayalah yang silap, agaknya sebab masa tu berjuang ikut2an, suka2an, musim2an....mungkin yang lain betul habluminaAllah habluminnannaaasss...



Azam saya???





Walaupun lewat tapi azam ni memang dah tersemat dah cuma baru dizahirkan di blog ni. Masih sama dengan azam tahun lalu. tak banyak berubah;




1. Menutup aurat penuh, kalau dulu penuh jer tapi tahun 1430 ni saya nak tambah menutup aurat penuh dan sempurna. Dulu penuh tu saya maksudkan dengan memakai stokin. Tapi tahun ni saya azam dari stokin warna coklat tu kita tukar warna hitam sebab yang coklat tu macam tak pakai stokin masih nampak tumit kaki,kan...macam dulu pakai tudung bawal, masih nampak bayang2 batang leher, tapi harap2 1430 ni saya mampu menutup dengan tudung yang lebih sesuai dan tebal dan labuh sedikit menutup dada yang menonjol kalau guna tudung bawal sebab tudung tu macam nipis dan melekat. Baju pulak sebolehnya saya nak pakai yang warna gelap setakat ni memang banyak baju warna hitam putih [digunakan untuk bawa kes di court] dan kalau keluar personal saya hanya pakai jubah hitam yg longgar dan tudung labuh/selendang hitam...harap2 dapatlah hendaknya dilaksanakan...takdelah ekstrim azam saya ni, banding dengan madu saya yang tutup habis nampak anak mata jer, tangan pun bersarung tangan hitam...saya part sarung tangan ni memang tak mampu sungguhlah...mujahadah sungguh pakai sarung tangan ni..panassss...alangkan purdah tu pun saya dah gatal satu muka kalau pakai...tapi kalau keluar masturat tu tertibnya begitu saya patuh jerlah....





2. Khatam Alquran. Dulu 1429 saya azam nak khatam al quran, tapi tak terhabis juga sebenarnya, saya selalu baca tapi lompat2 baca ikut surah yang ada kelebihan jer saya gemar baca. Walhal hak al Quran kena khatam setahun 2 kali. hishhh malunya lah hai, internet hadap hari2 alquran pun tak khatam....bulan puasa tu pun takat setengah jer..pastu hancusss....tapi camanapun tahun ni azam tetap azam..siap tambah lagi tu, tahun ni saya nak bukan ajer khatam al quran tapi khatam dengan makna2nya sekali, kita perlu tahu makna ayat2 quran yang kita baca tu barulah masa baca tu meresap jer perasaan....sedih ker takut ker....dll...tapi dah dua minggu ni al baqarah tak habis lagi baca, maklumler tengah semangat bendera naik plak...dia pulak baca dan hayati maknanya....baca makna ni lagi ambil masa sebab nak fahamkan ayatnya tu...tadi gi survey terjemahan al quran yg lebih berkualiti RM 140 harganya...xjadi beli tapi sudahnya beli 4 buku hard cover lain campur stationary saya dan hani RM 198 jugak harganya...sama jer..tapi buku2 yg saya beli tu bagus2 tajuknya...nanti ada masa saya entrykan....





3. Nak hidupkan sunnah dan nak didik anak hidup sederhana....had ni yang payah sikit. Zaman mencabar ni ataupun zaman akhir zaman ni nak didik anak ikut sunah kalau tak betul caranya hampeh...banyak godaan. Dengan TV astro, CD, sekolah yang padat, kawan2 yang macam2 perangai, dengan gaya hidup kita yang bekerja. Harusss kena banyak sabar dan usaha, pastu baru tawakan moga Allah datangkan hidayah pada anak2 kita untuk hidupkan sunah. Kadang bukan apa, part hormat orang tua/ ibu bapa, pun dah susah, nak ajar dia cara nak cakap, macamana nak bergaul dengan orang tua pun dah mencabar dah.... tu belum masuk nak suh tido cara nabi, makan cara nabi, solat cara nabi [ni bukan anak jer susah mak2 pun payah jugak ni]. kalau bab hidup sederhana ni alahaaaii payahnya. Ada jer nafsu nak itu nak ini...saya tak cakap oranglah, cakap diri sendiri lah ni. Saya azam tahun ni taknak beli satu baju baru pun melainkan asbab keperluan azam no 1 tu, kalau nak beli pakaian utk tujuan tutup aurat penuh dan sempurna itu jer yg boleh. lain2 takde...kalaulah kita dapat letakkan diri kita merasa betapa azab nya nanti setiap harta yg kita ada dan setiap benda yg kita makan akan dihisab sebelum masuk ke syurga [kalau masuklah] mesti kita takmo dah..mesti nak hidup sederhana... dan kalau dah gatal sangat nak membeli saya hanya benarkan diri saya ke kedai buku jer..belilah buku2 ker....lain2 hal rumah/pekakas saya haramkan...benda makan2 jerlah...





4. Taat suami dan tambahkan amal lagi dan lagi. Ini isu yang sangat berat nak buat senang nak cakap. Terutama taat suami. Taat suami dalam semua hal dan perkara dan merujuk suami dalam semua kemaslahatan. Yang ni saya memang surrender sebab selama ni saya punya sikap kalau saya tau benda tu dia suka saya akan minta izin/bagitau tapi kalau awal2 saya dah jangka benda tu dia bangkang maka saya akan buat dulu baru minta izin. Sebab saya dah buat suami takleh kata apalah...maka mula tahun ni saya taknak pakai strategi ni lagi, walaupun saya ada kuasa membeli dan ada duit sendiri, tapi saya taknak dah belakangkan suami semata2 sebab kononnya duit aku, aku punya pasallah...saya nak bina rasa hormat dan sebagai permulaan kenalah saya taat. Dan pengalaman akhir2 ni menunjukkan bahawa tak rugi apapun kalau taat suami bahkan Allah limpahkan kasih sayang yang tak bertepi...bab amal pulak, bukan amal infradi jer [amal ibadat diri sendiri] tapi kalau boleh nak ibadat2 lain macam khidmat, sedekah, ikram [tunaikan hak orang tanpa tuntut hak sendiri] dll....




Tu jerlah...tahun depan dah azam lain lagi sebab dah kerja...tahun ni jerlah nak hora horay lenggang kangkung...sebab terbebsa kejap dari dunia kerja, lepas ni masuk sangkar semulalah....

4 comments:

Ina said...

Wa, saya pun sokmo berazam nak jadi lebih baik... sokmo terfikir, bila nak jadi baik, mesti nak jaga bab2 aurat dulu..tapi makin lama, makin saya mencari2, saya rasa yang paling kita patut nak jaga sekali iman dulu, betul x? Kalau kita jaga bab iman dulu, automatik yg lain akan mengikut... jadi tak timbul, bila hadapi ujian dari Allah, kita jadi x tentu hala...yg selalu org duk sebut, mengamuk mcm meroyanlah (ayat penulis blog yg selalu saya baca).

Bila kita mahu kepada perubahan, mesti nak start dgn nak tutup aurat sepenuhnya, termasuklah nak pakai purdah... bg pendapat saya, bukan salah berpurdah, bagus mende tu..tapi bg saya, baik kita set, jaga iman dulu, drp iman, akan timbul rasa nak jaga segala2nya.... jadi tak timbul, mintak maaf saya memberi pendapat di sini, contohnya :menutup aurat sepenuhnya tapi meletak pisau di leher anak (sbb tidak dapat menerima sesuatu keadaan)... ikhlas saya bagitau, saya sekarang dlm proses mencari2 bagaimana untuk betul2 beriman pada Allah swt, kadang2 jiwa rasa sangat kosong, bila ditimpa sesuatu masalah, gundah gulana & sentiasa tertanya2 kenapa aku ditimpa masalah ini, kenapa org lain tidak...bermakna saya tidak mempercayai qada & qadar Allah. Jadi dlm pencarian saya ini, saya terjumpa & rasa macam tersedar, kita patut jaga iman dulu...drp iman kita, maka kita dapat menjaga bab2 lain secara automtiknya. Mungkin kita boleh bertukar2 pendapat, mengenai hal ini, sebab saya sgt2 jahil & sekarang ni, memang dlm proses mencari2 ke arah hidup yg dirahmati, diredhai, diberkati, diselamatkan Allah swt. Dulu, setiap tahun, apabila berazam, mesti saya akan berubah dari segi penampilan dulu, dgn cara memakai tudung yg lebih tebal & labuh sedikit & kemudian berstokin, tapi saya perasan, perubahan saya tu tidak berterusan & saya kembali kepada perangai asal saya. Bila diberi motivasi semula, saya akan berubah semula tetapi tetap perubahan itu, tidak kekal lama. Satu hari, masa saya terbaca 1 blog, terjumpa dengan blog lain, yg saya rasa sesuai dgn jiwa saya yg tengah mencari2 ini...iaitu jiwa positif, hidup bertuhan... boleh cuba buka blog tersebut & harap wa dapat komen pasal blog tersebut sebab maybe apa yg saya katakan ini menyimpang... saya betul2 ingin berbincang hal ini, tidak ada niat untuk mengkondem sesiapa... sebab saya tau, jiwa/roh saya masih nipis imannya....

Ya Allah, kau berikanlah kasih sayang, berkat, rahmat & redhaMu pada kami ini, datangkanlah perasaan cinta & kasih hanya padaMu ya Allah...

Hanisumayyah said...

Terima kasih ina, apa yang ina cakap ni sama dengan apa yg ada dalam kepala saya ni...padat..betul tu iman yakin yg kena dibetulkan dulu....banyak hadith nabi dan firman Allah yang ditekankan tentang iman yakin ni, saya pun dah lama dah mendidik diri tingkatkan iman yakin ni...dan rentetan tu lah azam ni muncul...sebagai pelengkap ajer..dan sebagai luahan dari dalam diri....ikut syariat dalam beragama ni kena paksa diri, by hook or by crook, kena ikut juga, lambat atau cepat cuma kadang2 saya takut saya yang terlewat...dipanggil awal sebelum sempat buat apa2...alangkah cantiknya kalau iman tu terserlah dalam perbuatan dan tindakan juga...saya tetap doa hari2 agar diberkati...memang entry ni berbaur perasaan saya yang ebremosi...saya luahkan juga atas sebab saya yg tersendiri..

Dan letak pisau dileher anak tu berlaku 8 tahun dulu...zaman2 kak aza berkebaya dan bertudung keci lagi...heheheee...cerita lama, hanya baru diungkap ajer...

kakLuna said...

sy pun camtu jugak berazam nk beriman sebenar2nya...tp tu lah...bila org yg dekat dgn saya tu x fhm dan x boleh menyokong usaha tuh. maybe ini ujian bg saya, dan tak patut lah myalahkan dia sdgkan hasrat ni dr saya, saya yg nk berubah jd baik, maka sy kene hadapinya....tp tu lah...kdg2 usaha tu terasa sgt sukar

*acap kali juga sy berasa kak wa beruntung mempunyai suami yg boleh membimbing ke jalan yg benar wpun sy tahu di sbaliknya tu pelbagai dugaan yg kak wa tempuhi yg lebih berat dari saya*

Hanisumayyah said...

Ina...blog apa yang bagus yang ina nyatakan tu, kalau dapat kita kongsi sama tulis kat sini, bolehlah yang lain2 pun baca jugak dan beri komen masing2...


Luna...

Itu ujian untuk Luna...lagi ebsar ganjaran kalau Luna dapat beri tauladan...macam selalu madu akak cakap kata akak sebagai peringatan, bukan tanggungjawab kita didik suami, kalau ada masalah yang disebabkan suami pun anggaplah itu ujian Allah untuk tarbiyah kita..suami tu sebagai perantara jer...dan tugas kita isteri adalah doa...moga2 Allah bagi hidayah pada suami kita asbab doa kita tu...memang kena banyak doa dan sabar...