Thursday, January 22, 2009

Hmmm...anak lagi?

Hmmmm...anak lagi?




Assalamualaikum w.b.t



Cemburu melihat apa yang orang ada? Ya saya cemburu kalau melihat apa yang saya nak sangat tapi tak depat dan orang yang tak berapa nak pulak yang dapat. Kadang2 jenuh juga fikir apa lagi yang kurangnya menyebabkan saya masih tak dapat2 ni?



Itulah bila tahu sorang kawan blog ni mengandung [hahahaaaa....rasanya semua dah tau, saya tau pun agak2 lewatlah jugak ] perasaan pertama menerpa jelesnya, cemburunya, kenapalah dia yang dapat. Dia kan dah ada anak [3 tu dah ramai jugak,kan?] tapi saya kekal satu jer. Apalah hikmahnya?




Saya ada dua kakak, dua abang, sorang abang tak kahwin lagi, 3 yang dah kahwin tu semuanya ada 4 anak. Tapi saya tetap begini....sorang jer. Yang lain semua bila sampai masa mengandung..takde apa masalah. Walhal kalau saya tengok, dua2 kakak saya tu macam nak taknak jer bila tau nak dapat anak, takdelah happy melampau, biasa2 jer, sebab dua2 anak yang terakhir tu macam anak tak dirancang.




Yang abang sulung saya tu lagilah. Duduk di Kulim, boleh dikatakan selang setahun sorang anak, dia tu kahwin lambat. Lepas anak keempat dia ikat. Anak yang last tu siap saya called kakak ipar saya di Kulim tu [sebaya saya jer pun] dan saya cakap kat dia bagilah anak tu kat saya untuk saya bela. Sebab hidup dia khabarnya tidaklah sesenang mana [ya..selalu minta bantuan dari saya]. Pada saya daripada pergaulan saya dengan dia nampak macam dia takdelah beriya-iya nak dapat anak lagi, tup-tup beranak pulak dan anak2nya lawa2 pulak, kulit putih, hidung mancung [ikut hidung abang saya, maknya gelap jer] tapi dah nama ibu susah macamanapun tetap dia nak bela anak tu. Sedih jer masa tu. Tiga anaknya semua usia bawah hani.




Yang dua kakak lagi tu sorang anaknya sebaya hani dan sorang lagi muda setahun dari hani. Kalaulah diorang mengandung lagi, mau juga saya minta anak diorang. Tapi nampaknya dua-dua macam dah stop jer.




Sebelum abah saya meninggal, dua kali dia suruh saya ambil anak angkat supaya Hani ada kawan, tapi bila cakap dengan suami, dia kata tak payah ambil anak angkat, ambil anak tiri saya jer....dia boleh bawak datang sini untuk saya layan. Hissssshhh takkanlah madu saya bagi saya bela. Lagipun tak masuk dek akal asbab kan sifat madu daya yang detail tu, takkan naknya dia bagi kat saya....lagipun kalau ada anak angkat biarlah terus dia dengan saya, jangan ada yang berbangkit kemudian hari.




Tahun ini saya bakal menginjak umur 35, semacam harapan semakin tipis. Umur ni adalah umur kritikal kerana pada usia ini kesuburan wanita akan merosot. Kalau dulu dokor menghadkan [menasihatkan ibu2]mengandung sebelum umur ini tetapi sekarang dengan bantuan perubatan yang makin moden usia ini dianjak ke 40.




Walaupun saya bersyukur ada juga dikurniakan seorang anak tapi alangkah indahnya kalau dapat sepasang anak. Memadailah dapat seorang lagi lelaki. kalau perempuan pun tak per, sekurang2nya kalau dapat dua lagi perempuan pun saya dah bahagia sangat.




Saya paling jeles dengan madu saya, dalam mencecah umur 41 tahun dan selepas melewati umur 35 dia dah dapat 3 anak. Mujur seorang tu keguguran dalam usia 5 bulan [mati dalam perut leher terbelit tali pusat] dan dua anak berjaya dilahirkan sempurna. Ohhhh...bertuahnya badan. Mudahnya mengandung....walhal masa tau dia mengandung yang akhir ni, memang dia tak bersedia malahan ambil suntikan hormon 3 bulan sekali...tapi dah allah nak beri, dapat jugakan?




Memasuki tahun ni azam saya membara2 nak usaha menambah kesuburan. Walaupun kadang2 marah juga dengan suami saya yang asyik takde, tapi saya percaya dengan ketentuan Allah. Suami saya sejak stroke ni dah 3 tahun dia akan menggenapkan nisab keluar dakwahnya selama 4 bulan setahun, dipecahkan 40 hari sebanyak 3 kali. Bulan2 pulak keluar 3 hari setiap bulan, tu tak masuk keluar masturat saya atau kak aza, samaada 3 hari, 10 hari atau 15 hari. Baki masa tu kemudian bahagi 2 pulak dengan kak aza. Tu jerlah masa saya ada bersama dengan suami. Tu pun giliran saya selalu kurang, tak masuk pulak masa gaduh tak balik rumah tu. Kak aza pun sama gak, tapi awat dia boleh ajer ngandung?




Makanya, berserahlah, dan tahun ni dengan berkobar2nya saya meneruskan makan Biodex, pastu terbaru saya beli susu Alpha Lipid, dan terbaru [semalam] lagi saya beli pulak 3 produk DCL~Bidadari, Q~she dan Nuage. Lantaklah, dia takde cakap pun untuk kesuburan tapi saya anggap tu semua untuk pulihkan kesihatan saya. melabur untuk benda2 begini walaupun terlewat tapi usaha ni adalah sekuran2gnya menyumbang pada sedikit hasil...insyaallah.




Esok pulak, saya akan berurut, naikkan peranakan ker ntah apa ker...tapi ikut kakak tu ada 3/4 kes lepas dia urut orang tu bersalin. Tak taulah bila urut saya akan mengandung ker tidak. Kita usaha jerlah. kalau dah semua tak jalan, baru puas hati saya. rasanya lepas ni mau juga buat appoinment dengan hamid Arshat...tapi tunggu result yang ni pulak. kalau betul anak saya hani Suhaila sorang jer, pun saya bersyukur juga sebab saya dah usaha....sekurang2nya orang tak bolehler cakap saya 'mandul' sebab terbukti dah berjaya keluarkan sorang....hehehheeee..skrang ni macam ajaib pulak bila tengok dia, tak percaya saya boleh beranak...sebab sekarang apasala susah sangat mengandung. Hani dulu nak dapat dia saya setakat baca Yasin setiap lepas solat fardhu jer...





P/s: tahniah untuk oren. Buat Ummibatrisya dan Pnut..tahniah juga, dah ada dua anak yg comel. Kak wani...hmm mesti jeles jugak ni w.pun dah berderet anaknya. Irfa, Luna ...jom kita usaha sama-sama....tapi irfa dah ada sepasang dah...usaha lagi moga2 ada harapan...yg lain2 tu saya tak tau pulak kot ada yg sama perasaan dengan saya....

7 comments:

Pnut said...

Wa, memang sedih bila dengar-dengar orang senang je pregnant, dapat anak..dah tu mengandung tader masalah...

saya ikutkan tak la susah nk pregnant, sbb lps Najmi dua kali pregnant, tp keguguran, cuma gap si abang dengan adik jauh, 7 tahun beza. apa yg saya nampak, hikmahnya ialah persediaan, dari segi mental, fizikal dan duit ringgit.

Saya kalau pregnant problem darah tinggilah, asyik keluar masuk wad. Kalau anak kecik-kecik susah pulak nak tinggal, mgkn hikmah dia, jauh gap dua beradik ni...

Sabar dan terus usaha, Insya-Allah kalau tertulis rezeki ada nanti...

saya faham apa Wa rasa sebab pernah rasa begitu..

halangan bagi Wa mungkin masa-masa dengan suami tu kurang, bagi saya dari wa try macam-macam produk yang orang-orang cadangkan, baik pegi buat rawatan dengan doktor, dia boleh scan tengok saluran peranakan kita, sempit ke, tersumbat ke, tengok kilang telur kita.. saya dulu memang check semua, bila doktor sahkan ok semunya, perfect, saya yakin saya akan pergnant lagi, dan Alhamdulillah mmg dua kali pregnant tp keguguran, and kali ke4 pregnant memang dijaga macam tuan puteri.. (masa ni makan pun suami yang menghidang, sebab tanak saya kerja berat-berat) ALhamdulilah selamat semuanya, walau dugaan baby lahir tak cukup bulan...

MOKCIK AZWA said...

Memang macam2 dugaan sebagai wanita nie kan. yang mudah sangat termengandung, asyik risau ajer..makan ubat pun terrr.. jugak. orang lain pulak payah sangat nak peknen, makan macam2 ubat, berurut sana sini agar dapat anak. Memangnya masing2 kita ada bahagian kita masing2...hanya Allah SWT yang maha mengetahui mengapa dan kenapa.

Kalau ada rezeki, semoga impian salwa utk peknen lagi akan tercapai, insyaAllah.

Irfa said...

salam kak wa..
terharu bila nama saya disebut dlm blog.
memandangkan blog akak ni utk invite reader je,saya nak bg komen pjg sikit.

mmg saya dah ada sepasang anak.ada yg terang2 cakap jelesnya dia konon kami dah lengkap sbg family bahagia.tp hanya kami dan ALLAH sj tahu mslh sbnrnya.

hajat hati nak lagi sorang.suami nak 2 lagi.
kalau boleh sblm umur saya 35.ada masa 5 tahun lagi..last month saya ada citer dlm blog psl stop makan ubat dan mgkin sy peknen..hati saya yakin saya peknen..tp kerana 'sedikit mslh'
sy berdoa pd ALLAH..tunjukkan yg terbaik utk saya.dan endingnya saya datang bulan yg agak lain dr sblm.dan saya tahu Allah dah tunaikan permintaan saya krn Dia tahu itu terbaik utk kami.

akak mgkin kurang dr segi lain,tp akak murah rezki dr segi lain.ada org punya ramai anak,
tp cukup makan itupun kais pagi makan pagi.
mmg dimulut mrk cakap redha,tp dalam hati kita x tau..

Zareda Norman said...

salwa

selagi mampu cuba, berusaha lah..

Bagi kak zar sendiri.. mungkin dah ditakdirkan sorang aje kot.. kalau kata usaha tu macam macam dah usaha rasanya sampai hampir nak hilang nyawa pun ada..:)

Tapi kena ingat, setiap kejadian Allah tu pasti ada hikmhnya.. kena banyak redha dan syukur.

Ummi said...

wa, sedih pulak ummi baca entry ini

wa, kalau nak di hitung jumlah air mata ummi yang mengalir, agaknya boleh jadi sebuah lautan

wa, ingat Allah itu Maha Kuasa

ummi keguguran lima kali, air mata jangan nak cakap, asyik menangis aje, tak boleh dengar orang tu mengandung atau bersalin sedih sungguh

tapi ummi bersyukur, Allah hendak menguji ummi, hendak ummi tingkatkan keimanan ummi yang senipis kulit bawang ini

di samping itu ummi banyak urut, pantang dengar tukang urut yang bagus mesti nak pergi

Alhamdullilah doa ummi dimakbulkan Allah, Dia kurniakan ummi Damya Khadeeja, anugerah Allah yang tak ternilai

ummi bersyukur yang teramat sangat

wa, setiap kesulitan pasti ada kemudahan, banyak berusaha dan bersabar :)

pasti akan ada sinar pelangi untuk wa dan hani :)

Amir Syafiqah said...

Saya juga di kategori yg susah pregnant. Anak pertama 2 tahun lebih baru dapat, Cuma yg kedua agak cepat, gap 11 bulan. Sekarang yg kedua dah 5 tahun, saya sentiasa mengharapkan yg ke 3. Umur sy pun hampir mid 30s. Alhamdulillah baru2 ni sy pregnant yg ke 3, cuma di beri sedikit ujian. Sy harap dapat melaluinya. So to Salwa, jgn putus asa, Insyaallah ada rezeki anak nnt. Teruskan berusaha. Sy pun plan nak ambil Biodex sblm pregnant hari tu, tapi belum sempat, diberi rezeki anak dulu. Asalnya saya nak turunkan berat bdn (Sbb plan ni asyik tertanggung krn nak mengandung). Bila saya consume Just Dietmate 5, dan berat turun dr 54kg -51kg, sy mengandung pulak. Mungkin ada kaitan antara lemak dgn pregnant ni kot. Mungkin sblm ni saluran peranakan saya tersumbat dek lemak.. Wallahualam..Teori saya je ni...Eh , terpanjang pulak...

kakLuna said...

hehe..terima kasih mention nama saya jugak..ye lah mmg akak je fhm situasi ni dan sy pun fhm situasi akak.

saya dlm hal ni turun naik. kdg2 rasa sungguh2 nk anak...kdg2 rasa redha je dgn anak 1.

ntah lah, kita manusia mmg sgt lemah, x dpt membaca kehendak Allah yg mempunyai perancangan yg paling baik utk kita.

sabar tu mmg lah sabar..abis sabar dh ni..tp kita manusia biasa penuh kelemahan ni manalah tahan tgk dan dengar berita2 gembira dr org lain.tambah sakit bila yg mendapat tu mcm tak nak je rezeki tu...Allah...masa tu rasa susahnya nk menahan godaan utk bersabar dan tidak mempertikaikan ketentuan Allah. mmg susah!

nak legakan hati cuma di saat2 bjalan2...terpikir btapa mudahnya bjalan dgn anak seorang..nk kemana2 pun x de msalah, anak pun dh besar. kos pun x byk mana blanja nya. cukuplah dgn pendapatan yg ada ni pun.

lagi satu yg x boleh tahan bila org tanya 'x nak tambah anak ke?sian anak dh besar,skurang2nya bg lah satu buat kawan..'

Allah...kita kah yg punya kuasa nak bagi tak bagi tu?

pdhl bkn smua org yg x de anak ni sbb x nak..tp belum lagi diberikan rezekinya..